Sejak menukar status ni, rasanya mcm lebih gemar membaca dan memahami mengenai tanggungjawab suami dan isteri. Buka je suratkhabar, internet dan tv, ada je rancangan, artikel yg bleh menambah ilmu di dada, chewahh.. Bukan apa, perkahwinan aku dengan Ncik Suami bukan mcm org lain.. Kami bercinta jarak jauh, dan kami sama2 stuju untuk continue dgn perkahwinan jarak jauh pulak sementara menunggu suami posting dalam beberapa tahun lagi. Memandangkan aku bekerja swasta, memang susah la nak cari keje lain skarang ni, ditambah plak masih lagi dok celah ketiak mama. Malah, aku lebih dekat dengan keluarga mentua di Ipoh berbanding Ncik Suami yg berada di Kuantan nun, jauh bebenor la dia... Tu sbb seboleh-bolehnya aku dan Ncik Suami berusaha untuk tidak meletakkan jarak kami tu sebagai satu kekurangan dlm perhubungan kami.
So, baru-baru ni, aku ada melayari satu blog yg artikel terbarunya mengenai ciri-ciri serta beberapa perkara lain yg meletakkan lelaki di dalam beberapa kelompok berdasarkan bulan kelahiran, fizikal badan, bentuk rupa, cara tidur dan sebagainya. Ye la, kata penulis blog itu, artikel tersebut untuk suka-suka sahaja. Bukan blog ni saja, ada berpuluh-puluh website, blog atau artikel yg memperkatakan mengenai perkara ni. Ramai jugak tukang tilik tak bertauliah ni. Baca punya baca, tilik punya tilik, ye la, tilik hal sapa lagi kalau bukan keperibadian Ncik Suami. Sampai nak juling mata ni dok belek monitor kat office ni. Aku dapatlah beberapa kesimpulan. heeee... Pertama-tamanya, semua ciri dan kriteria setiap bulan kelahiran, lebih kurang sama je aku tgk, ciri-ciri fizikal pun begitu, kalau tak pendiam, dia peramah, klu tak peramah, dia suka bersembang.. tak ke sama je? ada satu bulan tu, tulis lelaki yg lahir pada bulan ini sangat cemburu orangnya.. pastu selang dua tiga ayat, tulis mereka jugak seorang yg bertimbang rasa. Aikkk... Apakah?? Tak faham aku. Yang keduanya, kalau kita jadikan perkara2 camni sebagai rujukan mencari jodoh, mampus la, tak kahwin la bujang2 kat luar sana. Kalau nak ikut satu2 ciri dan kriteria tu, jenuh la.. buatnya tak jmpa, atau takda langsung yg tepat, camno? bujang smpai ke tua la jawabnya.
Ok, berbalik pada tujuan asal post ni. Lepas puas tilik dan menimbang tara, aku ngambil keputusan ntuk berhenti jadi taksub dan berfikir sejenak dua. hahaha.. Lalu aku decide ntuk membuat perhitungan dan bertahan dgn pendapat aku sndiri saja. Ncik Suami aku lahir bulan Mei, sama tahun dengan aku, jadi kami sebaya. Dia anak bongsu dari 4 beradik. Bagi org lain, mungkin dia tinggi, tetapi memandangkan aku pun agak tinggi, aku rasa kami sama tinggi je (walaupun Ncik Suami tetap ingt dia lagi tggi..mesti dia tak puas hati klu baca statement nih!), Dia mempunyai sepasang telinga yang kecik, sepasang mata yang tidak sama saiz, sbb kelopak mata sebelah kiri dia jatuh sket, (katanya masa kecik dlu dia kena demam panas), sepasang anak mata berwarna dark chocolate, bibir mulut yg tebal dan hidung yg kecil tp bulat, dahi yang agak luas, tapak tangan yg besar, perut yg buncit sedikit tapi masih maintain tegap, tak bongkok mcm aku. huhuhu. Itu sedikit sebnyak ciri-ciri fizikal yg aku bleh ingt la. Maklum la, Ncik Suami jauh, kadang2 lupa rupa beliau mcm mana.. hahahha.. Bleh camtu..? Selama beberapa tahun ni, aku perhatikan Ncik Suami, mengenali hati budi, jiwa, akal dan minda beliau, aku faham dan aku terima dia seada-adanya. Ada yg kena dengan ciri-ciri dlm artikel tersebut, ada yang tak. Contoh yg paling aku ingt ialah lelaki yg panas baran. Ncik Suami susah sgt nak marah, kalau dia marah, dia akan diam dan muncung.. yg dok panas baran ni, aku ni haa..yg lahir bulan Oktober ni, jadi aku rasa telahan tu salah sama skali. Yang lain tu tak brapa ingt. Cuma aku nak tekankan kat sini, siapa pun lelaki yg lahir bulan May, yg ada ciri2 fizikal yg sama, tak semestinya akan berpewatakan yg sama macam Ncik Suami. Kalau sama, jenuh la rambang mata nak pilih jodoh kan?
Dipendekkan cerita! Alhamdullillah, Allah tetapkan jodoh aku bersama Ncik Suami, walaupun kami hadapi banyak masalah sebelum kahwin, banyak perkara yg memang kami tak serasi pun, kami punya kegemaran yang lain2, punya citarasa yang agak berbeza, namun kami kongsi rasa cinta yang sama. Kami mampu kongsi kesusahan dan kesenangan bersama sejak dari hari pertama kami berkawan, bersahabat baik, bercinta, bertunang dan seterusnya berkahwin. Walaupun aku baca tilikan, telahan, artikel berkaitan kelahiran, ciri fizikal dan mcm2 lagi, aku puas hati, tetap dan akan terus berpuas hati dengan Ncik Suami aku itu. Baik buruk dia, Allah tentukan begitu semata-mata untuk menyaingi dan melengkapi baik buruk aku jugak. Allahualam.
Dapat jugak buat post baru dalam tahun 2014 ni, takleh nak buat opening2 post rasanya sbb nnt jadi malas balik, kalau tgk jumlah post aku sepanjang kewujudan blog ni, rasanya mmg sgt menurun sejak tahun 2009 tu. hahaha.. sibuk mungkin? Tak tau la ye.. InsyaAllah, kali ni akan ku cuba update sekerap yang mungkin. Ok, di kesempatan ni, aku nak memperkenalkan seorang lelaki yg bernama kawan, sahabat baik, musuh, merangkap kaunselor dan kaunter aduan, tak lupa jugak pengurus kewangan aku, kekasih cerah dan gelap, yg paling tepat skali Ncik Suami tercinta; Encik Mohamed Gadafi. Sib baik tak handsome, kalau handsome jenuh la aku tak senang duduk kat Alor Setar ni dok pikirkan dia kat sana nun.. Apa pun, ni lah pengarang jantung hatiku.
Dapat jugak buat post baru dalam tahun 2014 ni, takleh nak buat opening2 post rasanya sbb nnt jadi malas balik, kalau tgk jumlah post aku sepanjang kewujudan blog ni, rasanya mmg sgt menurun sejak tahun 2009 tu. hahaha.. sibuk mungkin? Tak tau la ye.. InsyaAllah, kali ni akan ku cuba update sekerap yang mungkin. Ok, di kesempatan ni, aku nak memperkenalkan seorang lelaki yg bernama kawan, sahabat baik, musuh, merangkap kaunselor dan kaunter aduan, tak lupa jugak pengurus kewangan aku, kekasih cerah dan gelap, yg paling tepat skali Ncik Suami tercinta; Encik Mohamed Gadafi. Sib baik tak handsome, kalau handsome jenuh la aku tak senang duduk kat Alor Setar ni dok pikirkan dia kat sana nun.. Apa pun, ni lah pengarang jantung hatiku.