Ok, kite flash back kejap....Ermmm.. 13hb Sept yang lepas klu ikutkan lumrah kehidupan yg Tuhan izinkan - chewahh -, Abah genap 53 tahun, namun Abah pergi dulu sebelum menyambut hari ulang tahun kelahiran dia. Jadi aku sekeluarga gi melawat Abah di kubur pagi tu. Tanpa sedar dengan kepergian Abah, aku dan adik bradik aku menjadi lebih rapat dari sebelum nie. Alhamdullillah.
So, 14hb Sept plak, aku tak ke mane2 just lepak kat umah dengan adik2 aku, sementara tggu masa berbuka yg memang la lambat lagi kan. Hehehe..Sambil bersantai aku baca weekend newspaper yang mama slalu beli 3 serangkai setiap Ahad iaitu Mingguan Malaysia, Metro Ahad dan Berita Minggu. Nothing much actually, cuma satu ruangan Luahan Rasa bersama Puteri yang memang ada di dalam sisipan Kesihatan - Mingguan Malaysia. Ni la isu yang nak aku share dgn korang suma, di mana seorg yang bernama A mengalami masalah apabile dia ghairah melihat lelaki macho. Hehehehe...Klu ikutkan tajuk yang dipaparkan memang tiada la masalah sgt iaitu "Ghairah melihat lelaki maco". Aku sendiri pun sangka yang menjadi lumrah seorg wanita (mungkin) ntuk bertindak sedemikian bile berhadapan dengan jejaka pujaan. Namun, yang tak sedapnye di sini ialah isi kandungan luahan rasa tersebut. Aku sendiri pun naik bengang dengan penghantar surat yg diberi nama A ni. Sib baik la aku tergerak ntuk baca luahan rasa dia ni. Ye lah, kenape menjadi permasalahan bila seorg wanita menyukai lelaki macho plak kan. Rupa2nye, A adalah seorg remaja lelaki yg berumur 16 tahun yang tentunye masih bersekolah. Nauzubillah....Aku truskan pembacaan aku lagi. Seramai 8 org jenis lelaki yang dia minat, di mane lelaki ini suma memang wujud di sekeliling dia, termasuk yang bermain sukan setiap petang di padang apartment dia, lelaki yang gothic penampilannya, lelaki yang membonceng awek dia, dan jugak pelajar tingkatan 2 di sekolahnya. Aku repeat balik klu korang tak brape clear, 8 org kesemuanya. Huhuhuhu....Menakutkan.
Ok, isu di atas memang tak abis lagi. Itu masalah yg dihadapi oleh A, memang la nampak ganjil kan, namun aku percaya ini Ketentuan Allah. So, aku truskan pembacaan aku dan meneliti penyelesaian dan nasihat yang diberi Putri, pemilik ruangan Luahan Rasa ni. Aku setuju la dengan ape yang Putri katakan. Look at the bright side, at least he braves enough to admit his weaknesses. Dan dia ada inisiatif ntuk berubah. Harap2 A dengar la kata Putri tu dan banyak2 berdoa pada Allah, sesungguhnye memang la haram kite mengadakan hubungan dengan kaum sejenis, tak kira la sesama lelaki atau sesama wanita, tak kira la sama ada rela atau tidak rela, yang penting HARAM tetap HARAM. Jgn la diamalkan lagi. Smoga berjaya aku ucapkan pada A.
Aku bukan ape, bile fikirkan balik, terlalu banyak kes camni berlaku, mengingatkan aku pada tanda2 kiamat yg pernah ustazah skolah aku critekan dulu, di mana berlakunye hubungan songsang sesama umat yang diharamkan oleh Allah. Hmm..Lebih kurang cmtu la..hehehe..Memang menakutkan aku, banyak2 la kite muhasabah diri, mencari keredhaan di jalan yang betul. Memikirkan sendiri bt aku takut, ape lagi klu kene berhadapan dengan perkara2 itu, menyaksikan sendiri kesongsangan itu. Eiii...Nauzubillah.....
So, sempena Bulan Ramadhan ni, ni lah masanye kite meneliti semula diri kite, mengkaji dan memahami pendekatan Ramadhan yang Tuhan berikan pada kite. InsyaAllah ni la bulan kite redeem keberkatan dari Allah.
Ok, memandangkan raya dah nak dekat, aku tlah meneruskan tradisi Arwah Abah aku iaitu memasang lampu rasa selepas 15 hari berpuasa. Saje nak menaikkan mood ntuk beraya, lagipun adik aku yg kecik tu memang suka gile dgn lampu color2 tu..Bak kata mama aku 'lampu liplap liplap'...hehehee... Tgk la sendiri gambo yang aku attach skali tu. Bersawang aje, maklum la blum jalankan operasi mengemas lagi. Slalunye tiap2 tahun, aku ngan abah aku la yang slalu mengambil duty mengemas bahagian ruang depan umah aku tu. Mengemas dan membuang ape yang patut..hahaahah..Tahun ni kene la aku bt sendiri.
Ok guys, dah lama sgt ni, len kali aku post lagi. Rajin2 post comment. Sesungguhnya yang buruk tu datang dari aku, yg baik2 tu tentunya datang dari Allah S.W.T. Aku selitkan skit terjemahan surah al-rum ayat 26 yang berbunyi "Dan kepunyaan-Nyalah siapa yang ada di langit dan di bumi, masing2 tetap tunduk kepada hukun peraturan-Nya."