Rasanya macam asing sangat bila kembali ber-blogging hari ni. Bukan aku takde idea atau cerita yang nak dibebel, cuma rasa macam masa tu terlalu cepat berlalu. Sampai sedar tak sedar dah setahun aku tinggalkan blogspot aku ni. Bukan aku tak buka untuk cuba update, tapi seringkali nak tekan keyboard ni, ada je dugaan. Salah satu puncanya ialah, aku berkongsi bilik pejabat dengan bos aku sendiri, jadi agak tidak sesuai ntuk blogging tatkala bos berada berdekatan kita. Keduanya aku hamil (Alhamdullillah) mungkin rezeki sangkut ketika aku di Kuantan dulu (bleh rujuk post sebelum ini). Rezeki yang tidak disangka, namun disambut dan dinantikan dengan rasa tak sabar. Hahaha.
Pengalaman hamil kali pertama ni, memang menakutkan. Mulanya macam takleh terima hakikat, tapi dari masa ke semasa, Alhamdullillah..Rasa tak sabar tu mula timbul tak henti-henti. Datang office dengan rasa segan, sebab ini kali pertama, mesti la rakan sekerja semua ngusik, ada juga yang bagi nasihat dan petua penjagaan kandungan ketika hamil. Lambakan kerja tu takde la teruk sangat, cuma bila berbadan dua ni, orang tua-tua pesan supaya perlahankan pergerakan. Nak kata ada morning sickness sampai tak mampu nak update blog, pun tak jugak..sebab aku tak alami muntah-muntah atau pening kepala semua. Yang ada cuma loya tekak, itu pun di waktu petang sebaiknya balik dari pejabat. Cuma kadang-kadang tu, loya time office, namun masih boleh bekerja. Bila dah nampak baby bump, mula la termengah-mengah naik turun tangga, mengantok dan cepat letih. 9 bulan kot, ulang alik appointment hospital, kerja, kisahkan hal ehwal rumah lagi, makin sarat, makin bnyak kerja dilambakkan. Paling teruk, aku kena standby jaga library office aku, sebab librarian kami dah berhenti kerja. Aku yang paling faham dengan bidang tugas dalam library, kena la menggantikan sementara dapat staff baru. Dugaan sungguh ni, dah la sarat, kena turun naik tangga, jaga library, standby computer labs, buat reports pada bos sesungguhnya memang takda masa la nak update blog.
Due bulan Disember, tapi memandangkan masa turun naik tangga aku berdoa ntuk bersalin awal, Allah dengar agaknya doa aku tu, bersalin la aku pada 22 November 2014. Sehari sebelum bersalin tu, sempat aku tengok wayang cerita Big Heroes 6 dan makan besar dengan suami dan family aku. Haa, lahirlah seorang puteri bernama Nayli Khalisya. Bercuti pantang dua bulan memang sangat tidak sempat membelek internet apatah lagi nak buka blogspot ni. Rasa rindu membuak-buak ni.. Macam-macam nak cerita ni. Tapi takpa, tunggu dulu, sampai la ke hari ni.
Selepas seminggu lebih kembali bekerja, big boss bagi arahan supaya aku dan bos aku berpindah ke bangunan lain. Dah siap kemas barang office ni, sekali dapat arahan yang hanya bos aku saja berpindah. Aku kena stay kat office ni, sebab tugasku menyelia server dan computer labs di mana kedua-duanya jauh dengan office baru tu. Jauh, susah nak ulang alik. So, sekarang dah bebas dari intipan bos aku, hahaha..maka aku pun bebas la berkarya kembali.. Chewahhh... Seronok la sebab rasa macam nak update bebila pun boleh. Cuma aku kena pastikan kerja-kerja office aku dah settle la. Kang dikatakan makan gaji buta plak. Alhamdullillah.
Ok, sempena tahun baru ni, aku harapkan yang terbaik ntuk korang semua. Aku doakan jugak supaya apa yang diazamkan tahun ni, dapat dicapai dengan usaha yang setimpal. In Shaa Allah. Hoping for the best to me, myself and all of you.
Ok, sempena tahun baru ni, aku harapkan yang terbaik ntuk korang semua. Aku doakan jugak supaya apa yang diazamkan tahun ni, dapat dicapai dengan usaha yang setimpal. In Shaa Allah. Hoping for the best to me, myself and all of you.
2 comments:
congrats~
congrats~
Post a Comment