Hari ni, aku datang keje, dengan matlamat, nak apply annual leave ntuk esok dan lusa.. Aku ada hal sket. hehehe..Keje macam biasa, rutin bergaduh mcm biasa dengan bebudak ni. Aku truskan keje dengan mata mengantuk..Malas aku nak sangkut spek mata aku, sbb tkyah aku tgk jejauh..hehehe...
Ok, nak bebel ape hari ni? Cuaca baik aje, cuma aku dengar dekat negeri lain, kerap aje hujannya. Kat sini jarang sangat, tapi aku tetap bersyukur la, sbb kalau asyik hujan je, truk la aku yg naik moto ke tempat keje.
Cakap pasal cuaca ni, perkara yang paling aku tak gemar ialah, bila musim hujan, Astro bnyak problem. Siaran sangkut-sangkut. Geram betul aku dengan Astro ni. Hmm..Semalam aku dok layan konsert Grand Final MyStarz LG, sekali dok sangkut-sangkut, macam CD rosak je. Mane tak sakit hati. Last-last mama aku bukak crite Hindustan, kene plak aku layan crite Hindustan dengan sangkut-sangkut tu. Aduhai..naya aku beb..naya...huhuhu..
Bil Astro makin naik, tapi service Astro tak pernah nak meningkat. Asyik macam tu jerk. Penat la. Bil kalau lewat bayar 2 hari, dah trus potong siaran, camne tuh? Tapi service tetap cam hampeh. Bile nak on service plak, kene bayar 20 rggt ke, 10 rggt...aku tak pasti..tapi service tetap cam haram. Aku pun tak faham, duit pelanggan nak, tapi bagi service cam ape ntah. Ni ke yang di namakan memenuhi keperluan pengguna? Aku rasa tak. Kene upgrade ke tahap yg lebih baik la kan, smpai pengguna rasa berbaloi melanggan perkhidmatan astro ni. Memang la cuaca slalunye menjadi penghalang pada service Astro tu, tapi kene cari kaedah lain la ntuk memperbaiki perkara itu.
Sudah-sudahlah cerita pasal Astro, takkan habis punye. Weekend yang lepas cam biasa la, aku spend kat umah. Setiap Ahad, biasa ar, aku punye masa yang banyak ntuk belek berita-berita terkini dalam suratkhabar tempatan. Tak kisah la cerita pasal kemalangan ke, politik ke, hiburan atau pun sukan. Aku baca aje. Isu hujung mggu dalam Metro Ahad pasal kes naya vido lucah. Kisah remaja dan isteri yg diperangkap oleh pakwe atau suami melalui rakaman video lucah mereka. Ni bukan salah org lain, ini salah diri sendiri. Lelaki dah macam binatang, pompuan pula, pantang dirayu..Macam ni la jadinya. Aku dulu pun membesar di KL, dan truskan pengajian aku di Shah Alam, aku jugak remaja, tetapi aku masih lagi tahu jaga batas pergaulan. Aku jugak punye ramai kawan-kawan lelaki dan perempuan. Namun masih lagi tau menjaga adab dalam persahabatan. Namun yang buat aku kesal, kenape yang menjadi mangsa ni, tidak berfikiran seperti aku? Kenape mesti ikutkan nafsu syaitan? Aku sendiri tak faham. Dalam dunia serba moden ni, ada jugak yang berfikiran kuno, tidak matang. Bila dan dianiaya, baru sedar betapa langit itu tinggi atau rendah. Bile dah diaibkan sebegitu rupa, baru nak rasa menyesal dan malu. Masa buat keje haram tu, takde plak nak rasa kesal atau malu pada Allah? Heran aku. Aku bukan la baik sangat, tapi aku tau jga diri aku dan aku jugak sntiasa berharap, generasi muda ni turut pandai menjaga akhlak masing-masing.
Itu kisahnye remaja berpasangan. Ada plak kes kematian melibatkan samseng skolah, yang memukul seorg remaja ni kerana berebut awek. Pasal pompuan aje, bleh berebut sampai mati. Kan dah kluar statistik mengatakan kaum perempuan lagi ramai dari kaum lelaki. Apehal smpai nak berebut sangat ni. Lawa sangat ke awek yang korang rebutkan tu? Lawa macam Nasha Aziz, Nora Danish ke, cute mcm Amy Mastura ke, body cantik persis Noryn Aziz ke? Aku nak tau jugak awek yang direbutkan tu rupa macam mane, sampai sanggup bunuh budak laki tu. Emm..Ape nak jadi dengan dunia skarang. Kite dok kempen untuk boikot kekejaman Israel, tapi generasi pelapis Malaysia sendiri bertindak sekejam Israel, camne kite nak explain tu? Buat undang-undang sendiri. Hishh...Duit skolah pun mak bapak korang yang bagi, yang support, ada hati nak jadi samseng skolah plak. Aku berharap, bebudak samseng tu, akan ditangkap, di siasat seadilnye dan dikenakan tindakan sewajarnye. Pengajaran ntuk diaorg, dan jugak ntuk masyarakat. Tak abis-abis dengan kes samseng.
Itu kisah setempat. Tak dicampurkan lagi kes artis cerai berai. Tuntut harta, tuntut anak, naik turun mahkamah, tapi yang dok nampak peguam diaorg aje la, tuan empunye kes tu takde plak tnjuk batang hidung. Tapi dok kluar masuk berita, Melodi dan ape2 ntah lagi rancangan hiburan, dok pukul canang satu Malaysia. Ape ke bende camtu. Sorry kalau aku cakap ni agak terlebih. Tapi fikirlah, segelintir wartawan hiburan Malaysia ni, suka melaga-laga kan org. Pegi sana interview, call org sini tnye soalan-soalan panas, sampai timbulkan ketegangan antara kedua pihak. Sedangkan kes di mahkamah takde la sebesar mane, publisiti murahan yg diberikan oleh wartawan tu, buatkan kes tu glamor. hmmm..Manusia skarang ni dah tak takut balasan Tuhan agaknye. Malas nak ckp pnjang...
Jmpe lagi di lain post. Daaa....
No comments:
Post a Comment