Thursday, October 7, 2010

.:: Aku dan 7 hari pertama Oktober ::.

Kite mulakan hari kita dengan senyuman..argghhh..karut la..aku mulakan hari aku dengan Bismillah... tau...hehehe...tak kisah la mane2 pun, janji sumanye baik2 belaka..tak salah senyum smbil mengucap syukur dan membaca Bismillah..ntuk setiap pekerjaan kita..kan? Pagi ni agak redup sbb hujan sejak ptg semalam..Baru je aku basuh keta tghari semalam, time office lunch..skali ptg hujan plak..dugaan tul..tapi takpe, aku happy keta aku berkilat walaupun ntuk beberapa jam, pakcik car wash tu pun happy sbb duit masyukkk...

Oktober kembali dengan seribu satu kegembiraan. Tak sabar nak tggu bulan Februari 2011. Penentu segala2nya..dan mungkin titik permulaan pada satu perancangan masa hadapan. Pergghhh..ayat tak bleh blah...Itu je yg aku nak cakap...hehehe..detailnye akan dikongsi kemudian.

Oktober aku kali ni agak huru hara. Bukan sebab kisahkan hal aku. Tapi hal di luar rumah. Last weekend aku habiskan dengan membantu seorang kawan pindah rumah. Sabtu dan Ahad aku penuh dgn aktiviti yg memenatkan. Ke sana ke mari memenuhi permintaan org. Yang pasti, memang memenatkan tapi berbaloi..dapat memuaskan hati semua org adalah perkara yg paling aku suka. Ahh..ape la sgt penat, bukan slalu pun kan. Nasib baik la lepas tolong member pindah rumah tu, mak dia blanje makan ikan siakap bakar, tomyam dan sate kat Restoren Dusun Permai. Pergghhh...sedap..nikmat nye berganda bile kita ramai2 berbual dan bersembang seolah2 satu family. Itu yg takleh nak beli kat mane2.

Dalam pada sibuk mengemas umah member, tibe2 aku dapat panggilan tefon dari adik angkat aku meminta bantuan. Kedua2 kawannya ditangkap khalwat di motel murah Shahab Perdana. Nak taknak kene pegi uruskan hal budak2 tu. Yang aku anginkan sangat, hostel dan motel murah tu, jaraknye tak smpai 15 minit. dah kenape diaorg bleh menyewa kat situ plak ni..Bebudak ni mcm2 la. Dgn kelam kabutnye aku bergerak dari DarulAman ke Alor Star ntuk amik budak tu sbb dia digantung kolej serta merta. Katanye takut nak baik ke kpg di Kelantan, sbb ayah dia garang. Mak dia plak ada sakit jantung. Jadi khabar dia di tangkap basah tu masih lagi blum smpai ke pengetahuan mereka. Yang aku bawa balik tumpangkan di rumah ni ialah budak lelaki, sbb dia kawan baik adik angkat aku ni. Yang pasangan dia tu, pihak kolej hantar ke hostel senior supaya dia bleh berjauhan dgn kawan2 perempuan dia.

Long story goes short, slepas settle dgn pihak kolej, dah cool down sket diaorg punye kes..bebudak ni decide ntuk berkahwin at the age 19. Nmpk mcm suma pihak setuju, termasuk family diaorg, kawan2 dan jugak pengarah kolej sndiri. InsyaAllah hujung tahun ni. Sementara tggu kes disebut, diaorg digantung semester, masing2 akan balik kampung ntuk buat persiapan perkahwinan. As simple as that. Tak sangka betul. Aku taknak ckp ape2 la, just hoping yg diaorg buat keputusan yg betul dan i am happy for both of them. At least bila diaorg sewa motel that day (time diaorg kene tangkap khalwat tu la), diaorg memang dah in love la..Cuma Allah aje yg tahu ape jadi dlm bilik tu. Personally aku tak sanggup la dok satu biik dgn lelaki yg aku tak suka, tak cinta. Jadi faham2 aje la..

Apakah pengajaran yg aku perolehi selama 7 hari di bulan Oktober ni?
1. pasal pindah umah la. Kalau bleh, jgn la esok nak pindah, ari ni baru nak packing barang. Bleh mati tau camni. Aku yg nak menolong ni pun, takkan nak pegi gledah barang2 member plak kan..aduyai..ingt tu kawan2..hihihih...
2. seboleh2nya, manage time tu secara berkesan. Senang sket kalau org lain nak hulurkan bantuan. hehehe..peringatan ntuk diri sendiri dan teman2 yg membaca.
3. Jgn la pegi menyewa hotel murah kat area Shahab Perdana tu. hishh..bilik asing2 takpe, jgn sewa satu bilik. Aku rasa, receptionist motel2 kat situ, ada share dgn Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) la. diaorg dapat komisen kot ntuk setiap laporan yg diaorg buat. Fuhhh..naya2..
4. Dah tau takut kene tangkap basah, yg korang pegi buat jugak kenape? aduhai..fikir la baik buruk sebelum korang buat keputusan. Sebaik-baiknya jangan bertindak melulu.
5. Berlaku jujur pada keluarga terutama mak dan ayah. Sbb diaorg yg tahu baik buruk setiap tindakan tu. Tu sbb klu nak ke mane2 dulu, inform dgn mak ayah, supaya doa diaorg sentiasa berada dgn korang. Berkat namanye.
6. last skali la erk. senang ckp. pandai buat, pandai tanggung!

Allahualam..

No comments: