Wednesday, June 26, 2013

:: Aku dan Persiapan yang Tergendala ::


Saat menulis post ni, hati aku dipenuhi dengan seribu satu kegelisahan yang jarang-jarang org lain dapat rasa. Satu perasaan yang pada aku, hanya boleh kita dapati dalam cerita-cerita novel atau drama di TV saja. Ye, Tuhan menduga, kali ni dugaan-Nya pada aku, sangat la berat untuk dipikul. Rasa ni takkan hilang selagi kata putus tidak dicapai. Rasa gemuruh, gelisah ini tak mampu dikongsikan dengan org lain. Cuba dipendam sebaik mungkin, supaya tidak menimbulkan kekecohan di kalangan keluarga aku sndiri. Namun menyimpan rahsia itu amatlah menyakitkan.

Kenapa tetiba rasa camni, mesti ada sebab.. Ye, gelisah ni bersebab. Tatkala menghabiskan masa berkursus di KL minggu lepas, aku dapat berita yg tidak baik. Ncik Tunang menyampaikan berita yang buat aku tidak keruan smpai ke hari ni. Katanya, mak dan ayahnya tidak mahu meneruskan rancangan perkahwinan kami. Masa tu tidak lagi ada rasa gelisah, takut dan sebagainya, mungkin kata Ncik Tunang, mak abahnya cuma ingin menduga. Namun keesokan harinya, rajuk dan marah kedua2 bakal mentua aku tu semakin berpanjangan, sampai Ncik Tunang decide ntuk amik cuti ihsan semata-mata mahu pulang ke Ipoh. Secara tak langsung, hati ni rasa makin tak senang. Ye la, cuti ihsan hanya untuk perkara kecemasan, dan untuk pulang ke Ipoh dari Kuantan dalam keadaan tergesa-gesa adalah satu perkara yang agak membimbangkan.

Kalau dihitung, tambah dan tolak, tinggal kurang 2 bulan saja dari tarikh majlis kami. Kenapa saat-saat semua persiapan dah dibuat, baru datang isu ini. Kat mana lagi yg tak kena. Kami lakukan semua persiapan mengikut kehendak keluarga lelaki. Seperti menyediakan pelamin ntuk acara bersanding yg mana kalau ikutkan aku, aku sndiri tak slesa untuk duduk di atas pelamin dan tidak terlintas pun untuk sediakan pelamin pada majlis aku nanti. Semua tempahan untuk kenduri sudah dibuat. Ye, kami nampak kalut, sbb majlis kami jatuh pada bulan Syawal dan majlis sebelah pihak lelaki berlangsung sebulan selepas itu. Itu pun kerana kakak-kakak Ncik Tunang tidak punya masa pada tarikh lain di bulan Syawal. Kata sepakat telah dibuat, walaupun tiada perbincangan muka ke muka. Namun secara rasminya persetujuan dua buah keluarga telah dimeterai. Kenapa mesti ada pembatalan saat-saat akhir? Kenapa mesti ada keraguan di kala semuanya dah siap. Kad jemputan 800 keping ntuk dua buah majlis pun sudah aku amik beberapa hari sebelum aku ke KL. Namun kenapa masih ada rasa tidak puas hati dan cuba membatalkan segala-galanya.

Aku rasa agak terkilan dengan tuduhan-tuduhan yg pada mereka sendiri tidak berasas, namun dilemparkan juga pada aku. Hmm.... Sepatutnya, kami pihak perempuan yang akan memberi masalah pada keluarga pihak lelaki, tapi kenapa sebaliknya. Aku dah cuba beralah sebanyak yang mungkin, memandangkan kedua ibu bapa Ncik Tunang sudah berumur, tak mungkin dapat mengikut rentak dan trend terkini majlis perkahwinan. Tak mengapa, sebab aku sendiri pun hanya inginkan majlis yang serba sederhana. Tak meminta apa2 pun, semua barang-barang persiapan, aku dan keluarga aku sediakan sendiri. Ncik Tunang sendiri berusaha membuat persiapan, walaupun sibuk dengan kerja shif dan warung burgernya, sempat jugak dia dan dua org kakaknya buat persiapan. Pokok pangkalnya, semuanya berjalan tanpa masalah. 

