Good morning everyone..Mungkin post aku pepagi ni agak extrem kepada seorang artis amatur yang mendapat perhatian yang melampau-lampau di kaca mata aku la..Ina Naim..Siapa sebenarnyer Ina Naim? Suratkhabar semalam, mostly bercerita atau melaporkan tentang majlis persandingan Ina Naim bersama suami dan kandungannya.. Ni bukan satu post ntuk menjatuhkan sesiapa malah bukan ntuk mengaibkan Ina Naim sendiri, aku cuma ingin melafazkan ketidaklogikan keadaan Ina Naim sekarang. Siapa Ina Naim sehingga diberi perhatian sebegini rupe? Berita mengenai kandungannya yang baru berusia 3 bulan diberi liputan muka hadapan, menjangkaui berita-berita tempatan yang lain. Yang mengherankan aku, siapa sebenarnya Ina Naim sehingga diberi penghormatan sebegitu rupe, diberi perhatian yang agak meluas. Rata-rata (sebelum aku menzahirkan post nie), cerita atau berita mengenai Ina Naim, penulis atau pemberita lebih gemar menyebut nama Ina Naim sebagai "Bekas Tunang Mawi". Most of them prefer to dat title than her own name. Kenape begitu? Usi baru setahun jagung di dalam dunia hiburan tanah air, dia seperti diva yang mendapat perhatian. Ini bukan kerana bakatnya, tapi jugak kerana kisah cintanya bersama Mawi yang putus di tengah jalan. Adakah masyarakat hari ini bersimpati dengan keadaan Ina Naim? Atau masyarakat hanya ingin melihat yang terbaik ntuk Mawi?
Siapa sebenar Ina Naim dan suaminye, Suhaimi? Kite kenali Ina Naim dengan rintihan hati yang lara ditinggalkan Mawi, namun Ina Naim kembali dengan berita tentang perkahwinannya bersama seorg ahli kumpulan nasyid negara, Suhaimi..Skarang, siapa yang dulu merintih tentang cinta pertamanye di hadapan siaran langsung RTM 1? dan siapa yang melangsungkan perkahwinannya tak smpai setahun rancangan itu disiarkan? Salah siapakah sekarang? Kite hanye kenali Suhaimi sebagai penyanyi nasyid, sekarang kite kenali Suhaimi sebagai suami kepada Ina Naim..Namun, siapa Ina Naim yang sebenarnyer? Dia hanyalah bekas kekasih Mawi yang mendapat tempat di dunia hiburan kerana rintihan hatinye yang lara. Ramai yang mengambil kesempatan dengan keadaan itu. Seolah-olah ingin melaga-lagakan Mawi dgn Ina Naim.
Aku bukan la seorg peminat Mawi mahupun Ina Naim dan suaminya..Yang pasti aku seorg manusia yang mengikuti perkembangan hiburan tanah air sebagai satu industri yang mempengaruhi bentuk masyarakat masa hadapan. Kalau macam ni la gayanya industri hiburan kite, aku pasti ramai la klon Ina Naim, Mawi, dan artis-artis tempatan dlm masyarakat masa hadapan..
Adakah Suhaimi berbangga dapat memiliki bekas tunang Mawi? Sampai bile-bile pun org akan mengingati Ina Naim sebagai BEKAS TUNANG MAWI, dan bukan ISTERI KEPADA SUHAIMI. Guys, just biarkan Ina Naim dgn keluarganya..Cukup-cukup la liputan yang melampau-lampau diberi kepadanya. Tumpukan perhatian kepada yang lebih memerlukan. Allahualam...
No comments:
Post a Comment