Tuesday, November 25, 2008

.:: Aku dan Soalan itu ::.

Dia: Assalamualaikum Sab!
Aku: Waalaikumsalam, hai!
Dia: Hai Sab, ape khabar?
Aku: Baik-baik aje, u kat sana?
Dia: Ok je, Sab bile nak kawin?
Aku: Huhh?!!?!?

Bentuk perbualan di atas yang bt aku marah semalam. Isnin tu, nak start keje je member aku dah bt aku marah. Ni perbualan di dalam Yahoo Messenger, yang mengikut rekod semalam, tiga org classmates aku di UiTM dulu bertnyakan soalan yang sama. Ada beberapa perkara yang bt aku tidak gemar dengan soalan nih. Tapi takde la sampai aku nak tempelak diaorg plak kan. Aku layankan aje. Geram pun ada, nak marah pun ada.

Bukan ape, setiap kali nak mulakan chatting, aku dah faham sgt dah, soalan ketiga diaorg dlm perbualan tu mesti berbunyi "Bila nak kawin?" Perrrghh..menyiarap darah aku ni, rasa macam panas je hati kan. Bukan kata dlm chatting atau mane2 website aku, tapi jugak dalam SMS, atau panggilan telefon. Itu soalan wajib di tanya. Dan soalan wajib ditanya tu mesti jadi soalan ke tiga atau kedua dalam setiap perbualan. sape tak jemu beb. Setiap kali nak tnye kabo, nak catching up, ni topik yang diaorg nak mulakan. Ape ingt aku ni takde keje sgt sampai nak fikir kawin aje. Pastu bile aku jawab yang lambat lagi, diaorg siap pesan banyak kali "Kalau nak kawin, jangan lupe jemput ye?" Chewahhh..macam nak datang kalau aku jemput. Ye lah, kenduri kengkawan diaorg yang lain pun, diaorg tak pergi, yang pergi ni..ni..aku ni..aku yang pergi sejauh mane yg mampu la. hehehe..

Yang buat aku lagi bengang tu, aku ni takde plak busy body smpai camtu skali. Memang la bagus kalau kawan amik berat, tnya tentang perkembangan terbaru. Abis, kalau dah setiap kali nak tnya kabar, soalan itu yang kuar dulu, ape cerita plak kan? Jemu la aku beb, bukan setahun skali kitaorg tnye kabo, sebulan tu ada la 4 5 kali kitaorg berSMS, berChatting, takkan begitu kerap nak tnye hal kawin aku kan? Rasional la skit.

Lagi bt aku sakit hati ni bile org yang sibuk-sibuk tanya aku bile nak kawin ni pun 2 kali 5 (2x5) ngan aku jugak, anak dara lagi, dok tggu jodoh jugak. Yang diaorg dok sibuk hal aku bt ape, uruskan hal diaorg dulu, baru tanya pasal jodoh aku. Diri sendiri pun tak lepas lagi, tu pun nak sibuk hal aku yang tunggang terbalik nih. Pelik tul manusia nih. Kalau dia dah kawin, dah nak timang anak atau dah pun beranak, takpe la jugak bleh aku consider bile tanye soalan2 camtu. Ni tak, diaorg pun sama bujang mcm aku jugak. Bt aku pening kepala jerk. Ni la agaknye lumrah manusia. Tak nampak kekurangan diri sendiri, tapi sibuk dengan kekurangan org lain.

Aku bukan ape, fikir la logik, kalau aku nak kawin, takkan aku nak diam2 aku. Bukan aku kene tangkap khalwat smpai kene kawin sembunyi, bukan aku kawin lari smpai aku tknak khabarkan kat diaorg. Jodoh aku tak sampai lagi. Mungkin Tuhan dah tetapkan jodoh aku lambat, jadi aku kene terima la. Kalau aku jadi kawin nanti, InsyaAllah aku akan minta sponsor korang suma untuk support aku bt Press Conference biar satu Malaysia, kalau bleh termasuk Indonesia, Brunei, Singapore dan Thailand, biar suma negara di Asia tahu yang aku akan berkawin dengan jodoh aku, pada sekian tarikh, sekian tempat dan aku menjemput suma org. Haaa..ambik..nak tau sangat kan..Aku nak tgk, nak dtg ke tak nnti org-org yang busy body sgt tu. Geram aku.

Hmm..Manusia memang banyak ragamnya. Kawan-kawan aku sendiri, diaorg bukan tak bagus budi bahasanya, suma bagus belaka. Masalahnye, bile nak busy body tu, hilang segala budi bahasa tu. Ermm..Bertindak relevan la skit. Jangan kejam sangat dengan aku nih. Bukan aku anti lelaki, aku jugak bukan taknak kahwin. Cuma jodoh aku blum lagi jatuh depan mata aku, blum lagi dtg ngorat aku, dan jodoh aku tu blum lagi sedar yang aku ni jodoh dia jugak..hahaha..best tak alasan aku? ehehehe..Aku minta maaf pada sesiapa yang terasa hati dengan post aku kali ni, tapi percayalah yang ini cuma rintihan perasaan rimas aku pada soalan yang berbentuk 'Bile nak kawin?". Rimas gile dengan soalan tu. Perasaan aku yang slama ni bersarang bile kerap kali org tnye pasal jodoh aku. Suma ni kerja Tuhan, bukan aku tak usaha cari cinta, aku usaha, malah usaha aku tu temui 3 ke 6 kali kegagalan. Tapi aku tak kisah beb, yang aku kisah skarang, hidup aku happy, takde runsing-runsing.

