Friday, December 19, 2008

.:: Him, Her and The Red Roses ::.


Each year he sent her roses, and the note would always say, " I love you even more this year, than last year on this day. My love for you will always grow, with every passing year."

She knew this was the last time that the roses would appear. She thought, he ordered roses in advance before this day. Her loving husband did not know, that he would pass away.

He always liked to do things early, way before the time. Then, if he got too busy, everything would work out fine.

She trimmed the stems and placed them in a very special vase. Then, sat the vase beside the portrait of his smiling face.

She would sit for hours, in her husband's favorite chair. While staring at his picture, and the roses sitting there.

A year went by, and it was to live without her mate. With loneliness and solitude, that had become her fate.

Then, the very hour, the doorbell rang, and there were roses sitting by her door.

She brought the roses in, and then just looked at them in shock. Then, went to get the telephone, to call the florist shop.

The owner answered, and she asked him, if he would explain, Why would someone would do this to her, causing her such pain?

"I know your husband passed away, more than a year ago," The owner said, "I knew you'd call, and you would want to know. The flowers you received today, were paid for in advance. Your husband always planned ahead, he left nothing to chance. There is a standing order, that I have on file down here, And he has paid, well in advance, you'll get them every year."

"There also is another thing, that I think you should know, he wrote a special little card. He did this years ago. Then, should ever I find out that he's no longer here, that's the card that should be sent to you the following year."

She thanked him and hung up the phone, her tears now flowing hard. Her fingers shaking, as she slowly reached to get the card.

Inside the card, she saw that he had written her a note. Then, as she stared in total silence, this is what he wrote...

"Hello my love, I know it's been a year since I've been gone. I hope it hasn't been too hard for you to overcome. I know it must be lonely, and the pain is very real. Or if it was the other way, I know how I would feel. The love we shared made everything so beautiful in life. I loved you more than words can say, you were the perfect wife. You were my friend and lover, you fulfilled my every need. I know it's only been a year, but please try not to grieve. I want you to be happy, even when you shed your tears.That is why the roses will be sent to you for years. When you get these roses, think of all the happiness that we had together, and how both of us were blessed. I have always loved you and I know I always will. But, my love, you must go on, you have some living still. Please...try to find happiness, while living out your days. I know it is not easy, but I hope you find some ways. The roses will come every year, and they will only stop, when your door's not answered, when the florist stops to knock. He will come five times that day, in case you have gone out. But after his last visit, he will know without a doubt! To take the roses to the place, where I've instructed him and place the roses where we are, together once again. Sometimes in life, you find a special friend; Someone who changes your life just by being part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop; Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is Forever Friendship. This is the sacred RED ROSE.

P/S : I received this lovely story from one of my friend via email. I wanna share with you guys the message of this love story. Enjoy ur reading. It's worth it.

Wednesday, December 17, 2008

.:: Hantaran Perkahwinan ::.

Kali ni aku nak share himpunan gambar hantaran yang dibuat sendiri oleh mama dan ibu aku. Diaorg ni memang suka mende-mende cmni, kalau agak-agak perlukan pertolongan dalam membuat hantaran, cari la mama ngan ibu aku, diaorg bleh tolong buat anytime.. hahaha..

::. Gubahan buah-buahan dan bunga segar .::

::. Gubahan Sirih Junjung bersama Bunga Segar .::
::. Gubahan Beg Tangan dari Kain Pasang .::


::. Gubahan Wangian .::


::. Gubahan Bunga dari Sepasang Kain Telekung .::


::. Gubahan Tuala Berbentuk Kipas .::


::. Gubahan Tuala Berbentuk Rangkaian Anggur .::


::. Gubahan Kain Pasang Berbentuk Kuntuman Bunga .::
::. Gubahan Puding Berbentuk Isi Buah Nangka .::


::. Gubahan Rangkaian Bunga dari Gummy Jelly .::


::. Gubahan Tempat Letak Cincin .::


::. Gubahan Bunga dibuat dari Gula .::


::. Gubahan Ringkas dari Gelas Potpuri .::

::. Gubahan Topi dari Jeli .::


::. Lagi Gubahan Ringkas dari Bekas Potpuri .::

Friday, December 12, 2008

.:: Aku dan bulan Disember 2008 ::.

Aku kembali dengan cerita yang biasa-biasa aje kali ni. Hehehe. Bulan terakhir 2008 aku sambut dengan rasa happy sebab weekend awal bulan aku berjalan ke Ipoh sekali lagi. Aku tktau la ape yg buat aku suka gile ke Ipoh, tapi yang pasti kalau ada peluang lagi, dah tentu aku akan ke sana buat kesekian kalinya.

Bulan ni aku ada beberapa agenda, selain daripada sambutan Hari Raya Aidiladha, aku sibuk dengan jmputan ke majlis perkahwinan, dan sibuk dengan diri aku sendiri la. Hehehe..Sepupu kepada ibu aku akan berkahwin pada 12hb ni, dan majlisnye akan berlangsung pada 13hb, jadi agak sibuk menolong mane yang mampu. Bulan lepas semuanye berjalan dengan lancar, Alhamdullillah.

Selepas ini, giliran along aku plak akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinye, tapi itu suma di Kajang. Suma persiapan hampir siap dilakukan, cuma hantaran je kene gubah kat sana. Maklum la, perjalanan 6 jam dari Alor Star ke Kajang tu bleh rosakkan ape saje yang ada dlm kreta. Hahaha..Dengan pemanduan yang agak bahaya oleh ibu aku tu, tak mustahil ntuk hantaran tu tunggang langgang. Hahaha..Sorry bu. hehehe saje je gurau. Jadi bersempena dengan along aku nak kahwin ni, aku apply cuti hampir 2 minggu la ntuk spend time di sana nanti. Nak kata 2 minggu pun tak sangat sbb campur dengan cuti Krismas, Awal Muharam dan cuti New Year 2009 skali. Ape salahnye skali skala, lagipun nak menjemput sedara mara yang ada di KL dan Selangor tu ntuk majlis di rumah aku plak nnti.

Oh ya, aku nak amik kesempatan ntuk ucapkan takziah kepada kuarga mangsa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa baru-baru ni. Oleh kerana sibuk dengan kerja-kerja aku, dan internet pun macam hampeh, aku tak sempat nak post salam takziah aku lebih awal. Aku iringi doa supaya rahmat mangsa-mangsa runtuhan dicucuri Allah SWT. Dan semoga kaum keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan.

Dalam sibuk-sibuk dengan tragedi tu, org bercerita mengenai perkahwinan Mawi dan Ekin yang akan berlangsung ntah bile aku pun taktau. Bukan tak amik tau, cuma tak terasa ingin mengetahui kisah lanjut persiapan perkahwinan diaorg. Liputan media yang agak melampau serta khidmat-khidmat multimedia yang disediakan oleh Astro melalui SMS aku rasa itu satu perkhidmatan yang agak melampau. Sapa la yang rajin benor melanggan aku pun taktau la. Mengambil keuntungan atas publisiti perkahwinan artis. Ape la yang nak jadi dengan dunia hari ni.

Ok, aku nak out dulu, next post mungkin aku akan letak gambar-gambar hantaran hasil ciptaan mama ngan ibu aku. Aku ada koleksi banyak jugak. Nanti-nanti aku letak. Take care guys. Daaaa...

Tuesday, November 25, 2008

.:: Aku dan Soalan itu ::.

Dia: Assalamualaikum Sab!
Aku: Waalaikumsalam, hai!
Dia: Hai Sab, ape khabar?
Aku: Baik-baik aje, u kat sana?
Dia: Ok je, Sab bile nak kawin?
Aku: Huhh?!!?!?

Bentuk perbualan di atas yang bt aku marah semalam. Isnin tu, nak start keje je member aku dah bt aku marah. Ni perbualan di dalam Yahoo Messenger, yang mengikut rekod semalam, tiga org classmates aku di UiTM dulu bertnyakan soalan yang sama. Ada beberapa perkara yang bt aku tidak gemar dengan soalan nih. Tapi takde la sampai aku nak tempelak diaorg plak kan. Aku layankan aje. Geram pun ada, nak marah pun ada.

Bukan ape, setiap kali nak mulakan chatting, aku dah faham sgt dah, soalan ketiga diaorg dlm perbualan tu mesti berbunyi "Bila nak kawin?" Perrrghh..menyiarap darah aku ni, rasa macam panas je hati kan. Bukan kata dlm chatting atau mane2 website aku, tapi jugak dalam SMS, atau panggilan telefon. Itu soalan wajib di tanya. Dan soalan wajib ditanya tu mesti jadi soalan ke tiga atau kedua dalam setiap perbualan. sape tak jemu beb. Setiap kali nak tnye kabo, nak catching up, ni topik yang diaorg nak mulakan. Ape ingt aku ni takde keje sgt sampai nak fikir kawin aje. Pastu bile aku jawab yang lambat lagi, diaorg siap pesan banyak kali "Kalau nak kawin, jangan lupe jemput ye?" Chewahhh..macam nak datang kalau aku jemput. Ye lah, kenduri kengkawan diaorg yang lain pun, diaorg tak pergi, yang pergi ni..ni..aku ni..aku yang pergi sejauh mane yg mampu la. hehehe..

Yang buat aku lagi bengang tu, aku ni takde plak busy body smpai camtu skali. Memang la bagus kalau kawan amik berat, tnya tentang perkembangan terbaru. Abis, kalau dah setiap kali nak tnya kabar, soalan itu yang kuar dulu, ape cerita plak kan? Jemu la aku beb, bukan setahun skali kitaorg tnye kabo, sebulan tu ada la 4 5 kali kitaorg berSMS, berChatting, takkan begitu kerap nak tnye hal kawin aku kan? Rasional la skit.

Lagi bt aku sakit hati ni bile org yang sibuk-sibuk tanya aku bile nak kawin ni pun 2 kali 5 (2x5) ngan aku jugak, anak dara lagi, dok tggu jodoh jugak. Yang diaorg dok sibuk hal aku bt ape, uruskan hal diaorg dulu, baru tanya pasal jodoh aku. Diri sendiri pun tak lepas lagi, tu pun nak sibuk hal aku yang tunggang terbalik nih. Pelik tul manusia nih. Kalau dia dah kawin, dah nak timang anak atau dah pun beranak, takpe la jugak bleh aku consider bile tanye soalan2 camtu. Ni tak, diaorg pun sama bujang mcm aku jugak. Bt aku pening kepala jerk. Ni la agaknye lumrah manusia. Tak nampak kekurangan diri sendiri, tapi sibuk dengan kekurangan org lain.

Aku bukan ape, fikir la logik, kalau aku nak kawin, takkan aku nak diam2 aku. Bukan aku kene tangkap khalwat smpai kene kawin sembunyi, bukan aku kawin lari smpai aku tknak khabarkan kat diaorg. Jodoh aku tak sampai lagi. Mungkin Tuhan dah tetapkan jodoh aku lambat, jadi aku kene terima la. Kalau aku jadi kawin nanti, InsyaAllah aku akan minta sponsor korang suma untuk support aku bt Press Conference biar satu Malaysia, kalau bleh termasuk Indonesia, Brunei, Singapore dan Thailand, biar suma negara di Asia tahu yang aku akan berkawin dengan jodoh aku, pada sekian tarikh, sekian tempat dan aku menjemput suma org. Haaa..ambik..nak tau sangat kan..Aku nak tgk, nak dtg ke tak nnti org-org yang busy body sgt tu. Geram aku.

Hmm..Manusia memang banyak ragamnya. Kawan-kawan aku sendiri, diaorg bukan tak bagus budi bahasanya, suma bagus belaka. Masalahnye, bile nak busy body tu, hilang segala budi bahasa tu. Ermm..Bertindak relevan la skit. Jangan kejam sangat dengan aku nih. Bukan aku anti lelaki, aku jugak bukan taknak kahwin. Cuma jodoh aku blum lagi jatuh depan mata aku, blum lagi dtg ngorat aku, dan jodoh aku tu blum lagi sedar yang aku ni jodoh dia jugak..hahaha..best tak alasan aku? ehehehe..Aku minta maaf pada sesiapa yang terasa hati dengan post aku kali ni, tapi percayalah yang ini cuma rintihan perasaan rimas aku pada soalan yang berbentuk 'Bile nak kawin?". Rimas gile dengan soalan tu. Perasaan aku yang slama ni bersarang bile kerap kali org tnye pasal jodoh aku. Suma ni kerja Tuhan, bukan aku tak usaha cari cinta, aku usaha, malah usaha aku tu temui 3 ke 6 kali kegagalan. Tapi aku tak kisah beb, yang aku kisah skarang, hidup aku happy, takde runsing-runsing.

Guys, i'm happy with my single life right now, so, please be nice to me, ok? No more questions about my future husband, ok? Ajal maut, jodoh pertemuan sumanya di tangan Tuhan. Jadi, Allahualam..

Sunday, November 9, 2008

.:: Aku dan Blogspot Aku ::.

Semalam, tengah aku jalan2 tgk blogspot org lain, aku ada jmpe blogspot yg background dia cute gile. Selidik pun selidik, jmpe la website kat mane dia dpt background tu. Jadi aku ape lagi, cari la yg sesuai dgn jiwa aku, tak nmpak too girly atau too boyish. Jadi inilah hasilnya. Cun tak? Kalau tak cun comment la, bleh aku tukar lagi background aku ni.

Cuma satu jerk aku tak puas hati, aku punye banner tu simple sgt, tktau cmne nak bt bg nmpak gempak..Kene cari lagi mane2 website yg offer banner ntuk blogpsot nih. Nak bt personalise skit blogspot aku. Baru la happening..hehehe..

Ok, dah lewat ni, aku out dulu, nnti ada crite aku post lagi ok..Good nite everybody....hehehe....

Friday, November 7, 2008

Terima Kasih Cinta by Afgan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

P/S: Aku tujukan lagu ni ntuk seseorg yang begitu istimewa dlm hidup aku. I'm really sorry for hurting ur heart..

.:: Aku, Oktober dan November ::.


Hari ni Jumaat, aku keje macam biasa. Hehehe..

Dah lama tak blogging, paling rajin pun aku post video clip dari seorg artis bernama Afgan, dari Indonesia. Korang tgk la post yg lepas tu. Aku? Ape crite? hehehee.. Ada crite -- bnyak crite.. Nak mula dari mane dulu? Ok kite start dari bulan lepas.
Oktober aku... 24hb yg lepas aku celebrate Birthday aku yang ke-25. Alhamdullillah, dapat la aku kek sebijik. Sedap beb..hehehe..itu jerk yang aku dapat. Slain seekor kambing biri-biri yang aku beri nama fiein. Match dgn kambing biri2 aku yg satu lagi tu. Besides dapat wishes dari kengkawan dan family aku sendiri. Adeq pompuan aku siap suh roomates dia nyanyi lagi bile tepat kul 12 tu. Aku tgh layan tido tu, tetibe kene dgr lagu Happy Birthday dia and the gang. Perghh..tpi takpe la, ingt jugak minah tu kat Birthday akak dia ni..huhuhu..
Dalam bulan Oktober jugak, sempat aku menjejak kaki ke Ipoh skali lagi, ntuk lawatan sehari. Dan sempat jugak la aku beli labu sayung ntuk mama aku. Biasa la, amik hati. Nnti senang2 bleh turun Ipoh lagi. Hari tu merata jugak aku jalan termasuk Dataran Gunung Lang, Taman Jepun dan bnyak lagi tempat. Sronok jugak hari tu. Keesokan harinya plak, aku ikut mama, ibu dan Along aku gi shopping barang kawin Along. Aku ikut bukan ape, just ntuk jadi babysitter Nurul je, budak nakal tu. Perghh..Rela aku shopping dari babysit budak nakal sorang tu. Penat seyyy....

Itu aje dlm bulan Oktober. Niovember datang tanpa aku sedar. Tup tup hari ni dah 7hb Nov. Minggu depan ada majlis perkahwinan Mamu aku a.k.a pak sedara tiri aku la tu. Aku amik cuti Jumaat dan Isnin ntuk majlis itu. Ape ntah aku nak bt bile tibe majlis tu nnti. Aku ni tak gemar sgt dgn majlis perkahwinan. Namun begitu, chewahh.. Undangan Majlis Perkahwinan kawan2 aku, tak pernah aku tolak. Kalau berkemampuan dan berkesempatan memang aku akan penuhi undangan. Kalau dah majlis tu jauh, pastu masa plak tak kene, memang sorry bnyak2 la kengkawan, memang aku takkan smpainye. Ape pun, doa semoga dipanjangkan jodoh dan bahagia smpai ke akhir hayat korang tetap mengiringi hari bahagia korang.. Amin...

Ape lagi nak crite? Ermm..Oh ye, my love story kan...? Ermm..Aku punye so called boyfriend secara rasminya telah berpindah ke Ipoh dan meneruskan hidupnya tanpa aku. Huhuhu..Tak tau la ape jadi dgn hubungan kitaorg, tapi nampak mcm dia dah tawar hati kat aku. Salah aku ke? Atau salah dia? aku pun tktau, tapi yg pasti kitaorg berpisah secara baik, dan aku masih lagi berharap kitaorg dpt baiki hubungan kitaorg supaya tiada rasa dendam dan kecewa di kemudian hari. Aku mcm biasa la akan sentiasa doakan dia bertemu dgn jodoh yg baik dari aku. Aku ni kejam orgnye kot. Hahaha...Yang pasti aku sentiasa berdoa supaya dia mendapat hnya yg terbaik. Dipendekkan crite, nak kata aku ni single pun tak, nak kata aku ni couple pun tak. Jadi dok tengah-tengah sahaja..hehehee...Allahualam....

Friday, October 24, 2008

.:: Aku dan Makanan Favorite ::.

Hari ni umo aku genap 25 tahun. Hari jugak, baru aku ingt yg aku memang suka makan rojak buah. huhuhuh...Sedap sgt rojak buah yg aku makan nih...Mari berkongsi cerita.

Company aku halfday hari ni, bagi chance kat staffs cuti awal slepas 2 weeks keje lebih masa, cover cuti raya yg lepas. Aku? Masih lagi kat ofis, tapi jgn risau bukan claim OT ok, tapi tggu mak aku habis keje dulu, balik dgn dia skali.. Tadi pagi ada jamuan raya di Admin, aku pegi join di akhir2 jamuan (tu pun lepas staffs seniors call suh dtg) hehehe...Aku kalau ikutkan memang segan nak pegi, maklum la jarang jmpe diaorg suma. Tapi aku pegi jugak ntuk jaga hati suma org.

Lunch, masa suma org umat gi tunaikan solat Jumaat, aku ngan mak aku gi jenjalan area Jitra. Sebelum balik ke ofis, singgah kat Gerai Rojak Buah, gi beli rojak la kan, beli ape lagi..hehehe..sedap, first time beli kat situ, memang tak mengecewakan. Cukup rasa, cukup kacangnya, cukup pedasnya.

Itu Rojak. Teringat aku pada hobi aku yg suka jalan-jalan cari makan. Kat Alor Star ni so far ada la 2 3 tempat yang memang sedap la makanannya. Contoh kat Medan Slera Tesco Mergong, ada satu kedai jual Claypot Tomyam, perghhh...sedap gile. Aku ni yang tak makan tomyam pun bleh terjatuh hati dengan rasa Claypot tu. Ada dlm bentuk mee, kueh tiow, yee mee dan ape lagi la, ada tomyam special, tomyam seafood dan mcm2 lagi la. Dengan rasa daun limau purut, perisa tomyam dia, ayam, udang, hmmm, memang sedap. So far, merata tempat aku pegi ntuk makan Claypot, resepi kat Medan Slera ni paling sedap. So, kalau korang ke Tesco Mergong tu, cari la Claypot Tomyam tu, gerai dia paling hujung dekat ngan playground kanak2.

Itu Rojak dan Claypot Tomyam. Selain 2 makanan tu, aku suka Char Kueh Tiow (CKT). Kalau jenjalan area Alor Star, Jitra dan Butterworth, memang banyak gerai ni. Aku paling suka makan CKT kat Restoren Joned, kebyakan org Alor Star mesti tau la gerai Joned tu kat mane, area Stadium, berhampiran ngan Pustaka Union dan Flat Polis. Buat masa ni, kat situ la yg paling sedap di Alor Star, aku tak kat tmpat lain sgt. Ada bnyak gerai lagi, tapi tak berkesempatan lagi. Aku dah cuba makan di Jitra dan Butterworth skali. Yang pasti, masih lagi tak bleh lawan Char Kueh Tiow di Taman Desa Jaya JB. Memang CKT dia best gile. Ada kerang, udang, taugeh dan macam2 lagi la. Masa aku keje kat JB dulu, memang dalam semggu tu paling kurang pun skali aku gi makan CKT kat sana. Sedap sgt. Bt masa ni, memang tkde sape bleh lawan lagi la CKT Taman Desa Jaya tu. hehehehe...

Slain dari 3 makanan tu, aku jugak suka makan Nasi Ayam. Pada aku itu meal yang paling best, bile ada sup, sambal, nasi dan ayam. Hehehe..A complete set. Aku memang suka sup, dan ayam...Senang2 bile taktau nak makan ape, aku just order Nasi Ayam aje, cepat, ringkas dan sedap. Nasi Ayam yg sedap pernah aku makan, kat mane yerk? erm...so far kat mane2 pnye nasi ayam pun sama sedapnya. Tu yg aku suka tu. Tapi Nasi Ayam buatan mama aku pun sedap gak. Siap bleh tambah nasi lagi tu, ayam pun bleh pilih bahagian mane nak. Hehehehe...

Aku pasti ramai yg suka makan Fast food macam Mc D ngan KFC. Aku pun suka gak. Kadang2 gi mkn ngan member2 ngan family. Kalau ada special occasion macam Birthday kitaorg dlm family ni, memang makan KFC atau McD la. Tu pun dah kira mewah la tu kalau dpt makan mane2 satu. Hehehe..McD aku sukakan desert dia, slain dari ayam goreng dia pun sedap jugak. Spicy Chicken Mc Deluxe pun sama jugak. Macam2 set meal ada dlm tu, pilihi jerk..Huhuhuh... Tabiat aku makan KFC plak lain..Aku ni pelik sket, taktau la kalau org lain pun sama macam aku. Aku paling suka gaulkan Coleslaw ngan Whipped Potato. Aku rasa sedap yang teramat bile campur dua2 tu skali. Kalau korang makan KFC, cuba buat mcm aku bt, pergghhh..sedap. Coleslaw + Whipped Potato tpi jgn campur sos, dah jadi rasa lain. hehehee...

Ape lagi yang aku suka makan...Ermmm...Oh yeah, masakan mama aku. Sambal udang, ikan terubok, ikan pari bakar, kari ayam, ketam masak cili padi, laksa dan beehun sup. Itu antara masakan mama yang memang aku takkan miss makan kalau mama masak. Sedap woooo...Mama memang pandai masak. Aku rasa la, setiap emak dalam dunia ni, mesti pandai masak. Heheheh...

Hari ni ada mood nak crite pasal makanan kegemaran aku. Aku sendiri tktau kenape, nnti ada masa aku crite lagi. Biar aku merayap seluruh tempat cari tempat makan yg paling sedap. Senang kalau2 korang nak gi cari port2 makan yg best. hehehee.. Daaa...

Tuesday, October 21, 2008

.:: Aku dan Kisah-kisah yang Lepas ::.

Aku terlepas ntuk berkongsi satu crita mengenai sepasang suami isteri yg aku memang agak rapat la ngan si isteri nih. Kira satu tempat keje ngan aku dan dia seorg instructor dan aku hanyalah seorg System Admin di sini. 2 bulan kebelakangan ni, kitaorg jadi rapat kerana berkongsi minat yang sama iaitu suka main games yang berkait dgn words, grammars dan yg sewaktu dgn dia.

Kisah sedih hidup dia bermula bile suaminya accident (klu tak silap aku) dan mengidap beberapa penyakit kronik mula sakit teruk. Aku turut simpati pada dia sekeluarga. Setiap hari dia akan lari balik umah ntuk bt dressing kaki husband dia tu. Dipendekkan crite, aku dan dia kongsi bnyak cerita.

Jumaat yg lepas aku dikejutkan dengan panggilan tepon oleh bos aku bgtau tentang kematian suami Madam(aku biasa dgn pggilan Madam pada dia sbb dia instructor English) pukul lebih kurang pkul 1 tghari. Terkejut dengan perkhabaran tu, aku trus maklumkan pada mama dan ibu aku, petang tu jugak, kitaorg bertiga serta sorang lagi staff bergerak ke umah Madam secepat yang mungkin. Madam turut kenal ngan mama dan ibu aku.

Bila aku ingtkan balik, hari Rabu sebelum aku bercuti pada Khamis yg lepas, aku dengan Madam bercerita mengenai suaminya. Dari sinar mata Madam, aku dapat bayangkan betapa sayangnya Madam pada arwah suaminya itu. Org cakap sinaran mata menceritakan tentang segala-galanya. Kata Madam, walaupun suaminya tidak berkemampuan ntuk menyara hidup mereka suami isteri, namun kasih sygnya pada suami tidak berbelah bahagi. Katanye lagi, dia takkan gantikan suaminye itu dengan sesiapa pun. Betapa jujurnya ucapan dia tu smpai aku dlm diam mengagumi keluhuran hati dia sebagai seorg isteri. Itu Rabu, dan Khamis aku amik cuti, dan aku tau Madam keje pada hari tu. Jumaat bile aku dtg balik keje, aku tak nmpak kelibat Madam hari tu, ptg tu, dalam kul 3, bos aku smpaikan khabar sedih tu. Tak sangka betul, baru sgt kitaorg bercerita tentang kasih dan syg Madam pada suaminya. 2 hari selepas tu, Madam sudah kehilangan suami. Macam mama dan ibu aku. Diaorg kehilangan abah aku.

Pada pendapat peribadi aku, mungkin Tuhan nak tamatkan kesusahan dia dan penderitaan yg suaminya alami. Allahualam..Aku jugak percaya Tuhan mesti ada rancangan yg lebih baik ntuk Madam kelak.

Aku kagum dengan Madam, walaupun dibesarkan di Kanada, slalu melancong ke merata tempat di sluruh dunia, dia tetap dgn tudung labuhnya dan berjalan laju. She's funny and very reasonable. Aku paling gemar dengar dia bercerita. Pengalaman dia, kisah remaja dia dan sebagainya, memberi 1001 pengajaran kepada aku. Setiap masa ada saje perkara yg bleh kitaorg ketawakan. The best part is bile dia speaking, perghh..memang sronok dgr dia speaking..Dengan dia aje la aku speaking pun, dengan staffs lain jarang la..Sebab dia aje rajin dtg lepak office aku.

Hmm..kadang-kadang, kite tak sedar akan kesusahan yang bakal menimpa. Aku sendiri masih lagi terkejut dengan pemergian Abah, ape tah lagi Madam yg memang hari2 dia mengadap suaminya ntuk menjaga kebajikan arwah. Aku pasti dia masih lagi dalam keadaan hiba. Aku cuma bleh berdoa supaya dia bertambah tabah, kuat semangat dan kembali bekerja seperti biasa.

Aku? Macam ni lah, melihat, mendengar, memahami dan merasa setiap yg berlaku di sekeliling aku, supaya menjadi pengajaran kepada aku dan bleh jugak aku kongsikan dgn pembaca blog aku nih.

Lastly aku amik kesempatan untuk mengajak readers ntuk arwah suami Madam..........Al-Fatihah..............

Friday, October 17, 2008

...The Air Of Ipoh...


Untuk kesekian kali aku jejakkan kaki aku ke Ipoh. Memang aku bt keje gile nih..Kot2 jadi ape2 tgh jalan, mau mati aku kene pijak ngan mama aku. Ape pun aku buat dgn sebab yg biarlah aku sendiri aje yg tau..Hahahahaha...Sorry ye, bukan pegi melawat sesapa di sana, tapi hanya untuk menyedut udara Ipoh sahaja.

Ada ape dengan Ipoh? First time aku pegi tak bnyak tempat aku melawat, tapi cukup la untuk mengenali Ipoh sendiri. Aku ke Jusco Ipoh, Gerbang Malam, Ipoh Parade, Greentown Mall, Medan Gopeng dan kawasan sekitar Lost World Bukit Tambun a.k.a Sunway City Ipoh. Aku pusing jugak sekitar town Ipoh, tak bnyak beza dengan town2 negeri lain, Bangunan pun persis bangunan lama di Pekan Cina Alor Star atau lebih sinonim dengan kawasan sekitar Chowkit Road tu. Ape yang menarik di Ipoh ialah kebanyakan tempat atau nama2 jalan lebih kepada English style seperti Taman Mansion dan beberapa taman lagi. Dan rupe bentuk kebanyakkan rumah di sekitar Ipoh tu pun lebih kepada bentuk English House. Ada ruang laman yg agak luas, rumah stor seperti garaj, dan beberapa aspek lain la. Aku jugak sempat mengenali Stesen Keretapi Ipoh, Padang Polo, Pasar Besar Ipoh, Kompleks Yik Foong dan Giant Sunway City Ipoh. Jauh jugak aku berjalan sebenarnye. Camne aku bergerak ke sesuatu tempat, hanye Tuhan saje la yg tau. So, Ipoh is one of the nice place to visit. Rajin2 klu agak2 boring, gerak aje ke Ipoh, dari Alor Star just 3 stngah jam jerk dgn harga tiket RM 21.70. Bleh balik hari lagi tau..
Aku attachkan 2 gambo aku snap masa aku kat sana. Actually bile bergerak ke mane2 secara illegal (tanpa pengetahuan mama aku) aku nak snap gmbo pun takut mama dpt tau bile dia tgk cybershot aku nnti. hahaha...tapi aku snap jugak, ada jugak bnyak tmpt aku amik, tpi without me in the frame la. Hehehhee..


Skarang musim hujan, pagi cuaca ok, bile petang dah nampak gelapnye, siap ngan guruh and kilat lagi. Tapi takde plak sejuk bile hujan sebelah malam, itu yg buat aku heran tu. Hujan punye lah lebat, tapi tak sejuk pun, tetap panas jugak. Cuaca sekarang menakutkan. Serius, hujan pun masih lagi tidak mampu menyejukkan hari yg panas. Allahualam la.

Aku pun dah mati akal ape nak crite ni, esok lusa aku post lagi. Salam....

Tuesday, October 7, 2008

...Aku di dalam Bulan Syawal...

Dalam bulan yang baik ni, dah tentu la aku nak amik kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya ntuk semua pembaca post aku ni..Rasa-rasanye takde kot..hahahah..Ape-ape hal, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tahun ni, aku ada 3 pasang baju kurung raya, 2 pasang aku beli sendiri, sepasang lagi uncle aku belikan..hehehe..tak pernah2 ada 3 pasang bju raya, slalunye paling bnyak pun 2 pasang..Dan raya 2 3 tahun yg lepas, aku cuma mampu beli sepasang aje. Rezki Tuhan kasik..Alhamdullillah..

Cerita di sebalik raya aku tahun ni..Emm..Macam biasa la company aku ni, sehari sebelum raya baru masukkan gaji staff2 dia..Macam aku ni yg papa kedana ni, memang pening la pikir nak beli brg-brg raya ntuk umah aku tu, termasuk baju raya mama dan adik-adik aku..Itu tak termasuk dgn bil-bil bulanan yg aku kene settle. Pening kepala beb time tu, nak bt kuih raya pun dah tkde mood, aku passkan aje tugas bt kuih raya kat adik aku..hehehe..bukan saje tkde mood, tpi lebih kepada malas sebenarnye..heheheh..

Itu cerita gaji raya aku..Nak dijadikan raya aku bertambah syahdu, adik aku yg paling junior la, umo nak dekat 2 tahun, kene demam panas lak, sehari sebelum raya tu, badan dia dah panas, muntah-muntah, makan pun taknak...Ape lagi kelam kabut la kitaorg seisi rumah handle dia. Tak bangun dia dari tmpat tido dia. tido je memanjang..Raya pertama dia dah bleh bangun, tapi demam dia masih lagi belum kebah. Kitaorg gagahkan jugak bawa dia ke kubur arwah abah aku, pastu ke umah tokwan aku, tmpat wajib berkumpul setiap kali raya. Kat sana dia mengamuk sbb mungkin tak larat sgt. Tghari kitaorg suma balik ke umah, tidokan dia smpai ke mlm...Kecian..Kebetulan plak, klinik yg dia slalu pegi tu tutup seminggu. Itu yg buat demam dia lambat kebah. Raya kedua, alhamdullillah dia makin sihat, ceria skit berbanding hari2 sebelumnya. Tapi badan masih panas, ada flu dan batuk. Hari ni, dia dah sihat alhamdullillah, selera mkn dia kembali macam biasa. Malah bertambah-tambah nakal, dan petah bercakap. Penat jugak melayan.

Raya kali ni serba sederhana, kehilangan abah masih terasa. Rindu pada kehadiran dia, pada usikan dia setiap kali ada kanak-kanak dtg ke rumah ntuk kutip duit raya. Time raya camni, dia gemar makan ketupat dengan kari ayam, muruku dan baulu. Itu memang kegemaran dia. Aku rindu betul dgn abah.

Seminggu cuti raya, seminggu jugak aku hentam berkurung dlm umah, tak ke mane-mane, seminggu aku layan tv dan family aku.

Hari ni, hari kedua aku start bekerja. Nothing much, tapi tak puas tul dok umah walaupun tak bt ape-ape kan..hehehe..kuih raya bnyak lagi, aku la nmpaknye yg akan habiskan kuih raya adik aku bt tu..ye ar, adik aku dah balik kolej, along aku pun sama balik penang. Tinggal aku aje la..huhuhuu...Tahun ni tahun terakhir along akan beraya dgn kitaorg sebagai seorg bujang..Hujung tahun ni, InsyaAllah kawin la dia dgn kekasih hati merangkap tunang kesayangan dia tu..hehehhee...Tahun depan, silap-silap raya dgn anak pertama skali..hahahaha...
Aku bile la ye? Calon jodoh pun tkde lagi nih..huhuhuh...Allahualam..

Bulan Syawal ni jugak, aku akan sambut birthday aku yg ke 25..Tahun lepas, hadiah yg aku dapat ialah Big Gulp RM 2.70 dari 7-Eleven..hehehe..tahun ni tktau la ape yg aku dpt..Kalau dpt hp lipat sebijik, tak pun yg slide tu ke, mesti best kan..sape la nak bg hadiah cmtu kat aku nih...heheheh...klu ada confirm aku akan consider jadi calon jodoh aku..Mengarut aje..

Oklah, aku nak chow dulu, nnti2 aku post lagi...daaaa....

Tuesday, September 16, 2008

Aku, Newspaper dan Lampu Raya

Aku kembali pada Ramadhan yang ke 16 hari ni dengan beberapa isu menarik yg aku rasa memang sronok kalau dpt kongsi bersama dengan readers blogspot aku. Hehehe..Harap2 suma persiapan raya korang berjalan dengan lancar la. Bagi aku, raya kali ni masih samar2 sebab aku tak beli lagi baju raya or even bahan ntuk buat kuih raya lagi. Slalunye bile dah masuk 12 Ramadhan, mama dan aku sendiri sudah menyediakan bahan2 nak bt kuih raya dan kek coklat, tapi kali ni blum lagi, mungkin masing2 sibuk dgn hal masing2. Dulu lain, skarang dah lain.

Ok, kite flash back kejap....Ermmm.. 13hb Sept yang lepas klu ikutkan lumrah kehidupan yg Tuhan izinkan - chewahh -, Abah genap 53 tahun, namun Abah pergi dulu sebelum menyambut hari ulang tahun kelahiran dia. Jadi aku sekeluarga gi melawat Abah di kubur pagi tu. Tanpa sedar dengan kepergian Abah, aku dan adik bradik aku menjadi lebih rapat dari sebelum nie. Alhamdullillah.

So, 14hb Sept plak, aku tak ke mane2 just lepak kat umah dengan adik2 aku, sementara tggu masa berbuka yg memang la lambat lagi kan. Hehehe..Sambil bersantai aku baca weekend newspaper yang mama slalu beli 3 serangkai setiap Ahad iaitu Mingguan Malaysia, Metro Ahad dan Berita Minggu. Nothing much actually, cuma satu ruangan Luahan Rasa bersama Puteri yang memang ada di dalam sisipan Kesihatan - Mingguan Malaysia. Ni la isu yang nak aku share dgn korang suma, di mana seorg yang bernama A mengalami masalah apabile dia ghairah melihat lelaki macho. Hehehehe...Klu ikutkan tajuk yang dipaparkan memang tiada la masalah sgt iaitu "Ghairah melihat lelaki maco". Aku sendiri pun sangka yang menjadi lumrah seorg wanita (mungkin) ntuk bertindak sedemikian bile berhadapan dengan jejaka pujaan. Namun, yang tak sedapnye di sini ialah isi kandungan luahan rasa tersebut. Aku sendiri pun naik bengang dengan penghantar surat yg diberi nama A ni. Sib baik la aku tergerak ntuk baca luahan rasa dia ni. Ye lah, kenape menjadi permasalahan bila seorg wanita menyukai lelaki macho plak kan. Rupa2nye, A adalah seorg remaja lelaki yg berumur 16 tahun yang tentunye masih bersekolah. Nauzubillah....Aku truskan pembacaan aku lagi. Seramai 8 org jenis lelaki yang dia minat, di mane lelaki ini suma memang wujud di sekeliling dia, termasuk yang bermain sukan setiap petang di padang apartment dia, lelaki yang gothic penampilannya, lelaki yang membonceng awek dia, dan jugak pelajar tingkatan 2 di sekolahnya. Aku repeat balik klu korang tak brape clear, 8 org kesemuanya. Huhuhuhu....Menakutkan.

Ok, isu di atas memang tak abis lagi. Itu masalah yg dihadapi oleh A, memang la nampak ganjil kan, namun aku percaya ini Ketentuan Allah. So, aku truskan pembacaan aku dan meneliti penyelesaian dan nasihat yang diberi Putri, pemilik ruangan Luahan Rasa ni. Aku setuju la dengan ape yang Putri katakan. Look at the bright side, at least he braves enough to admit his weaknesses. Dan dia ada inisiatif ntuk berubah. Harap2 A dengar la kata Putri tu dan banyak2 berdoa pada Allah, sesungguhnye memang la haram kite mengadakan hubungan dengan kaum sejenis, tak kira la sesama lelaki atau sesama wanita, tak kira la sama ada rela atau tidak rela, yang penting HARAM tetap HARAM. Jgn la diamalkan lagi. Smoga berjaya aku ucapkan pada A.

Aku bukan ape, bile fikirkan balik, terlalu banyak kes camni berlaku, mengingatkan aku pada tanda2 kiamat yg pernah ustazah skolah aku critekan dulu, di mana berlakunye hubungan songsang sesama umat yang diharamkan oleh Allah. Hmm..Lebih kurang cmtu la..hehehe..Memang menakutkan aku, banyak2 la kite muhasabah diri, mencari keredhaan di jalan yang betul. Memikirkan sendiri bt aku takut, ape lagi klu kene berhadapan dengan perkara2 itu, menyaksikan sendiri kesongsangan itu. Eiii...Nauzubillah.....

So, sempena Bulan Ramadhan ni, ni lah masanye kite meneliti semula diri kite, mengkaji dan memahami pendekatan Ramadhan yang Tuhan berikan pada kite. InsyaAllah ni la bulan kite redeem keberkatan dari Allah.
Ok, memandangkan raya dah nak dekat, aku tlah meneruskan tradisi Arwah Abah aku iaitu memasang lampu rasa selepas 15 hari berpuasa. Saje nak menaikkan mood ntuk beraya, lagipun adik aku yg kecik tu memang suka gile dgn lampu color2 tu..Bak kata mama aku 'lampu liplap liplap'...hehehee... Tgk la sendiri gambo yang aku attach skali tu. Bersawang aje, maklum la blum jalankan operasi mengemas lagi. Slalunye tiap2 tahun, aku ngan abah aku la yang slalu mengambil duty mengemas bahagian ruang depan umah aku tu. Mengemas dan membuang ape yang patut..hahaahah..Tahun ni kene la aku bt sendiri.
Ok guys, dah lama sgt ni, len kali aku post lagi. Rajin2 post comment. Sesungguhnya yang buruk tu datang dari aku, yg baik2 tu tentunya datang dari Allah S.W.T. Aku selitkan skit terjemahan surah al-rum ayat 26 yang berbunyi "Dan kepunyaan-Nyalah siapa yang ada di langit dan di bumi, masing2 tetap tunduk kepada hukun peraturan-Nya."



Friday, August 29, 2008

...Bulan Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan...

Mengikut info dari wikipedia.com, Hari Merdeka is a national day of Malaysia commemorating the independence of the Federation of Malaya from British colonial rule.

Tahun ni kite celebrate ulang tahun kemerdekaan yg ke 51. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, mak dan adik aku tlah menggantung bendera Malaysia dan bendera negeri Kedah sebagai tanda menyokong kewibawaan Malaysia di mata dunia. Hehehe..Kalau dulu arwah abah aku yg gantungkan bendera ni. Walaupun agak lewat, sbb semalam bndera tu baru naik..hhehehe...tapi ada inisiatif jugak tau..Memang betul la tahun ni bulan kemerdekaan Malaysia agak hambar. Mungkin disebabkan beberapa perkara. Aku pasti rakyat masih lagi tidak berpuas hati dgn keadaan Malaysia hari ni yang dilanda dengan pelbagai isu tidak menarik. Huru hara dalam dunia politik sedikit sebanyak mempengaruhi emosi rakyat. Mcm aku, aku seorg rakyat Malaysia yg skarang tidak lagi gemar menonton berita tempatan. Kenape? Sbb ada konfliks dgn isu politik dan kerajaan yg sedang melanda skarang. Takyah la aku nak ckp isu ape kan, sbb yg pasti suma org dah pasal itu..Lupakan aje suma tu bt sementara ok..

Ok, focus on me..4 post aku sebelum ni aku just letak video clips yg aku amik dari Youtube. Thanks to Youtube sbb sediakan service video post. Bukan ape, aku actually tkde masa nak posting crite pasal aku bulan ni. Aku ke Nilai 2 mggu lepas, aku jugak ke Ipoh mggu lepas. Aku akan critekan trip aku tu kemudian aje la, di post yg lain.

Bulan depan, 1 September 2008, InsyaAllah umat Islam akan menyambut 1 Ramadhan. Hari Isnin nnti. Puasa aku dah habis aku ganti, skarang tggu masa nak sambut Ramadhan aje. Kali ni pasti membawa kelainan sbb ketiadaan abah, dan adik2 aku dah makin meningkat usianye. Camne la Ramadhan kali ni. Slalunye abah ngan mama yg akan kluar beli kuih ntuk berbuka, kali ni sape la yg nak jalankan tugas tu. Dan slalunye abah yg akan jaga timing ntuk berbuka, melalui azan di surau taman kitaorg. Abah yg akan inform kitaorg whether it's time ntuk berbuka or not. hehehhe..Rindu pada abah yg teramat sgt..Takpe, moga Tuhan ada agenda yg baik disebalik pemergian Abah.

It's time for me to go. Punye la sronok bersembang dgn Mdm Azeera, sampai tak smpat nak habiskan post ni on time. I'll see ya soon....

Thursday, August 28, 2008

Sara Bareilles - Love Song (Official) (HQ)

I'm not sure tentang kehadiran video ni dlm post aku before...tapi aku nak jugak post..hehehe..i love this song...

Tuesday, August 26, 2008

Mandy Moore - Only Hope

Clip from A Walk to Remember

Saturday, August 16, 2008

Nitrus - Sisa Music Video

Ini pun di antara local band yg jarang masuk TV tapi popular di kalangan local music fan. Nice song, I've heard it for the first time dlm Hotfm. Trus tangkap cintan..hahaha...

Estranged - 'Yang Pernah' Music Video

I would like to take this oppurtunity to share with u guys one of the best local band in Malaysia.

Wednesday, August 6, 2008

...Aku, Kawan Akrab aku, Gaji dan Kerja Dia...

Slamat pagi everyone, kali ni aku akan amik masa secepat mungkin ntuk menaip post aku, memandangkan semalam mood bercerita aku telah dikacau bilaukan dgn keje aku. Hahaha..Pagi ni agak ringan keje aku memandangkan semalam aku da settlekan perkara yang perlu ntuk hari ni. Senang keje aku.

Hari ni 6hb August, dah 6 hari jugak kite masuk ke separuh kedua tahun 2008, aku masih lagi blum mampu membuat simpanan yg logik ntuk masa depan aku. Masih lagi dlm impian ntuk menyambung study aku ke Master, dan masih lagi berangan-angan ntuk tinggalkan tmpat keje aku ni. Ape yg akan jadi pada aku tahun 2009 nanti? Kite sama2 tgk..hahahah..

So, bebel ape hari nie? Ermm..let me think first..ermmm....Oh ya...teman akrab aku, yg kini berada di Kota Bharu, bekerja separuh mati, namun sudah 4 bulan company tidak dibayar gaji. Kini rasa kecian dan simpati memenuhi ruang hati aku..Chewahh...ok lah, straight forward ok. Member aku ni, classmate aku masa di UiTM, berkawan pastu gaduh, pastu kawan balik, pastu gaduh dan akhirnye kawan kekal smpai skarang. Seorg warga Kelantan yang pada aku agak rasional sikapnye bile dia bleh bertutur dlm loghat Utara dan KL namun tak marah pada aku kerana tidak mahu blajar loghat Pantai Timur. hehehhe..Maklum la aku ni berckp dlm bnyak loghat, agak sukar ntuk aku pelajari bahasa dia. Namun itu bukan penghalang pada kitaorg ntuk berkomunikasi. Nak tau kenape, keserasian kitaorg walaupun kebnyakkannye berakhir dgn salah faham, namun itu tidak mnjadi halangan ntuk kitaorg berkawan. Klu aku ngan dia dtg ke class, port utama kami ialah barisan paling blakang skali. Dengan kepala masing2 di meja, kami berbual2 tanpa hiraukan org lain. Dia berckp dlm bhs dia, aku dgn loghat utara aku sndiri. Namun masing2 faham ape yg kami bualkan. Classmates yg lain naik heran mcm mane kitaorg bleh serasi cmtu skali.

Itu zaman kolej la, klu diingtkan balik memang bnyak kenangan manis dan pahit yg aku dpt. Pengalaman menjadi manusia yang paling berharga pada aku. Aku rindukan saat-saat cmtu, time tu la aku jadi kurus sbb kurang mkn, kurang tido tapi bnyak bergerak. hehehe..

