Selepas beberapa bulan berkahwin, dan mengutamakan kerja berbanding hal ehwal Ncik Suami di Kuantan nun, aku decide ntuk amik cuti selama seminggu, pada minggu lepas. Tujuannya, untuk menghabiskan betul-betul seminggu di rumah sewa Ncik Suami sebagai housewife sepenuh masa. Ye la, puas berbincang dgn Ncik Suami, dia pun izinkan ntuk aku menyemak kat umah sewa dia tu. Jadi ntuk pastikan aku dapat merasa tanggungjawab sebenar seorang surirumah, aku minta supaya Ncik Suami tidak memohon cuti pada minggu tersebut dan minta dia bekerja seperti biasa. Ye la, misinya ialah menyediakan makan minum, pakaian kerja Ncik Suami, menghantar (ke pintu) Ncik Suami kluar bekerja dan menunggu dia balik kerja. Pendeknya, nak merasa melakukan kerja2 seorang surirumah yang berjaya. Hahaha, walaupun ntuk seminggu, tapi aku tetap bersemangat nak merasai pengalaman itu.
Memandangkan Ncik Suami bekerja shif mengikut hari, jadi ada hari kami sarapan bersama, ada hari tak perlu buat begitu. Ye la, bila shif pagi dia kluar selepas subuh, memang tak sempat nak siapkan sarapan. Kalau shif petang plak, akan rasa sunyi sket sbb Ncik Suami akan bekerja sampai ke malam. Ok, pengalaman memasak memang sgt menarik ntuk dikongsi. Bukan apa, ni kali pertama aku memasak secara keseluruhannya. Dari A sampai Z. Tapi aku tak cekap nak menyiang ikan kembong, jadi ntuk memudahkan kerja surirumah cabok seperti aku, Ncik Suami ckp takyah la beli ikan. Cukup sekadar dia beli ayam dan daging, serta ikan kering. Senang katanya, takyah nak siang, bleh cuci dan goreng trus. Beli lauk dan sayur ala kadar sbb kami berdua je nak makan, dan Ncik Suami tak cerewet dalam bab makan, janji masak ntuk dia. Dari Alor Setar, aku usung buku resepi yg mama belikan. Ala, buku 1 Hari 1 Resepi: 365 Resepi Istimewa dari Chef Hanieliza tu. Dari situ aku cuba masak. Memang sejak dapat buku tu tahun lepas, setiap Sabtu dan Ahad aku akan memasak ntuk mama dan Amin. Kira tukang rasa masakan aku la. Kira masih proses belajar memasak lagi la. Tapi Alhamdullillah, walaupun tak sehebat mama dan kak ipar aku kat Ipoh nun memasak, tapi dapat la jugak aku pancing selera Ncik Suami tu. Walaupun dia tak puji sedap, tapi tgk dia makan nasi bertambah 2 kali, kira lulus la kot. Hahaha..
Bab masak dah lulus, yg selebihnya seperti basuh, sidai dan lipat baju aku tak buat sgt, sbb Ncik Suami rajin bab2 itu. Hahaha.. Dia mungkin dah terbiasa dengan rutin itu, jadi mudah dia menolong. Oh ye, bab menunggu suami balik keja ni yang excited sket, sbb kata Ustaz Kazim Elias tu, bila suami balik kerja, sediakan segelas air. Nanti dua2 org dapat pahala, suami minum air yg isteri sediakan, dan isteri pulak dpt pahala sebab layan suami begitu. Seronok jugak sambut Ncik Suami balik keje. Bukan apa, sebelum bertolak ke sana, aku dah sediakan beberapa kejutan yang aku dapat ideanya dari internet. Haa.. yang excitednya sepanjang 5 hari dia bekerja, setiap hari ada saja surprise yg aku buat. Ye la, mengisi masa lapang sementara tunggu dia balik. Tgk tv sepanjang hari pun boring gak. Kejutan aku tu termasuk la, menghadiahkan sebalang coklat, aku buat banner 'I LOVE U', bg kad dan letakkan dlm peti pos, siap dgn setem lagi ok, dan aku susun paper note jadi bentuk Love. Semua tu aku dapat dari webpage The Dating Divas. Banyak idea dia bagi ntuk suami atau isteri yang nak buat kejutan ntuk pasangan mereka. Aku ikut yang mana sempat dan simple je la.. heee..
Selain mengisi masa menonto DVD kat umah, tgk TV dan spend time sama2, Ncik Suami bawa pusing bandar Kuantan. Macam tau2 aje bini dia ni suka tgk pantai dan laut, dia bawa gi nganga kat Teluk Cempedak, hari lain dia bawa ke Pantai Sepat. Dapat la rasa angin laut yg kuat tu kan, sbb time tu cuaca memang berangin je. Pusing 2 3 jenis pasar malam area Kuantan tu, dapat la merasa kemeriahan pasar malam di sana. Cuma ada satu perkara yg menjadi kemusykilan di hati ni. Tak semua peniaga pasar malam memang asalnya dari Pahang, betul? Ada dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan mungkin dari lain2 tempat. Kata org sana, sesiapa nak meniaga kat area Kuantan tu, mesti la berbahasa seperti penduduk tempatan, kalau tak, nnt akan diboikot oleh peniaga dan pembeli di situ. Aku tak sure pasal perkara ni, tapi memang ada kawan Ncik Suami yg berasal dari Penang, dia meniaga kek di pasar malam, dia bgtau dia takleh ckp utara dgn aku sbb nnt ada org tak suka. Mula2 tak faham, tapi bila Ncik Suami terangkan baru la aku faham. Pelik betui. Kalau kat Alor Setar dan beberapa tempat yg lain, rasanya lagi meriah kot kalau peniaga tu datang dari pelbagai negeri. Tgk contoh paling senang nampak la. Nasi Kerabu; ada sesiapa pernah nampak org Sarawak jual nasi kerabu? mesti tak la kan.. Makanan camtu mesti la sedap dijual atau dimasak oleh anak jati Kelantan, baru kena pada rasa.. Itu contoh paling dekat yg bleh aku bagi la. hehehee.. Apapun, pada pendapat aku, rezeki Allah ni ada di mana-mana. Kadang-kadang kita bleh jadi tidak rasional kalau kita biarkan sikap tamak menguasai hati dan minda, Allahualam la..
Dah panjang lebar ni, gedebak gedebuk dah cukup 5 hari. Aku dan Ncik Suami abiskan cuti kami ni dengan menghadiri jemputan masjlis perkahwinan sepupu aku di Kuala Kubu Baru. Alhamdullillah, sepanjang perjalanan pergi Kuantan dan balik ke Alor Setar semula, kami tidak mengalami masalah langsung. Allah mudahkan perancangan kami. Syukur sgt2. Pengalaman yg jarang skali aku dan suami dapat rasa. Kami hargai setiap masa yg kami luangkan bersama, belajar menjadi pasangan suami isteri yg serba sederhana dan sentiasa bersyukur. Apa pun, kalau diberi pilihan sama ada nak jadi isteri bekerjaya atau surirumah sepenuh masa; buat masa ni, aku pilih ntuk bekerja..Bukan apa duit keta den sapo nak bayorrr? hehehhe... Jumpa lagi..
Ni antara surprise yg sempat aku buat.. i had fun doing all these. |
Dah panjang lebar ni, gedebak gedebuk dah cukup 5 hari. Aku dan Ncik Suami abiskan cuti kami ni dengan menghadiri jemputan masjlis perkahwinan sepupu aku di Kuala Kubu Baru. Alhamdullillah, sepanjang perjalanan pergi Kuantan dan balik ke Alor Setar semula, kami tidak mengalami masalah langsung. Allah mudahkan perancangan kami. Syukur sgt2. Pengalaman yg jarang skali aku dan suami dapat rasa. Kami hargai setiap masa yg kami luangkan bersama, belajar menjadi pasangan suami isteri yg serba sederhana dan sentiasa bersyukur. Apa pun, kalau diberi pilihan sama ada nak jadi isteri bekerjaya atau surirumah sepenuh masa; buat masa ni, aku pilih ntuk bekerja..Bukan apa duit keta den sapo nak bayorrr? hehehhe... Jumpa lagi..