Today is Sunday. Aku cuti, like usual la. Menghabiskan masa di rumah, dgn menonton tv dan bergurau mesra dgn mama aku (hehehe..lebih kepada menerima leteran dari mama kerana perangai aku yg suka mengusik dia..). Aku ke Post Office ntuk membayar bil Astro rumah aku. Selepas tu balik semula ke umah, ntuk menghabiskan masa Ahad aku.
Seperti biasa, setiap minggu aku menonton rancangan Melodi yang disiarkan setiap Ahad jam 12.30 tghari. Aku jarang menonton, namun kerana itu salah satu rancangan favorite mama aku, terpaksa la aku tgk jugak. Takde ape yang menarik yang disampaikan Melodi mggu nie. Sumanye berita hiburan yang biasa-biasa saje. Satu berita mengenai seorang artis veteran membuat aku sedikit tak puas hati..Bukan sedikit ar, mmg tak puas hati pun. Kisah mengenai Yusni Jaafar yang sedang terlantar sakit kat hospital skarang.
Mengkhabarkan tentang kesusahan org lain memang la bagus, mengambil berat, menunjukkan rasa prihatin kepada org yang sedang sakit. Harus diberi pujian kerana sikap mengambil berat itu. Namun, menemuramah org yang sedangkan sakit tenat tu, aku rasa memang tak patut sgt2. Dah la Yusni Jaafar tu tgh terlantar sakit, lagi nak interview, tanya macam2, sampai sebak Yusni Jaafar dibuatnye. Aku pasti la sesapa yg mengikuti Melodi hari ni tau siapa wartawan yang menemuramah Yusni ketika itu. Memang la keje korang sebagai wartawan memberi liputan meluas mengenai sesuatu perkara dlm bidang korang, namun ada had dan batasnye. Ape la yg korang dpt apebila menemuramah org yang sedang sakit tenat. Semata-mata nak laporkan mengenai anak-anak Yusni Jaafar yang dikhabarkan tidak melawat mak diaorg di hospital, rasa-rasanye itu tidak menunjukkan kaliber korang sebagai wartawan. Nak buat liputan, tggu Yusni Jaafar sihat, dah boleh bangun dan kesihatan dia bertambah baik, jangan la masa org tua tu (sorry bahasa agak kasar) tgh sakit terlantar takleh bergerak korang nak tnye macam2.
Mane kredibiliti korang sebagai wartawan? Menyampaikan berita yang terbaru mmg la membanggakan, namun tgk la pada keadaan org yg kite temuramah tu. Cari la berita yang lebih nampak berbaloi dan rasional di mata penonton. Mungkin aku saje yg berasa demikian, org lain aku tak pasti. Buatnye soalan2 yang diajukan tu sebabkan Yusni Jaafar kene heart attack, tak ke masalah lain akan timbul? Keje gile la, jgn sebab nak kejar raking tertnggi ntuk stesen TV sndiri, orang yg tidak berkemampuan sebegitu dijadikan bahan tatapan penonton.
Beberapa kali aku tgk laporan bahan hiburan sebegini, mencari populariti atas kesusahan org lain. Mengambil berat aku rasa, takde hal punye, tapi smpai nak temuramah org yg tenat atas katil, smpai nak bertutur menjawab soalan pun susah, aku sndiri tak pasti ape objektif tindakan tersebut.
Sorry to say, aku dah mula hilang minat ntuk menonton Melodi atau rancangan-rancangan hiburan sebegini lagi. Melodi pada aku sudah hilang sengatnya. Berita-berita yang dilaporkan memang kite tak bleh nak percaya sgt. Melaga-lagakan sesama manusia, melaporkan cerita yang tidak ada sahihnya, menemuramah org yang tidak sepatutnya ditemuramah, memberi telahan yang tidak tepat dan sebagainya tidak membantu masyarakat langsung dari segi positif.
Aku cuma bersuara dari rasa hati aku, dari minda aku yang berfikir, bukan ntuk menghentam sesiapa, bukan ntuk menunjukkan aku bagus, namun itu hakikat dunia realiti semasa. Allahualam..
No comments:
Post a Comment