Thursday, January 29, 2009

.:: Si Jejaka dan Catrina ::.

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya Di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku Cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu

"Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.Maka diutuskannya surat berbunyi "Kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di Bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi . Di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...

Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat
ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu." Sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara,"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia.

Tuesday, January 20, 2009

.:: AJL23 - Estranged - Yang Pernah ::.

Suma org tau yang aku memang fanatik Estranged. Walaupun tak menang ape2 dalam AJL23, aku tetap berpendapat, ini adalah persembahan terbaik Estranged pernah aku lihat. Best..

AJL23 - Faizal Tahir - Sampai Syurga

Persembahan kedua oleh Faizal Tahir dalam AJL23, lagi gimik dari lagu sebelumnya. Salah satu dari persembahan kegemaran aku jugak nih.

AJL 23 - Meet Uncle Hussain - Lagu Untuk Mu

Juara Lagu bagi tahun 2008, ataupun AJL ke 23. Congrats ntuk diaorg. One of my favorite performance.

Monday, January 19, 2009

.:: Anugerah Juara Lagu 23 ::.

Fuhhh..Penat tul aku cari pic AJL23 kat atas ni, semata-mata nak buat review pasal Anugerah Juara Lagu ke 23 (AJL23) yang berlangsung malam tadi secara langsung di TV3. Macam biasa la kan. Ni salah satu rancangan wajib tonton aku setiap tahun. Tepat kul 9 je, lepas dah solat isya', dah mkn malam, aku satu keluarga lepak depan TV nak tgk AJL23. Kali ni, semangat tu lebih sket sebab dapat tgk Faizal Tahir, band Meet Uncle Hussein dan Estranged perform.

Persembahan pembukaan oleh Stomping Team (kalau tak silap aku la) dengan One Nation Emcees (ONE) memang buat aku teruja. Sronok melihat energy ONE membuat persembahan. Dari Gang Starz lagi aku ikuti persembahan diaorg, memang best gile, ada style..Pendapat aku la.

Antara lagu terawal yang dipertandingkan ialah Bukan Di Sini oleh Sofaz, Lagu Kita oleh Aizat, Cuba oleh Faizal Tahir dan Dusta Berkalang dari Aiman. Ini di antara lagu terawal yang mula menghangat suasana AJL23 malam tadi. Diikuti dengan persembahan mantap dari Estranged dengan lagunya Yang Pernah, Sampai Syurga oleh Faizal Tahir skali lagi, Ayu OAIM dengan lagunya Hanya Di Mercu dan Spider lagu Bila Nak Saksi. Penampilan bersahaja Spider mungkin menjangka bahawa lagu diaorg tidak akan membawa ape2 kemenangan.

AJL 23 dihangatkan lagi dengan persembahan mantap dari Stacy dengan lagunye AKu Stacy, suara high pitch dari vokalis Meet Uncle Hussein dan persembahan memukau yang dinanti-nantikan oleh aku sendiri iaitu Ziana Zain dengan lagu Dingin. Pergghh..aura dia tetap best.
Tidak lupa pada Heliza dan Zahid dengan lagu Doa Dalam Lagu, Farahwahida dan Elyana dengan lagu Kalis Rindu sebagai peserta terakhir la.

Persembahan yang cute dari Elyana tapi tetap menyanyi sambil duduk. Stacy macam biasa la kita tau, ligat di pentas tu memang kelebihan dia. Gimik dari Faizal Tahir pada lagu keduanya iaitu Sampai Syurga berjaya meriuhkan suasana stadium malam tadi, bukan kat stadium saja, kat umah aku pun gamat macam tgk bola jerk. hehehe..Meet Uncle Hussein dan Estranged memang band favorite aku. Persembahan yang memang tiada cacat langsung la kiranya.

Tu kira, persembahan, another part of the show yang aku suka ialah persembahan penutupnya. Hehehe..3 artis negara yang memang disegani ramai iaitu M. Nasir, Jaclyn Victor dan Jamal Abdillah. Itu pada aku diaorg memang dah champion bab2 nak buat performance ni. Yang paling best tu, 3 si cilik mengiringi persembahan penutup dengan suara yang memang buat aku diam la, sbb punye sronok tgk profesional diaorg dalam performance tu. 3 si cilik yang aku cakapkan tu ialah para pemenang Idola Kecil yang disiarkan di TV9. Itu persembahan penutup AJL paling best so far.

