Tuesday, March 10, 2009

.:: Aku, InTrend dan Eh! bulan Mac 09 ::.



Semalam, aku singgah kat kedai majalah, ntuk beli Majalah Intrend dan Eh! keluaran bulan Mac. Biasa la, aku bukan pelanggan tetap kedua-dua majalah ni, tapi memandangkan bulan ni aku tak beli novel, jadi aku beli la kedua-dua majalah ini. Selalunya macam tu la, nak berjimat. Beli salah satu saje, sama ada novel ataupun majalah hiburan. Bulan ni aku beli majalah sebab novel yang aku beli bulan lepas, tak abis lagi baca. hehehee...
Ok, back to the point. Pagi tadi, aku bawa majalah aku ni ke ofis la, aku jadikan teman aku bile time aku rehat. Belek punye belek, baru aku perasan...Baju yang dipakai oleh model penghias kulit majalah ini adalah sama. Cuma penataan cahaya dan cara penggayaan saja yang nampak berbeza. Heran, tapi pada pandangan aku baju ni memang serupa. Aku terfikir, mungkin ini disebabkan kedua-dua majalah ni diterbitkan oleh syarikat yang sama. Tetapi salah, InTrend diterbitkan oleh MEASAT PUBLICATION SDN BHD manakalah Eh! pulak diterbitkan oleh Blu Inc Media Sdn Bhd.
Ok, mungkin aku tersilap pandang, tapi kedua-dua baju ni hampir sama. Mungkin aku salah atau sebaliknya. Allahualam. Ape pun kedua-duanye nampak cantik. Yang pasti, aku dah beli majalah ni, dan nak berkongsi pendapat saja, tkde niat lain.

No comments: