Friday, December 12, 2008

.:: Aku dan bulan Disember 2008 ::.

Aku kembali dengan cerita yang biasa-biasa aje kali ni. Hehehe. Bulan terakhir 2008 aku sambut dengan rasa happy sebab weekend awal bulan aku berjalan ke Ipoh sekali lagi. Aku tktau la ape yg buat aku suka gile ke Ipoh, tapi yang pasti kalau ada peluang lagi, dah tentu aku akan ke sana buat kesekian kalinya.

Bulan ni aku ada beberapa agenda, selain daripada sambutan Hari Raya Aidiladha, aku sibuk dengan jmputan ke majlis perkahwinan, dan sibuk dengan diri aku sendiri la. Hehehe..Sepupu kepada ibu aku akan berkahwin pada 12hb ni, dan majlisnye akan berlangsung pada 13hb, jadi agak sibuk menolong mane yang mampu. Bulan lepas semuanye berjalan dengan lancar, Alhamdullillah.

Selepas ini, giliran along aku plak akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinye, tapi itu suma di Kajang. Suma persiapan hampir siap dilakukan, cuma hantaran je kene gubah kat sana. Maklum la, perjalanan 6 jam dari Alor Star ke Kajang tu bleh rosakkan ape saje yang ada dlm kreta. Hahaha..Dengan pemanduan yang agak bahaya oleh ibu aku tu, tak mustahil ntuk hantaran tu tunggang langgang. Hahaha..Sorry bu. hehehe saje je gurau. Jadi bersempena dengan along aku nak kahwin ni, aku apply cuti hampir 2 minggu la ntuk spend time di sana nanti. Nak kata 2 minggu pun tak sangat sbb campur dengan cuti Krismas, Awal Muharam dan cuti New Year 2009 skali. Ape salahnye skali skala, lagipun nak menjemput sedara mara yang ada di KL dan Selangor tu ntuk majlis di rumah aku plak nnti.

Oh ya, aku nak amik kesempatan ntuk ucapkan takziah kepada kuarga mangsa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa baru-baru ni. Oleh kerana sibuk dengan kerja-kerja aku, dan internet pun macam hampeh, aku tak sempat nak post salam takziah aku lebih awal. Aku iringi doa supaya rahmat mangsa-mangsa runtuhan dicucuri Allah SWT. Dan semoga kaum keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan.

Dalam sibuk-sibuk dengan tragedi tu, org bercerita mengenai perkahwinan Mawi dan Ekin yang akan berlangsung ntah bile aku pun taktau. Bukan tak amik tau, cuma tak terasa ingin mengetahui kisah lanjut persiapan perkahwinan diaorg. Liputan media yang agak melampau serta khidmat-khidmat multimedia yang disediakan oleh Astro melalui SMS aku rasa itu satu perkhidmatan yang agak melampau. Sapa la yang rajin benor melanggan aku pun taktau la. Mengambil keuntungan atas publisiti perkahwinan artis. Ape la yang nak jadi dengan dunia hari ni.

Ok, aku nak out dulu, next post mungkin aku akan letak gambar-gambar hantaran hasil ciptaan mama ngan ibu aku. Aku ada koleksi banyak jugak. Nanti-nanti aku letak. Take care guys. Daaaa...

No comments: