Wednesday, September 1, 2010

.:: Aku dan Merdeka Day ::.


Akibat terlalu mengantok, aku cuba masuk blog aku ni..tup2, ada new comments dan follower aku makin bertambah..kembang la sekejap hidung ni..Terharu dgn kehadiran blogger yang sudi meluangkan masa, membaca post aku yg ntah ape2 tu. Terima kasih sgt2 wahai bloggers. Kehadiran dan pendapat anda sangat dialu-alukan.

1 September 2010. Ini bermakna semalam kita sambut Hari Merdeka yg ke-53. Malangnye tahun ni aku sibuk sgt sampai lupa nak suruh adik aku pasangkan bendera Malaysia di depan umah. Setiap tahun memang kitaorg pasang, taktau kenape tahun ni agak tidak excited. Adakah sbb ia jatuh pada bulan Ramadhan, atau aku sibuk dgn keje2 di ofis, seringkali balik lmbat..huhuhu...Allahualam..InsyaAllah tahun depan akan aku pastikan Jalur Gemilang tergantung di depan rumah.

Ramadhan sudah masuk ke 10 hari yg terakhir. Apakah persiapan Syawal anda setakat ini? Aku? hehehe..Slepas beberapa hari memusing di bandar Alor Star, baru malam tadi jmpe sepasang baju kurung. Itu pun kalau ikutkan diri ni, memang takkan belinye..Tapi memandangkan mama, ibu dan nani dah berkenan, beli jugak la baju kurung pahang tu. Oklah, lepas raya bleh pakai pegi ofis..kehkehkehkeh...itu sebenarnye konsep baju raya aku. Kene beli yg simple, dan slesa supaya lepas raya bleh pakai ke ofis. Yang herannya, baju kurung suma berkain nipis. Mane pegi konsep tradisional dan Melayu baju kurung skarang ni. Moden betul, kene pakai baju inner atau beli yg ada lining di dalam. (Kalau yang perempuan ni, faham la ape itu baju inner dgn lining) hehehe..Letih tul mencari.Kenape nak kene jarang2..kita bukan nak tayang badan. kita kan nak pegi beraya. Personally la ini pendpat aku sndiri. Org lain taktau la camne.

Kita biarkan dulu episod raya tergantung, focus pada ape yg aku cuba nak ckp kali ni, iaitu Merdeka! sib baik jatuh bulan Ramadhan, dapat jugak kite tengok kreativiti kementerian kebudayaan merangka program menyambut kemerdekaan kali ni di Satdium Nasional Bukit Jalil. Pagi2 lagi dah bangun nak tgk persembahan para peserta program kemerdekaan kali ni. Best sangat! itu aje yg bleh dicakap. Tema Merdeka kali ni ialah "Menjana Transformasi". Terutama skali beberapa segmen yg terakhir tu, salah satunye pertunjukkan dari badan beruniform sokongan seperti Maritim, anggota ATM TTS (tempur tanpa senjata) dan anggota elit komando. Rugi sapa tak tgk. Segmen last tu yang paling best. Suma peserta yg seramai 8 ribu lebih bergabung mengibarkan Jalur Gemilang, menari dan menyanyi lagi kebangsaan sama2. Alhamdullillah, bulan Ramadhan ni dapat tgk sambutan Kemerdekaan yang agak berlainan dari tahun2 lepas.

Apa sebenarnye pengertian merdeka pada diri kita sndiri? Adakah sekadar bermaksud bebas dari pemerintahan penjajah? Rasanye skarang pun kita masih dikongkong dgn anasir luar, contoh paling dekat ni la...Blogger, omputih jugak yg create. Contoh lain Facebook, Twitter, Myspace, pergghh..suma datang dari sana. Kita jugak yg dok guna. Rasanye kita memang dah bebas, cuma medium komunikasi yg tersedia ada ni, dikongsi bersama seluruh dunia. Marilah kita sama2 menjana transformasi. Tak kira la besar ke kecil ke, perubahan tetap perubahan. At least ada yg berubah walaupun sedikit. Effort kene ada, positive thinking tu penting. InsyaAllah.

2 comments:

ahmad faiz said...

erti merdeka itu sangat subjektif

kopie biru said...

betul tu..membebaskan diri dari perkara negatif pun, bleh dipanggil merdeka. thanks..