Mmber akrab aku itu skarang tgh bertahan keje di tempat yg agak2 serupa mcm neraka katanye, semata-mata ntuk pastikan gaji 4 bulan dia bekerja dibayar sewajarnye. Bukan saje tu, bos dia siap ugut, kalau dia tknak dtg keje sbb tkde duit nak isi minyak moto, bos dia nak pecat dia..Ye la, klu dia kene pecat, tkde la bos tu nak bayar gaji dia. Rugi la dia nnti, terpaksa la mencari duit ntuk isi minyak moto dia. Bukan itu saje, keje pun dah mengalahkan kerani am, sedangkan jawatan sebagai Junior Executive sepatutnye beri dia kelebihan ntuk bekerja dlm keadaan yg slesa. Itu dari segi pembayaran gaji. Secara psikologi plak, kawasan persekitaran pejabat dia dipenuhi dengan staff yg suka mengumpat, menghina dia. Aku pasti ini kerana saiz badannye yg besar yg menjadi bahan umpatan staffs di pejabatnye. Saban hari aku dgr keluhan berat dia kerana dihina sebegitu rupe. Memandangkan aku slalu menghabiskan masa bersama dia di ruang mesengger, aku seperti dpt rasa kesusahan yg dia rasai. Aku sndiri kecian dengan keadaan dia, aku juga kesal sbb masih ada manusia yg menggunakan fizikal seseorg ntuk dihina dan dijadikan bahan gurauan mereka. Pada aku la, itu perbuatan kurang ajar. Kalau aku ada kat sana, dah lama aku ajar mereka yg kurang ajar ni. Bukan saje staff lelaki, staff perempuan pun cmtu jugak. Agak kasar bahasa diaorg bile berhadapan dgn kawan aku ni. Aku bukan nak sebelahkan kawan aku sndiri, namun aku lebih mengenali kawan aku itu dari diaorg sndiri. Susah senang aku kat kolej dulu bersama dgn dia, jadi aku pun akan rasa tempiasnye kalau ada manusia biadab camni terhadap kawan aku tu. Tekilan sebab tak dpt menolong, kesusahan dia bertambah dari hari ke hari. Aku tau, Tuhan ada agenda istimewa ntuk dia, mungkin Tuhan nak dia susah dahulu sebelum Tuhan bg rezeki yg melimpah ruah pada dia kemudian nnti. Aku cuma berharap, supaya staffs tmpt dia bekerja tu, diberi balasan yg setimpal kerana menghina kawan aku itu. Aku juga mohon pada Tuhan supaya diringankan skit beban yg Dia beri pada kawan aku tu. Aku berdoa supaya kawan aku itu tabah, cekal menghadapi hari2 dia disitu. Ye ar, kalau brenti keje, dah tntu bos dia tkkan byr gaji tertunggak dia tu. rugi la keje 4 bulan dia. hmmm..Allahualam la..

Bile berlaku camni, bt aku terfikir, dalam dunia ni mcm2 bleh jadi. Kejap org hargai, kejap org ngumpat, kejap org baik, kejap org jauhkan diri. Aku sndiri tak faham dgn putaran kehidupan ini. Kite kene jaga hati manusia sekeliling kite, pada masa yg sama kite kene pastikan hati kite tidak terluka. Tapi ada give and take nyer...Pandai2 la kite seimbangkan diri kite dgn keadaan sekeliling ni. Mencuba lagi baik dari mengalah...

Wednesday, July 30, 2008

...Sikap aku hari ini...

Hari ni berkisar mengenai company aku yang agak mengelirukan bile staff2 kene bekerja pada hari Israk Mikraj di mana suma org tau yang satu Kedah cuti hari ni..Hishh..heran tul aku..ape la nak jadi nih..huhuhuh..sib baik la aku tak dpt keje lain, klu tak dah lama beb aku tinggalkan company nih..Tpi Alhamdullillah la, rezki aku kat sini so far tidak mengecewakan, cuma environment aje la..

Ok, hari ni aku nak bercakap tentang hati dan perasaan serta sikap manusia sekeliling kite...Aku bukan nak bercakap dalam konteks percintaan, sebab aku pun bukannye lulus dengan cemerlang dalam bab tu..hehehe..Perasaan kite serta sikap org sekeliling kite. Kawan-kawan kite, ahli kuarga kite, pakcik yang jual air kelapa tepi jalan taman kite, ermm akak salesgirl yang jaga 7-11, dan suma org sekitar kite, suma ada perasaan dan akan bertindak balas dengan sikap kite sndiri..

Aku bg contoh senang ok, ermm..kite pergi beli Big Gulp, Ice Cube dan roti kat 7-eleven, ada girl cashier jaga kaunter la, kite nak byr, kite tgk muka dia mcm masam je kan, dah tu bungkus barang pun mcm terpaksa.. jadi kite pun mcm nak marah je sbb layanan pada customer agak tidak memuaskan. So, bile kite kluar dari kedai tu, kite sndiri pun akan merungut apsal la cashier tadi tu emo semacam je kan..Betul tak? Aku sndiri pun akan bertindak mcm tu. Aku akan tnye 'kenape la minah ni, dtg bulan ker?' Hehehe..itu ayat aku sendiri la kan. hehehe..So, nampak tak kat situ, reaksi seseorg yg kite jmpe? Mula-mula masuk kedai, kite happy, nak byr harga brg, kite tgk cashier mcm takde mood, kite pun dah jadi emosi..Kat situ dah nmpak mood seseorg itu bleh mempengaruhi kite walaupun hanye ntuk beberapa minit. Pada sesetengah individu mesti akan rasa tidak sronok ntuk ke kedai itu lagi. Pada aku, aku amik sebagai iktibar, kalau kite bt cmtu kat org yg kite kenal, dah tentu akan timbul rasa kurang senang pada org lain terhadap kite. Correct if i'm wrong

Ada individu yang sebenarnye tidak amik pusing tentang manusia dikeliling mereka, individu camni lagi senang hidup dalam dunia diaorg sendiri. Itu bukanlah sesuatu yang salah, cuma tidak kene pada tempatnye. Bayangkan kalau aku lebih gemar fikirkan tentang perasaan sendiri, takut dilukai, takut kene buli, takut kene marah, takut kene caci, jadi aku lagi senang bertindak sebagai seorg yang begitu defensive, iaitu walau camne pun org cuba ntuk masuk ke dalam hidup aku, aku akan tolak mereka suma ke tepi tanpa sebarang consideration. Biar hati mereka terluka, tapi bukan hati aku..Hishhh..mane bleh cmtu beb..Aku dilahirkan menjadi seorg yang mengambil berat pada keadaan sekeliling walaupun aku slalu dilukai, disakiti, dikecewakan, disayangi, dibenci dan mcm2 lagi..Perkara-perkara camni la yang akan mengajar aku jadi manusia. Bukan hipokrit atau cuba puji diri sendiri, cuma aku tak rasa keperluan aku mementingkan diri sendiri. Orang ckp better kite sayang diri kite dahulu sebelum kita sayang org lain. Aku memang sayangkan diri aku. Malah aku bangga menjadi diri aku sendiri. Cuma, bile kite dah sayang diri kite, automatically kite akan bertindak rasional, supaya org sekeliling kite pun akan turut rasa disayangi..hehehe..chewahh..jadi pokok pangkalnye, sayangi la diri aku..hahahaha..lawak..lawak...sorry, saje je bt lawak..

Oklah, dah bnyak sgt membebel ni..kang tkde org faham plak ape yg aku crite. Ape yang aku cuba sampaikan ialah, tak kisah la siapa kite, siapa jiran kite, siapa kawan kite, siapa org yang menjual nasi lemak, air kelapa dan goreng pisang yang kite slalu beli tu, sama ada penting ke tak penting ke diaorg pada kite, adalah suatu yang tidak merugikan jika kita berbuat baik atau sekurang-kurangnya senyum dan senang hati ketika berhadapan dengan mereka. Sama ada mereka punye sikap yg negatif pada kite atau tidak, tak kisah la, yg penting sikap kite sudah cukup positif ntuk diri kite sendiri dan sekeliling kite..Itu sudah memadai..hmm..Buat baik pada insan lain, pada sekeliling kite, InsyaAllah hidup kite akan tenang...

Aku dah bnyak merapu, tktau la klu tajuk post aku hari ni berkait tak dgn isi dlm post aku. Harap2 berkait la..I'm not good in writing i guess..hhehehe..ape pun..Wallahualam..

Tuesday, July 29, 2008

...Hari ni aku nak bebel...

Morning everyone..Maybe terlambat kot nak wish, sbb dah pukul 1103 minit pagi ikut jam computer aku la..hehehe..Hari ni bersamaan 29 Julai 08, bile ntah nak gaji? hehehe..Slepas ditimbang tara, diukur-ukur, di kira-tolak, aku dah decide ntuk terminate Streamyx service aku kat umah, geram jerk kan asyik problem, tggu technician pun bertahun-tahun baru nak dtg umah aku, jadi, aku amik keputusan ntuk buang aje service tu...Senang hidup..takde la rugi duit aku RM95 setiap bulan bayar bil ntuk service yg tkde. dah 2 bulan tau aku bayar tanpa penggunaan Streamyx..Hish..Mane ada org sebaik aku ni nak bayar bil free...ape la..

Itu bebelan aku yang pertama ntuk pagi nih..hehehe..Esok Israk Mikraj, mengikut perkiraan aku, Kedah sepatutnye cuti public holiday..Tapi dengar desas-desus office aku kene keje besok..Ape ke bende la diaorg ni..Hari tu masa Jubli Emas Sultan Kedah pun, diaorg tk bg cuti..Suma org pegi tgk Sultan Kedah berarak, siap ada gajah lagi...Aku plak kene keje, boring tul..Bile masa lagi la nak tgk Perarakan Beradat ni. Nak tggu 50 tahun lagi ke? hmm..Masalah tul company aku nih. Hehehe... Masalah-masalah pun keje jugak kan..hehehehe..

Itu bebelan aku yang kedua. Dah nak masuk tengahari nih..hehehe...2 3 hari yang lepas aku ada beli satu camera digital. tujuannye ntuk menambah harta peribadi aku. Walaupun camera tu kecik je, aku rasa puas hati sbb dpt beli dan jadikan salah satu dari barang peribadi aku. Sony Cybershot DSC-T2 color biru jadi pilihan aku. Comel, color pun cantik dan punye function yang menarik ntuk digunakan. Aku memang la tkde duit bnyak, cuma aku rasa, baik kite berhabis duit beli barang yang kite nampak, dari berjoli sakan, tapi by the end of the month, kite tak nmpk ke mane habisnye duit gaji kite..Chewah...Tapi camera ni berguna beb, mcm aku suka berjalan, suka pergi ke mane2 event, camera ni la aku gunakan ntuk rakam perkara2 sedemikian..hehehe..syok ape..jadi kenangan..

Bile aku ni dah sibuk nak bayar puasa Ramadhan aku tahun lepas punye, maknanye Ramadhan tahun ni akan menjelma September nnti..Aku tak bt persiapan ape lagi ntuk kali ni, tapi harap2 tidak menjadi masalah la..Family aku akan menyambut Ramadhan tanpa abah di sisi. Camne keadaannye, aku sendiri tak dapat bayangkan. hmm...InsyaAllah Tuhan akan cekalkan hati aku sekeluarga. Aminnn...

Wednesday, July 23, 2008

...Di penghujung bulan Julai 2008...

Dah nak smpai penghujung bulan Julai ker? hehehe..Mggu depan baru gaji, jadi mggu depan aje la baru nak penghujung..Dah separuh tahun 2008, aku masih lagi belum mampu memiliki lesen keta..hehehe..

Bulan ke-7 pemergian Abah, 2 3 bulan lagi nak sambut Ramadhan dan Syawal..chewahh..puasa aku tak ganti lagi brape hari ntah..Aku tak kesempatan lagi nak ganti..InsyaAllah kalau ada pluang minggu depan aku habiskan Qada puasa aku. hehehe...10hb yang lepas aku dan family ada btkan majlis tahlil abah kat company aku keje ni. Alhamdullillah sumanyer berjalan dengan lancar seperti yang aku rancangkan.

Kehidupan berjalan seperti biasa. Rasa suka dan duka ..cheewahhh...sentiasa berlegar2 di dalam diri..mcm penulis sajak plak..hehehe..Aku dengan rasa bangganye mengaku bahawa life aku masih blum stabil lagi..hahahaha...bile ntah nak stabil..Aku pun tktau, jemu dah asyik mcm ni jerk..dah cuba mcm2, tak jugak stabil2..Lantak la..

Aku rindu pada seorg kawan bernama Roni. Mane pegi ntah, dah lama aku tak gaduh dgn dia. Rindu plak nak berbual ngan dia. Seorg manusia yang mempunye sense of humour. Capable of talking about anything without heart feeling. Teman buli aku..hahahaha...

Keje mcm biasa, life pun mcm biasa...cuma tak berkesempatan lagi menonton wayang crite Batman yang terbaru...Perggh...bile ntah dpt tgk...Aku tgk filem tu dah jadi box office. Suma org puji ni, takleh jadi nih..mesti nak pegi tgk jugak nih..hehehehe...

Post ini memang tkde isi ape langsung, just bebelan aku setelah sebulan tidak menaip ape2 dlm blog ini. Ntah sape ntah yg baca aku pun tktau la...Till then..


