Hari ni, dah 2 hari Nurul (adik bongsu aku) demam panas. Takde angin, takde ribut tibe-tibe dia kene demam panas, heran tul aku tgk. suhu badan dia terlampau panas. Ye ar, sapa-sapa yang duduk sebelah dia pun akan rasa bahang panas badannye itu. Risau melihat keadaan dia. Mungkin dia rindu pada arwah abah, mungkin jugak sebahagian dari tindakbalas tumbesaran dia. Allahualam. Tapi satu yang buat aku senang hati, dia tak meragam pun bile demam macam ni, klu letak dia atas tilam, dia akan terbaring je, tak nangis, tak ape. Pandai betul bawa diri. Menangis bile dia rasa tak slesa dengan kedudukan dia je, tak pun klu takde org kat sebelah dia tggu. Rasa sayu plak aku tgk keadaan dia camtu, tabah betul budak nye walaupun baru berusia setahun.
Kerje aku macam biasa, minggu ni ada dateline yang perlu aku kejar. Keje ngan computer ni, nak kejar ape, cuma perlu siapkan segala-galanye ntuk penggunaan pelajar-pelajar Air Force. Penat jugak keje tanpa suara. hehehe..Nak berbual dgn sape sbb mmg aku buat keje alone.
Mggu depan aku akan bercuti ntuk menguruskan majlis tahlil arwah abah aku hari ke 40. Majlis kali ni agak meriah, sbb mama nak jemput seluruh staff arwah abah ke majlis ni. Hmm..harap-harap sumanye akan berjalan dengan lancar.
Kehilangan org tersayang memang memilukan hati. Aku slalu melihat babak-babak kematian di dlm drama dan filem. Tgk mcm mane diaorg rapati kematian, meredhakan kepergian, aku lihat bagaimana diaorg sedih dan merasa kehilangan org yg tersayang. Tak pernah aku terfikir aku juga akan turut lalui keadaan yg sama. Bezanya, dalam drama itu lakonan, tpi dlm hidup aku ini realiti. Baru aku tau, bagaimana rasanye kehilangan dalam kehidupan. Baru aku tau, tak semestinya org yang kite syg akan sentiasa berada dgn kita smpai bila-bila.
Well, Isnin ni, cukup 40 hari kepergian abah. Aku pasti, sudah meneruskan kehidupan. Move on with my lilfe, and hoping great things coming my way. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment