Hari ni aku sampai ofis awal gile, sbb kat sini ada PARADE, jadi kene masuk awal la..supaya tak kacau dgn traffic. Ngantuk, masih lagi ngigaukan bantal dan slimut aku kat umah tu, maklum la 2 3 malam ni tido sejuk betul, hujan lebat tul. Tapi sib baik tak hujan masa pagi. Kalau tak, dah tentu basah kuyup aku bile smpai ofis ni.
Pagi-pagi dah blogging, mesti ada sumthing yg memberontak dlm otak aku, minta dibebelkan dlm ni. Ok, straight to the point la erk. Semalam, tgh2 tgk tv, aku terfikir pasal drama-drama TV melayu yg ada dlm tv skrang ni..Pastu aku terbaca pasal few comments yg diberi oleh penonton dalam satu ruangan beri pendapat di dalam Metro Ahad beberapa mggu lepas.
Dalam slot Lagenda di TV3 kali ni, ada drama bersiri Julia Juli, lakonan Dynas Mokhtar, Misha Omar dan ramai lagi la. Aku kadang2 follow drama ni, sbb balik keje klu larat tgk la, klu tak aku tgk dlm mimpi aje..hehehehe..Ok la jalan critenye..Kisah mengenai anak gadis dari kayangan yang kene buang ke dunia sbb ingkar arahan ayahanda mereka. Begitu la sedikit sebanyak critenye. Memang slot Lagenda tu diisi dengan drama-drama khayalan dan fantasi sebagaimana yg dikatakan oleh Tv3 sndiri. Sebelum ni pun ada drama bersiri Puteri Salju (ala-ala Snow White). Tpi takpe, bukan itu yg aku nak bebelkan hari ni. Just nak share pendapat aku mengenai kenyataan dan luahan rasa penonton yg tidak puas hati dengan drama Julai Juli tu.
Terdapat dua SMS yang menarik perhatian aku sbagai pembaca Metro Ahad dan penonton drama Melayu. Suma kenyataan SMS ni aku amik dari ruangan komen pembaca melalui SMS klu tak silap aku la. SMS Pertama - mengenai pendakap gigi yang dipakai oleh Misha Omar. Penghantar SMS tu bercakap mengenai penggunaan pendakap gigi di kayangan. Dia tanya ada ke doktor gigi di kayangan. Mungkin bunyinya sinis, namun pada aku isu sebegitu tak sepatutnye dibesarkan atau dijadikan perhatian. Ala, sama jugak ar dengan isu pakai eye shadow dalam scene watak nak tidur, jugak sama dengan isu watak org kampung yang pakai bulu mata tebal. hehehehe..Lebih kurang la ye? Isu2 kecik camni alahai, ape la hal sgt..Tak penting pun. Tak kisah la dia nak pakai pendakap gigi ke, nak pakai maskara tebal 4 inci ke, as long as pengarah dan penerbit tak kisah, kire ok la tu. At least nak tnjukkan kelainan. Kite tak tau, wujud ke tak dunia kayangan tu? Taktau jugak, org2 kayangan tu (kalau wujud la) cantik ke, sempurna ke, pakai putih ke suma? Kita taktau suma tu, yang tau cuma Allah SWT aje. Dia Maha Mengetahui. Ini just cerita aje la. Bila kata cerita drama, mesti la tak sempurna. Ada je cacat di mata setiap org. Lain org lain la pendapatnye. Yes, betul it's just pendapat aje. Tapi logik ke nak kluarkan pendapat sebegitu pada cerita yg kite memang tau khayalan semata-mata? Ermm..fikir-fikirlah..
SMS Kedua - Ni yang aku baca dua tiga mggu lepas dlm Metro Ahad jugak la ni. Pengirim SMS ni menyuarakan pendapat beliau dengan mengatakan yang drama Julia Juli ni mengarut dan tidak patut ditayangkan. Pandangan negatif la kirenye..Ape aku fikir? Hmm...Camni la, tak suma drama tu menepati citarasa suma org. aku sendiri, ada jenis-jenis drama yang aku tak suka, tapi tkde plak smpai nak condemn abis2 kan? Aku kene rasional la. Memang ye, drama Tv3 ni berbentuk fantasi dan khayalan. Tapi cuba kite tgk dari segi positif, mesej yang cuba disampaikan oleh drama itu sndiri. Mesti kite akan rasa drama ni takde la teruk sgt. Tak rugi tgk. Sebagai penonton kite kene la menyokong drama tempatan. Positif atau tidak mesej sesebuah drama itu terpulang pada penerimaan penonton itu sendiri. Kite yg tgk, kite la yg menilainya. Tapi seboleh-bolehnye, bagi kritikan dan komen yang membina.
Ok, itu bebelan aku..Nie plak pendapat jujur aku...chewahh...tersentap jiwa aku ni bile baca komen2 dan kritikan2 dari penonton dan pengikut setia hiburan tempatan. Aku ni, memandangkan mama aku suka tgk TV, jadi aku pun kene la tgk, ape yg dia tgk..hahahah... Camni, aku sndiri pun ada jenis drama yang tak berapa berkenan di hati. Macam drama-drama yang berkisarkan perebutan harta dan cerita hantu. Nahhhh..Aku sndiri bgtau yg memang aku tak brape sukar drama-drama bersiri camni. Contohnye ye? Ermmm..Drama bersiri "Dua kali aku mencintaimu" di Astro Prima, "Manjalara" dan "Sutera Maya" di Tv3. Perebutan harta dan sikap hasad dengki memang ada dalam drama ni. Perghhh..aku geram betul drama-drama mcm ni. Buat aku terfikir, ada ke perkara cmni terjadi dalam dunia sebenar kite, betul ke ada yg sanggup bunuh membunuh, musuh memusuhi sesama saudara? Hmm..Tetapi, itu cuma lakonan saja. Dan kalau aku tak suka, aku takkan tgk drama tu, aku bukak crite lain atau pun aku angkat kaki blah dari depan TV (maklum la mama aku yg pegang remote tv) hehehehe...Tkde plak smpai nak kutuk2 ke, nak condemn dlm paper dan segalanye. Aku rasa drama-drama sebegini la yg buat aku jadi manusia. Sikap tamak, dengki dan pentingkan diri akan merugikan diri sndiri akhirnya. Camtu la slalunye mesej yang cuba disampaikan. hehehehe..
Oklah, dah bnyak bebel ni..takut lari tajuk plak. Ape yg penting, sokongan padu msyarakat pada drama-drama dan hiburan tempatan. Lambakan hiburan dari negara asing skarang telah sedikit sebnyak mengurangkan populariti hiburan tempatan. jadi terpulang pada kite sndiri ntuk menilai dan memberi sokongan. Allahualam...
5 comments:
setuju sgtsgt .yg penting msg yg cuba disampaikan la, kan :)
yes..betul betul betul..hihih..
Terima kasih untuk blog yang menarik
belajar banyak
thanks sbb luahkan masa ntuk membaca tulisan sy..
Post a Comment