Guys, i'm happy with my single life right now, so, please be nice to me, ok? No more questions about my future husband, ok? Ajal maut, jodoh pertemuan sumanya di tangan Tuhan. Jadi, Allahualam..

Sunday, November 9, 2008

.:: Aku dan Blogspot Aku ::.

Semalam, tengah aku jalan2 tgk blogspot org lain, aku ada jmpe blogspot yg background dia cute gile. Selidik pun selidik, jmpe la website kat mane dia dpt background tu. Jadi aku ape lagi, cari la yg sesuai dgn jiwa aku, tak nmpak too girly atau too boyish. Jadi inilah hasilnya. Cun tak? Kalau tak cun comment la, bleh aku tukar lagi background aku ni.

Cuma satu jerk aku tak puas hati, aku punye banner tu simple sgt, tktau cmne nak bt bg nmpak gempak..Kene cari lagi mane2 website yg offer banner ntuk blogpsot nih. Nak bt personalise skit blogspot aku. Baru la happening..hehehe..

Ok, dah lewat ni, aku out dulu, nnti ada crite aku post lagi ok..Good nite everybody....hehehe....

Friday, November 7, 2008

Terima Kasih Cinta by Afgan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

P/S: Aku tujukan lagu ni ntuk seseorg yang begitu istimewa dlm hidup aku. I'm really sorry for hurting ur heart..

.:: Aku, Oktober dan November ::.


Hari ni Jumaat, aku keje macam biasa. Hehehe..

Dah lama tak blogging, paling rajin pun aku post video clip dari seorg artis bernama Afgan, dari Indonesia. Korang tgk la post yg lepas tu. Aku? Ape crite? hehehee.. Ada crite -- bnyak crite.. Nak mula dari mane dulu? Ok kite start dari bulan lepas.
Oktober aku... 24hb yg lepas aku celebrate Birthday aku yang ke-25. Alhamdullillah, dapat la aku kek sebijik. Sedap beb..hehehe..itu jerk yang aku dapat. Slain seekor kambing biri-biri yang aku beri nama fiein. Match dgn kambing biri2 aku yg satu lagi tu. Besides dapat wishes dari kengkawan dan family aku sendiri. Adeq pompuan aku siap suh roomates dia nyanyi lagi bile tepat kul 12 tu. Aku tgh layan tido tu, tetibe kene dgr lagu Happy Birthday dia and the gang. Perghh..tpi takpe la, ingt jugak minah tu kat Birthday akak dia ni..huhuhu..
Dalam bulan Oktober jugak, sempat aku menjejak kaki ke Ipoh skali lagi, ntuk lawatan sehari. Dan sempat jugak la aku beli labu sayung ntuk mama aku. Biasa la, amik hati. Nnti senang2 bleh turun Ipoh lagi. Hari tu merata jugak aku jalan termasuk Dataran Gunung Lang, Taman Jepun dan bnyak lagi tempat. Sronok jugak hari tu. Keesokan harinya plak, aku ikut mama, ibu dan Along aku gi shopping barang kawin Along. Aku ikut bukan ape, just ntuk jadi babysitter Nurul je, budak nakal tu. Perghh..Rela aku shopping dari babysit budak nakal sorang tu. Penat seyyy....

Itu aje dlm bulan Oktober. Niovember datang tanpa aku sedar. Tup tup hari ni dah 7hb Nov. Minggu depan ada majlis perkahwinan Mamu aku a.k.a pak sedara tiri aku la tu. Aku amik cuti Jumaat dan Isnin ntuk majlis itu. Ape ntah aku nak bt bile tibe majlis tu nnti. Aku ni tak gemar sgt dgn majlis perkahwinan. Namun begitu, chewahh.. Undangan Majlis Perkahwinan kawan2 aku, tak pernah aku tolak. Kalau berkemampuan dan berkesempatan memang aku akan penuhi undangan. Kalau dah majlis tu jauh, pastu masa plak tak kene, memang sorry bnyak2 la kengkawan, memang aku takkan smpainye. Ape pun, doa semoga dipanjangkan jodoh dan bahagia smpai ke akhir hayat korang tetap mengiringi hari bahagia korang.. Amin...

Ape lagi nak crite? Ermm..Oh ye, my love story kan...? Ermm..Aku punye so called boyfriend secara rasminya telah berpindah ke Ipoh dan meneruskan hidupnya tanpa aku. Huhuhu..Tak tau la ape jadi dgn hubungan kitaorg, tapi nampak mcm dia dah tawar hati kat aku. Salah aku ke? Atau salah dia? aku pun tktau, tapi yg pasti kitaorg berpisah secara baik, dan aku masih lagi berharap kitaorg dpt baiki hubungan kitaorg supaya tiada rasa dendam dan kecewa di kemudian hari. Aku mcm biasa la akan sentiasa doakan dia bertemu dgn jodoh yg baik dari aku. Aku ni kejam orgnye kot. Hahaha...Yang pasti aku sentiasa berdoa supaya dia mendapat hnya yg terbaik. Dipendekkan crite, nak kata aku ni single pun tak, nak kata aku ni couple pun tak. Jadi dok tengah-tengah sahaja..hehehee...Allahualam....