Adik Sharlinie berusia 5 tahun dikatakan hilang sejak 6 hari lalu, masih dalam pencarian. Poster Sharlinie telah diedarkan sehingga ke sempadan Thailand namun masih sebarang harapan. Kenapa jadi begitu?
Dalam kita sibuk tentang kes adik Nurin Jazlin tahun lepas, masih ada kanak-kanak yang terus menerus dilarikan, diculik untuk menambah lagi kekalutan dunia jenayah kanak-kanak. Kite sepatutnye mengambil iktibar dari kes adik Nurin, betapa seksanya dia semasa hayatnya. Namun kite tetap sewenang-wenangnya membiarkan anak-anak kecil berlari-lari sekitar kawasan perumahan kita. Sepatutnye kita kawal, didik anak-anak supaya lebih faham tentang keadaan dunia luar. Memang, kanak-kanak apa yang diaorg tau tentang bahaya dunia, jadi kita sebagai org yg lebih dewasa perlu mengajar, mendidik mereka supaya lebih peka dengan dunia sekeliling mereka.
Cuba untuk memahami keadaan mereka yang kehilangan org tersayang. Apetah lagi org tu hanya kanak-kanak, tak mempunyai kekuatan ntuk berlawan lagi. Ibu bapa harus bersikap lebih berjaga-jaga. Jangan sangka kes Nurin hanya akan berlaku di sekitar Kuala Lumpur sahaja, kemungkinan kes yang sama akan berlaku di negeri lain, cuma masa dan tempat serta mangsa yang berbeza. Contohnye, baru-baru ni kes penculikan remaja berusia 13 tahun oleh seorang lelaki Myanmar (yang kini telah ditahan pihak polis) berlaku di Butterworth. Lihat, mungkin esok lusa akan ke kawasan kediaman anda. Siapa tahu? Jadi jangan bersikap remeh tentang setiap perkara yang terjadi jauh dari kita.
Bersikap lebih prihatin terhadap sekeliling mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment