Thursday, March 17, 2022

Aku kembali.

Bila dapat khabar tentang kematian semalam, hati terus jadi pilu. Khabar kali ini dari kenalan keluarga. Seorang ibu yang sudah beberapa minggu berada di hospital. Pada asalnya kerana apediks pecah sebelum hari pembedahan. Ibu itu terus tidak sedarkan diri beberapa minggu, sedar dan kembali tidak sedar sehingga menghembuskan nafas terakhirnya. Ibu itu lebih kurang aku ja umurnya. Punya anak-anak kecik. 

Terdetik di hati, terfikir akan pemergian itu. Adakah akan terbela nasib anak-anak itu? Adakah mereka tahu yang si ibu bertarung nyawa untuk kembali kepada mereka? Adakah mereka tahu si ibu sangat sayangkan mereka. 

Andai aku pergi satu hari nanti, sedarkah anak-anak aku tentang kasih sayang aku pada mereka? Bersediakah mereka melangkah tanpa aku di sisi? Agak-agak berapa lama mereka akan rasa kehilangan itu sebelum mereka menerima kenyataan? Mampukah mereka berdikari tanpa bimbingan seorang ibu? 

Risau kalau mereka tersalah langkah, aku takda di sisi mereka untuk memberi jalan. Kalau menangis sedih, sakit atau cedera, aku takda untuk menenangkan. Aku takda untuk tengok mereka membesar, berkawan, melanjutkan pelajaran, bekerja atau mungkin berkahwin. Semua iu bermain dalam fikiran aku hari ni.

Aku sememangnya terkesan dengan pemergian ibu itu. Bagaimana kalau itu aku? Aghstafirullahalazim..Ini ketentuan Allah. Redha. Aku akan cuba untuk menjadi ibu yang dikenang hingga ke akhir hayat anak-anak. In Shaa Allah. 

Allahualam..