Monday, December 31, 2007

...The Last Day of 2007...

Hari ni bertarikhkan 31 Disember 2007 (just in case tarikh format blog ni tak same ngan tarikh aku type post ni), hari terakhir tahun 2007. Sesungguhnye meninggalkan banyak pengalaman, kenangan baik, buruk ada jugak kenangan yang akan sentiasa bermain di fikiran aku ni.
Seawal tahun 2007, aku masih lagi bekerja di JB, as Management Trainee di salah sebuah company swasta sehingga la aku didesak untuk bekerja di Alor Star pada ujung bulan Jun 2007. Aku menyambut bulan Julai dia Alor Star, dengan keje baru yang menunggu ku. Berakhirlah hidup bujang aku di negeri orang. Selama aku di JB, bnyak perkara yang aku pelajari, banyak perkara yang aku hadapi. Actually that is my first job. so there are many things that i've learn about having a job. It teach me about being responsible to your work, discipline, time management and of course improving my communication skills. Today i feel more confident to face anyone that i meet. Kiranye confident level tu ada dlm tahap selesa ar. hehehe..
Setengah tahun 2007, starting Julai aku mula bekeje di Kepala Batas, Kedah la dah tentu sebagai IT Administrator under company swasta di mana, abah aku as a Training Manager di situ. Bekerja bersama abah sendiri bukan la satu perkara yang aku pernah harapkan. Tapi aku tahu, ramai yang masih setia bekerja bersama abah kerana dedikasi, tanggungjawab dan committed dia pada kejenye sendiri. Aku bangga cuma tak pernah terlintas untuk bekerja bersama abah sendiri. Aku memang tidak gemar bekerja di sini, sungguh! Namun di sudut hati, wujud rasa tanggungjawab untuk menjadi seorg anak yang patuh, taat pada permintaan kedua ibu bapanya (walaupun aku slalu zahirkan rasa tidak sronok bekerja di sini pada mama aku) aku teruskan jua jawatan ini. Niat untuk mencari job lain tetap ada dalam otak aku ni.
Tapi dalam masa yang sama, aku gunakan gaji dengan membeli few stuffs yang aku idamkan selama aku bekerja ni, seperti handphone 3G Sony Ericsson (Ori set) , jam tangan B.U.M (ori tau), sweater Muller (aku gi beli kat JB), kasut-kasut aku (yang berapa pasang dah sekarang), dress bersama baju kurung, dan beberapa stuff untuk kuarga aku, serta duit dapur bulanan untuk my lovely mom. Kira aku gunakan sebaik mungkin ar untuk kebaikan semua org. hehehe..Dan aku masih bekerja di sini walaupun.....hmmm..
Ramadhan dtg lagi, aku menyambutnya di Alor Star bersama kuarga aku. Suma berjalan dengan lancar, ditambah pulak kehadiran adik bongsu aku, Nurul. Raya Aidilfitri 2007 disambut sederhana oleh aku sekeluarga, tak sangka abah kali ni sporting untuk bergambar raya bersama kitaorg..Raya kali ni beraya ni rumah keluarga ibu (ma tiri aku merangkap isteri kedua abah), rumah tokwan dan jugak ke Sungai Petani rumah adik abah. Namun aku tak sangka, itulah raya Aidilfitri terakhir aku bersama...
Disember 2007 adalah bulan paling meninggalkan kenangan yang mendalam bukan pada aku, tapi jugak pada seluruh kaum kuarga aku. Bagi setengah org, mungkin bulan ni adalah bulan untuk menghabiskan cuti tahunan bersama kuarga, ataupun menghabiskan keje-keje yang tertunggak di pejabat. Namun berlainan bagi aku sekeluarga. Disember disambut dgn keadaan kesihatan abah yang agak merisaukan. Abah sakit dada, tekanan darah rendah, sukar bernafas, demam panas, gastrik (mengikut kata doktor klinik) dan akhir skali kembung perut serta bengkak kedua blah kakinya. Namun, hanya klinik yg dia nak pegi, taknak berjumpa dgn doktor pakar. Kitaorg hanya menerima keputusan dgn akur.
13 Disember 2007, lebih kurang pukul 5.30 pagi, aku dikejutkan oleh mama aku memaklumkan kepergian Abah buat selama-lamanye. Tersentak aku buat seketika. Sedih, terkilan pun ada, abah pergi tanpa meninggalkan pesan pada kitaorg. Mengikut keadaan abah, kitaorg pasti abah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 hingga 3.00 pagi. Badan abah dah sejuk ketika aku memegangnya. Abah pergi tinggalkan kitaorg, dan aku smpai sekarang masih tidak dapat menerima kenyataan ini. Perit sungguh rasanye. Ini adalah kehilangan pertama bagi aku, along (abg aku), amin, aisyah dan nurul (adik2 aku). Kesan yang kitaorg terima amat mendalam. Ketiadaan abah merombak kembali kehidupan kitaorg. Hari kepergian abah itu, ramai pekerja serta bekas anak didik dia dtg mengunjungi jenazah, seolah-olah memberitahu aku yang arwah abah banyak berjasa ketika hidupnye. Bangga (dgn kunjungan ramai rakan, staff, bekas student dan sedara mara arwah abah), sedih (dengan kepergian satu-satunya orang yang menjaga keseluruhan keluarga aku), terkilan (sbb arwah abah enggan ke hospital menerima rawatan pakar), lega dan syukur (sbb semua urusan jenazah arwah abah berjalan dgn lancar, dari hal urusan mandi, kapan, hinggalah ke urusan pengkebumian). Masih lagi terbayang-bayang keadaan ketika pagi itu, aku call along aku, suma sedara mara kitaorg memaklumkan kepergian abah. Terketar-ketar tangan dial nombor telefon diaorg ketika itu, keadaan sedih menyelubungi kitaorg ketika itu, pada masa yang sama terdengar ahli-ahli surau mengaji al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh. Sedih sgt ketika itu. Sampai sekarang, setiap kali aku bangun awal pagi, mendengar suara org mengaji, serta azan Subuh, aku akan menangis teresak-esak mengimbas kembali peristiwa sedih itu. Tak kuat hati aku untuk menerima keadaan ini, lalu mengambil keputusan untuk bangun selepas azan Subuh berkumandang. Pesan aku pada mama supaya kejut aku sesudah azan Subuh kerana tak mampu lagi aku menangis mengenangkan kepergian abah. Dan tentu aku taknak mama aku bertambah sedih melihat keadaan aku nanti. Sebak tul...
Raya AidilAdha disambut sepi oleh keluarga aku, kerana masih bersedih dengan kepergian abah, seminggu sebelum raya korban ni. Nasib baik ada pakcik dan makcik yang sudi menghantar ketupat dan rendang untuk dimakan pada pagi raya. Buat pertama kali rasa begitu sebak tanpa abah di sisi. Selama ini, ape yang kitaorg buat mesti besertakan kehadiran abah, kali ini tidak lagi. Sedih sgt rasa hati ini.
Ulangtahun kelahiran Nurul, adik bongsu aku disambut sederhana. Aku belikan kek coklat ntuk dia, walaupun dia takleh nak mkn, tetap ku teruskan sambutan besday dia kerana aku tau arwah abah memang ingin menyambut birthday anaknya yang umo setahun itu. Walaupun secara sederhana, namun riuh juga rumah malam tu dengan keletah Nurul serta kuarga kitaorg yang semuanye terhibur dgn suasana itu. Namun masing-masing masih bersedih dengan kehilangan abah, cuma tidak melahirkan rasa itu saje. Nurul kini setahun tanpa abahnya, begitu jugak dgn kitaorg adik bradik, tanpa abah di sisi. Rasa sedih akan sentiasa menyelubungi diri aku ini. aku sentiasa doakan kesejahteraan arwah di sana. Al-Fatihah....
Hari ini, aku meneruskan keje di company swasta dengan ingatan kuat pada arwah abah. This is because he's also my boss in the office. Jadi aku kehilangan abah di rumah, dan jugak kehilangan bos di office. Setelah bercuti almost 2 weeks, aku kembali meneruskan keje aku di sini, dengan harapan aku mampu meneruskan tanggungjawab abah menyara kuarga aku. Aku faham dengan pandangan staff-staff arwah abah, aku tau mereka simpati, sedih seperti aku, dan aku berterime kasih pada diaorg kerana mengambil berat.
Hari ini jugak, adalah hari terakhir bagi tahun 2007, aku berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar, hidup aku lebih terisi dengan perkara yang menyenangkan, dan rezeki aku bertambah. InsyaAllah. Aisyah (adik aku berusia 17 tahun) yang kini sedang menjalani program Khidmat Negara di Kem D'Jelapang, Kubang Pasu, aku harapkan kesihatan dia cemerlang, hati tenang dan minda dia lebih matang sesudah slesai Program ini. Aku tau, hati dia masih lagi kesedihan. aku faham tu..Namun aku sendiri takleh halang perasaan sedih menyelubungi hati aku.
Yang pasti, aku akan bangun, menghadapi 2008 dengan hati yang tabah dan cekal..