Thursday, February 28, 2008

...Kucing Fasha Sandha diculik!...

Ni satu lagi cerita yang agak menarik ntuk dibaca pagi-pagi camni..huhuhuh..Pagi tadi aku baca Harian Metro mcm biasa la, memandangkan hari ni aku masuk keje lambat sket. Skali muka Fasha Sandha la pulak front page Metro. Berita mengenai kediaman Fasha yang diceroboh oleh beberapa org lelaki. Aku tak pasti la brape org. Tiada kerugian yang dilaporkan kecuali kucing parsi kesayangan Fasha Sandha diculik oleh penceroboh itu. Fakta berita dulu ok, baru aku bg pandangan...Menurut berita tersebut, Fasha tlah membuat laporan polis mengenai pencerobohan itu, namun menarik balik report tu sbb nak sgt kucingnye dipulangkan kembali kepadanya.

Ok, skarang pendapat aku plak...hehehhhehe..Pertama, siapa la yg bangang sgt nak culik seekor kucing parsi? Ape yang korang dapat dgn culik kucing org lain tu? Klu setakat nak jual tkde la smpai harga beribu, pastu nak kongsi beberapa org lagi. Ape kejadah lah siknifikasi penculikan kucing tersebut. Kedua, Apsal kehilangan seekor kucing leh dijadikan laporan muka depan plak? Siap gambo lagi, ape takde berita yang lebih penting ke nak diletakkan sebagai berita muka depan hari ni? Come on la Malaysia, mesti ada something yang more important dari berita penculikan seekor kucing..Think! Ketiga, dah elok2 bt report polis, kenape mesti tarik balik? Laporkan aje, supaya penceroboh itu dapat ditangkap, skaligus polis dpt mengurangkan kadar jenayah camtu. Mane la tau kan, klu kite tak lapor, nnti2 mesti ada rumah yg lain plak diaorg rompak, tak ke naya tu? Police report amat penting ok, klu tkde report, camne nak reduce kadar jenayah? Kan? hmm Allahualam..

Aku cuma menyampaikan ape yang ada dlm kepala aku ni jer, korang setuju atau tak, terpulang la pada diri korang sndiri. Maybe dlm perut kucing tu tertanam berlian bernilai berjuta-juta ringgt, tu sbb diaorg culik kucing tu kot. Kepada org berkenan, pulangkan la kucing kesyangan Fasha Sandha tu. Takde untungnyer korang culik..Tggu dan lihat aje la ape akan jadi lepas nih...

Tuesday, February 26, 2008

...Siapa Faizal Tahir di mata penggemar hiburan tanahair?...

Dah brape lama agaknye Faizal Tahir, Superman Malaya kite kene banned dari masuk TV erk? Brape lama lagi dia kene banned? aku pun tktau..Ok, apakah objektif aku post 2 video dari Youtube yang menunjukkan performance dari Faizal Tahir dan Mendua. U guys mesti dah tgk video2 tu kan? Mungkin aku dah outdated ntuk buka kisah ini again. Tapi tak best la klu tak dpt suarakan pendapat aku..hehehe..

These are few of the videos that i like. My fav la i guess. Performance consistent dari Mendua ketika Final Gangstarz last year bersama Faizal Tahir, dan jugak performance dari Faizal Tahir di final One in A Million, aku tak pasti tahun bile punye..hehehehe..

Aku baca comments yang diberi oleh viewers video itu sendiri dan aku teliti berita2 tentang kehebatan Faizal Tahir ketika beraksi di pentas. Silap langkah sket aje, dah kene banned 3 bulan (if i'm not mistaken la). Aku ni seorg yg busy ngan diri sendiri..chewahh.,jadi aku jarang tgk tv (sebenarnye bukan busy tapi aku mengalah ngan mama aku yg nak tgk channel tamil kat Astro) huhuhuhu...Berita mengenai ketidaksopanan Faizal Tahir ketika bt live performance kat 8tv mendapat bnyak perhatian ramai. Aku yg taktau ape2 ni, masuk internet search for issue yang diperkatakan itu. Hmm..Maybe dia nak bt Tiger Show kot kat situ..hahahah..Sorry, just kidding.

Takde masalah dgn performance Faizal Tahir. Dah lama aku tak tgk performance yang enjoy mcm tu. List kan pada aku nama2 artis yang bleh bt crowd jadi happening? List me at least one artist..Ada? Ada? Selain dari Anuar Zain yang bt suma org jerit histeria (termasuk aku, hehehe..) dgn kelantangan suara dia, Hazami dgn suara yang lunak, Mawi dgn aksi slumber dan suara jantan dia dan sape lagi? sape? Siapa lagi yang mampu membuat persembahan seperti Faizal Tahir?

Dia bukan la artis yang hebat, tapi kemampuan dia menarik mood crowd, the way dia move with the music and mcm2 lagi. Korang bleh lihat sendiri, setiap persembahan dia mendapat perhatian positif. Crowd enjoy dgn performance mantap Faizal Tahir. Namun, kesilapan kecil, terlampau taksub dgn diri sendiri, mula lupa diri dan keadaan. Nah! kene banned 3 bulan. Naya kan?

Salah diri sendiri ke atau salah org lain? Aku masih lagi ingt mengenai aurat lelaki dari pusat ke lutut, dan aku pasti yang Faizal masih lagi menutup auratnya. Juat bukak baju depan khayalak ramai. Lelaki la dia, come on. Get a grip guys. Dia lelaki. Takde salahnye bukak baju. Aku sendiri tak faham kenapa ada pihak amik pusing sgt hal tu.

Macam mane dgn artis wanita yang buka aurat dia? Bergaya, buat posing maut dlm majalah tertentu, nmpk lurah dendam suma, itu nak ckp camne? Takde org nak komplen pun? Heran tul aku..Takpe, hal tu akan aku highlight dlm post yang lain.

So now, wajarkah Faizal Tahir digam sebab buka baju in public? Memang la dah kene banned pun, tapi adil ke tak? Fikir-fikir la sendiri.

One In A Million GRAND FINAL Faizal : 3-in-1 Medley

No Comment..U guys judge sendiri..

Gangstarz final - Mendua ft Faizal OiAM

Persembahan live yang memukau

Sunday, February 17, 2008

...Ahad yang membosankan...

Today is Sunday. Aku cuti, like usual la. Menghabiskan masa di rumah, dgn menonton tv dan bergurau mesra dgn mama aku (hehehe..lebih kepada menerima leteran dari mama kerana perangai aku yg suka mengusik dia..). Aku ke Post Office ntuk membayar bil Astro rumah aku. Selepas tu balik semula ke umah, ntuk menghabiskan masa Ahad aku.
Seperti biasa, setiap minggu aku menonton rancangan Melodi yang disiarkan setiap Ahad jam 12.30 tghari. Aku jarang menonton, namun kerana itu salah satu rancangan favorite mama aku, terpaksa la aku tgk jugak. Takde ape yang menarik yang disampaikan Melodi mggu nie. Sumanye berita hiburan yang biasa-biasa saje. Satu berita mengenai seorang artis veteran membuat aku sedikit tak puas hati..Bukan sedikit ar, mmg tak puas hati pun. Kisah mengenai Yusni Jaafar yang sedang terlantar sakit kat hospital skarang.

Mengkhabarkan tentang kesusahan org lain memang la bagus, mengambil berat, menunjukkan rasa prihatin kepada org yang sedang sakit. Harus diberi pujian kerana sikap mengambil berat itu. Namun, menemuramah org yang sedangkan sakit tenat tu, aku rasa memang tak patut sgt2. Dah la Yusni Jaafar tu tgh terlantar sakit, lagi nak interview, tanya macam2, sampai sebak Yusni Jaafar dibuatnye. Aku pasti la sesapa yg mengikuti Melodi hari ni tau siapa wartawan yang menemuramah Yusni ketika itu. Memang la keje korang sebagai wartawan memberi liputan meluas mengenai sesuatu perkara dlm bidang korang, namun ada had dan batasnye. Ape la yg korang dpt apebila menemuramah org yang sedang sakit tenat. Semata-mata nak laporkan mengenai anak-anak Yusni Jaafar yang dikhabarkan tidak melawat mak diaorg di hospital, rasa-rasanye itu tidak menunjukkan kaliber korang sebagai wartawan. Nak buat liputan, tggu Yusni Jaafar sihat, dah boleh bangun dan kesihatan dia bertambah baik, jangan la masa org tua tu (sorry bahasa agak kasar) tgh sakit terlantar takleh bergerak korang nak tnye macam2.

Mane kredibiliti korang sebagai wartawan? Menyampaikan berita yang terbaru mmg la membanggakan, namun tgk la pada keadaan org yg kite temuramah tu. Cari la berita yang lebih nampak berbaloi dan rasional di mata penonton. Mungkin aku saje yg berasa demikian, org lain aku tak pasti. Buatnye soalan2 yang diajukan tu sebabkan Yusni Jaafar kene heart attack, tak ke masalah lain akan timbul? Keje gile la, jgn sebab nak kejar raking tertnggi ntuk stesen TV sndiri, orang yg tidak berkemampuan sebegitu dijadikan bahan tatapan penonton.

Beberapa kali aku tgk laporan bahan hiburan sebegini, mencari populariti atas kesusahan org lain. Mengambil berat aku rasa, takde hal punye, tapi smpai nak temuramah org yg tenat atas katil, smpai nak bertutur menjawab soalan pun susah, aku sndiri tak pasti ape objektif tindakan tersebut.

Sorry to say, aku dah mula hilang minat ntuk menonton Melodi atau rancangan-rancangan hiburan sebegini lagi. Melodi pada aku sudah hilang sengatnya. Berita-berita yang dilaporkan memang kite tak bleh nak percaya sgt. Melaga-lagakan sesama manusia, melaporkan cerita yang tidak ada sahihnya, menemuramah org yang tidak sepatutnya ditemuramah, memberi telahan yang tidak tepat dan sebagainya tidak membantu masyarakat langsung dari segi positif.

Aku cuma bersuara dari rasa hati aku, dari minda aku yang berfikir, bukan ntuk menghentam sesiapa, bukan ntuk menunjukkan aku bagus, namun itu hakikat dunia realiti semasa. Allahualam..

Sunday, February 3, 2008

...Datuk Siti Nurhaliza bukan Malaikat!...

Aku terpanggil ntuk create post ini slepas aku baca satu article mengenai persembahan Siti pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL 22) yang lepas. Satu isu yang aku sudah jangkakan akan menjadi perbualan peminat dan pekerja industri musik tanahair.

Aku pasti, kalau korang ada terbaca mengenai article bertajuk "Siti Nurhaliza perjelas isu seluar ketat, kalah AJL22" di dlm sisipan surat khabar Berita Minggu iaitu BiPop. Aku baca dgn teliti dari awal smpai la abis article tersebut. Dah tentu bynk perkara yang bermain dlm minda aku tika itu.

Pertama skali mengenai kekalahan Siti sendiri di dalam AJL kali ini. Mengikut ulasan penulis, Siti tidak pernah pulang tangan kosong pada setiap AJL yg ditandingi Siti. Mungkin pada tanggapan penulis serta peminat Siti sndiri mengenai kekalahan itu disebabkan zaman kejatuhan Siti. Persoalannya sekarang, adalah telahan penulis dan peminat Siti itu benar? Adakah Siti semakin kurang popular? Adakah Siti kini akan gagal dalam kerjayanya skarang? Hahaha..jawapannye TIDAK SAMA SKALI! (itu jawapan aku la)..

Aku adalah di antara peminat hiburan tanahair yang mane akan mengikuti AJL setiap tahun sejak aku mengenali musik la kan..hehehe..Sejak kemenangan Aisyah, gimik persembahan Ramlah Ram, Awie, Search dan ramai lagi artis bertanding sehinggalah muncul siti Nurhaliza yang memberi nafas baru, pengharapan baru pada dunia AJL dan beberapa artis yang menyengat setiap kali lansungnye acara akhir AJL.

Kehadiran Siti membuatkan aku tertunggu-tnggu akan persembahannya setiap kali langsungnye AJL. Namun, ada segelintir yang masih tak faham mengenai konsep AJL, iaitu lagu ciptaan dan lirik yang dipertandingkan, artis hanye menjadi penyampai lagu dan lirik tersebut. Munculnye Siti dalam AJL, telah memberi satu sentuhan baru di mane, setiap tahun artis yg bertanding akan berusaha ntuk berdiri sama gah bersama-sama Siti. Setiap persembahan lagu dan lirik yang diwakilinya, tidak pernah gagal memberi persembahan hebat. Aku bangga dgn komitment Siti. Namun kemenangan Siti saban kali disambut dgn kritikan yang agak tidak senang dgn perkara tersebut. Aku pasti, setiap kemenangan Siti menjadi kontroversi di mane, mengikut pengkritik, lagu-lagu nyanyiannye tidak sepatutnye menang. Di manakah relevannya kenyataan itu? Adakah juri-juri professional yang dipertanggungjawabkan tidak melakukan tugas yang baik? Adakah juri-juri tidak mempunyai penghayatan yang tajam? Kite menafikan kemenangan lagu yg Siti persembahkan, seperti menafikan proffesional juri-juri yang dilantik. Bukankah begitu?

Namun, setelah Siti mengambil keputusan beberapa tahun dulu, untuk tidak melayakkan diri dari AJL, membuatkan aku sedikit kecewa. Ye la, tiada lagi Siti dgn persembahan hebatnya dlm AJL. Tapi aku tetap tggu AJL tahun itu tanpa Siti. Hmm..Suram...Namun persembahan artis masih lagi bleh menerima pujian. Ok, dipendekkan crite, tahun ini, AJL 22 , Siti kembali dgn lagunye Destinasi Cinta yang dicipta oleh komposer baru. Tapi sayang Siti tak menang ape2. Aku tetap sronok, kerana Siti kalah bergaya. Buat julung kalinye Siti memberi persembahan yang hebat. Aku sendiri terpukau, terubat melihat Siti beraksi lincah di pentas. Tahniah ntuk Siti. Menang atau kalah, aura Siti tetap hebat. Bukan kerana Siti melalui zaman kejatuhannye, tapi mungkin lagu dan lirik Destinasi Cinta tidak begitu kuat ntuk menang. Come on guys, ini Anugerah Juara Lagu, bukan Anugerah Artis yang Menyanyi Lagu!...

Isu kedua yg dipertikaikan dalam article yang sama mengenai pakaian ketika persembahan yang dikatakan ketat dan bertentangan dgn keadaannye yang baru balik dari mengerjakan fardhu haji baru-baru ni. Reaksi ni kite bleh tahu dari penulisan rata-rata berita hiburan. Ape yang tak kene lagi dgn Siti? Ape perlu Siti memakai jubah, bertudung litup dan menyanyi lagu Destinasi Cinta smbil menggenggam tgn seperti penyanyi nasyid? Relevan ke Siti berbuat demikian? Klu Siti pakai camtu nnti, mungkin ramai akan berkata mengenai ketaksuban Siti mengenai gelaran Hajah sehingga ke majlis sebegitu berpakaian sebegitu. Nah..salah Siti lagi, berpakaian tidak kene tempat. Jadi ape perlu Siti pakai semasa persembahan malam tersebut? Fikir-fikir sndiri. Dah cukup baik Siti menutup aurat, berpakaian yang sopan ketika persembahan, tiada cacat cela pada pakaian Siti mlm itu. Jangan kerana perkara remeh ini, niat dan keinginan Siti untuk bertudung litup, menutup aurat terbantut. Fikirlah sendiri, lagi baik jika kite memberi sokongan padu kepada Siti dgn perubahan baru beliau skarang, jangan la kerana perkara remeh camtu nak dibesar-besarkan. Rugi masa, rugi tenaga, dan rugi pahala.

Slagi Siti tau menjaga batas sebagai seorg Islam kepada Allah, sebagai seorg anak kepada ibu bapanye, sebagai seorg isteri kepada suaminye dan sebagai seorg idola kepada peminatnye, itu sudah mencukupi. Tak perlu lagi kite risau tentang perkara remeh sebegitu. Dan Datuk Siti bukan Malaikat ntuk menjadi sempurna. Trime la dia seadanya...

Case close.