Tuesday, October 21, 2008

.:: Aku dan Kisah-kisah yang Lepas ::.

Aku terlepas ntuk berkongsi satu crita mengenai sepasang suami isteri yg aku memang agak rapat la ngan si isteri nih. Kira satu tempat keje ngan aku dan dia seorg instructor dan aku hanyalah seorg System Admin di sini. 2 bulan kebelakangan ni, kitaorg jadi rapat kerana berkongsi minat yang sama iaitu suka main games yang berkait dgn words, grammars dan yg sewaktu dgn dia.

Kisah sedih hidup dia bermula bile suaminya accident (klu tak silap aku) dan mengidap beberapa penyakit kronik mula sakit teruk. Aku turut simpati pada dia sekeluarga. Setiap hari dia akan lari balik umah ntuk bt dressing kaki husband dia tu. Dipendekkan crite, aku dan dia kongsi bnyak cerita.

Jumaat yg lepas aku dikejutkan dengan panggilan tepon oleh bos aku bgtau tentang kematian suami Madam(aku biasa dgn pggilan Madam pada dia sbb dia instructor English) pukul lebih kurang pkul 1 tghari. Terkejut dengan perkhabaran tu, aku trus maklumkan pada mama dan ibu aku, petang tu jugak, kitaorg bertiga serta sorang lagi staff bergerak ke umah Madam secepat yang mungkin. Madam turut kenal ngan mama dan ibu aku.

Bila aku ingtkan balik, hari Rabu sebelum aku bercuti pada Khamis yg lepas, aku dengan Madam bercerita mengenai suaminya. Dari sinar mata Madam, aku dapat bayangkan betapa sayangnya Madam pada arwah suaminya itu. Org cakap sinaran mata menceritakan tentang segala-galanya. Kata Madam, walaupun suaminya tidak berkemampuan ntuk menyara hidup mereka suami isteri, namun kasih sygnya pada suami tidak berbelah bahagi. Katanye lagi, dia takkan gantikan suaminye itu dengan sesiapa pun. Betapa jujurnya ucapan dia tu smpai aku dlm diam mengagumi keluhuran hati dia sebagai seorg isteri. Itu Rabu, dan Khamis aku amik cuti, dan aku tau Madam keje pada hari tu. Jumaat bile aku dtg balik keje, aku tak nmpak kelibat Madam hari tu, ptg tu, dalam kul 3, bos aku smpaikan khabar sedih tu. Tak sangka betul, baru sgt kitaorg bercerita tentang kasih dan syg Madam pada suaminya. 2 hari selepas tu, Madam sudah kehilangan suami. Macam mama dan ibu aku. Diaorg kehilangan abah aku.

Pada pendapat peribadi aku, mungkin Tuhan nak tamatkan kesusahan dia dan penderitaan yg suaminya alami. Allahualam..Aku jugak percaya Tuhan mesti ada rancangan yg lebih baik ntuk Madam kelak.

Aku kagum dengan Madam, walaupun dibesarkan di Kanada, slalu melancong ke merata tempat di sluruh dunia, dia tetap dgn tudung labuhnya dan berjalan laju. She's funny and very reasonable. Aku paling gemar dengar dia bercerita. Pengalaman dia, kisah remaja dia dan sebagainya, memberi 1001 pengajaran kepada aku. Setiap masa ada saje perkara yg bleh kitaorg ketawakan. The best part is bile dia speaking, perghh..memang sronok dgr dia speaking..Dengan dia aje la aku speaking pun, dengan staffs lain jarang la..Sebab dia aje rajin dtg lepak office aku.

Hmm..kadang-kadang, kite tak sedar akan kesusahan yang bakal menimpa. Aku sendiri masih lagi terkejut dengan pemergian Abah, ape tah lagi Madam yg memang hari2 dia mengadap suaminya ntuk menjaga kebajikan arwah. Aku pasti dia masih lagi dalam keadaan hiba. Aku cuma bleh berdoa supaya dia bertambah tabah, kuat semangat dan kembali bekerja seperti biasa.

Aku? Macam ni lah, melihat, mendengar, memahami dan merasa setiap yg berlaku di sekeliling aku, supaya menjadi pengajaran kepada aku dan bleh jugak aku kongsikan dgn pembaca blog aku nih.

Lastly aku amik kesempatan untuk mengajak readers ntuk arwah suami Madam..........Al-Fatihah..............

No comments: