Aku terpanggil ntuk create post ini slepas aku baca satu article mengenai persembahan Siti pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL 22) yang lepas. Satu isu yang aku sudah jangkakan akan menjadi perbualan peminat dan pekerja industri musik tanahair.
Aku pasti, kalau korang ada terbaca mengenai article bertajuk "Siti Nurhaliza perjelas isu seluar ketat, kalah AJL22" di dlm sisipan surat khabar Berita Minggu iaitu BiPop. Aku baca dgn teliti dari awal smpai la abis article tersebut. Dah tentu bynk perkara yang bermain dlm minda aku tika itu.
Pertama skali mengenai kekalahan Siti sendiri di dalam AJL kali ini. Mengikut ulasan penulis, Siti tidak pernah pulang tangan kosong pada setiap AJL yg ditandingi Siti. Mungkin pada tanggapan penulis serta peminat Siti sndiri mengenai kekalahan itu disebabkan zaman kejatuhan Siti. Persoalannya sekarang, adalah telahan penulis dan peminat Siti itu benar? Adakah Siti semakin kurang popular? Adakah Siti kini akan gagal dalam kerjayanya skarang? Hahaha..jawapannye TIDAK SAMA SKALI! (itu jawapan aku la)..
Aku adalah di antara peminat hiburan tanahair yang mane akan mengikuti AJL setiap tahun sejak aku mengenali musik la kan..hehehe..Sejak kemenangan Aisyah, gimik persembahan Ramlah Ram, Awie, Search dan ramai lagi artis bertanding sehinggalah muncul siti Nurhaliza yang memberi nafas baru, pengharapan baru pada dunia AJL dan beberapa artis yang menyengat setiap kali lansungnye acara akhir AJL.
Kehadiran Siti membuatkan aku tertunggu-tnggu akan persembahannya setiap kali langsungnye AJL. Namun, ada segelintir yang masih tak faham mengenai konsep AJL, iaitu lagu ciptaan dan lirik yang dipertandingkan, artis hanye menjadi penyampai lagu dan lirik tersebut. Munculnye Siti dalam AJL, telah memberi satu sentuhan baru di mane, setiap tahun artis yg bertanding akan berusaha ntuk berdiri sama gah bersama-sama Siti. Setiap persembahan lagu dan lirik yang diwakilinya, tidak pernah gagal memberi persembahan hebat. Aku bangga dgn komitment Siti. Namun kemenangan Siti saban kali disambut dgn kritikan yang agak tidak senang dgn perkara tersebut. Aku pasti, setiap kemenangan Siti menjadi kontroversi di mane, mengikut pengkritik, lagu-lagu nyanyiannye tidak sepatutnye menang. Di manakah relevannya kenyataan itu? Adakah juri-juri professional yang dipertanggungjawabkan tidak melakukan tugas yang baik? Adakah juri-juri tidak mempunyai penghayatan yang tajam? Kite menafikan kemenangan lagu yg Siti persembahkan, seperti menafikan proffesional juri-juri yang dilantik. Bukankah begitu?
Namun, setelah Siti mengambil keputusan beberapa tahun dulu, untuk tidak melayakkan diri dari AJL, membuatkan aku sedikit kecewa. Ye la, tiada lagi Siti dgn persembahan hebatnya dlm AJL. Tapi aku tetap tggu AJL tahun itu tanpa Siti. Hmm..Suram...Namun persembahan artis masih lagi bleh menerima pujian. Ok, dipendekkan crite, tahun ini, AJL 22 , Siti kembali dgn lagunye Destinasi Cinta yang dicipta oleh komposer baru. Tapi sayang Siti tak menang ape2. Aku tetap sronok, kerana Siti kalah bergaya. Buat julung kalinye Siti memberi persembahan yang hebat. Aku sendiri terpukau, terubat melihat Siti beraksi lincah di pentas. Tahniah ntuk Siti. Menang atau kalah, aura Siti tetap hebat. Bukan kerana Siti melalui zaman kejatuhannye, tapi mungkin lagu dan lirik Destinasi Cinta tidak begitu kuat ntuk menang. Come on guys, ini Anugerah Juara Lagu, bukan Anugerah Artis yang Menyanyi Lagu!...
Isu kedua yg dipertikaikan dalam article yang sama mengenai pakaian ketika persembahan yang dikatakan ketat dan bertentangan dgn keadaannye yang baru balik dari mengerjakan fardhu haji baru-baru ni. Reaksi ni kite bleh tahu dari penulisan rata-rata berita hiburan. Ape yang tak kene lagi dgn Siti? Ape perlu Siti memakai jubah, bertudung litup dan menyanyi lagu Destinasi Cinta smbil menggenggam tgn seperti penyanyi nasyid? Relevan ke Siti berbuat demikian? Klu Siti pakai camtu nnti, mungkin ramai akan berkata mengenai ketaksuban Siti mengenai gelaran Hajah sehingga ke majlis sebegitu berpakaian sebegitu. Nah..salah Siti lagi, berpakaian tidak kene tempat. Jadi ape perlu Siti pakai semasa persembahan malam tersebut? Fikir-fikir sndiri. Dah cukup baik Siti menutup aurat, berpakaian yang sopan ketika persembahan, tiada cacat cela pada pakaian Siti mlm itu. Jangan kerana perkara remeh ini, niat dan keinginan Siti untuk bertudung litup, menutup aurat terbantut. Fikirlah sendiri, lagi baik jika kite memberi sokongan padu kepada Siti dgn perubahan baru beliau skarang, jangan la kerana perkara remeh camtu nak dibesar-besarkan. Rugi masa, rugi tenaga, dan rugi pahala.
Slagi Siti tau menjaga batas sebagai seorg Islam kepada Allah, sebagai seorg anak kepada ibu bapanye, sebagai seorg isteri kepada suaminye dan sebagai seorg idola kepada peminatnye, itu sudah mencukupi. Tak perlu lagi kite risau tentang perkara remeh sebegitu. Dan Datuk Siti bukan Malaikat ntuk menjadi sempurna. Trime la dia seadanya...
Case close.
No comments:
Post a Comment