Thursday, June 5, 2008

...Harga Petrol Naik Lagi...

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga petrol dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter berkuatkuasa 12 tengah malam tadi. Mengikut berita yang aku baca, ini adalah kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia iaitu 78 sen.

Itu fakta dan kebenarannya. Aku sebagai seorg warga Malaysia yang tidak mempunyai sebarang kenderaan tidak la merasa impak tentang kenaikan ini. Namun aku rasa harga tiket bas tempatan mesti akan naik. Harga tiket bas express pun mungkin turut naik. Skarang ni, kerajaan telah membangkit rasa tidak senang hati di antara penduduk Malaysia apabila beberapa sumber penting penduduk telah mengalami kenaikan harga. Seperti beras dan kali ni petrol.

Lewat petang semalam sebaik sahaja pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai kenaikan harga petrol, hampir keseluruhan warga Alor Star telah keluar mengisi minyak kereta dan motor mereka. Aku pasti bukan saje berlaku di sekitar Alor Star, tapi di seluruh negara. Semalam la kira hari yang paling menguntungkan semua pengusaha stesen minyak di seluruh negara bile semua org berebut2 nak isi minyak dengan harga lama sebelum harga baru berkuatkuasa tengah malam tadi. Jammed teruk beb..aku pun naik takut tgk keadaan camtu. Ini bleh dikatakan fenomena petrol nih..Kenaikan barang2 keperluan penting menjadikan rakyat jadi fobia dengan keadaan ekonomi negara. Ye ar, gaji naik skit jerk, bonus pun blum tentu dpt ke tak..Tapi harga barang naik melambung, itu baru beras dan petrol, blum lagi barang2 lain mcam tepung, gula, minyak masak dan sebagainye. Itu menakutkan tu.

Senario politik yang berlaku kebelakangan ni sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan ekonomi negara. Rakyat mula mempersoalkan janji2 kerajaan serta parti pembangkang yang selama ni menabur janji2 ntuk menurunkan harga2 barang negara dlm masa yang terdekat ini. Sepatutnye kerajaan menaikkan taraf hidup rakyat bukan menaikkan harga barang keperluan rakyat. Ekonomi negara perlu dijaga, namun bagaimana plak dgn ekonomi rakyat sendiri? Hmm..Mari la kita fikirkan..

Friday, May 30, 2008

Sesudah Akademi Fantasia 6

Kite suma tahu yang Akademi Fantasia 6 (AF6) dah pun slesai, kite pun tau yang Stacy dari Sabah berjaya bergelar juara kali ni. Ringkas kan la ok, Riz di tempat kedua dan Nubhan di tempat ke 3. Toi dan Nadia masing2 di tempat ke 4 dan 5. Rezeki masing2 la kan..suma dpt hadiah, senang crite...hehehehe..

Aku melayan jugak konsert final AF6, tak semeriah final AF yang lain, tapi ada jugak la bestnye. Macam music arrangment oleh Ramli M.S. sedap betul aku dgr, membantu finalis bt persembahan yg best. Macam lagu baru Riz, Stacy dan Nubhan, music banyak membantu, sedap aku dgr. Persembahan diaorg kira all out la, puas hati la jugak tgk. Cuma crowded tak semeriah konsert yang lepas2..

Over all, ok la konsert final musim ni. Senang crite..

Lepas habis jerk AF6, muncul plak rancangan baru kelolaan Aznil iaitu Jangan Lupa Lirik. hehehe..macam2 la kan..

Ok, crite lain plak, kisah pelakon Anak Pontianak yang skali lagi menimbulkan kontroversi di mana gambo dia berpakaian sexy diedarkan dalam internet. Dah kluar paper Metro pun cuma aku jer lambat bg review pasal kes ni. Aku sendiri pun dah tgk gambo2 tu. So, feedback dari pelakon tersebut mengatakan bahawa gambo2 tersebut hanya ntuk simpanan peribadi sahaja. Ini bermakna, dia berpakaian sedemikian dan mengambil gambo hanya untuk simpanan peribadinye sahaja. Namun yang demikian, dia sendiri taktau ada pihak yang sengaja ntuk memalukan dia dan menyebarkan gambo2 tersebut di dalam internet. Itu kata dia la..Aku fikir punye fikir, aku selidik, baca, tgk serba serbi la, aku dpt satu conclusion la..

Iaitu...Ape yang aku faham dari info yang aku baca, pelakon tersebut dikatakan menyertai satu parti liar di mana dia berpakaian sedemikian yang kene dgn parti tersebut. i'm not very sure about that statement la, but ape yang aku pasti, memang dia berniat untuk memakai pakaian sedemikian ketika itu. Bukan ape, if betul la dia nak bt koleksi peribadi, kenape mesti berpakaian sedemikan dgn pose camtu di khalayak ramai? Kenape tak amik dalam bilik jerk, takde org, tkde sape tgk, tkde sape tau dan simpan sendiri2 jerk. Ini tidak, kenape mesti mengambil gambo untuk simpanan peribadi di public? kenape? Aku sendiri tak faham..

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkaitan terhadap aksi lucah dan imej sexy pelakon tersebut? Adakah dia akan digam? adakah dia akan digantung dari pada muncul di mane2 kaca tv mcm Faizal Tahir itu? Apakah hukuman yang sepatut dia hadapi di atas sikap tidak menghormati agama Islam? Ermmm..? Kalau Faizal Tahir dikenakan tindakan, kenape pelakon ini tidak turut diambil tindakan? Sedangkan kite tau, Faizal Tahir tidak menunjukkan auratnye, tetapi si pelakon ni telah dengan bangganyer membuka aurat. Ape yang perlu kita lakukan sebagai seorang manusia yang beragama Islam? ermmm...Allahualam...

Ada Untukmu - Nubhan

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
untuk persembahan
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku...berikan kasih
Kalau itu yg kau mahu dariku
Aku...berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu
Aku...sayang dirimu
Biarpun nafasku sampai terhenti

Akan kukota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Meraih cinta kita


P/S: Lagu yang mencuri perhatian aku dalam konsert final Akademi Fantasia 6 tempoh hari. Nyanyian Nubhan, lirik lagi yang puitis. Sedap beb lagu ni..Kan bagus klu ada org nak nyanyikan lagu ni ntuk aku..hehehehe...

Sunday, May 18, 2008

Ahad yang pilu...hahahaha...

Cuti 3 hari yang agak membosankan, aku sendiri dah mati akal nak bt ape ngan hari2 cuti aku di rumah. Internet kat umah plak problem, tkde connection ngan pc plak. Camne ntah aku nak buat. Aku sendiri dah bengong. Huhuhuhu...

Hari ni Ahad, slalu hari Ahad aku kluar merayap at town. huhuhuh..Ada ape dgn town sampai hampir tiap2 minggu aku kluar? aku pun taktau. Tapi hari ni kluar aku bermisi..Chewahhh..Aku pegi Post Office kat town ntuk buat money order for Perbendaharaan Malaysia atas urusan penting la. Kat Alor Star ni, Post Office memang bukak hari Ahad dan tutup hari Jumaat. Easy for me la actually bile nak bt urusan di situ.

Aku lunch date dgn 'so called' teman istimewa aku. Maklum la keje dia bukan macam keje aku. So, nak dating tu pun susah skit. Lepas lunch, dia masuk keje balik, aku ape lagi merayap ke sana sini melawat banyak tmpat termasuk la Post Office. Hihihi..Bile jalan sorang2 ni bukan ape, sronok cuci mata, bebas berjalan ke mane sahaja ikut kaki aku, lepas tu nak beli ape2 bleh amik brape banyak masa aku nak ntuk belek menatang yang aku nak beli tu. Hihihih..syok...

Oklah, aku nak blah dah ni, mama aku dah call suh balik..hihihih..biasalah anak dara dia yang sorang ni bile kluar town sorang2 memang lmbat nak balik umah. hihihih..ok, till next time..daaa...

Friday, May 16, 2008

Aku dan My 'So Called' Teman Istimewa

Ini ada luahan sekeping hati yang telah jatuh cinta kepada seseorang, namun cintanya tiada balasan..Tiada balasan ke? ermm..i'm not sure about that.

Kisah ini aku cuba huraikan dari peristiwa sekeping hati (biarlah aku rahsiakan siapa empunye hati tu erk) yang tlah jatuh cinta pada seorg (aku gelarkan Meego). Sekeping hati ni telah meminati Meego atas beberapa sebab la. Dia lebih gemar meluangkan masa bersama Meego walaupun dia tau yang Meego mungkin hanya menganggap Sekeping Hati itu sebagai kawan paling baik.

Ahh..ni kisah biasa2 saje. Ape yang aku cuba nak kabo kat korang ialah istilah cinta tu sendiri. Ape konteks yang perlu kite highlight ntuk menunjukkan rasa cinta kite kepada seseorg tu? Adakah kesetiaan menjadi kayu pengukur pada sesebuah hubungan? Adakah keikhlasan juga turut menyumbang kearah kejayaan hubungan tersebut? Atau macam mane?

Aku sendiri punye teman istimewa la, namun masih lagi berkawan dengan beberapa lelaki yang aku anggap tidak ada salahnye sekira berkawan. Aku bukan isteri org, aku bukan tunangan org, jadi aku bebas ntuk berkawan dengan sesiapa saja walaupun punye teman istimewa. He's a good guy, sometimes quite understanding. Selebihnye dia isikan ruangan emosi dia dengan perasaan cemburu dan ragu2 pada aku. Future plans? Kawin? Hahahaha..It's funny when people ask me about my future husband. Because seriouly talk, aku dgn dia memang tkde planning ntuk berkawin dlm masa 2 3 4 atau mungkin 5 tahun lagi. Ape nak jadi nih? Ada teman istimewa tapi takde planning nak kawin lagi nih? Kenape? Ape yang aku tggu2 lagi nih? huhuhuu...

Keinginan untuk mempunyai kuarga sendiri memang jadi impian suma org, aku tak terkecuali la. Tapi memandangkan my 'so called' teman istimewa tu tkde nmpk ape2 preparation for masuk meminang aku, aku pun dgn slumbernye memilih ntuk tidak terlalu memikirkan masa depan aku dgn dia. Aku bukan tak sayang, aku sayang. Cuma kadang2 terlalu mendesak buatkan hubungan kitaorg dingin. Jadi better buat2 tak peduli. Walaupun aku sebenarnye tertekan dgn keadaan itu.

Cari lain? Ape? Find new boyfriend? Bleh jugak, kalau ada someone yang committed dgn aku. Tapi sayang, tkde sape pun lagi berani masuk line, mungkin sbb perwatakan aku yang agak kasar atau mungkin aku tak cun kot..hahahhaha...ntah ape2 la erk. Klu ada org masuk, mane aku nak letak 'so called' teman istimewa aku nih? ermm? Lain la klu dia ada pilihan mane2 yang lebih baik dari aku kan, ada la jugak chance aku nak cari lain..huhuhuh..Perhatian erk, aku bukan tak setia. Aku setia pe..Walaupun pada hakikatnye kawan laki aku lagi ramai dari kawan pompuan, aku tetap setia dgn dia. Susah cmne pun aku akan stand besides him. Betul..Ini bukan crite ngarut punye, ini betul..hehehehe...Setia walaupun tidak pasti ke mana akhirnye hubungan kitaorg..

Ermm..serba sedikit mengenai kisah cinta aku. Cinta ke tu? ermm? Sesapa tolong explain skit, cinta tu cmne gayanye. Aku nak tau jugak kan...huhuhuh...

There is one guy kat tmpt keje aku ni, menarik perhatian aku betul. Long story go short,ok...hehehe..Same age, nice smile, quite serious and funny too..hihihih..Gaya tarikan dia tu mungkin buatkan dia gah bile berjalan bersama2 rakan2nyer..Aku tgk tkde la hensem pun, hensem lagi 'so called' teman istimewa aku..huhuhuh..tapi aura dia tu. Aku pasti sbb tu la dia ramai adik angkat pompuan. Silap2 ada la yang terangkat tu nnti..hahahaha..

