Monday, February 16, 2009

.:: Aku dan hari ini ::.

Bila dah sibuk ni, aku takde masa nak blogging. Skarang bile dah free, line internet kat ofis aku plak problem, dah tu, kat umah plak, laptop rosak. Hish..mane tak hangin....Hari ni, kat ofis, aku curi line wireless org lain. Hehehehe..Maklum la, keje bahagian IT ni, senang skit sbb dpat access special..Taknak crite panjang2. Aku datang balik ni sbb nak letak post sebnyak yang mungkin sebelum bulan March datang menjelma..

Last Saturday, dunia celebrate Valentine's Day, iaitu lebih dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih. Di Malaysia ni, sambutan hari tersebut tidak digalakkan kerana mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan Kristian dan semestinye boleh mengundang maksiat. Aku taknak huraikan selanjutnye mengenai Valentines ni, cukup la sekadar dengan mengatakan ia berkaitan Paderi St. Valentines, Kristian, Kerajaan Rom dan Sepanyol. Dah tau selanjutnye, pandai-pandai la rujuk internet. Maklumat di hujung jari sahaja. hehehehe..Pada pendapat aku la, kita tak payah tunggu hari kekasih ntuk lafazkan perasaan kite pada org yg kite sayang. Hari-hari biasa pun boleh. Macam aku, hari-hari mak aku lafazkan kasih sayang dia pada aku melalui leteran. Hahahaha...berleter beb..lawak tul..Takyah tunggu Valentine's Day pun. hehehe...

Sabtu lepas jugak aku join kursus KPP yang diadakan oleh Ilmu Baru Sdn Bhd. Maklum la baru ada masa dan duit untuk amik lesen moto dan kreta. Aku daftar ntuk both license, senang skali jalan. 5 jam tu, ceramahnye, start kul 8 smpai kul 4. Itu campur dengan lunch time, mukadimah, penutup ceramah ada lagi la dengan Ujian Buta Warna yang baru diperkenalkan oleh JPJ. Macam-macam lagi la. Taklimat yang berguna ntuk aku sebagai bakal pengguna jalan raya. Beberapa bulan nnti la, lepas dapat lesen P ntuk moto dan kreta. InsyaAllah kalau aku tak fail. hahaha..

Ok, ape lagi nak crite? Kemelut dunia politik Malaysia, di mana Karpal Singh telah membuat gile dengan menfailkan kes saman terhadap Sultan Perak. Dah hilang akal ke ape? Aku taktau la pasal tu. Yang pasti aku tak brape gemar dengan keadaan politik Malaysia hari ni. Agak kelam kabut tapi masih terkawal.

Last week aku baru dapat kesempatan untuk tengok filem yang berkaitan dengan tragedi 11 September 2001 yang bertajuk 'World Trade Centre'. Lakonan Nicholas Cage. Actually sejak filem ini release aku nak memang pasang niat nak tonton. Sebab filem ini dibuat atas kisah sebenar mangsa runtuhan yang ke 18 dan 19 selamat dalam kejadian buruk itu. Ni kisah macam flash back la. Tapi memang gerun la. Sib baik dah 8 tahun berlalu. Kejadian tu sampai sekarang aku tak pasti kenapa dan bagaimana ia bleh terjadi. Dan sebab kejadian itu jugak la, umat Islam di dunia hari ni mengalami kesukaran dalam konteks kemasyarakatan dunia. Ye la, umat Islam skarang dipandang sebagai penjahat akibat dari kejadian itu. Bila la dunia ni nak aman?

Ok, aku kene off dulu, nnti aku blogging lagi...

No comments: