Monday, May 18, 2009

.:: Aku dan Drama Kehidupan Hari ni ::.

Hai...aku kembali, chewahh..Hari ni mama aku masak laksa, sedap gile..tak pernah lagi ada laksa yg bleh challenge laksa mama aku nih..hihihi..jgn marah...Keje macam biasa la, skarang company aku tengah menganjurkan Karnival Sukan antara company. Hari ni perlawanan Sepak Takraw, kali ni nasib menyebelahi kitaorg, menang majoriti..hahahaha...Last Friday ada perlawanan Badminton. Aku taktau ape keputusan akhirnya, tapi aku enjoy betul bersorak ntuk company aku. Kebetulan time tu tgh demam, jadi aku gunakan suara sengau aku ni, ntuk naikkan mood diaorg..hahahhaa..kononnya...Ada perlawanan Futsal besok dan Volleyball hari Khamis nnti, aku akan bermain ntuk Volleyball..Taktau la ape akan jadi nnti...

Oklah, serba sedikit pasal crite terbaru aku. Tadi dalam perjalanan balik, aku dgr Hotfm dalam kreta, slot ptg Hotfm Jam - Jawa Rangers, tapi hanya AG je yg ke udara masa tu, aku tktau ke mane Kiran hari ni. Topik ptg ni berkaitan dengan lagu yg menusuk kalbu la, atau senang kata lagu yg menjadi kenangan jiwang la..Aku dengar seorang pemanggil wanita ni, (dari Sabah atau Srawak aku tak pasti), dengan nada sedih dia bgtau la yg satu lagu melayu ni (aku tak dgr tajuk lagu tu, dia sebut tak clear) akan slalu buat dia sedih sbb peristiwa putus cinta dengan suami org. Yang tragiknya, dia taktau pakwe dia tu sudah berkahwin. Lebih kurang cmtu la kisah dia. Pastu wanita tu masih lagi on air, AG dah putarkan lagu yg dia sebutkan tadi, merayu-rayu wanita tu minta AG jgn mainkan lagu tu, tapi AG mcm tak faham jerk, dia mainkan jugak, agak lama tau lebih kurang dalam seminit camtu. Wanita tu mcm nak nangis dah, hishh..aku yg dengar ni dah nak emo. Tau kenape aku nak emo? Sbb wanita tu dah minta AG jgn putarkan lagu tu, tapi AG nak jugak buat cmtu, dah tu bleh plak tnye, 'awak sedih ker?'.. ada ke patut cmtu, kecian la wanita tu, dia tepon nak kongsi cerita, tapi AG buat cmtu, aku rasa mcam tak sesuai la...Lain la kalau wanita tu dah matikan perbualan, bleh ar AG mainkan lagu tu, tapi wanita tu on phone lagi, siap rayu2 lagi, tak faham ke AG oii..tak peka hati manusia la kadang2 DJ radio ni..Sorry to say la, tapi ape yg AG buat tadi memang tak sesuai..
Life ni simple sebenarnye..As long as kite hormat org, dah tentu org akan hormat kite balik. Tapi ada sesetengah manusia ni memang tak reti nak hormat org dan sewenang-wenangnya pentingkan diri sendiri. Camne tuh? Cuba-cuba la jaga perasaan org lain. Kita sendiri akan senang hati, malah org lain jugak akan senang dengan kehadiran kite. Kalau nak ikut kepala sndiri, silakan duduk dan menetap di dalam gua dan hutan. Kat situ memang tkde org langsung.. Tempat-tempat cmtu la sesuai sangat ntuk org-org cmni...hehehe...Emo plak aku nih..ok lah..daaa...

No comments: