Tuesday, October 9, 2007

...Anuar Zain's Latest Album...






Penghasilan album terbaru Anuar Zain di pasaran tempatan mencetus kontroversi, memandangkan dia telah sepenuhnye menggunakan tenaga-tenaga dari industri music Indonesia. Pada masa yang sama, industri tempatan digoncang oleh kehadiran ramai artis dari negara Republik tersebut yang mendapat tempat di hati pendengar tempatan. Aku sebagai seorang yang gemar mendengar music mengambil kesempatan untuk merasa penangan tenaga-tenaga dari Indonesia yang sama-sama menghasilkan album terbaru Anuar berjudul Anuar Zain (if i'm not mistaken la..) Untuk itu aku telah menggunakan duit gaji aku ntuk membeli CD Album Original Anuar Zain yang berharga RM34.50, Sabtu lepas. Aku habiskan duit aku ntuk menjadi seorang peminat industri tempatan yang adil. Chewahhh..
Setelah mendengar 10 buah lagu yang dihidangkan dalam album ni pada kali pertamanye, seperti tidak percaya..Ini album yang aku cari selama ini. Buah tangan dari Anuar Zain kali ini betul-betul memuaskan halwa telinga aku. Trus trang aku katakan aku bukanlah peminat Anuar namun aku sering mengikuti perkembangan beliau sejak dari awal kemunculannya. Aku pasti, Anuar Zain telah melakukan yang terbaik ntuk album ini. Kalau aku sebagai pendengar yang kurang mengenali ape itu makna sebenarnya music tempatan, tetap mengatakan ini album terbaik pernah aku dengar selama ini, selain CD artis-artis tempatan yang lain.
Lagu track ke 6, Lelaki Ini, telah mendapat tempat di hati pendengar radio-radio tempatan, lets admit it, this is the best from Anuar. Aku pernah terbaca ulasan mengenai album ini yang mengatakan Track ke 10 - Teman Terulung, betul-betul menyentuh hati pengulas tersebut. Kenyataan itu tidak salah, malah pada pendapat aku sndiri, kebanyakkan lagu di dalam album ni, menyentuh hati aku. Susunan music, lirik lagu yang puitis menunjukkan yang Anuar amat teliti dengan pilihan lagu ntuk album ini. Kire berbaloi ar dengan ape yang dia korbankan ntuk album ni.
Pada aku, ini bukan kegagalan Anuar, tapi kebangkitan secara positif Anuar setelah lama mendiamkan diri tanpa album terbaru. Adakah album Anuar kali ini tidak mampu memberikan sambutan hangat di pasaran tempatan? Aku rasa tidak. Bukan ape, aku terpaksa menunggu seminggu ntuk mendapatkan album ini kerana sudah kehabisan stok, pesanan kali kedua ntuk album ini masih belum sampai. Aku mencari di sekitar bandar Alor Star, mane-mane kedai yang menjual CD Original, namun CD itu laris di pasaran. Jadi, aku tak pasti adakah betul album ini tidak mendapat sambutan peminat? Itu memang menjadi tanda tanya.
Memang aku akui, kritikan negatif yang ditrime oleh Anuar Zain mengenai album terbaru ini sedikit sebanyak mempengaruhi aku ntuk mendengar sendiri album ini tanpa mempercayai kata-kata wartawan music tempatan. Aku pasti bukan aku saje yang berpendapat sebegitu. Pasti ada peminat yang berfikiran relevan ntuk mengadili sendiri buah tangan Anuar ini sebelum membuat keputusan tentangnya.
For sure, aku puas hati dengan album ini. Walaupun ia menggunakan tenaga dari Indonesia, aku pasti belum tentu Marcell atau Glenn Fredly sndiri, mampu menyanyikan semua lagu-lagu ini dengan baik, kalaupun mereka mampu, aku juga pasti, diaorg takkan sepenuhnya di terima di sini. Bukan cuba menjatuhkan penyanyi solo Indonesia, malah aku merupakan peminat Glenn dan Marcell, juga beberapa arits berkumpulan Indonesia. Aku bukan prejudis, hanya mengeluarkan pendapat jujur dari hati. Cuma ingin aku tegaskan di sini, tanpa Anuar Zain, lagu-lagu tersebut takkan menjadi sebegitu gah terhidang dalam album ini.
Sentuhan Anuar kali ini begitu membanggakan aku dan juga peminat-peminat setia beliau. Congratulations!

Wednesday, October 3, 2007

...Kedatangan Syawal 1428...

Tahun ni aku menyambut sepenuhnye bulan Ramadhan di Alor Star. 4 tahun sebelum ni aku berpuasa di Shah Alam dan JB. Kali ini bile dah balik keje di sini, lain pulak keadaannyer..Ramadhan kali ini memberi 1001 cerita, bukan saje pada diri aku sendiri, tpi juga pada seluruh rakyat Malaysia. Semua org tau tentang kisah kematian tragis Nurin Jazlin yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia berada dlm kesedihan buat seketika..Kehilangan dan penemuan mayat Nurin merungkai segala persoalan di minda. Tak cukup dgn itu, Ramadhan kali ni, diuji lagi dgn beberapa kes kehilangan kanak-kanak dan remaja. Ape la difikirkan oleh remaja yang lari dari rumah tu? Kesenangan dan kebebasan ape la yg diaorg cari. Aku sendiri tak faham. Bukan saje kes kehilangan kanak-kanak, kite jugak turut dihidangkan dgn kes kematian akibat lemas, kemalangan dan kebakaran di sekitar Malaysia. Peristiwa sebegini mampu membuat kite muhasabah diri, dan memikirkan kelebihan dan kekurangan diri kite sendiri sehingga ditimpe musibah sebegini.
Kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang, aku doakan semoga tabah menghadapi Aidilfitri kali ini tanpa mereka di sisi. Tuhan lebih menyayangi diri mereka. Moga kisah-kisah sedih Ramadhan mampu diubati oleh keberkatan Aidilfitri 9 - 10 hari lagi.
Al-Fatihah pada semua yang terlebih dahulu menemui Allah.