Friday, May 30, 2008

Sesudah Akademi Fantasia 6

Kite suma tahu yang Akademi Fantasia 6 (AF6) dah pun slesai, kite pun tau yang Stacy dari Sabah berjaya bergelar juara kali ni. Ringkas kan la ok, Riz di tempat kedua dan Nubhan di tempat ke 3. Toi dan Nadia masing2 di tempat ke 4 dan 5. Rezeki masing2 la kan..suma dpt hadiah, senang crite...hehehehe..

Aku melayan jugak konsert final AF6, tak semeriah final AF yang lain, tapi ada jugak la bestnye. Macam music arrangment oleh Ramli M.S. sedap betul aku dgr, membantu finalis bt persembahan yg best. Macam lagu baru Riz, Stacy dan Nubhan, music banyak membantu, sedap aku dgr. Persembahan diaorg kira all out la, puas hati la jugak tgk. Cuma crowded tak semeriah konsert yang lepas2..

Over all, ok la konsert final musim ni. Senang crite..

Lepas habis jerk AF6, muncul plak rancangan baru kelolaan Aznil iaitu Jangan Lupa Lirik. hehehe..macam2 la kan..

Ok, crite lain plak, kisah pelakon Anak Pontianak yang skali lagi menimbulkan kontroversi di mana gambo dia berpakaian sexy diedarkan dalam internet. Dah kluar paper Metro pun cuma aku jer lambat bg review pasal kes ni. Aku sendiri pun dah tgk gambo2 tu. So, feedback dari pelakon tersebut mengatakan bahawa gambo2 tersebut hanya ntuk simpanan peribadi sahaja. Ini bermakna, dia berpakaian sedemikian dan mengambil gambo hanya untuk simpanan peribadinye sahaja. Namun yang demikian, dia sendiri taktau ada pihak yang sengaja ntuk memalukan dia dan menyebarkan gambo2 tersebut di dalam internet. Itu kata dia la..Aku fikir punye fikir, aku selidik, baca, tgk serba serbi la, aku dpt satu conclusion la..

Iaitu...Ape yang aku faham dari info yang aku baca, pelakon tersebut dikatakan menyertai satu parti liar di mana dia berpakaian sedemikian yang kene dgn parti tersebut. i'm not very sure about that statement la, but ape yang aku pasti, memang dia berniat untuk memakai pakaian sedemikian ketika itu. Bukan ape, if betul la dia nak bt koleksi peribadi, kenape mesti berpakaian sedemikan dgn pose camtu di khalayak ramai? Kenape tak amik dalam bilik jerk, takde org, tkde sape tgk, tkde sape tau dan simpan sendiri2 jerk. Ini tidak, kenape mesti mengambil gambo untuk simpanan peribadi di public? kenape? Aku sendiri tak faham..

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkaitan terhadap aksi lucah dan imej sexy pelakon tersebut? Adakah dia akan digam? adakah dia akan digantung dari pada muncul di mane2 kaca tv mcm Faizal Tahir itu? Apakah hukuman yang sepatut dia hadapi di atas sikap tidak menghormati agama Islam? Ermmm..? Kalau Faizal Tahir dikenakan tindakan, kenape pelakon ini tidak turut diambil tindakan? Sedangkan kite tau, Faizal Tahir tidak menunjukkan auratnye, tetapi si pelakon ni telah dengan bangganyer membuka aurat. Ape yang perlu kita lakukan sebagai seorang manusia yang beragama Islam? ermmm...Allahualam...

Ada Untukmu - Nubhan

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
untuk persembahan
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku...berikan kasih
Kalau itu yg kau mahu dariku
Aku...berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu
Aku...sayang dirimu
Biarpun nafasku sampai terhenti

Akan kukota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Meraih cinta kita


P/S: Lagu yang mencuri perhatian aku dalam konsert final Akademi Fantasia 6 tempoh hari. Nyanyian Nubhan, lirik lagi yang puitis. Sedap beb lagu ni..Kan bagus klu ada org nak nyanyikan lagu ni ntuk aku..hehehehe...

Sunday, May 18, 2008

Ahad yang pilu...hahahaha...

Cuti 3 hari yang agak membosankan, aku sendiri dah mati akal nak bt ape ngan hari2 cuti aku di rumah. Internet kat umah plak problem, tkde connection ngan pc plak. Camne ntah aku nak buat. Aku sendiri dah bengong. Huhuhuhu...

