Monday, December 31, 2007

...The Last Day of 2007...

Hari ni bertarikhkan 31 Disember 2007 (just in case tarikh format blog ni tak same ngan tarikh aku type post ni), hari terakhir tahun 2007. Sesungguhnye meninggalkan banyak pengalaman, kenangan baik, buruk ada jugak kenangan yang akan sentiasa bermain di fikiran aku ni.
Seawal tahun 2007, aku masih lagi bekerja di JB, as Management Trainee di salah sebuah company swasta sehingga la aku didesak untuk bekerja di Alor Star pada ujung bulan Jun 2007. Aku menyambut bulan Julai dia Alor Star, dengan keje baru yang menunggu ku. Berakhirlah hidup bujang aku di negeri orang. Selama aku di JB, bnyak perkara yang aku pelajari, banyak perkara yang aku hadapi. Actually that is my first job. so there are many things that i've learn about having a job. It teach me about being responsible to your work, discipline, time management and of course improving my communication skills. Today i feel more confident to face anyone that i meet. Kiranye confident level tu ada dlm tahap selesa ar. hehehe..
Setengah tahun 2007, starting Julai aku mula bekeje di Kepala Batas, Kedah la dah tentu sebagai IT Administrator under company swasta di mana, abah aku as a Training Manager di situ. Bekerja bersama abah sendiri bukan la satu perkara yang aku pernah harapkan. Tapi aku tahu, ramai yang masih setia bekerja bersama abah kerana dedikasi, tanggungjawab dan committed dia pada kejenye sendiri. Aku bangga cuma tak pernah terlintas untuk bekerja bersama abah sendiri. Aku memang tidak gemar bekerja di sini, sungguh! Namun di sudut hati, wujud rasa tanggungjawab untuk menjadi seorg anak yang patuh, taat pada permintaan kedua ibu bapanya (walaupun aku slalu zahirkan rasa tidak sronok bekerja di sini pada mama aku) aku teruskan jua jawatan ini. Niat untuk mencari job lain tetap ada dalam otak aku ni.
Tapi dalam masa yang sama, aku gunakan gaji dengan membeli few stuffs yang aku idamkan selama aku bekerja ni, seperti handphone 3G Sony Ericsson (Ori set) , jam tangan B.U.M (ori tau), sweater Muller (aku gi beli kat JB), kasut-kasut aku (yang berapa pasang dah sekarang), dress bersama baju kurung, dan beberapa stuff untuk kuarga aku, serta duit dapur bulanan untuk my lovely mom. Kira aku gunakan sebaik mungkin ar untuk kebaikan semua org. hehehe..Dan aku masih bekerja di sini walaupun.....hmmm..
Ramadhan dtg lagi, aku menyambutnya di Alor Star bersama kuarga aku. Suma berjalan dengan lancar, ditambah pulak kehadiran adik bongsu aku, Nurul. Raya Aidilfitri 2007 disambut sederhana oleh aku sekeluarga, tak sangka abah kali ni sporting untuk bergambar raya bersama kitaorg..Raya kali ni beraya ni rumah keluarga ibu (ma tiri aku merangkap isteri kedua abah), rumah tokwan dan jugak ke Sungai Petani rumah adik abah. Namun aku tak sangka, itulah raya Aidilfitri terakhir aku bersama...
Disember 2007 adalah bulan paling meninggalkan kenangan yang mendalam bukan pada aku, tapi jugak pada seluruh kaum kuarga aku. Bagi setengah org, mungkin bulan ni adalah bulan untuk menghabiskan cuti tahunan bersama kuarga, ataupun menghabiskan keje-keje yang tertunggak di pejabat. Namun berlainan bagi aku sekeluarga. Disember disambut dgn keadaan kesihatan abah yang agak merisaukan. Abah sakit dada, tekanan darah rendah, sukar bernafas, demam panas, gastrik (mengikut kata doktor klinik) dan akhir skali kembung perut serta bengkak kedua blah kakinya. Namun, hanya klinik yg dia nak pegi, taknak berjumpa dgn doktor pakar. Kitaorg hanya menerima keputusan dgn akur.