Yes, betul..aku jugak bersalah, aku jarang bertanyakan khabar kedua bakal mentua ku itu. Bukan bererti aku tak amik berat langsung, Ncik Tunang slalu update tentang cerita mereka di kampung, cuma aku tak pernah call diaorg direct untuk bertanya kabar. Kenapa?? Antara salah satu sebabnya, aku tak sure tentang waktu rehat mereka di rumah, memandangkan diaorg menjaga dua org cucu mereka sendiri, dan waktu tido mereka yang awal dan perkara2 lain. Keduanya, timbul rasa segan untuk kerap berhubung. Bertandang ke rumah? Yes, ada.. hampir setiap kali aku ke KL sama ada balik dari KL atau nak ke KL, aku akan singgah di Ipoh. Makan tengahari bersama, atau cuma singgah untuk bertanya khabar dan sebagainya. Cuma tahun ni, aku tak pegi lagi bertandang. Sebab utama ialah, kerja baru aku yg menuntut aku mengorbankan hampir setiap weekend ntuk bekerja. Ada cuti, tapi lambakan kerja, buat aku tak mampu nak adjust masa ntuk bercuti. Contoh ketara, bulan June ni saja, setiap Sabtu aku bekerja, dan minggu lepas, baru abiskan masa berkursus ni KL. Alasan lagi, kan..Namun itu la hakikatnya. Sibuk dgn adik bongsu aku yang baru mula bersekolah, Aku dan ibunya bekerja dari Isnin hingga Jumaat, namun dia bersekolah dari Ahad hingga Jumaat. Masa yang kami dapat luangkan bersama cuma hari Sabtu. Namun, aku rasa kebanyakkan Sabtu aku abiskan di office.

Ahh..rasanya mcm banyak yg aku terlepas ckp..keresahan ni mungkin reda bila dua buah keluarga bertemu. Aku cadang untuk bawa mama dan ibu ke Ipoh, Jumaat ni untuk slesaikan hal ni. Harap semuanya akan kembali ke rancangan yang asal. Sekiranya masih punya masalah, takde apa yg mampu aku buat, melainkan mengalah pada kehendak keluarga Ncik Tunang aje la. Moga ada harapan ntuk kami berdua. Memang sangat2 rugi slepas bertahun kami mengenali hati budi masing-masing tapi akhirnya tidak bertemu titik jodoh kami. Pasrah aje la..Namun..well said Sabrina.. Kena fikir positif supaya hasilnya pun positif...Allahualam..

Friday, June 14, 2013

:: Aku, June dan Pesanan kepada Si Penyebar Fitnah ::


Minggu ni saja, tak nampak matahari pun, setiap hari hujan, sib baik office tak naik air. Well, hye.. I'm back.. Kali ni nak sembang pasal apa pun taktau la..tapi nak gak bebel. Memandangkan ada Zura yg bg semangat, tetibe nak becok menaip ni.. 

Minggu pertama June sumanya berjalan dgn lancar, masuk minggu kedua, jadual keja dah kucar kacir sbb setiap Sabtu ada training course, dan baru 2 3 hari lepas, dpt info kena pegi induction course kat UniKL HQ plak 19hb ni..3 hari kot kat sana, rasa mcm nak pengsan je. Keje kat office ni tak slesai, kena plak gi nganga kat KL nun.. Aduhai..nasib badan la..pasni if tak dpt title pekerja cemerlang tktau la..keje ngalahkan manager ja...hahahaa.. What ever it is, Alhamdulillah, Tuhan kurniakan kesihatan yg cemerlang, walaupun sibuk di office dan di rumah. 

Kebelakangan ni, suasana keja kat office dah jadi tak best, walaupun aku tak campur sgt dgn staff lain, sbb bidang tugas aku hanya berkaitan dgn server, networking dan hardware saja, pastu bilik aku sendiri pun agak jauh dgn bangunan admin..jadi, jumpa org pun kadang2, tu pun kalau ada staff yg bermasalah dgn laptop dan komputer. Kalau kena hari sibuk, memang tak duduk kat kerusi la, kalau kena hari takde keje langsung, pergghh..tido, nganga dan sebagainya...hahaha... Al-kisahnya, dalam dok sibuk kerja tak menang tangan ni, ada staff yg punya masa ntuk menyebar fitnah yg ntah apa2. Bukan berkaitan ngan aku pun, tapi bila fitnah tu dah smpai ke telinga kita, sedikit sebanyak kita akan berfikir logik ke tidak fitnah tu.. Pada aku, dah tentu-tentu la tak logik, tak masuk dek akal pun..Tapi itu la, betul kata org tua-tua, mulut ni kena jaga, bahaya kalau terlajak kata.. Camni la jadinya, bila dah ada dengki dan iri hati tu, mula la nak sebar fitnah smpai tak kenal dah dosa pahala tu. Org lain yang dengar pun, bleh terpengaruh kalau hari2 disogokkan dengan perkara yg sama. Heran la, usia dah tua, rambut dah putih, anak cucu dah berderet, tapi masih lagi nak burukkan org.. Jaga ajelah anak bini kat umah elok-elok.. Jangan nak jaga tepi kain org aje, sedangkan kain sndiri dah koyak rabak. Dosa fitnah yang dibuat ni, lagi besar dari dosa membunuh.. Nape tak dibunuh aje org yg difitnah tu, kan senang.. Kalau disebutkan nama, kang tak pasal2 aku kena ngadap bos, tapi ok gak kan, klu mention nama, mana ada org baca blog aku ni kan..hehehee (gelak jahat)..

