Hari ni nak kongsi sket permasalahan yg sering aku hadapi setiap kali memandu di jalan raya. Rasanya bukan aku sorang yg menghadapi masalah begini.
Pagi ni terbangun lambat, jadi agak lambat jugak la berada di jalan raya. Bagi yg bekerja swasta macam aku, waktu masuk ke office agak awal iaitu pukul 7.30 pagi berbanding yg bekerja kerajaan masuk kerja kul 8 pagi. Slalunye pukul 7 aku dah smpai ofis, jalan raya, rasanya waktu tu, lancar skali. Tapi hari ni lewat, kul 7 baru nak kluar dari umah. Jalan raya pun dah mula sibuk, maklum la ada yg nak hantar anak2 ke sekolah. Kelam kabut tu suma ada la kan. Ada yg gopoh-gopoh memotong tanpa fikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Itu memang lumrah dah..
Yang aku tak brape gemar ni, bila ada yg memandu perlahan di laluan kanan. Aduhai...Kene la kenderaan lain memotong di laluan kiri. Kan merbahaya camtu. Kenape la tak memandu di laluan yg tepat dgn kelajuan anda. Ini la situasi pagi ni. Kreta Viva tu slow sgt, tapi dok kat laluan kanan. Kereta lain terpaksa memotong di laluan kiri. Bangga betul dia berada di laluan kanan dgn kelajuan sebegitu. Aduhaiii.. Itu satu hal, ada plak kenderaan besar mcm bas ekspress, lori tanah dan MPV atau 4WD. Memang diaorg suma ni, dok kat laluan kiri...tapi kelajuan dia mengalahkan pengguna yg memandu di laluan kanan. Speed habis ni. camne tu..Dah la besar, bawa laju plak tu. Kalau bawa laju kat atas highway takpe la jugak, ni kawasan dalam bandar, bleh membahayakan bukan saja pengguna jalan raya tapi penduduk di sekita bandar tu. Ada yg baru balik dari surau dgn basikal, jalan kaki la, nak melintas ke ape. Cuba bayangkan tengah2 sibuk nak kayuh basikal atau nak melintas jalan, skali bas ekspress lalu, laju gile ni, dok laluan kiri lak tu..perrggghh..tak terangkat kain pelekat pak haji-pak haji yg dok tggu turn nak lintas jalan? tak terselak telekung makcik2 yg baru nak jalan kaki balik umah dari surau..? Sepatutnye kita memandu ikut kelajuan yang ditetapkan, dan paling penting di laluan yang betul.
Itu baru pagi, aku tak crite lagi perihal bebudak skolah rendah yg kayuh basikal sndiri pegi skolah, basikal dan beg skolah lagi besar dari saiz badan diaorg. Aduh..kecian kadang2 tgk. Dah la kene kayuh basikal sndiri, pastu, skolah plak terletak seberang jalan besar tu, dgn kenderaan yg laju dan menakutkan, setiap hari diaorg pertaruhkan nyawa diaorg ntuk ke sekolah. Org slalu rasa kecian tgk anak2 org asli atau pun yg duduk di kawasan pendalaman yg terpaksa menggunakan rakit atau bot panjang ntuk ke skolah. Tapi diaorg terlepas pandang pada anak2 kecil yang kene berbasikal ke skolah setiap pagi. Dah la lampu jalan tutup kul 7 pagi. Time tu mane cerah lagi, gelap gelita, mane ada lampu kat basikal tu. Betul2 kecian. Itu perihal bebudak berbasikal. Ada yg budak skolah naik moto tak pakai helmet, pastu dok smpai 3 4 org satu moto. Pada diaorg itu seronok. Tapi personally pada aku, atau maybe pengguna jalan raya yg lain, itu bahaya. Dah la 3 4 org satu moto, pastu menunggang tanpa helmet and laju plak tu, smpai makan jalan ntuk kenderaan lain. Sedangkan ada laluan ntuk penunggang motosikal disediakan oleh pihak berkuasa ntuk menjaga keselamatan mereka. Tapi malangnye, bebudak 'genius' ni taknak guna. Bila dah kene langgar, salahkan kereta, salahkan org len, sedangkan diaorg sndiri yg cuba 'membunuh diri' sndiri. Jangan kata bebudak skolah, penunggang motosikal yang lain pun sama, lebih senang menunggang di laluan kenderaan lain. Baik penunggang muda ataupun yg tua. Sama jerk. Bila kene horn, mula la marah, mula la nak jadi pembuli jalan raya, hentak sana hentak sini. Sedangkan salah sndiri tu. Aduhaiii..payah camni...