Hari ni Ahad, slalu hari Ahad aku kluar merayap at town. huhuhuh..Ada ape dgn town sampai hampir tiap2 minggu aku kluar? aku pun taktau. Tapi hari ni kluar aku bermisi..Chewahhh..Aku pegi Post Office kat town ntuk buat money order for Perbendaharaan Malaysia atas urusan penting la. Kat Alor Star ni, Post Office memang bukak hari Ahad dan tutup hari Jumaat. Easy for me la actually bile nak bt urusan di situ.

Aku lunch date dgn 'so called' teman istimewa aku. Maklum la keje dia bukan macam keje aku. So, nak dating tu pun susah skit. Lepas lunch, dia masuk keje balik, aku ape lagi merayap ke sana sini melawat banyak tmpat termasuk la Post Office. Hihihi..Bile jalan sorang2 ni bukan ape, sronok cuci mata, bebas berjalan ke mane sahaja ikut kaki aku, lepas tu nak beli ape2 bleh amik brape banyak masa aku nak ntuk belek menatang yang aku nak beli tu. Hihihih..syok...

Oklah, aku nak blah dah ni, mama aku dah call suh balik..hihihih..biasalah anak dara dia yang sorang ni bile kluar town sorang2 memang lmbat nak balik umah. hihihih..ok, till next time..daaa...

Friday, May 16, 2008

Aku dan My 'So Called' Teman Istimewa

Ini ada luahan sekeping hati yang telah jatuh cinta kepada seseorang, namun cintanya tiada balasan..Tiada balasan ke? ermm..i'm not sure about that.

Kisah ini aku cuba huraikan dari peristiwa sekeping hati (biarlah aku rahsiakan siapa empunye hati tu erk) yang tlah jatuh cinta pada seorg (aku gelarkan Meego). Sekeping hati ni telah meminati Meego atas beberapa sebab la. Dia lebih gemar meluangkan masa bersama Meego walaupun dia tau yang Meego mungkin hanya menganggap Sekeping Hati itu sebagai kawan paling baik.

Ahh..ni kisah biasa2 saje. Ape yang aku cuba nak kabo kat korang ialah istilah cinta tu sendiri. Ape konteks yang perlu kite highlight ntuk menunjukkan rasa cinta kite kepada seseorg tu? Adakah kesetiaan menjadi kayu pengukur pada sesebuah hubungan? Adakah keikhlasan juga turut menyumbang kearah kejayaan hubungan tersebut? Atau macam mane?

Aku sendiri punye teman istimewa la, namun masih lagi berkawan dengan beberapa lelaki yang aku anggap tidak ada salahnye sekira berkawan. Aku bukan isteri org, aku bukan tunangan org, jadi aku bebas ntuk berkawan dengan sesiapa saja walaupun punye teman istimewa. He's a good guy, sometimes quite understanding. Selebihnye dia isikan ruangan emosi dia dengan perasaan cemburu dan ragu2 pada aku. Future plans? Kawin? Hahahaha..It's funny when people ask me about my future husband. Because seriouly talk, aku dgn dia memang tkde planning ntuk berkawin dlm masa 2 3 4 atau mungkin 5 tahun lagi. Ape nak jadi nih? Ada teman istimewa tapi takde planning nak kawin lagi nih? Kenape? Ape yang aku tggu2 lagi nih? huhuhuu...

Keinginan untuk mempunyai kuarga sendiri memang jadi impian suma org, aku tak terkecuali la. Tapi memandangkan my 'so called' teman istimewa tu tkde nmpk ape2 preparation for masuk meminang aku, aku pun dgn slumbernye memilih ntuk tidak terlalu memikirkan masa depan aku dgn dia. Aku bukan tak sayang, aku sayang. Cuma kadang2 terlalu mendesak buatkan hubungan kitaorg dingin. Jadi better buat2 tak peduli. Walaupun aku sebenarnye tertekan dgn keadaan itu.

Cari lain? Ape? Find new boyfriend? Bleh jugak, kalau ada someone yang committed dgn aku. Tapi sayang, tkde sape pun lagi berani masuk line, mungkin sbb perwatakan aku yang agak kasar atau mungkin aku tak cun kot..hahahhaha...ntah ape2 la erk. Klu ada org masuk, mane aku nak letak 'so called' teman istimewa aku nih? ermm? Lain la klu dia ada pilihan mane2 yang lebih baik dari aku kan, ada la jugak chance aku nak cari lain..huhuhuh..Perhatian erk, aku bukan tak setia. Aku setia pe..Walaupun pada hakikatnye kawan laki aku lagi ramai dari kawan pompuan, aku tetap setia dgn dia. Susah cmne pun aku akan stand besides him. Betul..Ini bukan crite ngarut punye, ini betul..hehehehe...Setia walaupun tidak pasti ke mana akhirnye hubungan kitaorg..

Ermm..serba sedikit mengenai kisah cinta aku. Cinta ke tu? ermm? Sesapa tolong explain skit, cinta tu cmne gayanye. Aku nak tau jugak kan...huhuhuh...

There is one guy kat tmpt keje aku ni, menarik perhatian aku betul. Long story go short,ok...hehehe..Same age, nice smile, quite serious and funny too..hihihih..Gaya tarikan dia tu mungkin buatkan dia gah bile berjalan bersama2 rakan2nyer..Aku tgk tkde la hensem pun, hensem lagi 'so called' teman istimewa aku..huhuhuh..tapi aura dia tu. Aku pasti sbb tu la dia ramai adik angkat pompuan. Silap2 ada la yang terangkat tu nnti..hahahaha..

Oklah dah bnyak mengarut ni..huhuhuh..Crite awal2 tadi tkde kene mengena pun dgn post aku keseluruhan, saje nak kelam kabutkan crite..hhahahahah..Good Nite people, sbb skarang dah pukul 23:27 waktu Mlaysia..huhuhuh..

...Rentetan Minggu Nie...

Another day of my life passing through days...Hari ni 16 May 2008 - Happy Teacher's Day pada suma guru2 yang pernah mengajar aku, yg pernah mencubit telinga aku, yang pernah rotan aku dan jugak cikgu yang pernah memberi aku kehidupan hari ni..Siapa la aku tanpa guru2 yang bertungkus lumus ntuk memberi ilmu kepada anak muridnye.

13 May 2008 - genap 5 bulan arwah abah pegi meninggal kehidupan. Aku di sini masih lagi merindui abah sebagaimana mama, ibu dan adik bradik aku yang lain. Masih lagi merasa kehilangan.

12 May 2008 - Adik pompuan aku Aisyah menempatkan diri di Kolej Matrikulasi Penang dalam bidang akaun. Aku bangga dengan pencapaian adik aku tu, jugak risau takut dia takleh cope dgn environment yang baru. Rumah aku sunyi kembali. Aisyah takde, tkde lagi teman komplot aku di rumah. Tiada lagi teman ntuk aku outing setiap mggu. Aku akan rindu pada dia..Chewahh..macam dia pegi jauh jerk. Penang jek, tkde la jauh mane, sejam stgah dah smpai kolej dia. hahahaa..lawak tul...But still..going to miss her..

11 May 2008 - Mother's Day. Happy Mother's Day aku ucapkan pada mama aku, ibu aku dan suma warga ibu dia dunia. Macam la suma ibu atau mak baca blog aku nih..uhuhuhu..Aku tkde plak beli present ntuk mama ngan ibu aku, maklum la tgh kering, ucapan pun aku segan nak bg. Al-maklum la aku ni bukan la seorg yg jiwang sgt sebenarnye. Aku segan la nak wish without any present. Tgk la hujung bulan nnti cmne..Aku rezki, dapat la hadiah diaorg nnti. InsyaAllah..

Aku mcm buat rentetan hidup plak kan. 2 3 minggu ni memang sibuk dgn aktiviti di rumah dan jugak kat office aku. Tak sempat mengadap blog ntuk post story. Namun ini je yg aku mampu ntuk update blog aku ni. Tkpe ada banyak cite lagi sebenarnye nak share, tapi nnti2 la yer. Cukup la ni ntuk tatapan pembaca blog aku ni..Sape erk yang dok baca? huhuhuhu...

