Fuhhh..Penat tul aku cari pic AJL23 kat atas ni, semata-mata nak buat review pasal Anugerah Juara Lagu ke 23 (AJL23) yang berlangsung malam tadi secara langsung di TV3. Macam biasa la kan. Ni salah satu rancangan wajib tonton aku setiap tahun. Tepat kul 9 je, lepas dah solat isya', dah mkn malam, aku satu keluarga lepak depan TV nak tgk AJL23. Kali ni, semangat tu lebih sket sebab dapat tgk Faizal Tahir, band Meet Uncle Hussein dan Estranged perform.
Persembahan pembukaan oleh Stomping Team (kalau tak silap aku la) dengan One Nation Emcees (ONE) memang buat aku teruja. Sronok melihat energy ONE membuat persembahan. Dari Gang Starz lagi aku ikuti persembahan diaorg, memang best gile, ada style..Pendapat aku la.
Antara lagu terawal yang dipertandingkan ialah Bukan Di Sini oleh Sofaz, Lagu Kita oleh Aizat, Cuba oleh Faizal Tahir dan Dusta Berkalang dari Aiman. Ini di antara lagu terawal yang mula menghangat suasana AJL23 malam tadi. Diikuti dengan persembahan mantap dari Estranged dengan lagunya Yang Pernah, Sampai Syurga oleh Faizal Tahir skali lagi, Ayu OAIM dengan lagunya Hanya Di Mercu dan Spider lagu Bila Nak Saksi. Penampilan bersahaja Spider mungkin menjangka bahawa lagu diaorg tidak akan membawa ape2 kemenangan.
AJL 23 dihangatkan lagi dengan persembahan mantap dari Stacy dengan lagunye AKu Stacy, suara high pitch dari vokalis Meet Uncle Hussein dan persembahan memukau yang dinanti-nantikan oleh aku sendiri iaitu Ziana Zain dengan lagu Dingin. Pergghh..aura dia tetap best.
Tidak lupa pada Heliza dan Zahid dengan lagu Doa Dalam Lagu, Farahwahida dan Elyana dengan lagu Kalis Rindu sebagai peserta terakhir la.
Persembahan yang cute dari Elyana tapi tetap menyanyi sambil duduk. Stacy macam biasa la kita tau, ligat di pentas tu memang kelebihan dia. Gimik dari Faizal Tahir pada lagu keduanya iaitu Sampai Syurga berjaya meriuhkan suasana stadium malam tadi, bukan kat stadium saja, kat umah aku pun gamat macam tgk bola jerk. hehehe..Meet Uncle Hussein dan Estranged memang band favorite aku. Persembahan yang memang tiada cacat langsung la kiranya.
Tu kira, persembahan, another part of the show yang aku suka ialah persembahan penutupnya. Hehehe..3 artis negara yang memang disegani ramai iaitu M. Nasir, Jaclyn Victor dan Jamal Abdillah. Itu pada aku diaorg memang dah champion bab2 nak buat performance ni. Yang paling best tu, 3 si cilik mengiringi persembahan penutup dengan suara yang memang buat aku diam la, sbb punye sronok tgk profesional diaorg dalam performance tu. 3 si cilik yang aku cakapkan tu ialah para pemenang Idola Kecil yang disiarkan di TV9. Itu persembahan penutup AJL paling best so far.
Here come the winner!!!!....Bila Faizal Tahir dengan lagunya Sampai Syurga menang tiga kategori iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan lagu Balada Terbaik, aku dah sangka dia akan trus ungguli AJL 23 kali ni. Farahwahida menang dalam kategori Etnik Kreatif dengan lagu Persoalan Cinta. Bila pengacara mengumumkan Laguku Untukmu sebagai Juara Kategori Pop Rock, aku dah mula meragui siapa yang bakal jadi juara. Pada aku, kalau Faizal Tahir menang Juara Lagu dah tentu dia akan menang besar giler. Tapi bile diumumkan Laguku Untukmu sebagai Juara Lagu yang ke 23, aku dan family aku sorak gile2 tanda sronok. Macam tgk bola tu. Riuh rendah beb..They actually deserved it la..Congrats ntuk suma pemenang.
Pokok pangkalnya, Tuhan dah susun sumanya molek dan elok mengikut kesesuaian. Rezki manusia ni kite tak dapat jangka. betul tak? Tapi dengan adanya AJL ni, dapat kite buktikan bahawa industri hiburan Malaysia, terutamanya dalam bidang nyanyian, masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Nah! buktinye anda sendiri dapat tgk betapa ramainya peminat muzik tanahair datang memenuhi Stadium Bukit Jalil menggamatkan suasana AJL 23 mlm tadi. Aku sokong AJL ni diteruskan lagi pada masa hadapan kerana aku sokong music tempatan.
5 comments:
Kesian peminat Spider - lagu sedap tapi performance takde feel langsung. Patutnye lagu dah masuk final performlah special sikit.
betul tu, perform macam kene paksa jerk.
buat ape susah cari pic AJL23, buat sendiri sudehh...Photoshop boleh pe...apepun MUC menang...tapi tak puas hati faizal tahir menang sampai 2...huhuhu...
biasa la, malas nak bukak photoshop..huhuhu..sib baik tak menang suma, klu menang suma, mesti lagi luas dia nganga bile media amik gmbo dia..
kalau malas tak dapat den nak tolong.
pembetulan bukan MUC tapi MUH, huhuhu...silap da...
Post a Comment