Itu masa nak pergi kerja. Bila ptg plak, lain ceritanya.. Tapi kelam kabutnye sama. Pagi kelam kabut nak masuk office, hantar anak gi skolah, ptg kelam kabut nak balik umah, nak amik anak kat pusat asuhan or something else la. Masuk simpang ikut suka hati jerk, signal takde, tgk kiri kanan pun takde, janji dpt masuk jalan besar, janji bleh smpai umah. Tapi kalau camni punye gaya, silap2 end up kat hospital..ye ar, masuk jalan tak bg signal, pemandu lain tak smpat nak prepare brake or sumthing, skali accident! Salah sape tu. Penunggang moto pun camtu, berlumba2, konvoi la konon, konvoi sampai masuk laluan kenderaan lain. Macam la dah takde masa lain nak berbual2 melainkan atas moto jerk..Rasa cam nak langgar je penunggang motosikal camni. Oppss...tapi kalau kite langgar, itu dah kira kesalahan besar tu. Tapi kalau diaorg sendiri dah sanggup dilanggar, ape salahnye kita buat kan..hhehehehe...
Bila dah hampir sampai ke umah, terpaksa plak lalu di atas jalan raya yang sempit, mcm jalan kampung atau jalan luar bandar la. Kat sini, jalan tu muat cukup-cukup ntuk kereta, kalau moto nak potong pun, kene hati2 sket ar..Tapi kat jalan camni la, ada pengguna nak tunjuk terer, nak tunjuk kreta diaorg pun bleh bawa laju, dengan memotong kat jalan yg sempit tu, smpai 'makan' laluan bertentangan. Aku selalu kene situasi ni. Dah la time petang ni jalan agak sesak, time ni la korang nak memotong. Naik angin betul aku. Yang memotong tu kalau kereta kecik2 takpe gak, ni lori ais, kreta yg jenis MPV tu, tak pun kreta yg jenis mahal ni. Tak sayang duit ke kalau accident, mahal tu kene repair. Tak sayang nyawa korang ke. Laju-laju pun kalau tak smpai ke destinasi dgn selamat, tak guna gak kan..lain la kalau korang berhasrat nak end up kat atas ambulans bleh la kot..tapi tolong jgn berlanggar dgn kreta aku erk, cari kreta org len. Sbb aku nak pakai lagi nyawa yg Allah bg ni. huhuhu...InsyaAllah....Tension la kalau jadi camni. Dulu jalan tu ada gak JPJ buat road block, kurang sket la diaorg nak memotong. Tapi skarang ni, since kiri kanan ada buat construction, JPJ tak buat dah road block kat situ.
Punye excited nak cite, panjang pulak entry kali ni. Itu tak termasuk cite redah traffic lite, dah merah, tapi nak jugak lajak, and then cite bus ekspress dan lori tanah yang lagak mcm bawa kreta kancil, selit sana, selit sini. Ape pun, kalau kita berhati-hati, tapi pengguna jalan raya yg lain tidak berhati2, kemalangan tetap akan berlaku. Jadi kita, aku, korang suma kene hati2 semasa berada di jalan raya. Supaya semua org selamat sampai ke destinasi yg ditujui. Supaya kita punye masa ntuk teruskan kehidupan dan mencapai ape yg kita ingini. Jangankan sbb kecuaian sndiri, kelalaian sndiri, nyawa org lain dalam bahaya..
No comments:
Post a Comment