Sunday, January 27, 2008

...Anugerah Juara Lagu ke 22 (AJL 22)...

Fresh punye post nie. Habis aje AJL 22, berdesup aku terus bukak laptop aku ni semata-mata nak taip post ni aje..hehehe..

Macam biasa la, pertama skali mesti ar aku aje yang terlompat-lompat bile Estranged - Itu Kamu telah berjaya dipilih sebagai Juara Lagu kali nie. Aku dah ada good feeling tentang lagu tu. Mesti menangnye, at least bg kategori yg diaorg bertanding. Hehehe..Telahan aku tepat beb. Kalau aku gamble pasal ni, dah tentu kaya raya aku..kahkahkah (ketawa jahat)..takde la..Ape pun, congrats buat Estranged, percubaan pertama yg success..

Selain Itu Kamu yang menang kategori Pop Rock, Samudera - Nora menang kategori Entik Kreatif dan Izinkan Aku Pergi - Kaer (yg dinyanyikan oleh Sahri, lagu kegemaran adik aku) bg kategori Balada. Selain dari tu, macam biasa ada Kategori Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik dipertandingkan kali nie. Mawi menang bg kategori Persembahan Terbaik ntuk lagu Angan dan Sedar. Pada aku performance yang menarik bile ada kanak-kanak cilik turut menari bersama dan Mawi tukar baju pada pertengahan persembahannye membuatkan penonton bersorak teruja. Terhibur jugak aku ngan performance Mawi. Bagi kategori Vokal Terbaik, dimenangi oleh pasangan duet Jaclyn Victor ngan Lah (ex-V.E) dgn lagu Ceritera Cinta. Memang pun diaorg patut menang, gandingan vokal yang mantap btkan lagu tu lagi sedap. Tak kurang hebat dgn performance Nora, Misha Omar ngan Andy dan Estranged. Enjoyed.

Itu adalah para pemenang AJL kali nie. Secara keseluruhan tiada ape yg special mengenai AJL tahun ni. Kecuali, penampilan Dato' Siti Nurhaliza kite, yang bertudung litup perform sambil menari. Outfit yang cantik, simple dan nmpak menarik. Aku suke betul dpt tgk Dato' Siti punye performance, sangka aku dia akan menang bg kategori Persembahan Terbaik. Tapi Mawi plak yg dapat. Jinbara pun tak kurang hebatnye, dgn sut masing2 yang colorful, first calon yang mmbuat persembahan, memang la gugup. Tapi best la jugak. Aku tgk yang biasa dari Aishah, Ramlah Ram, Sofaz dan jugak calon2 lain.

Gaya persembahan Fazli Zainal hampir menyerupai gaya Hazami pada AJL sebelumnye. Namun gayanye tetap tak bleh tandingi Hazami dan Anuar Zain sndiri dlm live performance, but a good job for Fazli sendiri. Yang lain tu, rasanye diaorg dah bertungkus lumus ntuk persembahan mlm ni. Agaknye lepas ni bleh la diaorg suma tido lena la kan..

Hos AJL kali ni ialah Ally Iskandar, Farah Fauzana, Faizal Ismail dan Cheryl Samad. Bleh la, gandigan yang biasa aje, tpi tak bosan la sementara tunggu artis seterusnye nak perform. Opening Performance dari Dayang Nurfaizah memberi mood yang baik. So that, persembahan penutup oleh Hazami, Hattan, Dayang (sekali lagi), Ziana Zain, Nikki dan The Lima. Best jugak tgk diaorg perform. Rindu nak tgk live show dari Dayang dan Hazami. The best singers so far yang aku suke (selain Anuar Zain).. hehehe..

