Monday, February 23, 2009

.:: Aku, Astro dan Suratkhabar ::.

Hari ni, aku datang keje, dengan matlamat, nak apply annual leave ntuk esok dan lusa.. Aku ada hal sket. hehehe..Keje macam biasa, rutin bergaduh mcm biasa dengan bebudak ni. Aku truskan keje dengan mata mengantuk..Malas aku nak sangkut spek mata aku, sbb tkyah aku tgk jejauh..hehehe...

Ok, nak bebel ape hari ni? Cuaca baik aje, cuma aku dengar dekat negeri lain, kerap aje hujannya. Kat sini jarang sangat, tapi aku tetap bersyukur la, sbb kalau asyik hujan je, truk la aku yg naik moto ke tempat keje.

Cakap pasal cuaca ni, perkara yang paling aku tak gemar ialah, bila musim hujan, Astro bnyak problem. Siaran sangkut-sangkut. Geram betul aku dengan Astro ni. Hmm..Semalam aku dok layan konsert Grand Final MyStarz LG, sekali dok sangkut-sangkut, macam CD rosak je. Mane tak sakit hati. Last-last mama aku bukak crite Hindustan, kene plak aku layan crite Hindustan dengan sangkut-sangkut tu. Aduhai..naya aku beb..naya...huhuhu..

Bil Astro makin naik, tapi service Astro tak pernah nak meningkat. Asyik macam tu jerk. Penat la. Bil kalau lewat bayar 2 hari, dah trus potong siaran, camne tuh? Tapi service tetap cam hampeh. Bile nak on service plak, kene bayar 20 rggt ke, 10 rggt...aku tak pasti..tapi service tetap cam haram. Aku pun tak faham, duit pelanggan nak, tapi bagi service cam ape ntah. Ni ke yang di namakan memenuhi keperluan pengguna? Aku rasa tak. Kene upgrade ke tahap yg lebih baik la kan, smpai pengguna rasa berbaloi melanggan perkhidmatan astro ni. Memang la cuaca slalunye menjadi penghalang pada service Astro tu, tapi kene cari kaedah lain la ntuk memperbaiki perkara itu.

Sudah-sudahlah cerita pasal Astro, takkan habis punye. Weekend yang lepas cam biasa la, aku spend kat umah. Setiap Ahad, biasa ar, aku punye masa yang banyak ntuk belek berita-berita terkini dalam suratkhabar tempatan. Tak kisah la cerita pasal kemalangan ke, politik ke, hiburan atau pun sukan. Aku baca aje. Isu hujung mggu dalam Metro Ahad pasal kes naya vido lucah. Kisah remaja dan isteri yg diperangkap oleh pakwe atau suami melalui rakaman video lucah mereka. Ni bukan salah org lain, ini salah diri sendiri. Lelaki dah macam binatang, pompuan pula, pantang dirayu..Macam ni la jadinya. Aku dulu pun membesar di KL, dan truskan pengajian aku di Shah Alam, aku jugak remaja, tetapi aku masih lagi tahu jaga batas pergaulan. Aku jugak punye ramai kawan-kawan lelaki dan perempuan. Namun masih lagi tau menjaga adab dalam persahabatan. Namun yang buat aku kesal, kenape yang menjadi mangsa ni, tidak berfikiran seperti aku? Kenape mesti ikutkan nafsu syaitan? Aku sendiri tak faham. Dalam dunia serba moden ni, ada jugak yang berfikiran kuno, tidak matang. Bila dan dianiaya, baru sedar betapa langit itu tinggi atau rendah. Bile dah diaibkan sebegitu rupa, baru nak rasa menyesal dan malu. Masa buat keje haram tu, takde plak nak rasa kesal atau malu pada Allah? Heran aku. Aku bukan la baik sangat, tapi aku tau jga diri aku dan aku jugak sntiasa berharap, generasi muda ni turut pandai menjaga akhlak masing-masing.

