Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga petrol dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter berkuatkuasa 12 tengah malam tadi. Mengikut berita yang aku baca, ini adalah kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia iaitu 78 sen.
Itu fakta dan kebenarannya. Aku sebagai seorg warga Malaysia yang tidak mempunyai sebarang kenderaan tidak la merasa impak tentang kenaikan ini. Namun aku rasa harga tiket bas tempatan mesti akan naik. Harga tiket bas express pun mungkin turut naik. Skarang ni, kerajaan telah membangkit rasa tidak senang hati di antara penduduk Malaysia apabila beberapa sumber penting penduduk telah mengalami kenaikan harga. Seperti beras dan kali ni petrol.
Lewat petang semalam sebaik sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai kenaikan harga petrol, hampir keseluruhan warga Alor Star telah keluar mengisi minyak kereta dan motor mereka. Aku pasti bukan saje berlaku di sekitar Alor Star, tapi di seluruh negara. Semalam la kira hari yang paling menguntungkan semua pengusaha stesen minyak di seluruh negara bile semua org berebut2 nak isi minyak dengan harga lama sebelum harga baru berkuatkuasa tengah malam tadi. Jammed teruk beb..aku pun naik takut tgk keadaan camtu. Ini bleh dikatakan fenomena petrol nih..Kenaikan barang2 keperluan penting menjadikan rakyat jadi fobia dengan keadaan ekonomi negara. Ye ar, gaji naik skit jerk, bonus pun blum tentu dpt ke tak..Tapi harga barang naik melambung, itu baru beras dan petrol, blum lagi barang2 lain mcam tepung, gula, minyak masak dan sebagainye. Itu menakutkan tu.
Senario politik yang berlaku kebelakangan ni sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan ekonomi negara. Rakyat mula mempersoalkan janji2 kerajaan serta parti pembangkang yang selama ni menabur janji2 ntuk menurunkan harga2 barang negara dlm masa yang terdekat ini. Sepatutnye kerajaan menaikkan taraf hidup rakyat bukan menaikkan harga barang keperluan rakyat. Ekonomi negara perlu dijaga, namun bagaimana plak dgn ekonomi rakyat sendiri? Hmm..Mari la kita fikirkan..