2 buah lagu nyanyian Faizal Tahir (ala, superman M'sia tu, atau mamat yg suke slide atas pentas tu) dinyanyikan oleh Fiq (Mahakarya Cinta) dan Bob AF (Kasih Tercipta). Aku rasa la kan (rasa-rasa aje la) mesti Faizal Tahir tu dok menangis kat rumah tgk lagu dia dinyanyikan oleh org lain..Ye ar, elok-elok bleh masuk tv, skali kene banned, tak ke rugi tu. Aku sendiri pun terkilan, lagu Mahakarya Cinta tu la bawa tuah kat dia, skali dia plak tkleh 'berkhidmat' ntuk pencipta lagu dan lirik lagu itu sndiri. Hishh..Sia-sia aje popular. Hmm.. Si Bob plak, bt persembahan ape skali pun, klu tak lupa lirik mmg tak sah..Dah tentu terpampang lirik kat skrin monitor near speaker tu, lagi nak lupa lirik, ape punye penyanyi la camtu. Hmm..

Well, org ckp, jgn rumah dah siap, pahat tetap berbunyi kan? So far aku puas hati dgn AJL tahun ni. Takde ape yang lebih istimewa dari penerimaan Malaysia terhadap AJL ke 22. Ada yang akan memberi pendapat negatif, tak kurang jugak dgn komen pedas dari umum nnti. Ape-ape pun, secara peribadi aku berpuas hati la. Itu aje. Kepada peminat Mawi dan rakyat Malaysia, kali ni Mawi menang bukan 100% dari pemilihan secara SMS, kemenangan Mawi di atas pemilihan profesional para juri serta tindakan yang bijak dari peminat (kira share markah la). He deserved it. Well done everyone.

Monday, January 21, 2008

...Kenape?? Why??...

Aku dapat article ini dari seorg kawan aku. Satu penjelasan terbaik kenape Allah memberi kesakitan dan penderitaan seperti yang kite tlah lihat.

Ada seorg lelaki pegi ke kedai gunting rambut ntuk mengguntung rambut dan janggutnye. Apabile Barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai bnyk perkara. Tapi bile mereka mula berbicara mengenai Allah itu wujud, Barber itu pun berkata, "Saya tak percaya Allah itu wujud"

"Kenape kamu kata begitu?" tanya si lelaki tadi.

"Cuba kamu kluar di tgh jln itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah itu wujud, kenape ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenape masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya tak dpt bayangkan Allah Yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku." Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas Barber itu menghabiskan tugasnye, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotot dan berjanggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata. "Kamu tahu tak yg sebenarnye barber jugak tidak wujud?"

"Kenape kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru aje gunting rambut kamu tadi." kata Barber.

"Tidak!," Kata si lelaki tadi, "Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org berambut panjang, tidak terurus, dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu."

"Ah! Barber memang wujud, lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tak dtg pada saya ntuk menggunting rambutnye." Kata Barber.

"Tepat skali." Kata lelaki tadi. "That's the point, Allah jugak wujud. Itulah yang terjadi (keperitan dan penderitaan) jika manusia tidak mengingati-Nya dan kembali pada-Nya untuk memohon pertolongan."

U get the point here? hehehe.. Ape yg penting ialah keizinan Allah, klu kite nak bt, Allah izinkan, maka jadi la ia.

Thursday, January 17, 2008

Berserah - Taufik Batisah

Gerhana meliputi segala
Tiada lagi sinaran cahaya
Keinginan tanpa kepastian
Tak mampu rasanya kuteruskan

Biarlah
Ku relakan segala
Walau hidupku
Sebuah tanda tanya
Mengapa

Biarpun tak mampu ku bertahan
Takkan pernah kuakui kalah

Masih terdampar ku di sini
Tiada jalan mungkin ku lalui
Haruskah hidupku dipersenda
Mengharungi dugaan melanda
Ku berserah

Tuhanku
Ku relakan segala
Takkan pernah
Ku akui kalah
Ku percaya
Ku yakin pada-Nya
Dia yang menentukan semua
Ku berserah


...Lagu yang memberi 1001 semangat kepada aku...

Wednesday, January 16, 2008

...Hari yang tidak menarik...

Hari ni, dah 2 hari Nurul (adik bongsu aku) demam panas. Takde angin, takde ribut tibe-tibe dia kene demam panas, heran tul aku tgk. suhu badan dia terlampau panas. Ye ar, sapa-sapa yang duduk sebelah dia pun akan rasa bahang panas badannye itu. Risau melihat keadaan dia. Mungkin dia rindu pada arwah abah, mungkin jugak sebahagian dari tindakbalas tumbesaran dia. Allahualam. Tapi satu yang buat aku senang hati, dia tak meragam pun bile demam macam ni, klu letak dia atas tilam, dia akan terbaring je, tak nangis, tak ape. Pandai betul bawa diri. Menangis bile dia rasa tak slesa dengan kedudukan dia je, tak pun klu takde org kat sebelah dia tggu. Rasa sayu plak aku tgk keadaan dia camtu, tabah betul budak nye walaupun baru berusia setahun.

Kerje aku macam biasa, minggu ni ada dateline yang perlu aku kejar. Keje ngan computer ni, nak kejar ape, cuma perlu siapkan segala-galanye ntuk penggunaan pelajar-pelajar Air Force. Penat jugak keje tanpa suara. hehehe..Nak berbual dgn sape sbb mmg aku buat keje alone.

Mggu depan aku akan bercuti ntuk menguruskan majlis tahlil arwah abah aku hari ke 40. Majlis kali ni agak meriah, sbb mama nak jemput seluruh staff arwah abah ke majlis ni. Hmm..harap-harap sumanye akan berjalan dengan lancar.

Kehilangan org tersayang memang memilukan hati. Aku slalu melihat babak-babak kematian di dlm drama dan filem. Tgk mcm mane diaorg rapati kematian, meredhakan kepergian, aku lihat bagaimana diaorg sedih dan merasa kehilangan org yg tersayang. Tak pernah aku terfikir aku juga akan turut lalui keadaan yg sama. Bezanya, dalam drama itu lakonan, tpi dlm hidup aku ini realiti. Baru aku tau, bagaimana rasanye kehilangan dalam kehidupan. Baru aku tau, tak semestinya org yang kite syg akan sentiasa berada dgn kita smpai bila-bila.

Well, Isnin ni, cukup 40 hari kepergian abah. Aku pasti, sudah meneruskan kehidupan. Move on with my lilfe, and hoping great things coming my way. InsyaAllah.

Tuesday, January 15, 2008

...Kematian adik Nurin Jazlin dibela...

Semalam, berita penangkapan suspek utama bagi kes adik Nurin memberi harapan baru kepada keluarga Adik Nurin serta rakyat Malaysia yang sekian lama menanti berita baik ini. Mengikut berita di TV dan suratkhabar, polis telah menahan 2 orang lelaki termasuk seorang yang mirip kepada wajah fotofit suspek penculik kanak-kanak yang dikeluarkan oleh pihak polis. Penangkapan kedua-dua org suspek ini, mungkin melegakan hati sesetengah pihak, namun masih ada lagi sebuah keluarga dalam kesedihan di atas kehilangan anak mereka yang kini masih dalam pencarian.

Adik Sharlinie berusia 5 tahun dikatakan hilang sejak 6 hari lalu, masih dalam pencarian. Poster Sharlinie telah diedarkan sehingga ke sempadan Thailand namun masih sebarang harapan. Kenapa jadi begitu?



Dalam kita sibuk tentang kes adik Nurin Jazlin tahun lepas, masih ada kanak-kanak yang terus menerus dilarikan, diculik untuk menambah lagi kekalutan dunia jenayah kanak-kanak. Kite sepatutnye mengambil iktibar dari kes adik Nurin, betapa seksanya dia semasa hayatnya. Namun kite tetap sewenang-wenangnya membiarkan anak-anak kecil berlari-lari sekitar kawasan perumahan kita. Sepatutnye kita kawal, didik anak-anak supaya lebih faham tentang keadaan dunia luar. Memang, kanak-kanak apa yang diaorg tau tentang bahaya dunia, jadi kita sebagai org yg lebih dewasa perlu mengajar, mendidik mereka supaya lebih peka dengan dunia sekeliling mereka.

Cuba untuk memahami keadaan mereka yang kehilangan org tersayang. Apetah lagi org tu hanya kanak-kanak, tak mempunyai kekuatan ntuk berlawan lagi. Ibu bapa harus bersikap lebih berjaga-jaga. Jangan sangka kes Nurin hanya akan berlaku di sekitar Kuala Lumpur sahaja, kemungkinan kes yang sama akan berlaku di negeri lain, cuma masa dan tempat serta mangsa yang berbeza. Contohnye, baru-baru ni kes penculikan remaja berusia 13 tahun oleh seorang lelaki Myanmar (yang kini telah ditahan pihak polis) berlaku di Butterworth. Lihat, mungkin esok lusa akan ke kawasan kediaman anda. Siapa tahu? Jadi jangan bersikap remeh tentang setiap perkara yang terjadi jauh dari kita.

Bersikap lebih prihatin terhadap sekeliling mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda. Wallahualam..

Monday, January 14, 2008

...Awal Muharam 1429 tanpa Abah...

Kini, kehilangan arwah abah, amat memberi kesan yang mendalam pada aku. Aku kini lebih menghargai ape yang arwah tinggalkan pada aku sekeluarga. Arwah tiada harta, cuma sikap, nilai, budi, kasih sayang yang diberi arwah pada aku sekeluarga serta org sekelilingnya adalah harta yang paling tiada nilainye. Bagi aku, itu la yang amat berharga. Kepergian abah meninggalkan seribu satu rasa, emosi dalam setiap hati org yang mengenalinya.

Sesungguhnya, aku begitu bangga menjadi anak kepada arwah abah
Semalam 13hb Disember, genap sebulan arwah pergi menemui Ilahi. Aku sendiri tanpa sedar, cepat benar masa berlalu. Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam kuarga aku. Tiada lagi kedengaran bunyi hon keta Waja arwah. Selama ini, walaupun aku tidak begitu rapat dgn arwah, aku tetap perlukan dia ntuk membuat sebarang keputusan, seperti pendapat dia mengenai handphone yang aku idamkan, mengenai kerja aku, mengenai perancangan aku ntuk mengambil lesen keta. Sumanye aku tnyekan pendapat arwah terlebih dahulu. Sudah lumrah kuarga aku, walau macam mane sibuk pun arwah, mama tetap mendidik kami ntuk hormati arwah dan sentiasa dahulukan arwah dalam setiap perkara yang kitaorg adik bradik lakukan.

Namun, ada satu perkara yang buat aku terkilan sgt2. Dalam setiap perbualan aku dengan arwah abah, ada beberapa perkara yang aku diamkan, sebab tidak mahu bebankan fikiran arwah dengan persoalan yang bermain di minda aku. Seringkali aku diamkan diri bile ada saje soalan yang terbit dalam kepala otak aku ni ketika aku bersama abah. Tanggapan aku tidak mahu membebankan abah dengan soalan remeh aku ni, terpaksa pulak melayan kerenah anak dara dia yang sorang ni. Hmm. Aku sendiri takut ketika itu abah akan marah aku kerana terlalu kerap bertanya, sudah pasti dia penat melayan kerenah staff-staffnya dan kerjanya yang berlambak di ofis. Kerana fikirkan suma itu, skarang aku sndiri merasa terkilan kerana kurang berbual dengan arwah abah.

Sekarang aku sendiri tertanya-tanya, adakah arwah bangga dengan anak dara sulungnya ini. Adakah arwah sayang pada aku? Adakah arwah maafkan segala salah dan silap aku ketika dahulu? Aku faham, aku banyak menyusahkan arwah, aku tau. Dalam beberapa perkara, aku marahkan arwah. Aku tau, arwah tetap tidak marah pada aku, tidak pernah dia tinggi suara pada anak-anak dia. Aku tau, arwah begitu penyabar dengan sikap orang sekeliling dia.

Aku tau, kepergian arwah, meninggalkan 1001 kenangan, emosi kepada semua orang yang mengenalinya. Kehadiran arwah semasa hayatnye, memberi harapan kepada org yang berada sekelilingnya. Dialah seorang ketua di pejabat, pekerja, ketua di rumah, abah dan suami yang baik serta bertanggungjawab.

Sesungguhnya, aku begitu bangga menjadi anak Zaidan bin Zainol. Al-Fatihah...