Here come the winner!!!!....Bila Faizal Tahir dengan lagunya Sampai Syurga menang tiga kategori iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan lagu Balada Terbaik, aku dah sangka dia akan trus ungguli AJL 23 kali ni. Farahwahida menang dalam kategori Etnik Kreatif dengan lagu Persoalan Cinta. Bila pengacara mengumumkan Laguku Untukmu sebagai Juara Kategori Pop Rock, aku dah mula meragui siapa yang bakal jadi juara. Pada aku, kalau Faizal Tahir menang Juara Lagu dah tentu dia akan menang besar giler. Tapi bile diumumkan Laguku Untukmu sebagai Juara Lagu yang ke 23, aku dan family aku sorak gile2 tanda sronok. Macam tgk bola tu. Riuh rendah beb..They actually deserved it la..Congrats ntuk suma pemenang.

Pokok pangkalnya, Tuhan dah susun sumanya molek dan elok mengikut kesesuaian. Rezki manusia ni kite tak dapat jangka. betul tak? Tapi dengan adanya AJL ni, dapat kite buktikan bahawa industri hiburan Malaysia, terutamanya dalam bidang nyanyian, masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Nah! buktinye anda sendiri dapat tgk betapa ramainya peminat muzik tanahair datang memenuhi Stadium Bukit Jalil menggamatkan suasana AJL 23 mlm tadi. Aku sokong AJL ni diteruskan lagi pada masa hadapan kerana aku sokong music tempatan.

Wednesday, January 14, 2009

.:: Hantaran Perkahwinan Part 2 ::.




Ok, kali ni aku share dua jenis gubahan hantaran yang mana hasil tangan mama ngan ibu aku la. Yang atas tu, gubahan minyak wangi dan jam. yang bawah ni plak, gubahan bunga dari telekung. Ntuk view gambar besar, just click aje kat gambar tu. Ape-ape komen sedia diterima.

.:: A Walk To Remember oleh Nicholas Sparks ::.


Mungkin kepada suma yang pernah menonton filem romantik bertajuk "A Walk to Remember" mesti tahu yang sebenarnye filem itu diadaptasi dari novel yang sama tajuknya ditulis oleh Nicholas Sparks.
Aku peminat setia filem tu, pada mulanya aku cuba cari novel tu, tapi takde dijual di Kedah ni. Selidik punye selidik, aku dapat tahu yang novel ni dijual hanya di Kinokuniya Book Store di KLCC.
Actually buku ni dihadiahkan oleh akak angkat aku yang dok kat KL nun. Aku minta tolong pada dia ntuk belikan aku novel tu dan aku akan bayarkan balik duitnya, memandangkan kene buat online payment kena ada card crdt. Tapi akak aku cakap dia hadiahkan novel ni pada aku, sebab aku dah kempunan sangat nak dapatkan buku ni ntuk lengkapkan koleksi A Walk To Remember aku. Ye ar, aku dah beli CD, DVD dan skarang ni complete dengan novel tulisan asalnye. Sronok gile aku.
Ok, enuff about me..Novel A Walk to Remember berkisar mengenai kehidupan remaja pada tahun 1958. Lebih kepada imbasan semula oleh Landon Carter mengenai kisah cinta dia dengan Jamie Sullivan, gadis yang pemalu dan punye visi tersendiri namun sedang menghitung hari kematiannya. Kalau kite dah pernah tgk movie, dah tentu kite akan faham jalan cerita novel ini. Novel ini mengajar kite mengenai perasaan hormat antara org lain, cinta yang mendalam, dan kesedihan bile kite mengetahui org yang kite cinta akan pergi tinggalkan kite.
Banyak yang bleh kite blajar mengenai hidup dalam tulisan Nicholas Sparks ni. Kalau taknak baca, dapatkan DVD movie ni kat mane2 kedai CD dan DVD. Taknak cakap bnyak2 sebab movie ni tahun berapa ntah, masa aku masih di UiTM lagi tau, pastu novel ni dah tentu lagi lama la dari movie tu sendiri.

.:: Memahami Bahasa Cinta Lelaki oleh Zamri Mohamad ::.


Lepas beberapa bulan, tahun baru pun dah masuk, aku masih blum lagi crite pasal sebuah buku yang aku beli di Popular, tengok aje la pics yang aku letak.
Bukan kerana kemaruk mengenai cinta seorang yang bernama lelaki. Cuma ingin mengetahui sejauh mana penulis lelaki mampu menterjemahkan bahasa jiwa kaumnya sendiri. Selama ni aku tengok dan kadang2 baca mengenai cinta wanita yang ditulis oleh pakar cinta lelaki. Kali ni satu kelainan pada aku bile baca buku mengenai lelaki dari tulisan penulis lelaki. Bukan sesuatu yang pelik pada org lain, tapi ntuk pengetahuan diri aku sendiri.
Mula-mula skali aku ada terbaca ulasan mengenai buku ni dalam newspaper mane ntah, terdetik di hati nak beli kalau2 ada jual kat sini. Seminggu dua lepas tu, aku jmpe buku ni, ape lagi beli la. Memandangkan aku punye masalah memahami dunia lelaki ni, aku beli jugak la, nak tgk keberkesanan tulisan dia dan jugak ntuk menambah ilmu la.
Buku ini ditulis oleh Zamri Mohamad, diterbitkan oleh PTS Millennia SDN BHD dan mempunyai 14 bab kesemuanya. Aku baca la jugak smpai habis, walaupun begitu...chewahh...kebanyakkan dari isi kandungan buku ini telah lama menjadi pengetahuan dalam diri aku. Maknanye, takde yang mampu memberi petunjuk pada aku mengenai lelaki. Memang la buku ini dibuat berdasarkan pendapat penulis terhadap topik yang dibincangkan. Namun ia tidak membantu aku yang memang la 'sesat' kalau nak bercakap mengenai lelaki ni.
Tapi, keseluruhannya, aku puas hati la, sebab buku ni, ada gambar, ada madah-madah dan idea-idea cinta, ada 'foot note' dan ada jugak mini kuiz di penghujung bab. pada aku tidak ada yang rugi apabila membeli buku. Satu pencapaian baru pada aku bile aku berjaya mempelbagaikan koleksi buku aku di rumah. Ye lah, slalunye novel, majalah komputer, komik, buku berbentuk fakta dan pengetahuan menjadi simpanan aku. Kali ni dapat buku motivaasi cinta lelaki tu, aku rasa sesuatu yang lain daripada koleksi yang ada.
Aku ni takde la pandai dalam mengulas sesuatu buku, cerita atau perkara. Namun aku suka berkongsi pendapat aku mengenai ape yang aku lihat, dengar, rasa dan jugak ape yang aku faham. Pada penulis, aku bangga mengatakan aku akan menunggu hasil tulisan kamu yang seterusnya. Teruskan menulis. Aku pasti, akan ada buku kamu yang menjadi sumber inspirasi aku. Good Luck.

Monday, January 5, 2009

.:: Happy New Year 2009 ::.


Masih belum terlambat ntuk aku wishkan Happy New Year 2009 kepada bloggers, readers
dan suma manusia di atas bumi ni,. Moga-moga tercapai azam tahun lepas, dan semoga tahun ni kite tanam azam lebih mantap lagi ntuk kite capai.

Ape azam aku? Dah tntu la sama macam tahun lepas, ntuk perbaiki kehidupan aku. So far, aku tak abis improve lagi. hehehe.. Maklum la banyak perkara yang perlu kite lakukan ntuk pastikan hidup kite diperbaiki.

Aku baru naik keje hari ni, lepas lebih kurang 2 minggu bercuti ntuk uruskan majlis perkahwinan Along aku di Kajang. Seminggu jugak aku disitu. Berjalan-jalan sekitar KL, Klang dan Shah Alam. Maklum la, hampir 2 tahun aku tak jejak kaki kat area-area tu.

Takpe, nanti aku post cerita dan kisah aku ketika di sana. Ntuk post pertama di tahun 2009, aku just nak wish happy new year ntuk suma org. Jumpe lagi...