13 Disember 2007, lebih kurang pukul 5.30 pagi, aku dikejutkan oleh mama aku memaklumkan kepergian Abah buat selama-lamanye. Tersentak aku buat seketika. Sedih, terkilan pun ada, abah pergi tanpa meninggalkan pesan pada kitaorg. Mengikut keadaan abah, kitaorg pasti abah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 hingga 3.00 pagi. Badan abah dah sejuk ketika aku memegangnya. Abah pergi tinggalkan kitaorg, dan aku smpai sekarang masih tidak dapat menerima kenyataan ini. Perit sungguh rasanye. Ini adalah kehilangan pertama bagi aku, along (abg aku), amin, aisyah dan nurul (adik2 aku). Kesan yang kitaorg terima amat mendalam. Ketiadaan abah merombak kembali kehidupan kitaorg. Hari kepergian abah itu, ramai pekerja serta bekas anak didik dia dtg mengunjungi jenazah, seolah-olah memberitahu aku yang arwah abah banyak berjasa ketika hidupnye. Bangga (dgn kunjungan ramai rakan, staff, bekas student dan sedara mara arwah abah), sedih (dengan kepergian satu-satunya orang yang menjaga keseluruhan keluarga aku), terkilan (sbb arwah abah enggan ke hospital menerima rawatan pakar), lega dan syukur (sbb semua urusan jenazah arwah abah berjalan dgn lancar, dari hal urusan mandi, kapan, hinggalah ke urusan pengkebumian). Masih lagi terbayang-bayang keadaan ketika pagi itu, aku call along aku, suma sedara mara kitaorg memaklumkan kepergian abah. Terketar-ketar tangan dial nombor telefon diaorg ketika itu, keadaan sedih menyelubungi kitaorg ketika itu, pada masa yang sama terdengar ahli-ahli surau mengaji al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh. Sedih sgt ketika itu. Sampai sekarang, setiap kali aku bangun awal pagi, mendengar suara org mengaji, serta azan Subuh, aku akan menangis teresak-esak mengimbas kembali peristiwa sedih itu. Tak kuat hati aku untuk menerima keadaan ini, lalu mengambil keputusan untuk bangun selepas azan Subuh berkumandang. Pesan aku pada mama supaya kejut aku sesudah azan Subuh kerana tak mampu lagi aku menangis mengenangkan kepergian abah. Dan tentu aku taknak mama aku bertambah sedih melihat keadaan aku nanti. Sebak tul...
Raya AidilAdha disambut sepi oleh keluarga aku, kerana masih bersedih dengan kepergian abah, seminggu sebelum raya korban ni. Nasib baik ada pakcik dan makcik yang sudi menghantar ketupat dan rendang untuk dimakan pada pagi raya. Buat pertama kali rasa begitu sebak tanpa abah di sisi. Selama ini, ape yang kitaorg buat mesti besertakan kehadiran abah, kali ini tidak lagi. Sedih sgt rasa hati ini.
Ulangtahun kelahiran Nurul, adik bongsu aku disambut sederhana. Aku belikan kek coklat ntuk dia, walaupun dia takleh nak mkn, tetap ku teruskan sambutan besday dia kerana aku tau arwah abah memang ingin menyambut birthday anaknya yang umo setahun itu. Walaupun secara sederhana, namun riuh juga rumah malam tu dengan keletah Nurul serta kuarga kitaorg yang semuanye terhibur dgn suasana itu. Namun masing-masing masih bersedih dengan kehilangan abah, cuma tidak melahirkan rasa itu saje. Nurul kini setahun tanpa abahnya, begitu jugak dgn kitaorg adik bradik, tanpa abah di sisi. Rasa sedih akan sentiasa menyelubungi diri aku ini. aku sentiasa doakan kesejahteraan arwah di sana. Al-Fatihah....
Hari ini, aku meneruskan keje di company swasta dengan ingatan kuat pada arwah abah. This is because he's also my boss in the office. Jadi aku kehilangan abah di rumah, dan jugak kehilangan bos di office. Setelah bercuti almost 2 weeks, aku kembali meneruskan keje aku di sini, dengan harapan aku mampu meneruskan tanggungjawab abah menyara kuarga aku. Aku faham dengan pandangan staff-staff arwah abah, aku tau mereka simpati, sedih seperti aku, dan aku berterime kasih pada diaorg kerana mengambil berat.
Hari ini jugak, adalah hari terakhir bagi tahun 2007, aku berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar, hidup aku lebih terisi dengan perkara yang menyenangkan, dan rezeki aku bertambah. InsyaAllah. Aisyah (adik aku berusia 17 tahun) yang kini sedang menjalani program Khidmat Negara di Kem D'Jelapang, Kubang Pasu, aku harapkan kesihatan dia cemerlang, hati tenang dan minda dia lebih matang sesudah slesai Program ini. Aku tau, hati dia masih lagi kesedihan. aku faham tu..Namun aku sendiri takleh halang perasaan sedih menyelubungi hati aku.
Yang pasti, aku akan bangun, menghadapi 2008 dengan hati yang tabah dan cekal..

