Kemenangan besar Faizal Tahir di Anugerah Industri Musik 2008 (AIM 15) membuka mata Malaysia mengenai kehebatan Faizal Tahir beraksi di dalam industri hiburan tanahair. Tak payah aku crite la Anugerah ape yang dia menangi, mesti suma orang dah baca berita sensasi camni kan. aku cuma recall balik kejayaan Faizal Tahir yang mencipta sejarahnyer sendiri. Majlis Anugerah yang dianjurkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memberi pengiktirafan terbaik kepada artis2 Malaysia la. Sebut jerk AIM suma org gerun beb..Anugerah ni la yang diidamkan oleh suma artis tempatan. Ada juri2 khas yang membuat perhitungan terhadap hasil kerja artis2 tempatan. Hanya yang terbaik saje dinilai. So, dipendekkan cerita, kemenangan Faizal Tahir sedikit sebanyak menjadi ubat kepada kontroversi yang tercetus selepas tempoh dia digam tamat. Ye la, tibe2 jerk diharamkan dari membuat persembahan di Perlis, dan kenyataan Menteri Besar Perlis mengenai kewujudan Faizal Tahir yg tidak diketahuinye, serta kenyataan Mufti Perlis terhadap artis tempatan. Skarang, jangan la ckp yang korang masih tak kenal Faizal Tahir. Sama ada korang dok dalam gua atau pun korang hidup tanpa telinga dan mata, tu jerk..Kalau Faizal Tahir tu sekadar kontroversi kerana perangainye dan persembahan yang teruk bleh la jugak kite kutuk. Ni dah memang imej sebegitu, dan dah tentu performance dia best giler..Camne lagi perkataan yang aku nak guna untuk gambarkan performance mantap Faizal Tahir. Allahualam....
Itu perihal Faizal Tahir. Ini kisah Konsert Akademi Fantasia yang berlangsung baru-baru ni di Istana Budaya. Konsert yang pada mulanye digembar-gemburkan akan mencipta sejarah tersendiri. Pada malam yang sama berlangsung AIM 15 di NTV7, aku tgk Istana Budaya banyak kerusi kosong menunjukkan sambutan dingin terhadap konsert itu atau mungkin penonton lebih gemar ke AIM 15? Allahualam.. Tapikan memang dingin pun, aura Istana Budaya tidak mampu menaikkan semangat persembahan kesemua pelajar AF musim kali ini. Hambar, dingin dan tidak bertenaga. Itu pendapat aku la kan..Persembahan yang biasa2 saje aku tgk musim kali ni. Sama ada pelajar2 tersebut kurang berbakat, atau tidak mendapat ilmu yang mencukupi. Tapi aku rasa mungkin mereka mungkin terlalu dimanjakan dengan pelbagai kemudahan yang ada dalam hostel diaorg tu. Persiapan ntuk konsert pun ala kadar aje aku tgk.
Kenape aku cakap camtu? Korang yang mengikuti perkembangan Akademi Fantasia sepanjang 6 musim, mesti akan bersetuju bile aku kata, musim ke 6 ini la musim AF yang paling suram dan dingin. Kenape? Hehehe..taktau la sama ada letak pada pelajar2 nyer, atau pengacaranye, juri2 nyer atau konsep AF itu sendiri. Tapi kan aku rasa bertuah kepada siapa yang menjadi peserta AF 6 kali ni, sbb diaorg tak banyak keje seperti bekas2 pelajar AF yang lepas. Ape yang aku cuba katakan ni ialah perbezaan antara konsep2 AF 6 berbanding yang lain. Sepanjang musim 5 AF sebelum ni, aku tgk pelajar bukan saje perlu bersedia ntuk persembahan individu mereka, malah mereka juga diberi tugasan ntuk membantu rakan2 lain dalam persembahan seperti menjadi backup dancer and backup singer. Persembahan pun mantap, dgn vokal dan isi persembahan yang memang boleh dibanggakan. Kite bleh lihat sendiri dalam ke lima2 musim tu, para pelajar saling membantu antara satu sama lain. Keakraban yang dapat kite lihat membuatkan konsert mingguan menjadi satu konsert wajib yang ditunggu2 oleh penonton. Ruang di dalam dewan konsert pun slalu menjadi rebutan, dengan sepanduk dan fans yang memang membuat suasana menjadi lebih happening. Tapi berbeza dengan AF musim 6 kali ni, serba serbi tak kene. Dewan pun yang kecik jerk, tu pun tak meriah. Persembahan pun seperti ala kadar je. Pakaian dan kostum persembahan pun memang la tak menarik langsung. Taktau lagi ape kurang nyer. Aku sendiri pun tak pasti. Namun aku tau, aku tak excited ntuk menanti konsert mingguan AF 6 yang akan datang. Mungkin pendapat aku salah atau mungkin aku kurang peka..Allahualam..
No comments:
Post a Comment