Itu kisahnye remaja berpasangan. Ada plak kes kematian melibatkan samseng skolah, yang memukul seorg remaja ni kerana berebut awek. Pasal pompuan aje, bleh berebut sampai mati. Kan dah kluar statistik mengatakan kaum perempuan lagi ramai dari kaum lelaki. Apehal smpai nak berebut sangat ni. Lawa sangat ke awek yang korang rebutkan tu? Lawa macam Nasha Aziz, Nora Danish ke, cute mcm Amy Mastura ke, body cantik persis Noryn Aziz ke? Aku nak tau jugak awek yang direbutkan tu rupa macam mane, sampai sanggup bunuh budak laki tu. Emm..Ape nak jadi dengan dunia skarang. Kite dok kempen untuk boikot kekejaman Israel, tapi generasi pelapis Malaysia sendiri bertindak sekejam Israel, camne kite nak explain tu? Buat undang-undang sendiri. Hishh...Duit skolah pun mak bapak korang yang bagi, yang support, ada hati nak jadi samseng skolah plak. Aku berharap, bebudak samseng tu, akan ditangkap, di siasat seadilnye dan dikenakan tindakan sewajarnye. Pengajaran ntuk diaorg, dan jugak ntuk masyarakat. Tak abis-abis dengan kes samseng.

Itu kisah setempat. Tak dicampurkan lagi kes artis cerai berai. Tuntut harta, tuntut anak, naik turun mahkamah, tapi yang dok nampak peguam diaorg aje la, tuan empunye kes tu takde plak tnjuk batang hidung. Tapi dok kluar masuk berita, Melodi dan ape2 ntah lagi rancangan hiburan, dok pukul canang satu Malaysia. Ape ke bende camtu. Sorry kalau aku cakap ni agak terlebih. Tapi fikirlah, segelintir wartawan hiburan Malaysia ni, suka melaga-laga kan org. Pegi sana interview, call org sini tnye soalan-soalan panas, sampai timbulkan ketegangan antara kedua pihak. Sedangkan kes di mahkamah takde la sebesar mane, publisiti murahan yg diberikan oleh wartawan tu, buatkan kes tu glamor. hmmm..Manusia skarang ni dah tak takut balasan Tuhan agaknye. Malas nak ckp pnjang...

Jmpe lagi di lain post. Daaa....

Thursday, February 19, 2009

.:: Aku dan Crite Seram di TV/Panggung ::.

Pagi-pagi lagi aku dah tersengguk kat meja office aku sebab terlalu ngantuk..Bukan tak cukup tido, cuma letih skit aje. hehehe...Tapi kire dalam kes ngantuk la ni.

Ok nak bebel ape hari ni? Oh ye..aku nak quote sket rungutan mama aku ptg semalam bile dia tak puas hati tentang rancangan atau slot drama crite seram ni. Skarang dah berlambak crite dan drama-drama seram dibuat dan ditontonkan di TV. Contohnye drama bersiri Puaka Nyiang Rapit, Anak Betong, Saka, Susuk, Kekasihku Seru, Bilik No. 13 dan bnyak lagi la. Terbaru drama bersiri Keliwon di TV3.

Mama aku cakap, dulu bile drama dan filem seram dari negara luar seperti Indonesia dan Thailand masuk ke Malaysia, ramai yang buat tentangan bile mengatakan drama dan filem ini suma tahyul dan boleh menyebabkan akidah penonton terpesong. Boleh jugak menyebabkan penonton tidak mempercayai kewujudan Allah. Ada la yang tidak kisah dengan kewujudan drama dan filem seram ini, tak kurang jugak yang sronok melihat kreativiti pengarah drama dan filem ini menghias hantu-hantu supaya genre seram dapat disampaikan. Ada jugak yang mengutuk, tidak senang dengan penampilan hantu atau jalan cerita.

Memang betul, pernah aku dgr kritikan-kritikan yang kluar dari org ramai mengenai kemunculan filem2 dan drama-drama seram ni bnyak negatifnya, dari positif. Takyah cakap bnyak la, kite dapat tgk kemunculan pelbagai jenis hantu, tak kisah la dalam filem tempatan atau drama-drama bersiri, dengan kewujudan pihak yang tidak percayakan Allah, suma tu tidak mendatangkan ape2 kelebihan melainkan boleh membuat penonton percaya akan kewujudan hantu, jin dan syaitan yang lebih berkuasa dari Allah SWT. (please readers, correct me if i'm wrong) . Aku akui, terpulang pada budi bicara penonton yang menonton, suma tu terletak pada keteguhan akidah kite, tapi klu dah suma channel lambakkan drama-drama dan filem-filem begini, camne la tu? Tak ke segelintir penonton bleh terpengaruh..kan?