Oklah dah bnyak mengarut ni..huhuhuh..Crite awal2 tadi tkde kene mengena pun dgn post aku keseluruhan, saje nak kelam kabutkan crite..hhahahahah..Good Nite people, sbb skarang dah pukul 23:27 waktu Mlaysia..huhuhuh..

...Rentetan Minggu Nie...

Another day of my life passing through days...Hari ni 16 May 2008 - Happy Teacher's Day pada suma guru2 yang pernah mengajar aku, yg pernah mencubit telinga aku, yang pernah rotan aku dan jugak cikgu yang pernah memberi aku kehidupan hari ni..Siapa la aku tanpa guru2 yang bertungkus lumus ntuk memberi ilmu kepada anak muridnye.

13 May 2008 - genap 5 bulan arwah abah pegi meninggal kehidupan. Aku di sini masih lagi merindui abah sebagaimana mama, ibu dan adik bradik aku yang lain. Masih lagi merasa kehilangan.

12 May 2008 - Adik pompuan aku Aisyah menempatkan diri di Kolej Matrikulasi Penang dalam bidang akaun. Aku bangga dengan pencapaian adik aku tu, jugak risau takut dia takleh cope dgn environment yang baru. Rumah aku sunyi kembali. Aisyah takde, tkde lagi teman komplot aku di rumah. Tiada lagi teman ntuk aku outing setiap mggu. Aku akan rindu pada dia..Chewahh..macam dia pegi jauh jerk. Penang jek, tkde la jauh mane, sejam stgah dah smpai kolej dia. hahahaa..lawak tul...But still..going to miss her..

11 May 2008 - Mother's Day. Happy Mother's Day aku ucapkan pada mama aku, ibu aku dan suma warga ibu dia dunia. Macam la suma ibu atau mak baca blog aku nih..uhuhuhu..Aku tkde plak beli present ntuk mama ngan ibu aku, maklum la tgh kering, ucapan pun aku segan nak bg. Al-maklum la aku ni bukan la seorg yg jiwang sgt sebenarnye. Aku segan la nak wish without any present. Tgk la hujung bulan nnti cmne..Aku rezki, dapat la hadiah diaorg nnti. InsyaAllah..

Aku mcm buat rentetan hidup plak kan. 2 3 minggu ni memang sibuk dgn aktiviti di rumah dan jugak kat office aku. Tak sempat mengadap blog ntuk post story. Namun ini je yg aku mampu ntuk update blog aku ni. Tkpe ada banyak cite lagi sebenarnye nak share, tapi nnti2 la yer. Cukup la ni ntuk tatapan pembaca blog aku ni..Sape erk yang dok baca? huhuhuhu...

Wednesday, May 7, 2008

Faizal Tahir dan Akademi Fantasia

Kemenangan besar Faizal Tahir di Anugerah Industri Musik 2008 (AIM 15) membuka mata Malaysia mengenai kehebatan Faizal Tahir beraksi di dalam industri hiburan tanahair. Tak payah aku crite la Anugerah ape yang dia menangi, mesti suma orang dah baca berita sensasi camni kan. aku cuma recall balik kejayaan Faizal Tahir yang mencipta sejarahnyer sendiri. Majlis Anugerah yang dianjurkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) memberi pengiktirafan terbaik kepada artis2 Malaysia la. Sebut jerk AIM suma org gerun beb..Anugerah ni la yang diidamkan oleh suma artis tempatan. Ada juri2 khas yang membuat perhitungan terhadap hasil kerja artis2 tempatan. Hanya yang terbaik saje dinilai. So, dipendekkan cerita, kemenangan Faizal Tahir sedikit sebanyak menjadi ubat kepada kontroversi yang tercetus selepas tempoh dia digam tamat. Ye la, tibe2 jerk diharamkan dari membuat persembahan di Perlis, dan kenyataan Menteri Besar Perlis mengenai kewujudan Faizal Tahir yg tidak diketahuinye, serta kenyataan Mufti Perlis terhadap artis tempatan. Skarang, jangan la ckp yang korang masih tak kenal Faizal Tahir. Sama ada korang dok dalam gua atau pun korang hidup tanpa telinga dan mata, tu jerk..Kalau Faizal Tahir tu sekadar kontroversi kerana perangainye dan persembahan yang teruk bleh la jugak kite kutuk. Ni dah memang imej sebegitu, dan dah tentu performance dia best giler..Camne lagi perkataan yang aku nak guna untuk gambarkan performance mantap Faizal Tahir. Allahualam....

Itu perihal Faizal Tahir. Ini kisah Konsert Akademi Fantasia yang berlangsung baru-baru ni di Istana Budaya. Konsert yang pada mulanye digembar-gemburkan akan mencipta sejarah tersendiri. Pada malam yang sama berlangsung AIM 15 di NTV7, aku tgk Istana Budaya banyak kerusi kosong menunjukkan sambutan dingin terhadap konsert itu atau mungkin penonton lebih gemar ke AIM 15? Allahualam.. Tapikan memang dingin pun, aura Istana Budaya tidak mampu menaikkan semangat persembahan kesemua pelajar AF musim kali ini. Hambar, dingin dan tidak bertenaga. Itu pendapat aku la kan..Persembahan yang biasa2 saje aku tgk musim kali ni. Sama ada pelajar2 tersebut kurang berbakat, atau tidak mendapat ilmu yang mencukupi. Tapi aku rasa mungkin mereka mungkin terlalu dimanjakan dengan pelbagai kemudahan yang ada dalam hostel diaorg tu. Persiapan ntuk konsert pun ala kadar aje aku tgk.

Kenape aku cakap camtu? Korang yang mengikuti perkembangan Akademi Fantasia sepanjang 6 musim, mesti akan bersetuju bile aku kata, musim ke 6 ini la musim AF yang paling suram dan dingin. Kenape? Hehehe..taktau la sama ada letak pada pelajar2 nyer, atau pengacaranye, juri2 nyer atau konsep AF itu sendiri. Tapi kan aku rasa bertuah kepada siapa yang menjadi peserta AF 6 kali ni, sbb diaorg tak banyak keje seperti bekas2 pelajar AF yang lepas. Ape yang aku cuba katakan ni ialah perbezaan antara konsep2 AF 6 berbanding yang lain. Sepanjang musim 5 AF sebelum ni, aku tgk pelajar bukan saje perlu bersedia ntuk persembahan individu mereka, malah mereka juga diberi tugasan ntuk membantu rakan2 lain dalam persembahan seperti menjadi backup dancer and backup singer. Persembahan pun mantap, dgn vokal dan isi persembahan yang memang boleh dibanggakan. Kite bleh lihat sendiri dalam ke lima2 musim tu, para pelajar saling membantu antara satu sama lain. Keakraban yang dapat kite lihat membuatkan konsert mingguan menjadi satu konsert wajib yang ditunggu2 oleh penonton. Ruang di dalam dewan konsert pun slalu menjadi rebutan, dengan sepanduk dan fans yang memang membuat suasana menjadi lebih happening. Tapi berbeza dengan AF musim 6 kali ni, serba serbi tak kene. Dewan pun yang kecik jerk, tu pun tak meriah. Persembahan pun seperti ala kadar je. Pakaian dan kostum persembahan pun memang la tak menarik langsung. Taktau lagi ape kurang nyer. Aku sendiri pun tak pasti. Namun aku tau, aku tak excited ntuk menanti konsert mingguan AF 6 yang akan datang. Mungkin pendapat aku salah atau mungkin aku kurang peka..Allahualam..

Friday, April 25, 2008

...Hari Jumaat penghulu segala hari...

Like everyone know, hari Jumaat ni adalah penghulu segala hari. Kiamat jugak akan berlaku pada hari Jumaat. Mengikut kisah nabi dan sejarah Islam dulu, Nabi Adam jugak dicipta Allah pada hari yang sama, dimasukkan ke dalam syurga dan juga hari yang sama Nabi Adam diturunkan ke bumi serta hari yang sama Allah mengampunkan segala dosa Nabi Adam. Selain itu, Nabi Adam jugak wafat pada hari Jumaat.

Hari Jumaat, paling aku suka. Bukan sebab ape beb, sebab dapat lunch lama. Ikut company aku keje skarang, rehat aku dari kul 12.30 smpai kul 3.15. Lama tuh..hehehe..Bleh bermalas-malasan dalam bilik aku..huhuhuh..Staff2 lelaki serta manusia male skeliling aku suma bergegas ke masjid ntuk solat Jumaat la. Ape lagi.

Ape yang menjadi kegemaran aku sampai skarang ialah mencuci mata dengan memerhatikan sang lelaki berbaju melayu lengkap dengan songkok, kain pelikat. Pergghh..sungguh segak, macam pahlawan Melayu. Sejuk mata dan hati aku bile perhatikan gaya mereka. Bile tgk mereka beruniform, atau pun pakaian biasa, takde la sesegak mereka berbaju Melayu. Bleh gugur jantung aku tgk mereka berbaju Melayu.

Aku bukan la mata keranjang tgk lelaki macam tgk barang nak shopping. Cuma mengkagumi ciptaan Tuhan yang ini. Tadi aku tgk seorang makhluk Allah ni bersiap2 ke masjid, mungkin berjalan ke keretanya, dengan segak berbaju Melayu color merah hati, berkain pelekat..hmm..buat aku jatuh cinta pandang pertama plak kan..hehehehe...skali skala tangkap cintan takpe...tkde hal punye..huhuuhu...

Saje menghabiskan masa rehat Jumaat aku dengan merapu camni, tapi memang betul pun, aku suka sgt melihat lelaki berbaju Melayu. Lebih segak dari biasa..Allahualam...

Sunday, April 20, 2008

Alor Star pada hari Sabtu...

Aku menghabiskan hari Sabtu petang aku di Mc Donald Ct Plaza, Alor Star. Mengambil posisi meja tepi cermin membolehkan aku melihat keadaan Star Walk dari tempat aku..Pada sesiapa yg pernah dtg ke sini tau la, ape itu Star Walk, klu kat KL tu lebih popular ngan Bintang Walk la..Aku pernah pegi ke Bintang Walk, pernah jugak lepak kat situ beberapa kali, happening betul tempat tuh..

Macam biasa la, menghabiskan masa dengan menu yg aku order, berbual mengenai masa hadapan dan masa lampau, mengimbaskan kembali pengalaman bersama aku dan kawan aku tu, sambil2 mencuci mata dgn scenery kat luar tuh...Macam2 gaya..

Sebenarnye, kluar hari Sabtu ni memang menyeronokkan bg seseorang seperti aku. Ape yg aku maksudkan, aku lebih gemar melihat gelagat org di sekeliling aku, memerhati gerak geri mereka, perlakuan mereka. Aku suka. Dari masa aku di kolej dulu, gemar lepak dan memerhatikan gelagat org sambil makan roti, ice cream atau pun sekadar minum jerk...Sronok beb..Tgk reaksi pasangan kekasih, reaksi kanak2, melihat telatah lucu, kadang2 bleh tgk pasangan kekasih bergaduh secara live beb...heheheh..Sronok..

Back to my story..Hari Sabtu macam ni la, kesibukan Star Walk bukan sebab kedatangan pengunjung asing macam kat Bintang Walk tu, tapi remaja2 yang lepak di situ beperlakuan bebas, keseronokan menghabiskan masa dgn cara mereka sendiri..Ape yang aku maksudkan ialah remaja muda, kemungkinan berusia antara 12 hingga 18 tahun yang melepak di tepi2 batu Star Walk, bergaul bebas berlainan jantina. Cara berpakaian jgn dicakap la, amat menyedihkan. Dengan gaya ala2 Avril Lavinge, Britney Spears dan Cristina Aguilera mereka menjalankan aktiviti sosial tanpa rasa malu dan segan. Aku yang dok tgk ni yang jadi segan. Ada remaja perempuan berpakaian singkat dgn sluar jeans londeh, berpelukan dengan 3 remaja lelaki yang berlainan setiap 15 minit. Aku heran tul. Ada sekumpulan remaja yang secara terbuka menghisap gam. Aku tgk budak pompuan sorang tu, tunduk menghadapkan mukanye ke badan sorang kawan lakinye. Aku perhati betul2, kenape budak pompuan tu buat mcm tu, rupe2nyer, dia sedang menghisap gam yang diletak di dalam baju kemeja budak lelaki tu. Setiap kali dia tunduk, dia akan berdiri dan menari tanpa arah, dan aku tgk budak laki tu mengambil kesempatan dgn memeluk dan mencium budak pompuan tu. Ermm..macam2 lagi la yang aku dpt saksikan kat sini. Tak tau lagi macam mane nak describe. Lewat ptg tu skit, aku dpt tgk golongan tomboy atau pengkid mula mengambil tempat, parking moto sesuka hati, berbual seolah2 tiada org di sekeliling mereka, bergaya seperti jejaka macho. Aku pasti diaorg dahagakan perhatian. Itu yg aku pasti. Itu blum aku ceritakan lagi mengenai golongan mat rempit yang meraung di Star Walk bile malam tibe, geng2 maknyah dan bohsia sekitar bandar Alor Star tu. Macam2 yg bleh kite tgk.

Aku bukanlah seorg yang sempurna. Aku jugak punye kawan lelaki, aku jugak gemar lepak, gemar bersosial dgn kengkawan aku sama ada lelaki atau perempuan. Aku jugak suka berbual, bercerita dan menghabiskan masa. Tapi pada aku biarlah kene pada masa dan tempatnya. Bukan ke ketika usia muda mcm tu, mereka sepatutnye menonton kartun, bermain video games, mandi sungai, dan bermain di kawasan rumah je ker? Usia remaja mcm tu sepatutnye aktif di sekolah, lebih bertumpu kepada pelajaran walau ape pun jua keadaan?..Aku pasti golongan remaja yang lepak di Star Walk tu bukan la berasal dari kawasan sekitar Alor Star. Usually mereka datang menaiki bas sejauh beberapa kilometer, seperti contoh dari daerah pendalaman seperti Naka, Cangloon, Jeniang dan sebagainye. Dari gaya mereka, kite suma sudah tau. Kite tau yang mereka dtg jauh2 dari kampung dan rumah mereka, menghabiskan masa sehari suntuk di Alor Star semata-mata ntuk menaikkan lagi kes gejala sosial di negeri Kedah ni..hehehe..Kejam ke ayat aku ni? Ermm?

Bile perkara mcm ni jadi, kite nak salahkan siapa? Kite nak salahkan mak ayah diaorg ke? Atau kite nak salahkan remaja itu sendiri? Klu betul salah remaja tu, apsal tkde pun rasa bersalah dlm diri diaorg bile diaorg berkelakuan cmtu? Diaorg sedar yang kegiatan dan kelakuan diaorg tu diperhati org awam yang lalu lalang di situ. Jadi siapa yg perlu amik tindakan ntuk menyedarkan mereka? Siapa yang diperlukan untuk membantu diaorg kembali ke dunia remaja yang normal?

Trus terang aku katakan yang aku tak gemar melihat mereka begitu. Berpakaian yang tidak sepatutnye, tak kene dgn usia muda mcm tu..Kasut tggi, rambut berwarna, baju sendat dan sluar jeans yg agak londeh tidak sesuai untuk remaja yang baru nak melangkah mengenal dunia org dewasa yang sebenarnye. Ape yg perlu mereka banggakan, penampilan mereka aku pasti 100% yang suma tu ditaja oleh duit mak ayah diaorg. correct me if i'm, wrong, but i'm telling u the truth..Umo muda cmtu takkan dah keje? Sape nak hire mereka bekerja, kan? JAdi mane dtgnye duit tu suma klu bukan dari parents diaorg? Hmmm..Allahualam..

Aku cuma nak bercerita aje..

Monday, April 14, 2008

Aku sekarang...

Dah lama actually aku tak bt post dlm ni..Rindu rasanye..nak meluahkan segala-galanye..Tapi masa tak mengizinkan plak..Ada masa aku free, tapi tktau nak post ape..itu yg lama tak update tu..But hari ni, mungkin ada perkara yang aku nak bualkan..

Kalau ikut calendar Malaysia la kan, hari ni 14 April 2008, kira dah cukup 4 bulan la arwah abah aku meninggal. Kehilangan dia masih terasa. Walaupun dalam keadaan sedih, aku sekeluarga masih lagi meneruskan kehidupan dengan harapan masa depan akan lebih baik dan menggembirakan kitaorg di sini. Setiap hari, setiap detik tak pernah kitaorg lupakan arwah abah. Kehilangan dia adalah satu perkara yang sememangnye kitaorg tak akan dpt lupakan.

We've moved on..Adik aku pun dah habis latihan Khidmat Negara dia bulan lepas, siap grad dgn pencapaian as the Best Shooter lagi. Skarang dia tgh menunggu panggilan ntuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma. Aku harap sgt dia dpt melanjutkan pelajaran dia walaupun tidak begitu berkemampuan..Ape yg aku pasti, arwah abah mesti nak anak dia yang sorang ni dapat melanjutkan pelajaran. Minta2 la doa aku dimakbulkan..Result SPM dia pun cemerlang jugak. Takkan nak sia2kan result cmtu aje kan..Allahualam..

Mama aku meneruskan lagi kehidupan dia dlm kesunyian. Aku dan adik2 aku la yg skrang menghiburkan hati dia even aku tau yg dia masih lagi bersedih atas kehilangan abah. Aku tau, mama aku tu kuat orgnya..Seorang yang begitu penyabar, tabah dan sentiasa redha dgn ketentuan Allah. Aku ni je tak mewarisi sifat penyabar mama aku tu..hehehe..

Along aku a.k.a abg aku la, masih lagi meneruskan perjuangan dia ntuk menetapkan satu masa ntuk majlis kawin dia nnti. Aku tau kehilangan arwah sedikit menjejaskan niat dia ntuk membina masjid tu. Aku pun tau, dia sudah lama berkawan dgn tunang dia tu..Mane mungkin kuarga perempuan bleh menunggu lagi. Kecian Along. Tapi semalam aku dgr2, tarikh majlis kawin along sudah ditetapkan bulan Disember tahun ni. Alhamdullilah. Moga2 termakbul impian dia. Kak ipar aku tu cun orgnye..hehehe...Aku pun suke, walaupun kitaorg jarang berjumpe dan berbual..

Adik lelaki aku sekarang masih di awangan2..taktau masa depan dia, tapi dia punye keje tetap di 7-Eleven. Punye girlfren yang aku pun tktau sape dia, umo dah 24 tahun, dia pernah menyuarakan isi hati nak berkahwin, tapi aku rasa itu satu gurauan. bukan ape, dia masih lagi dlm cubaan ntuk berdikari..takkan dah nak kawin kot..Ape kes..Akak dia ni pun blum kawin lagi tau..hehehe...

Ibu dan nurul..Nurul makin membesar menjadi seorg yang begitu berdikari. Nakal dan pemahaman dia pada perkara yang dia lalui, amat aku kagumi. Sifat bijak dan tabah dia aku rasa extraordinary. Kehilangan abah, bukan satu permasalahan ntuk dia membesar, aku sekeluarga menyayangi dia lebih dari segala-galanye. Perhatian yang kitaorg berikan, memang luarbiasa..She's very lucky, but at the same time we are trying damn hard ntuk tidak bt dia terasa kehilangan arwah abah. Ibu, masih seperti biasa....

Itu perihal kuarga aku kini..Aku? Macam ni la, kesibukan di tmpat keje, walaupun tkde la sibuk mane, tetap kepenatan klu balik ke umah. Melayan Nurul satu kemestian, menghilangkan rasa kesunyian di hati ni. Aku masih begini, merasai sesuatu yang tidak ada, meneruskan kehidupan. chewahhh...ayat..hihihi..ermm..Dah 2 minggu aku demam, batuk dan flu, 2 kali aku gi ngadap doktor. Ubat pun dah berbakul telan, tapi tkde plak sembuhnye. aku pun heran. Jadi hari ni aku dpt idea mungkin demam aku ni ada klasifikasinye sendiri. Aku bukan deman campak, bukan jugak demam kura, bukan demam angin kus-kus, bukan jugak demam denggi..tapi aku demam kurang kasih sayang..hahahaha...kan? kan? Allahualam...

Friday, April 11, 2008

Drops of Jupiter by Train

This is the video clip of the song that i've talked about in my last post..

Train - Drops of Jupiter

Now that she's back in the atmosphere
With drops of Jupiter in her hair, hey, hey
She acts like summer and walks like rain
Reminds me that there's time to change, hey, hey
Since the return from her stay on the moon
She listens like spring and she talks like June, hey, hey

Tell me did you sail across the sun
Did you make it to the Milky Way to see the lights all faded
And that heaven is overrated

Tell me, did you fall for a shooting star
One without a permanent scar
And did you miss me while you were looking at yourself out there

Now that she's back from that soul vacation
Tracing her way through the constellation, hey, hey
She checks out Mozart while she does tae-bo
Reminds me that there's time to grow, hey, hey

Now that she's back in the atmosphere
I'm afraid that she might think of me as plain ol' Jane
Told a story about a man who is too afraid to fly so he never did land

Tell me did the wind sweep you off your feet
Did you finally get the chance to dance along the light of day
And head back to the Milky Way

And tell me, did Venus blow your mind
Was it everything you wanted to find
And did you miss me while you were looking for yourself out there

Can you imagine no love, pride, deep-fried chicken
Your best friend always sticking up for you even when I know you're wrong

Can you imagine no first dance, freeze dried romance five-hour phone conversation
The best soy latte that you ever had . . . and me

Tell me did the wind sweep you off your feet
Did you finally get the chance to dance along the light of day
And head back toward the Milky Way


**The one and only song that i don't understand the meaning of that lyric but i like it very much. It's inspiring my world so much since it's first time released until now. Sang by Train in one of their album titled Drops of Jupiter too.

Thursday, February 28, 2008

...Kucing Fasha Sandha diculik!...

Ni satu lagi cerita yang agak menarik ntuk dibaca pagi-pagi camni..huhuhuh..Pagi tadi aku baca Harian Metro mcm biasa la, memandangkan hari ni aku masuk keje lambat sket. Skali muka Fasha Sandha la pulak front page Metro. Berita mengenai kediaman Fasha yang diceroboh oleh beberapa org lelaki. Aku tak pasti la brape org. Tiada kerugian yang dilaporkan kecuali kucing parsi kesayangan Fasha Sandha diculik oleh penceroboh itu. Fakta berita dulu ok, baru aku bg pandangan...Menurut berita tersebut, Fasha tlah membuat laporan polis mengenai pencerobohan itu, namun menarik balik report tu sbb nak sgt kucingnye dipulangkan kembali kepadanya.

Ok, skarang pendapat aku plak...hehehhhehe..Pertama, siapa la yg bangang sgt nak culik seekor kucing parsi? Ape yang korang dapat dgn culik kucing org lain tu? Klu setakat nak jual tkde la smpai harga beribu, pastu nak kongsi beberapa org lagi. Ape kejadah lah siknifikasi penculikan kucing tersebut. Kedua, Apsal kehilangan seekor kucing leh dijadikan laporan muka depan plak? Siap gambo lagi, ape takde berita yang lebih penting ke nak diletakkan sebagai berita muka depan hari ni? Come on la Malaysia, mesti ada something yang more important dari berita penculikan seekor kucing..Think! Ketiga, dah elok2 bt report polis, kenape mesti tarik balik? Laporkan aje, supaya penceroboh itu dapat ditangkap, skaligus polis dpt mengurangkan kadar jenayah camtu. Mane la tau kan, klu kite tak lapor, nnti2 mesti ada rumah yg lain plak diaorg rompak, tak ke naya tu? Police report amat penting ok, klu tkde report, camne nak reduce kadar jenayah? Kan? hmm Allahualam..

Aku cuma menyampaikan ape yang ada dlm kepala aku ni jer, korang setuju atau tak, terpulang la pada diri korang sndiri. Maybe dlm perut kucing tu tertanam berlian bernilai berjuta-juta ringgt, tu sbb diaorg culik kucing tu kot. Kepada org berkenan, pulangkan la kucing kesyangan Fasha Sandha tu. Takde untungnyer korang culik..Tggu dan lihat aje la ape akan jadi lepas nih...