Pagi-pagi lagi aku dah tersengguk kat meja office aku sebab terlalu ngantuk..Bukan tak cukup tido, cuma letih skit aje. hehehe...Tapi kire dalam kes ngantuk la ni.
Ok nak bebel ape hari ni? Oh ye..aku nak quote sket rungutan mama aku ptg semalam bile dia tak puas hati tentang rancangan atau slot drama crite seram ni. Skarang dah berlambak crite dan drama-drama seram dibuat dan ditontonkan di TV. Contohnye drama bersiri Puaka Nyiang Rapit, Anak Betong, Saka, Susuk, Kekasihku Seru, Bilik No. 13 dan bnyak lagi la. Terbaru drama bersiri Keliwon di TV3.
Mama aku cakap, dulu bile drama dan filem seram dari negara luar seperti Indonesia dan Thailand masuk ke Malaysia, ramai yang buat tentangan bile mengatakan drama dan filem ini suma tahyul dan boleh menyebabkan akidah penonton terpesong. Boleh jugak menyebabkan penonton tidak mempercayai kewujudan Allah. Ada la yang tidak kisah dengan kewujudan drama dan filem seram ini, tak kurang jugak yang sronok melihat kreativiti pengarah drama dan filem ini menghias hantu-hantu supaya genre seram dapat disampaikan. Ada jugak yang mengutuk, tidak senang dengan penampilan hantu atau jalan cerita.
Memang betul, pernah aku dgr kritikan-kritikan yang kluar dari org ramai mengenai kemunculan filem2 dan drama-drama seram ni bnyak negatifnya, dari positif. Takyah cakap bnyak la, kite dapat tgk kemunculan pelbagai jenis hantu, tak kisah la dalam filem tempatan atau drama-drama bersiri, dengan kewujudan pihak yang tidak percayakan Allah, suma tu tidak mendatangkan ape2 kelebihan melainkan boleh membuat penonton percaya akan kewujudan hantu, jin dan syaitan yang lebih berkuasa dari Allah SWT. (please readers, correct me if i'm wrong) . Aku akui, terpulang pada budi bicara penonton yang menonton, suma tu terletak pada keteguhan akidah kite, tapi klu dah suma channel lambakkan drama-drama dan filem-filem begini, camne la tu? Tak ke segelintir penonton bleh terpengaruh..kan?
Allahualam la..aku sendiri takde la cekap sangat agama ni, namun aku cuba baiki kelemahan aku, hari-hari pasti ada perkara baru yang aku pelajari. Cuma kadang-kadang, terfikir, dalam bnyak-bnyak isu yang ada di Malaysia ni, kenape isu hantu, tahyul dan mistik ni jadi bahan untuk santapan penonton saban hari? Pelik...
Tak berani nak crite panjang-panjang, cuma memang la ada setengah org suka pada dunia mistik ni, dunia hantu dan jin, ada setengah org plak mengakui kewujudan mereka namun masih lagi takut pada Allah SWT. Terpulang pada hak individu. Aku pun kadang-kadang layan jugak filem seram namun sekadar berhibur aje la. Cuma bile dah berlambak-lambak kat TV dan cinema, aku dah jadi mcm jemu dan tak berminat nak tgk.
Pada aku, sebuah cerita, tak kisah la drama atau pun filem, perlu ada mesej yang perlu dismpaikan. Takkan setakat hantu rambut panjang baju putih, hantu merangkak, punye muka berdarah, dengan suara mengilai saja, menjerit sana sini, histeria dan pengsan tapi lebih kepada mesej yang ingin disampaikan. Ape tujuan Allah jadikan mereka, kenape mereka berada di kalangan kita dan kenape kite sebenarnye tidak boleh nampak mereka? Mesej yang positif boleh mendidik penonton. Namun aku tengok drama-drama kite ni, kebanyakkan mesej mereka yang nak smpaikan tu ialah, kalau tak puas hati, atau nak balas dendam, pegi jmpe pawang atau bomoh, minta mereka sediakan makhluks halus ntuk ganggu ketenteraman org lain. Camne tuh? Ape tujuan dan mesej yang nak disampaikan? Ermmm...
Oklah tak brani nak komen bnyak-bnyak, sebab aku tau isu ni sensitif cuma harapan aku lebihkan la drama dan filem yang punye mesej positif dan memberansangkan. Allahualam...
No comments:
Post a Comment