Allahualam la..aku sendiri takde la cekap sangat agama ni, namun aku cuba baiki kelemahan aku, hari-hari pasti ada perkara baru yang aku pelajari. Cuma kadang-kadang, terfikir, dalam bnyak-bnyak isu yang ada di Malaysia ni, kenape isu hantu, tahyul dan mistik ni jadi bahan untuk santapan penonton saban hari? Pelik...

Tak berani nak crite panjang-panjang, cuma memang la ada setengah org suka pada dunia mistik ni, dunia hantu dan jin, ada setengah org plak mengakui kewujudan mereka namun masih lagi takut pada Allah SWT. Terpulang pada hak individu. Aku pun kadang-kadang layan jugak filem seram namun sekadar berhibur aje la. Cuma bile dah berlambak-lambak kat TV dan cinema, aku dah jadi mcm jemu dan tak berminat nak tgk.

Pada aku, sebuah cerita, tak kisah la drama atau pun filem, perlu ada mesej yang perlu dismpaikan. Takkan setakat hantu rambut panjang baju putih, hantu merangkak, punye muka berdarah, dengan suara mengilai saja, menjerit sana sini, histeria dan pengsan tapi lebih kepada mesej yang ingin disampaikan. Ape tujuan Allah jadikan mereka, kenape mereka berada di kalangan kita dan kenape kite sebenarnye tidak boleh nampak mereka? Mesej yang positif boleh mendidik penonton. Namun aku tengok drama-drama kite ni, kebanyakkan mesej mereka yang nak smpaikan tu ialah, kalau tak puas hati, atau nak balas dendam, pegi jmpe pawang atau bomoh, minta mereka sediakan makhluks halus ntuk ganggu ketenteraman org lain. Camne tuh? Ape tujuan dan mesej yang nak disampaikan? Ermmm...

Oklah tak brani nak komen bnyak-bnyak, sebab aku tau isu ni sensitif cuma harapan aku lebihkan la drama dan filem yang punye mesej positif dan memberansangkan. Allahualam...

Tuesday, February 17, 2009

.:: Masalah Rahang Faizal Tahir ::.


Aku kembali hari ni, bukan nak cakap ape, tetapi nak kongsi la gambo Faizal Tahir, yang skarang ni menjadi kemusykilan aku. Ye la, musykil sama ada Faizal Tahir ni ada masalah rahang mulut ke? Ataupun dia ada rahang disorder bile ada lens camera yang snap gambo dia. Aku letakkan himpunan gambo ni. Kebanyakkan gambo yang diambil tak kisah la oleh wartawan ke, peminat dia ke, ataupun himpunan peribadi dia, ada je posing bukak mulut. Paling baru ialah aksi dia nganga kan mulut bile wartawan amik gambo sempena kemenangan dia di AJL 23. Aku tengok tu pun dalam salah satu akhbar tempatan. Heran aku, takleh ke amik gambo senonoh sket. Ke Faizal Tahir ni ada masalah dengan rahang mulut dia? Melemparkan senyuman kan lebih baik dari nganga dan menjelir lidah. Memang la aksi rock, tapi ada ke rockstars lain yang buat aksi cmtu? Nak kata tak educated, aku rasa Faizal ni antara artis tanahair yang punye latar belakang pendidikan yang baik. Mesti tahu ape yang baik, dan ape yang kurang baik. Heran ar. Sib baik la dia tak bagi anak-anak dia ikut perkembangan karier dia. Ye la, kalau anak-anak dia tgk, mesti malu dengan aksi ayah diaorg camni. Tapi aku tak nafikan yang Faizal Tahir ni memang berbakat. Cuma kadang-kadang pembawakan dia tu tidak berkenan di hati. Ape-ape pun Good Luck ntuk Faizal Tahir.
Ni cuma pendapat aku saje..

Monday, February 16, 2009

.:: Aku dan hari ini ::.

Bila dah sibuk ni, aku takde masa nak blogging. Skarang bile dah free, line internet kat ofis aku plak problem, dah tu, kat umah plak, laptop rosak. Hish..mane tak hangin....Hari ni, kat ofis, aku curi line wireless org lain. Hehehehe..Maklum la, keje bahagian IT ni, senang skit sbb dpat access special..Taknak crite panjang2. Aku datang balik ni sbb nak letak post sebnyak yang mungkin sebelum bulan March datang menjelma..

Last Saturday, dunia celebrate Valentine's Day, iaitu lebih dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih. Di Malaysia ni, sambutan hari tersebut tidak digalakkan kerana mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan Kristian dan semestinye boleh mengundang maksiat. Aku taknak huraikan selanjutnye mengenai Valentines ni, cukup la sekadar dengan mengatakan ia berkaitan Paderi St. Valentines, Kristian, Kerajaan Rom dan Sepanyol. Dah tau selanjutnye, pandai-pandai la rujuk internet. Maklumat di hujung jari sahaja. hehehehe..Pada pendapat aku la, kita tak payah tunggu hari kekasih ntuk lafazkan perasaan kite pada org yg kite sayang. Hari-hari biasa pun boleh. Macam aku, hari-hari mak aku lafazkan kasih sayang dia pada aku melalui leteran. Hahahaha...berleter beb..lawak tul..Takyah tunggu Valentine's Day pun. hehehe...

Sabtu lepas jugak aku join kursus KPP yang diadakan oleh Ilmu Baru Sdn Bhd. Maklum la baru ada masa dan duit untuk amik lesen moto dan kreta. Aku daftar ntuk both license, senang skali jalan. 5 jam tu, ceramahnye, start kul 8 smpai kul 4. Itu campur dengan lunch time, mukadimah, penutup ceramah ada lagi la dengan Ujian Buta Warna yang baru diperkenalkan oleh JPJ. Macam-macam lagi la. Taklimat yang berguna ntuk aku sebagai bakal pengguna jalan raya. Beberapa bulan nnti la, lepas dapat lesen P ntuk moto dan kreta. InsyaAllah kalau aku tak fail. hahaha..

Ok, ape lagi nak crite? Kemelut dunia politik Malaysia, di mana Karpal Singh telah membuat gile dengan menfailkan kes saman terhadap Sultan Perak. Dah hilang akal ke ape? Aku taktau la pasal tu. Yang pasti aku tak brape gemar dengan keadaan politik Malaysia hari ni. Agak kelam kabut tapi masih terkawal.

Last week aku baru dapat kesempatan untuk tengok filem yang berkaitan dengan tragedi 11 September 2001 yang bertajuk 'World Trade Centre'. Lakonan Nicholas Cage. Actually sejak filem ini release aku nak memang pasang niat nak tonton. Sebab filem ini dibuat atas kisah sebenar mangsa runtuhan yang ke 18 dan 19 selamat dalam kejadian buruk itu. Ni kisah macam flash back la. Tapi memang gerun la. Sib baik dah 8 tahun berlalu. Kejadian tu sampai sekarang aku tak pasti kenapa dan bagaimana ia bleh terjadi. Dan sebab kejadian itu jugak la, umat Islam di dunia hari ni mengalami kesukaran dalam konteks kemasyarakatan dunia. Ye la, umat Islam skarang dipandang sebagai penjahat akibat dari kejadian itu. Bila la dunia ni nak aman?

Ok, aku kene off dulu, nnti aku blogging lagi...

Tuesday, February 3, 2009

.:: Baby Ballroom :..

Semalam, aku layan satu TV show yang bertajuk Baby Ballroom 2007 kat NTV7. Yang menarik perhatian ialah aksi kanak-kanak berumur sekitar 10 hingga 12 tahun menari pelbagai jenis tarian seperti professional. Rancangan yang berlangsung selama sejam ni, buat aku dan mama aku tak tukar channel langsung. Dapat tengok kanak-kanak menari seolah-olah mereka ni memang dilahirkan ntuk menari. Kagum betul aku tgk lagak aksi diaorg.

Yang menjadi rancangan ni lebih menarik, ia seperti reality show yang mengajak kanak-kanak sepasangan bersaing ntuk merebut gelaran juara. # judges memang sporting, buat ulasan pun yang menaikkan lagi semangat peserta. Best sgt.

Ni aku share satu shot dari show tersebut. Enjoy!