Wednesday, March 25, 2009

.:: Aku dan Drama TV Tempatan ::.

Hari ni aku sampai ofis awal gile, sbb kat sini ada PARADE, jadi kene masuk awal la..supaya tak kacau dgn traffic. Ngantuk, masih lagi ngigaukan bantal dan slimut aku kat umah tu, maklum la 2 3 malam ni tido sejuk betul, hujan lebat tul. Tapi sib baik tak hujan masa pagi. Kalau tak, dah tentu basah kuyup aku bile smpai ofis ni.

Pagi-pagi dah blogging, mesti ada sumthing yg memberontak dlm otak aku, minta dibebelkan dlm ni. Ok, straight to the point la erk. Semalam, tgh2 tgk tv, aku terfikir pasal drama-drama TV melayu yg ada dlm tv skrang ni..Pastu aku terbaca pasal few comments yg diberi oleh penonton dalam satu ruangan beri pendapat di dalam Metro Ahad beberapa mggu lepas.

Dalam slot Lagenda di TV3 kali ni, ada drama bersiri Julia Juli, lakonan Dynas Mokhtar, Misha Omar dan ramai lagi la. Aku kadang2 follow drama ni, sbb balik keje klu larat tgk la, klu tak aku tgk dlm mimpi aje..hehehehe..Ok la jalan critenye..Kisah mengenai anak gadis dari kayangan yang kene buang ke dunia sbb ingkar arahan ayahanda mereka. Begitu la sedikit sebanyak critenye. Memang slot Lagenda tu diisi dengan drama-drama khayalan dan fantasi sebagaimana yg dikatakan oleh Tv3 sndiri. Sebelum ni pun ada drama bersiri Puteri Salju (ala-ala Snow White). Tpi takpe, bukan itu yg aku nak bebelkan hari ni. Just nak share pendapat aku mengenai kenyataan dan luahan rasa penonton yg tidak puas hati dengan drama Julai Juli tu.

Terdapat dua SMS yang menarik perhatian aku sbagai pembaca Metro Ahad dan penonton drama Melayu. Suma kenyataan SMS ni aku amik dari ruangan komen pembaca melalui SMS klu tak silap aku la. SMS Pertama - mengenai pendakap gigi yang dipakai oleh Misha Omar. Penghantar SMS tu bercakap mengenai penggunaan pendakap gigi di kayangan. Dia tanya ada ke doktor gigi di kayangan. Mungkin bunyinya sinis, namun pada aku isu sebegitu tak sepatutnye dibesarkan atau dijadikan perhatian. Ala, sama jugak ar dengan isu pakai eye shadow dalam scene watak nak tidur, jugak sama dengan isu watak org kampung yang pakai bulu mata tebal. hehehehe..Lebih kurang la ye? Isu2 kecik camni alahai, ape la hal sgt..Tak penting pun. Tak kisah la dia nak pakai pendakap gigi ke, nak pakai maskara tebal 4 inci ke, as long as pengarah dan penerbit tak kisah, kire ok la tu. At least nak tnjukkan kelainan. Kite tak tau, wujud ke tak dunia kayangan tu? Taktau jugak, org2 kayangan tu (kalau wujud la) cantik ke, sempurna ke, pakai putih ke suma? Kita taktau suma tu, yang tau cuma Allah SWT aje. Dia Maha Mengetahui. Ini just cerita aje la. Bila kata cerita drama, mesti la tak sempurna. Ada je cacat di mata setiap org. Lain org lain la pendapatnye. Yes, betul it's just pendapat aje. Tapi logik ke nak kluarkan pendapat sebegitu pada cerita yg kite memang tau khayalan semata-mata? Ermm..fikir-fikirlah..

SMS Kedua - Ni yang aku baca dua tiga mggu lepas dlm Metro Ahad jugak la ni. Pengirim SMS ni menyuarakan pendapat beliau dengan mengatakan yang drama Julia Juli ni mengarut dan tidak patut ditayangkan. Pandangan negatif la kirenye..Ape aku fikir? Hmm...Camni la, tak suma drama tu menepati citarasa suma org. aku sendiri, ada jenis-jenis drama yang aku tak suka, tapi tkde plak smpai nak condemn abis2 kan? Aku kene rasional la. Memang ye, drama Tv3 ni berbentuk fantasi dan khayalan. Tapi cuba kite tgk dari segi positif, mesej yang cuba disampaikan oleh drama itu sndiri. Mesti kite akan rasa drama ni takde la teruk sgt. Tak rugi tgk. Sebagai penonton kite kene la menyokong drama tempatan. Positif atau tidak mesej sesebuah drama itu terpulang pada penerimaan penonton itu sendiri. Kite yg tgk, kite la yg menilainya. Tapi seboleh-bolehnye, bagi kritikan dan komen yang membina.

Ok, itu bebelan aku..Nie plak pendapat jujur aku...chewahh...tersentap jiwa aku ni bile baca komen2 dan kritikan2 dari penonton dan pengikut setia hiburan tempatan. Aku ni, memandangkan mama aku suka tgk TV, jadi aku pun kene la tgk, ape yg dia tgk..hahahah... Camni, aku sndiri pun ada jenis drama yang tak berapa berkenan di hati. Macam drama-drama yang berkisarkan perebutan harta dan cerita hantu. Nahhhh..Aku sndiri bgtau yg memang aku tak brape sukar drama-drama bersiri camni. Contohnye ye? Ermmm..Drama bersiri "Dua kali aku mencintaimu" di Astro Prima, "Manjalara" dan "Sutera Maya" di Tv3. Perebutan harta dan sikap hasad dengki memang ada dalam drama ni. Perghhh..aku geram betul drama-drama mcm ni. Buat aku terfikir, ada ke perkara cmni terjadi dalam dunia sebenar kite, betul ke ada yg sanggup bunuh membunuh, musuh memusuhi sesama saudara? Hmm..Tetapi, itu cuma lakonan saja. Dan kalau aku tak suka, aku takkan tgk drama tu, aku bukak crite lain atau pun aku angkat kaki blah dari depan TV (maklum la mama aku yg pegang remote tv) hehehehe...Tkde plak smpai nak kutuk2 ke, nak condemn dlm paper dan segalanye. Aku rasa drama-drama sebegini la yg buat aku jadi manusia. Sikap tamak, dengki dan pentingkan diri akan merugikan diri sndiri akhirnya. Camtu la slalunye mesej yang cuba disampaikan. hehehehe..

Oklah, dah bnyak bebel ni..takut lari tajuk plak. Ape yg penting, sokongan padu msyarakat pada drama-drama dan hiburan tempatan. Lambakan hiburan dari negara asing skarang telah sedikit sebnyak mengurangkan populariti hiburan tempatan. jadi terpulang pada kite sndiri ntuk menilai dan memberi sokongan. Allahualam...

Thursday, March 19, 2009

.:: Aku dan Sababat Lama ::.

Good Morning everybody! Hehehe..Permulaan hari yang baik pada aku. Kenape? Sbb ape? hehehe...Just now aku check inbox GMAIL aku. Baru perasan ada satu lagi komen pada entry aku yang mengulas tentang buku motivasi cinta lelaki oleh penulis Zamri Mohamad. The best part is, org yang bagi comment tu ialah Saudara Zamri Mohamad sendiri. Penulis buku tu sendiri beb..Sesuatu yg mengejutkan aku, beb..Tak pernah terlintas yang penulis tu bleh baca ulasan aku dalam ni. Sib baik aku tak komen ape2 yang negatif, klu tak mesti penulis tu sedih kan? Anyway, thanks a lot pada Saudara Zamri Mohamad kerana telah meluangkan masa berharga anda membaca entry tak seberapa saya ni.

Hehehe..Semangat baru ni. Malam tadi aku lepak dengan K-Rul (friends since form 6) dekat Warung Kueh Tiow Iman kat depan umah aku. Dah lama tak jmpe dia, jadi aku spend about an hour dengan dia kat sana. Catched up few things and sempat kenal dengan dua lagi kawan dia, yg mane aku familiar la, sbb kitaorg pernah skolah sama dulu2. Juz tak pernah nak kenal aje. Bersembang pasal suma perkara, lebih bnyak ketawa dari bercerita. Happy la..Dah lama tak lepak2 cmtu. Klu harapkan girlfrens aku, memang tkde la nak lepak2 cmni, maklum la suma dah kawin, dah beranak pinak dah. cuma tggal aku je yg bakal jadi bujang terlajak. kehkehkeh..

"Bila ang nak kawin?" tu la soalan K-Rul yg pertama bile kitaorg dah duk kat meja makan. Aku nak ckp ape melainkan "aku tggu ang kawin dulu ar"..pastu kami gelak sama-sama. hehehe..Seorang kawan yg tidak pernah lupa pada aku. Walaupun jarang balik Alor Star, tapi klu ada pluang, mesti dia akan ajak aku lepak skali. Sudah-sudah la tu. Kita sama-sama tak bernasib baik dalam percintaan. hehehehe..Tu pun sibuk betul dia kenalkan aku ngan kawan2 dia tu. Aku malas nak amik pusing, aku tau dia amik berat pasal aku. Saje nak bergurau dengan aku agaknye. But we have fun. Dan aku terpaksa balik umah awal, sbb anak dara tak elok lepak lama2 kat luar, kan? Dia trus la balik semula ke meja melepak dia tu joining his frens lepas teman aku balik umah. Maklum la, umah dengan warung lepak aku dekat jerk..Jalan kaki je..

