Aaahhhh..Lama sangat kot tak update entry kat blog aku ni. Dah masuk April, by the way, Happy April everyone! Rasa macam tak punya bnyak masa, tapi sebenarnye malas nak bukak blogspot ni. Banyak cerita yang aku diamkan, banyak pengalaman yang aku pendamkan. Terima kasih kepada readers yang rajin benor baca blog aku yang ntah ape-ape ni.
Last entry pasal, jalan raya. Kali ni kita santai sket. Aku nak update pasal life aku serba sikit. Sambil menaip, sambil dengar lagu korea. Heran, walaupun aku tak faham bahasa diaorg, tapi kenapa aku suka sangat nak dgr lagu2 bahasa asing ni. Pelik tak? Dalam mp3 player aku, rasanye 30% dari himpunan lagu aku itu adalah lagu Korea je. Aku dengar lagu daro IU, G-Na, 2AM, Super Junior, Beast dan ramai lagi la. Camtu jugak dalam mp3 ntuk kreta aku. Sama la, dlm 34 lagu, 2 buah je lagi omputih, yang lain suma lagu korea. Hahahaha..Orang slalu tnye, kau faham ke tak bahasa diaorg ni. Aku ckp aku tak faham, tapi aku tau makna setiap lagu tu. Jadi tkde la kita buta-buta suka lagu tu kan...? hehehee... Internet skarang dah advanced. Taip je lagu yang kita nak, maksud dlm Melayu dan English, dapat la kita faham makna lagu tu..kan?
Seronok!!
Kita dah melepasi suku pertama tahun 2011, maknanye, bulan puasa pun dah semakin dekat, raya pun akan muncul selepas tu, tau-tau dah hujung tahun. Bila dah hujung tahun tu, mula la gelabah. Bukan ape, kontrak keje dah semakin pendek, dengan keadaan company camni, memang la rasa mcm nak bunuh diri. Kene la buat persiapan mencari keje baru lak. Dah la dalam keadaan ekonomi camni, memang susah nak cari keje. Nak memilih tu memang takleh la, ape lagi nak keje yang gaji besar, yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman kita. Kena mula dari skarang la, nak cari keje.
Bukan sbb kontrak nak abis je, keje kat sini skarang pun rasa mcm ape ntah. Dah tak sronok, dah tak bagi semangat. Datang keje pun rasa mcm terpaksa. Bangun pagi pun dah malas, bangun cukup2 time ntuk mandi, bersiap gi keje dan panaskan enjin keta..Sampai ofis, buat ape yang patut, berkurung dalam ofis, ptg tu, balik on time..Bila nak balik tu, muka ni memang ceria gila..Sampai org suma tegur "Sabrina, u always look energetic!" Aku senyum jerk..mane tak bertenaga, nak balik umah la katakan. Bila datang ofis, muka hanya Allah je yang tau..Ketat nak mampus! Tapi bila balik, senyum smpai ke telinga org lain..hhheheheh...Sronok bukan main. Itu la perasaan aku skarang bila datang keje. Teruk kan? Kalau tak pasal kene bayar loan dan duit keta, memang aku brenti keje dah...
Bila dah tak seronok, ape keje yang kita buat pun jadi tak ikhlas, betul? bukan saje tak ikhlas, tapi tak memberi hasil yang memuaskan. Jadi ape yang perlu kita buat? Aku sendiri pun taktau dah, rasa mcm dah putus asa ntuk bekerja kat sini lagi. Sentiasa mengharapkan panggilan keje yang lain. Tapi itu la, kalau nak dapatkan kerja skarang ni, paling kurang pun kene ada org dalam yang bleh suggestkan nama kita. Kebanyakkan interview keje dah camtu la skarang ni. Kalau takde org dalam, memang susah nak dptkan tempat. Kalau ikutkan kelayakan dan pengalaman tak cukup jugak.. tapi kene rezki masing2 la..Janji usaha dan rajin macam semut. Allahualam...