Thursday, November 29, 2007

...Ada Ape Dengan Yusri, Atie dan Yus?...

Ape yang complicated sangat tentang hubungan seorang wanita dengan seorang lelaki..? Aku sendiri kurang pasti kenape bagi sesetengah pasangan, menghadapi masalah sehingga berlakunyer perpisahan..
One of my best frens, just called, bgtau tentang hubungan dia yang dah putus ngan awek dia..Ok, it's really complicated..Pasal misunderstanding, hot temper, ada org ketiga yang interfere. Aku sendiri rasa kesal sebab perkara sebegini berlaku..Sepatutnye perpisahan ini bukan la jalannya. Tapi kerana hasutan orang sekeliling yang mengambil kesempatan, jadi la camni. Tapi bukan salah sorang aje, pada aku dua-dua pihak mainkan peranan.
Kesempatan ini, aku cuba mengenali siapa kawan aku sebenar. Ini kerana pasangan tersebut sememangnye kawan aku sendiri, dan org yang terlibat pun aku cukup kenali. Aku cuba fahami situasi, aku dengar masalah diaorg, aku amati keadaan..Aku amik iktibar..
Selama ini, aku amat bersyukur, Tuhan berikan ape yang aku ingini, walaupun bukan dengan cara yang senang. Suma itu perlukan usaha, sabar dan cekal. Aku percaya hubungan aku dengan Anuar sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan kawan-kawan aku, keadaan semasa manusia keliling aku. Aku fahami keadaan mereka, aku cuba hindari kesilapan yang pernah aku lakukan..Aku cuba menjaga hubungan ini walaupun tak sempurna..Kerana rasa sayang, tanggungjawab pada hubungan selama 2 tahun ini. Pada aku, tak mungkin aku akan melakukan perkara yang sama pada seorg lelaki yang lain. Sayang pada sebuah perhubungan, aku pasti, kite akan dirahmati Allah.
Pada Yusri, adik aku yang manja, cekalkan hati adik..Akak faham keadaan adik alami skarang..Pada Attie, my lovely besfren, kenapa sampai sebegini jadinye. Kenapa perlu menerima huluran tangan org lain selain Yusri. Dan kepada Yus, ape yang kau buat salah beb. perbuatan kau seperti org yang menikam blakang kawan beb..Gua tak puas hati dgn lu beb..hmmm..Kita suma berkawan, kenape mesti amik kesempatan dalam persahabatan kite ni..Jangan kusutkan keadaan lagi..
Aku akhiri post dgn ini dgn rasa tidak puas hati, rasa kesal yang teramat sangat..hmm..

Thursday, November 22, 2007

...Cara Terbaru Menyebarkan Kuman HIV...

Well, article ni aku dapat dari one of my frens, dia hantar kat Friendster aku..Rasa agak bertanggungjawab la ntuk menyebarkan information nie kepada suma tak kire ape cara sekalipun..Read it, understand it and bear in ur mind...
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih:
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati...
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik didalamnya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.
Article dari:
Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM,
Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .

Tuesday, November 20, 2007

Ada Apa Dengan Ina Naim?

Good morning everyone..Mungkin post aku pepagi ni agak extrem kepada seorang artis amatur yang mendapat perhatian yang melampau-lampau di kaca mata aku la..Ina Naim..Siapa sebenarnyer Ina Naim? Suratkhabar semalam, mostly bercerita atau melaporkan tentang majlis persandingan Ina Naim bersama suami dan kandungannya.. Ni bukan satu post ntuk menjatuhkan sesiapa malah bukan ntuk mengaibkan Ina Naim sendiri, aku cuma ingin melafazkan ketidaklogikan keadaan Ina Naim sekarang. Siapa Ina Naim sehingga diberi perhatian sebegini rupe? Berita mengenai kandungannya yang baru berusia 3 bulan diberi liputan muka hadapan, menjangkaui berita-berita tempatan yang lain. Yang mengherankan aku, siapa sebenarnya Ina Naim sehingga diberi penghormatan sebegitu rupe, diberi perhatian yang agak meluas. Rata-rata (sebelum aku menzahirkan post nie), cerita atau berita mengenai Ina Naim, penulis atau pemberita lebih gemar menyebut nama Ina Naim sebagai "Bekas Tunang Mawi". Most of them prefer to dat title than her own name. Kenape begitu? Usi baru setahun jagung di dalam dunia hiburan tanah air, dia seperti diva yang mendapat perhatian. Ini bukan kerana bakatnya, tapi jugak kerana kisah cintanya bersama Mawi yang putus di tengah jalan. Adakah masyarakat hari ini bersimpati dengan keadaan Ina Naim? Atau masyarakat hanya ingin melihat yang terbaik ntuk Mawi?

Siapa sebenar Ina Naim dan suaminye, Suhaimi? Kite kenali Ina Naim dengan rintihan hati yang lara ditinggalkan Mawi, namun Ina Naim kembali dengan berita tentang perkahwinannya bersama seorg ahli kumpulan nasyid negara, Suhaimi..Skarang, siapa yang dulu merintih tentang cinta pertamanye di hadapan siaran langsung RTM 1? dan siapa yang melangsungkan perkahwinannya tak smpai setahun rancangan itu disiarkan? Salah siapakah sekarang? Kite hanye kenali Suhaimi sebagai penyanyi nasyid, sekarang kite kenali Suhaimi sebagai suami kepada Ina Naim..Namun, siapa Ina Naim yang sebenarnyer? Dia hanyalah bekas kekasih Mawi yang mendapat tempat di dunia hiburan kerana rintihan hatinye yang lara. Ramai yang mengambil kesempatan dengan keadaan itu. Seolah-olah ingin melaga-lagakan Mawi dgn Ina Naim.

Aku bukan la seorg peminat Mawi mahupun Ina Naim dan suaminya..Yang pasti aku seorg manusia yang mengikuti perkembangan hiburan tanah air sebagai satu industri yang mempengaruhi bentuk masyarakat masa hadapan. Kalau macam ni la gayanya industri hiburan kite, aku pasti ramai la klon Ina Naim, Mawi, dan artis-artis tempatan dlm masyarakat masa hadapan..

Adakah Suhaimi berbangga dapat memiliki bekas tunang Mawi? Sampai bile-bile pun org akan mengingati Ina Naim sebagai BEKAS TUNANG MAWI, dan bukan ISTERI KEPADA SUHAIMI. Guys, just biarkan Ina Naim dgn keluarganya..Cukup-cukup la liputan yang melampau-lampau diberi kepadanya. Tumpukan perhatian kepada yang lebih memerlukan. Allahualam...

Friday, November 16, 2007

...Come on, be friendly laaa...

It's been a while..hukhukhuk..how u've guys been? Is it ok? or not? Minggu ni aku sibuk install software baru for my 4 computer labs. Bleh tahan betul penatnyer..Maklumla satu PC nak install amik masa setengah jam..Bayangkan ada 104 biji computer keseluruhannya..Memang amik masa..sib baik makmal ada air cond..hehehe..
Today, aku dpt sekotak chocolate Ferrero Rocher from one of the instructor here..Company aku keje ni bagi training service to students..The instructor known as Madam Rebecca..She gave me the chocolate because of the favor i'd gave to her last few weeks. Aku ada tolong betulkan laptop dia yang problem skit tu..Ok, the point is bukan nak ckp aku leh repair computers, but..crite disebalik pertolongan aku tu pada dia..So, today, dia ada dtg bagi aku chocolate tu and menyatakan rasa senang dia pada aku, sbb aku tak kisah menolong dia..this is because, she said dat, there are few peoples of staffs dat she asked for help, and what she get is muka masam n very unpleasant act..Aku mula-mula tak faham ape yang dia cuba smpai kan..Tapi bile aku dengar betul2 penerangan dia, baru aku faham..hehehe..Camni, ada la once or few times, dia minta tolong staff admin company kitaorg ni, buatkan few important documents, but reaction yang dia trime dari staff tu suma agak negatif..Diaorg abaikan keje tu, and lebih suka melayan org yang pandai 'kipas bontot' diaorg...Aku faham kenyataan Mdm Rebecca tu..Actually clearly understand that...She's very upset with dat reaction, seolah-olah kite ni macam mngemis minta tolong..Aku sendiri bukan la seorg yang ramah dengan stranger, but aku lebih suka senyum pada seseorg yang aku jarang jmpe...Macam staffs Admin tu suma...Diaorg agak sombong dengan aku..Seriously, bukan aku cuba burukkan sesiapa..but i've been here for about 4 months rite now, takkan la diaorg still takleh nak sesuaikan diri dgn aku ni..Salah aku ke yang cuba berbaik, atau salah staffs yang pilih bulu tu..Mungkin la Mdm Rebecca kelihatan agak tegas, but pada aku itu bukan satu masalah, itu mungkin cara dia, atau gaya dia sebagai seorg instructor atau lebih tepat seorg lecturer..Aku pun tak faham kenape diaorg suma act like dat..Siapa diaorg ntuk berlagak sedemikian rupe..Come on la, kite keje satu tempat, why not keje dgn hati yang senang, tanpa rasa double standard, tanpa ada rasa tinggi diri..aku sendiri sebagai seorg yang baru, agak kekok dgn situasi sebegini..Bukan ape, aku ni dah la jenis kepala enjoy, bile dtg keje tgk staffs yang nak senyum pun kedekut, dah tentu hilang mood aku nak keje..sib baik la office aku jauh dgn office admin..kalau tak, mau botak kepala aku mengadap diaorg..No offence but guys, tolong ar improve sikap korang tu..Tak selama-lamanya org bleh tahan dgn sikap dingin kite..Everybody have their own limits, u know..Just have fun with ur surrounding, baru gempak...hehehehhhe...

Wednesday, November 7, 2007

...Happy! Happy! Toing! Toing! Toing!...

Dah lama la aku tak menaip dlm blog ni..Sib baik tak kene delete..Rugi je aku register..hehehehe..Hari raya pun dah lepas, Syawal pun dah smpai ke penghujung..Rasa macam cepat je masa berjalan.. Esok pulak Deepavali..Untung betul jadi rakyat Malaysia..Macam-macam perayaan yang boleh kite sambut..heheheh..aku tak cerita lagi, kisah Aidilfitri aku..mungkin di post yang akan datang...

Tuesday, October 9, 2007

...Anuar Zain's Latest Album...






Penghasilan album terbaru Anuar Zain di pasaran tempatan mencetus kontroversi, memandangkan dia telah sepenuhnye menggunakan tenaga-tenaga dari industri music Indonesia. Pada masa yang sama, industri tempatan digoncang oleh kehadiran ramai artis dari negara Republik tersebut yang mendapat tempat di hati pendengar tempatan. Aku sebagai seorang yang gemar mendengar music mengambil kesempatan untuk merasa penangan tenaga-tenaga dari Indonesia yang sama-sama menghasilkan album terbaru Anuar berjudul Anuar Zain (if i'm not mistaken la..) Untuk itu aku telah menggunakan duit gaji aku ntuk membeli CD Album Original Anuar Zain yang berharga RM34.50, Sabtu lepas. Aku habiskan duit aku ntuk menjadi seorang peminat industri tempatan yang adil. Chewahhh..
Setelah mendengar 10 buah lagu yang dihidangkan dalam album ni pada kali pertamanye, seperti tidak percaya..Ini album yang aku cari selama ini. Buah tangan dari Anuar Zain kali ini betul-betul memuaskan halwa telinga aku. Trus trang aku katakan aku bukanlah peminat Anuar namun aku sering mengikuti perkembangan beliau sejak dari awal kemunculannya. Aku pasti, Anuar Zain telah melakukan yang terbaik ntuk album ini. Kalau aku sebagai pendengar yang kurang mengenali ape itu makna sebenarnya music tempatan, tetap mengatakan ini album terbaik pernah aku dengar selama ini, selain CD artis-artis tempatan yang lain.
Lagu track ke 6, Lelaki Ini, telah mendapat tempat di hati pendengar radio-radio tempatan, lets admit it, this is the best from Anuar. Aku pernah terbaca ulasan mengenai album ini yang mengatakan Track ke 10 - Teman Terulung, betul-betul menyentuh hati pengulas tersebut. Kenyataan itu tidak salah, malah pada pendapat aku sndiri, kebanyakkan lagu di dalam album ni, menyentuh hati aku. Susunan music, lirik lagu yang puitis menunjukkan yang Anuar amat teliti dengan pilihan lagu ntuk album ini. Kire berbaloi ar dengan ape yang dia korbankan ntuk album ni.
Pada aku, ini bukan kegagalan Anuar, tapi kebangkitan secara positif Anuar setelah lama mendiamkan diri tanpa album terbaru. Adakah album Anuar kali ini tidak mampu memberikan sambutan hangat di pasaran tempatan? Aku rasa tidak. Bukan ape, aku terpaksa menunggu seminggu ntuk mendapatkan album ini kerana sudah kehabisan stok, pesanan kali kedua ntuk album ini masih belum sampai. Aku mencari di sekitar bandar Alor Star, mane-mane kedai yang menjual CD Original, namun CD itu laris di pasaran. Jadi, aku tak pasti adakah betul album ini tidak mendapat sambutan peminat? Itu memang menjadi tanda tanya.
Memang aku akui, kritikan negatif yang ditrime oleh Anuar Zain mengenai album terbaru ini sedikit sebanyak mempengaruhi aku ntuk mendengar sendiri album ini tanpa mempercayai kata-kata wartawan music tempatan. Aku pasti bukan aku saje yang berpendapat sebegitu. Pasti ada peminat yang berfikiran relevan ntuk mengadili sendiri buah tangan Anuar ini sebelum membuat keputusan tentangnya.
For sure, aku puas hati dengan album ini. Walaupun ia menggunakan tenaga dari Indonesia, aku pasti belum tentu Marcell atau Glenn Fredly sndiri, mampu menyanyikan semua lagu-lagu ini dengan baik, kalaupun mereka mampu, aku juga pasti, diaorg takkan sepenuhnya di terima di sini. Bukan cuba menjatuhkan penyanyi solo Indonesia, malah aku merupakan peminat Glenn dan Marcell, juga beberapa arits berkumpulan Indonesia. Aku bukan prejudis, hanya mengeluarkan pendapat jujur dari hati. Cuma ingin aku tegaskan di sini, tanpa Anuar Zain, lagu-lagu tersebut takkan menjadi sebegitu gah terhidang dalam album ini.
Sentuhan Anuar kali ini begitu membanggakan aku dan juga peminat-peminat setia beliau. Congratulations!

Wednesday, October 3, 2007

...Kedatangan Syawal 1428...

Tahun ni aku menyambut sepenuhnye bulan Ramadhan di Alor Star. 4 tahun sebelum ni aku berpuasa di Shah Alam dan JB. Kali ini bile dah balik keje di sini, lain pulak keadaannyer..Ramadhan kali ini memberi 1001 cerita, bukan saje pada diri aku sendiri, tpi juga pada seluruh rakyat Malaysia. Semua org tau tentang kisah kematian tragis Nurin Jazlin yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia berada dlm kesedihan buat seketika..Kehilangan dan penemuan mayat Nurin merungkai segala persoalan di minda. Tak cukup dgn itu, Ramadhan kali ni, diuji lagi dgn beberapa kes kehilangan kanak-kanak dan remaja. Ape la difikirkan oleh remaja yang lari dari rumah tu? Kesenangan dan kebebasan ape la yg diaorg cari. Aku sendiri tak faham. Bukan saje kes kehilangan kanak-kanak, kite jugak turut dihidangkan dgn kes kematian akibat lemas, kemalangan dan kebakaran di sekitar Malaysia. Peristiwa sebegini mampu membuat kite muhasabah diri, dan memikirkan kelebihan dan kekurangan diri kite sendiri sehingga ditimpe musibah sebegini.
Kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang, aku doakan semoga tabah menghadapi Aidilfitri kali ini tanpa mereka di sisi. Tuhan lebih menyayangi diri mereka. Moga kisah-kisah sedih Ramadhan mampu diubati oleh keberkatan Aidilfitri 9 - 10 hari lagi.
Al-Fatihah pada semua yang terlebih dahulu menemui Allah.

Wednesday, September 12, 2007

...Happy Ramadhan 1428...

Tomorrow, every Muslim in Malaysia, n probably around the world, akan berpuasa selama sebulan. Termasuk la aku ni. For past 4 years, aku menyambut bulan puasa dengan cara yang berbeza. Paling aku tak lupe, sambutan Ramadhan di JB last year. Sronok berbuka puasa dengan grandchildren auntie aku di sane. Kecoh satu rumah bile masuk je waktu berbuka. Hehehe. the best experience ever. Aku sendiri terharu melihat kesungguhan bebudak ni ntuk berpuasa. Bukan ape, dari awal Ramadhan lagi aku dah berjanji akan hulurkan duit raya pada diaorg sekiranyer diaorg dpt puasa penuh bulan itu. Ape lagi, pulun masing-masing penuhkan puasa. Sib baik takde yang pengsan kat skolah. Aku rindu betul ngan bebudak tu.. After raya baru bleh meet diaorg.
I still remember, the time when my mom teach us (me and my adik bradik) to puasa every year. She'll pay us RM 1 for one day of fasting. Interesting huh? By the end of Ramadhan, and Hari Raya came, she said, the money that we've got from puasa, is our duit raya..hehehe..Quite lumayan huh? RM 30 if tak ponteng puasa. Kire quite mewah bg kanak-kanak skolah mase tu. tapi lastly, our mum amik balik half of the money to buy groceries..hehehe.. Sama macam tak bagi jerk..kehkehkeh.. Adios..

Friday, September 7, 2007

...THouGHT FoR ToDaY...

Do NoT LooK BaCK, aND Do NoT DReaM aBouT THe FuTuRe, eiTHeR. iT WiLL NeiTHeR GiVe You OthEr DaYDReaMs. YouR DuTY, Your ReWaRD - YouR DeSTiNY - aRe HeRe aND NoW.
BY DAH HAMMARSKJOLD, UN SECRETARY-GENERAL (1905-1961)

Thursday, September 6, 2007

...MyStupidSigh Intro...

Lets face it, i'm an ordinary female, who really like to express my thoughts to public, and to whoever have the time to read all these stories..To be fair, i don't know how to be a good writer actually..but i really like to write stuffs dat i saw, ideas, stories of people around me, the emotion inside me and things that i think can be shared with u, the readers..maybe can give u inspirations, ideas or probably solutions to the same stories dat u faced.
I'll always hope the readers will give comments to all my post from time to time, just to know dat at least one of my 'stupid sigh' help u a little bit..U are welcome to share any thoughts or to amend, correct my opinions, maybe i was wrong, but i did not realise it..so, hoping u guys, can help me improve my 'stupid sigh'..

Wednesday, August 29, 2007

...10 Ways of Loosing Ur Weight Without Medicine...

I had read an article about how to loose weight in a very healthy way, without taking any pills, milk, or even on diet..I'd try few of the steps given in this article..it works actually..without u noticing it..But, terpulang la pada org yg nak buat tu..kesungguhan tu penting..klu buat dlm seminggu berturut-turut, rasanyer nnti akan jadi routine pada kite..senang kan..lagipun tkde susahnyer..Ini ada senarai 10 cara kite leh loose weight..
1. ~ Drink water, 8 glasses everyday. Boleh mngurangkan slera makan naturally
2. ~ Kurangkan garam (Less salt). For no reason, makan garam berlebihan memang undang penyakit pun..hehehe..
3. ~ Eat Breakfast. Menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah, bleh kurangkan brain damage too..
4. ~ Eat and chew slowly. Result satisfaction.
5. ~ Eat a lot of fruits and vege's. The best source of vitamins, minerals, and more.
6. ~ Do not drink carbodinate's drink (Minuman bergas la tu). Contains of 7 to 8 spoons sugar, tak baik ntuk kesihatan.
7. ~ Chewing Gums. If u think of eating any junk food, chewing gums will let ur desire fly away..hehehe..Rasa nak makan makanan snek ke, kunyah gula-gula getah ntuk mengurangkan rasa lapo tu..better kunyah chewing gums yg berperisa mint.
8. ~ Kurangkan penggunaan marjerin. Ada banyak kandungan lemak tu..
9. ~ Rebus, panggang dan kukus. Suma makanan yg dimasak rebus, panggang atau kukus, bleh mengurangkan kandungan kalori dlm setiap masakan. Actually, i pernah berada di dalam routine pemakanan seperti ini, no wonder banyak mane meal i took, i still got body shape..i tak sedar rupenyer pemakanan begini helps me on taking care my healthy life.
10. ~ Eat less sugar. Kurangkan gula dalam makanan..bak kata iklan dari Kementerian Kesihatan. hehehe..

Nowadays, people especially women, want to look gorgeous, with perfect body shapes But diaorg tak fikir, akibat dari penggunaan ubat-ubatan yang agak berlebihan bleh beri kesan dlm jangka masa pnjang..Alaaa..kalau kite baca paper, kite mesti tau mengenai kesan-kesan pengambilan diet yg berlebihan, pills dan yg sewaktu dgnnya..
There are ways to loose ur weight. It's up to u actually to loose it in a healhy ways or in a drastic ways.It's all in ur hand. Till then..




Tuesday, August 14, 2007

Pre - Chapter


I'm back from Johor Bahru yesterday. A lot of things happen that mostly make me happy, but few of it make me feel sad and shocked. Yesterday, an accident tragically happen involved a express bus caused 20 passengers died including the bus's driver at Bukit Gantang near Taiping, Perak if i'm not mistaken. I haven't read the full news yet, but i know a little bit of that tragic accident. I'd feel sorry for those who lost any family members, maybe your friends, who knows. May Allah bless them all.

What i'm trying to say that, at the same morning of that accident happen, i'm on the express bus heading to Alor Star from Johor Bahru, when i arrived at Alor Star, one of my good fren had call me and ask me whether i'm OK or not (she had heard the news earliear than me..) I'm stunned at that time. Until now, i'm keep thinking what if i'm one of the victims? What would happen, will my family cry for my death? Will my frens cry for the lost? Hmm..What will happen to my parent if i'd die? I feel very grateful when God still bless me and keeping me alive until now. I would like to send my condolence to all family's members, frens, sistes, brothers that lost their loved one in that accident..
...This bouquet is dedicated to those who killed in that tragic accident...

Thursday, August 9, 2007