Apa pun, aku nak pesan la kat pakcik sorang ni ye.. "Pak D**, kalau rasa fitnah tu lagi sronok dari keja2 office yg bos Pak D** bagi tu, ape kata dtg jumpa sy kat office, supaya sy bleh bg keja2 sy yg berlambak-lambak tu kat Pak D**.. ok tak? Rasanya sbb banyak masa terluang la tu smpai Pak D** dok meroyan sorang2 ni kan..Ingatlah Pak D**, kita taktau ajal maut kita bila, ntah2 esok lusa Pak D** 'padam' dah tak sempat nak bertaubat.. Satu lagi, if rasa nak tetap dgn pendirian fitnah tu, buang aje la ketayap Pak D** kat atas kepala tu, buat rosak imej muslimat aje. Brenti la buat fitnah tu Pak D**, sbb org yg kena fitnah tu, pahala dia akan berlipat ganda. Sy tau, Allah pun tau yg difitnah itu, tidak salah apa-apa. Esok lusa, if sy dengar lagi hal ni, Pak D** tunggu la nasib Pak D** nnti.. Sbb sy rasa tahap sabar sy dah hampir mencecah batas ni.. Mungkin org lain bleh terpengaruh dgn cerita dusta Pak D** tu, tapi sy tetap dgn pendirian sy ntuk tidak percaya pada cerita-cerita jahanam Pak D** tu.. Jadi nasihat sy, sila hentikan segala cerita tak berguna ni ye, klu rasa masa tu free sgt2, buatlah solat sunat ke, gi la berkebun ke, cat bangunan ke, janji mulut tu tak berbunyi. Tapi if nak keja yg guna mulut jugak, takpe, dtg jmpa sy, nnti sy pasangkan set karaoke kat opis Pak D** tu ye..Settle, sekian!"


Haaa,kan dah meleret.. Apa-apa pun, ni reminder ntuk diri sndiri gak, kadang2 kita tgk org lain lebih dari kita, hati ni rasa tak puas hati. Tak salah untuk rasa tak puas hati tu, sbb dgn rasa tu, kita akan berusaha untuk puaskan hati kita. Tapi jangan la sbb kita dengki dgn seseorg tu, kita reka cerita, kita sebarkan fitnah, kita buruk-burukan org lain..Tambah-tambah dalam usia yang dikatakan usia emas ni, patutnya diperbanyakkan amalan, ibadat..Mulut tu digunakan untuk berzikir, berdakwah bukan untuk menyebar fitnah. Setiap patah perkataan yg dikeluarkan dari mulut tu, semuanya boleh diterima pakai, boleh dijadikan petunjuk bukan perkataan yang menyakitkan hati, memburukkan org lain, merosakkan minda sesiapa yg mendengar. Ni kalau si Pak D** tu baca, memang makan hati, tapi mmg post kali ni ditujukan ntuk dia pun.. hahaha... Ape pun,  Assalamualaikum...

Saturday, June 8, 2013

:: Aku dan Blogging ::


Ok, lets admit it..Setahun kot tak update blogspot ni.. Apa keeesss!!! Sedar-sedar dah masuk tahun 2013..last entry masa hari ibu tahun lepas.. Well, time flies.. Tahun lepas, dok sibuk gelabah sbb kontrak keje dah nak abis hujung tahun tu..jadi dok sibuk packing barang, susun equipment, restock and everything, Awal tahun ni Alhamdulillah dapat bekerja di tempat yang sama cuma di bawah pengurusan company lain. Pun...sibuk gak, sibuk rearrange job description, sibuk perbetulkan tatasusila kerja, sibuk dgn menyesuaikan diri dgn keje2 baru. Fuhhh...tgh2 sibuk dgn keje baru, masuk pulak planning untuk wedding sendiri.

My little sister pun dah masuk darjah satu. Jadi selain dari nak sesuaikan dgn kerja baru, time lunch pun telah diisi dgn rutin mengambil adik aku kat skolah. At first memang kelam kabut, tapi lama-lama dah bleh adapt dengan new routine ni. No problem la. Rasanya sesuai la kot nak kata separuh tahun 2013 ni, diisi dgn pelbagai perkara baru sehingga tak sedar masa pun dah smpai bulan Jun. Alhamdullillah.. 

Itu adik yang kecik skali, yg bongsu plak dah graduate, jadi dok sibuk bawa dia interview merata tempat. Alhamdulillah, bulan lepas dia dpt keje di Prudential KL. Adik lelaki plak dah dpt kerja dgn kerajaan, namun secara kontrak la..Tp itu rezeki namanya, Along pun dah ada dua anak lelaki. 

Ada pilihanraya bulan Mei lepas, ada induction course yang kena attend, ada weekend task kat office, kenduri sana-sini, ada renovation job kat umah dan yg paling diberi perhatian ialah wedding plan aku. Skarang tengah bertungkus lumus dgn persiapan ntuk majlis bulan Ogos dan September nnti. Hope semuanya under control. 

Well, aku rangkumkan suma sekali dlm satu gambar. Fuhh..harap lepas ni dapat update dengan kerap. Rasanya banyak benda yg aku terlepas. Tapi takpe, seboleh-bolehnya kita catch-up balik la.