Wednesday, May 7, 2008

Faizal Tahir dan Akademi Fantasia

Kemenangan besar Faizal Tahir di Anugerah Industri Musik 2008 (AIM 15) membuka mata Malaysia mengenai kehebatan Faizal Tahir beraksi di dalam industri hiburan tanahair. Tak payah aku crite la Anugerah ape yang dia menangi, mesti suma orang dah baca berita sensasi camni kan. aku cuma recall balik kejayaan Faizal Tahir yang mencipta sejarahnyer sendiri. Majlis Anugerah yang dianjurkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memberi pengiktirafan terbaik kepada artis2 Malaysia la. Sebut jerk AIM suma org gerun beb..Anugerah ni la yang diidamkan oleh suma artis tempatan. Ada juri2 khas yang membuat perhitungan terhadap hasil kerja artis2 tempatan. Hanya yang terbaik saje dinilai. So, dipendekkan cerita, kemenangan Faizal Tahir sedikit sebanyak menjadi ubat kepada kontroversi yang tercetus selepas tempoh dia digam tamat. Ye la, tibe2 jerk diharamkan dari membuat persembahan di Perlis, dan kenyataan Menteri Besar Perlis mengenai kewujudan Faizal Tahir yg tidak diketahuinye, serta kenyataan Mufti Perlis terhadap artis tempatan. Skarang, jangan la ckp yang korang masih tak kenal Faizal Tahir. Sama ada korang dok dalam gua atau pun korang hidup tanpa telinga dan mata, tu jerk..Kalau Faizal Tahir tu sekadar kontroversi kerana perangainye dan persembahan yang teruk bleh la jugak kite kutuk. Ni dah memang imej sebegitu, dan dah tentu performance dia best giler..Camne lagi perkataan yang aku nak guna untuk gambarkan performance mantap Faizal Tahir. Allahualam....

Itu perihal Faizal Tahir. Ini kisah Konsert Akademi Fantasia yang berlangsung baru-baru ni di Istana Budaya. Konsert yang pada mulanye digembar-gemburkan akan mencipta sejarah tersendiri. Pada malam yang sama berlangsung AIM 15 di NTV7, aku tgk Istana Budaya banyak kerusi kosong menunjukkan sambutan dingin terhadap konsert itu atau mungkin penonton lebih gemar ke AIM 15? Allahualam.. Tapikan memang dingin pun, aura Istana Budaya tidak mampu menaikkan semangat persembahan kesemua pelajar AF musim kali ini. Hambar, dingin dan tidak bertenaga. Itu pendapat aku la kan..Persembahan yang biasa2 saje aku tgk musim kali ni. Sama ada pelajar2 tersebut kurang berbakat, atau tidak mendapat ilmu yang mencukupi. Tapi aku rasa mungkin mereka mungkin terlalu dimanjakan dengan pelbagai kemudahan yang ada dalam hostel diaorg tu. Persiapan ntuk konsert pun ala kadar aje aku tgk.

Kenape aku cakap camtu? Korang yang mengikuti perkembangan Akademi Fantasia sepanjang 6 musim, mesti akan bersetuju bile aku kata, musim ke 6 ini la musim AF yang paling suram dan dingin. Kenape? Hehehe..taktau la sama ada letak pada pelajar2 nyer, atau pengacaranye, juri2 nyer atau konsep AF itu sendiri. Tapi kan aku rasa bertuah kepada siapa yang menjadi peserta AF 6 kali ni, sbb diaorg tak banyak keje seperti bekas2 pelajar AF yang lepas. Ape yang aku cuba katakan ni ialah perbezaan antara konsep2 AF 6 berbanding yang lain. Sepanjang musim 5 AF sebelum ni, aku tgk pelajar bukan saje perlu bersedia ntuk persembahan individu mereka, malah mereka juga diberi tugasan ntuk membantu rakan2 lain dalam persembahan seperti menjadi backup dancer and backup singer. Persembahan pun mantap, dgn vokal dan isi persembahan yang memang boleh dibanggakan. Kite bleh lihat sendiri dalam ke lima2 musim tu, para pelajar saling membantu antara satu sama lain. Keakraban yang dapat kite lihat membuatkan konsert mingguan menjadi satu konsert wajib yang ditunggu2 oleh penonton. Ruang di dalam dewan konsert pun slalu menjadi rebutan, dengan sepanduk dan fans yang memang membuat suasana menjadi lebih happening. Tapi berbeza dengan AF musim 6 kali ni, serba serbi tak kene. Dewan pun yang kecik jerk, tu pun tak meriah. Persembahan pun seperti ala kadar je. Pakaian dan kostum persembahan pun memang la tak menarik langsung. Taktau lagi ape kurang nyer. Aku sendiri pun tak pasti. Namun aku tau, aku tak excited ntuk menanti konsert mingguan AF 6 yang akan datang. Mungkin pendapat aku salah atau mungkin aku kurang peka..Allahualam..