So, move on with my life. Pagi ni K-Rul buat gile dengan bg aku contact number one of his fren yg aku met last nite, katanye mamat tu bleh temankan aku lepak kat Iman if aku boring kat umah. Trime kasih aje la K-Rul. Sahabat yang baik. Tapi takkan la aku nak contact mamat tu, K-Rul oiii!!! Gile ke ang suh aku buat keje camtu. Aduhai...Tak pernah2 aku buat keje tu. Hishhh...Tapi takpe..aku tak kisah.. Aku akan simpan aje la contact number mamat tu,K-Rul. Buat penuh phonebook aku. Hahahaha.. Bukan aku taknak K-Rul, cuma aku dah malas nak kacau2 org nih..Takut org tak suka, takut aku mengganggu hak org lain..Takut nnti, dok melepak syok2, awek dia dtg menyerang aku. Tak mati katak aku beb kat situ? Sia-sia aje yuran belajar memandu yang aku byar bulan lepas beb. Ye ar, dah mati kene tetak, nak amik lesen ape lagi beb? Lesen memandu keranda? aduhai...Taknak la tanggung risiko beb. hehehehe..

Hehehe..aku tau, entry yang agak kucar-kacir sket. Tapi inilah yg ada dalam kepala otak aku ni skarang. I'm happieeee (happy)...bukan takde masalah, ada tapi itu tak bermakna aku kene murung, tension and emosi. Aku camni aje la..Kalau tak senyum nmpak garang, suma org takut..hehehe..Tapi yg jadi masalahnye skarang, aku masih lagi berpegang pada teori yang gigi aku ni semakin membesar, bila senyum nmpak besar giler gigi aku. Tu yang aku taknak senyum tu. Nnti org tau la gigi aku makin besar. hahahahah..Bukan saje2 nak tnjuk garang..cuma teori gigi membesar ni la, buat aku simpan senyumanku ni..Chewahhh..

Oklah dah lama bebel kosong. Aku crite lagi next time. ok? See ya...

Tuesday, March 17, 2009

.:: Aku, Myself and Men Part I ::.

Pagi-pagi lagi dah kelam kabut, bukan ape, hari ni start Internal Audit. Dan kebetulan aku punye bahagian ialah antara auditees yang akan diaudit hari ni. Agak menakutkan betul. Walaupun ini internal audit saje, tapi ini first time bagi aku. Sib baik suma document dah ada, cuma tak updates dua tiga saje. Alhamdullillah la, takde la ape2 yg agak merunsingkan kerja aku. Auditors pun takde la formal sgt. hehehehe...

Ok, bukan nak bebel pasal IA dlm company aku. Tapi nak bebel pasal diri aku sendiri. Konflik di pejabat yang tidak putus-putus. Bekerja dalam kawasan yg 90% nyer adalah lelaki memang menguji kesabaran aku. Bukan ape, ntuk dipandang positif oleh mereka yang 90% ni, amatlah payah skali. Diri aku sendiri pun ada masalah dengan kaum lelaki, apetah lagi bekerja di keliling mereka. Aku sendiri pun taktau kenape aku begitu bermasalah betul dengan makhluk Tuhan yang sejenis ini. Tak faham betul la.

Bukan aku tak pernah bercinta, pernah...Tapi so far tkde la yg successful. Kalau ada, dah tentu aku dah kawin beranak pinak dah skrang. Kehkehkehkeh..Tapi buat masa ni, takde lagi calon yang datang mohon diadili, mohon kelayakan ntuk menjadi sebahagian dari hidup aku. Aku tak kisah sebenarnya, sbb itu bukan keutamaan ku buat masa ni. Orang tua-tua cakap, jodoh dan pertemuan di tgn Allah.. Aku berserah je ar.

Kalau aku kenang-kenangkan balik, bukan takde kawan lelaki, malah kawan lelaki aku lagi ramai dari kawan perempuan aku. Aku senang berkawan, namun tetap tidak jmpe lelaki yang serasi dengan minda dan jiwa aku. Paras rupa bukan la menjadi kriteria wajib. Memadai la lelaki yang bleh buat aku senyum setiap masa dan mampu menyayangi aku seadanya. Tak perlu la berpura-pura. Tapi, ntah la, smpai skarang Allah tak ketemukan lelaki yang betul2 sesuai ntuk aku yang camni.

Aku tak cun kot? Tu yang tkde sape berkenan tu. Hahahaha..lawak tul..takde maknanye la..Sejak kisah cinta aku yang ketiga tidak memberi perkembangan positif, aku makin lama, makin tidak selesa bersama lelaki. Ntah, jadi camne ntah. Bukan tak suke, cuma aku lebih gemar timbulkan konflik antara aku dan kaum Adam tu. Tak kire la sape-sape. Aku lagi suka bertengkar atau memberi 1001 jawapan yang tak pernah diaorg bayangkan. Hahaha..lawak gile. Aku yang dulu senang diajak berbual skarang dah jadi macam sarang tebuan, jgn la cube dijolok, silap2 kene serang dgn tebuan. hahahaha...Bukan niat aku nak jadi garang camtu, guys..cuma saje nak hiburkan hati. Nak redakan kekecewaan, nak kurangkan kesakitan jiwa dan emosi. Tu jerk..Tkde niat pun nak buat musuh dgn kaum Adam ni. Naya je diaorg. hahahaha..Tapi best gile dapat buat cmtu. Ngusik namanye..Jangan marah guys. Itu cara aku 'beramah mesra' dengan korang. Hahaha..
Crite kisah cinta aku dulu-dulu, memang agak mengelirukan. Kalau sesiapa yang kenal aku lama, pasti diaorg tahu sikap dan perangai aku yg sebenarnye. Seorg yang ceria, manja sket, suka bergurau dan mngusik, dan paling senang kongsi cerita dan idea2 gile. Pada yang kenal diri ini, pasti akan senaraikan lebih panjang. Itu secara ringkas aje. I know myself for what i am. hehehehe..Tapi aku skarang, dah jadi seorg yang pretending to be very 'garang', not prefer to smile and bnyak lagi la yg contra dengan sikap aku yang sebenarnye. 'Akak2' aku kat sini slalu sound supaya kurangkan sikap samseng aku ni. Kata diaorg, mungkin sbb garang dan samseng aku ni la, takde seorg lelaki pun berkenan kat aku. hehehehe...It's just funny when tkde sorang lelaki pun yg berani ntuk 'jinakkan' aku. hahaha..hmm...Pada 'akak2' aku kat sini, "Sorry sgt2, mungkin Allah letakkan jodoh saya di tempat lain, dan bukan di sini..."
Takpe, next post aku akan critekan gelagat lelaki atau kawan-kawan aku yang pernah aku kenal. Story best. Next time aje la, sbb skarang aku dah nak balik umah ni. Nak melayan Askar Jepun yg sorang kat umah aku tu. hehehhee..See ya...

Tuesday, March 10, 2009

.:: Aku, InTrend dan Eh! bulan Mac 09 ::.



Semalam, aku singgah kat kedai majalah, ntuk beli Majalah Intrend dan Eh! keluaran bulan Mac. Biasa la, aku bukan pelanggan tetap kedua-dua majalah ni, tapi memandangkan bulan ni aku tak beli novel, jadi aku beli la kedua-dua majalah ini. Selalunya macam tu la, nak berjimat. Beli salah satu saje, sama ada novel ataupun majalah hiburan. Bulan ni aku beli majalah sebab novel yang aku beli bulan lepas, tak abis lagi baca. hehehee...
Ok, back to the point. Pagi tadi, aku bawa majalah aku ni ke ofis la, aku jadikan teman aku bile time aku rehat. Belek punye belek, baru aku perasan...Baju yang dipakai oleh model penghias kulit majalah ini adalah sama. Cuma penataan cahaya dan cara penggayaan saja yang nampak berbeza. Heran, tapi pada pandangan aku baju ni memang serupa. Aku terfikir, mungkin ini disebabkan kedua-dua majalah ni diterbitkan oleh syarikat yang sama. Tetapi salah, InTrend diterbitkan oleh MEASAT PUBLICATION SDN BHD manakalah Eh! pulak diterbitkan oleh Blu Inc Media Sdn Bhd.
Ok, mungkin aku tersilap pandang, tapi kedua-dua baju ni hampir sama. Mungkin aku salah atau sebaliknya. Allahualam. Ape pun kedua-duanye nampak cantik. Yang pasti, aku dah beli majalah ni, dan nak berkongsi pendapat saja, tkde niat lain.

Friday, March 6, 2009

.:: Lirik Lagu yang Mengelirukan ::.

** Beberapa hari lepas, aku dapat email dari seorang teman mengenai lirik lagu Agnes Monica yang menyebut "Allah Yesusku" pada lirik akhir lagu ini. Email ini bertujuan ntuk memberitahu Masyarakat Islam supaya tidak menyanyikan lagu ini sewenang-wenangnya. Aku sebagai salah seorg penerima emal ini, cuba mencari kepastian, lalu aku masuk la Youtube cari video lagu ini. Alhamdulillah ada. Aku kongsikan bersama. Aku tau lagu ini ntuk tujuan kebajikan, namun pada pendapat aku sendiri, ia tidak la sesuai. Sila comment ok?

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti