Thursday, December 31, 2009

.:: Aku dan 2009 ::.

Esok, 2010. Hari ni 2009. ape yang terjadi sepanjang tahun ini. Ape yg akan berlaku tahun depan. Kite taktau lagi, sbb masa depan adalah rahsia Allah. Plan for it, pray for it and work for it to happen. Aku? buat saat ini takde lagi rasanye azam tahun depan, ape yg aku inginkan selama ni dah pun tercapai. Lesen keta dan myvi sebijik. Alhamdullillah. Mungkin tidak mencacatkan 2010 aku sekiranye aku berharap dpt bertemu jodoh kot. Sket je la mengharap. Janji ada sumthing to work on next year rite? To look for the Mr. Right. Mari kite memandang ke belakang sebentar, menyusuri tahun 2009 tanpa perlu menyesal dgn ape yg telah kite tempuhi.

Januari - Sambutan 2009 lebih bermakna sbb keluarga aku trime sorang ahli baru iaitu Akak Ipar aku. Majlis perkahwinan pihak lelaki iaitu along aku, berjalan dgn lancar pada 24hb. Persiapan memang dah buat sejak awal lagi. Alhamdullillah suma berjalan dgn lancar.

Februari - Bermula episod baru dlm tahun aku bile aku register for lesen B2 dan D, joining 6 hours of ceramah KPP dan Ujian Berkomputer for the next week. Pastu join 6 hours theory and practical class 2 days in a row. This is when all my Annual Leaves burned. Aisyah's Birthday is in this month.

March - Mama's Birthday on 25th. 8 hours of practical class for both motor and car start this month. Di office, tgh sibuk dgn audit oleh Mr Lee and Sir Darshan. This is the month went i;ve got my L.

April - Birthday Nuar on 2nd and Along on 4th. Another Annual Leaves taken for QTi motor and car. Thank God i passed. Qualify myself to sit for JPJ test. My first JPJ test is on 23rd. Guess what, bahagian jalan raya i passed, but bahagian bukit and the rest, failed. Have to take the test again on dat part.

May - Starts with kematian Nani Salmah, adik bongsu Nani. Its Dafie's birthday on 12th. 2nd JPJ Test on 14th but failed again. Hmm..nervous maybe. Office's sport week. Watch X-Men Origin.

June - Banyak majlis kawin sbb mggu cuti skolah. My ex-collegue kawin, my family's fren , her sister got married. The 3rd JPJ test, failed, but the 4rd pass with flying colors. Thank God. Bulan ni jugak Nurul punye kesihatan jatuh merudum. Masuk hospital for the 2nd time after hantar Aisyah register kat UKM Bangi end of the month.

July - After struggle for the half year. bulan ni agak rileks sket, walaupun kelam kabut dgn persiapan ibu ntuk ke Lubnan, dan Nurul dgn appointment doktor pakar dia. Office macam biasa, tak bnyak keje pun.

August - Bulan untuk rileks dah abis. Betul la kite takkan tahu ape yg akan terjadi pada kite. Bulan nie dapat smggu off sbb virus H1N1 yg menyebar dah Malaysia. i've got my Myvi pun bulan ni gak, tapi hujung2 bulan la. Ramadhan starts.

September - Nightmare. itu aje yg bleh aku ckp..sesapa yg tau tu, dia faham la..Raya tak brape mggu je lagi. Ibu berangkat ke Lubnan on 14th September, a week before raya. Mamu dan Nani yg pegi hantar ke KLIA. Cuti raya 10 hari. Aisyah balik Kajang on 26th. For the first time aku raya tkde baju raya..sedih tul. But we all happy..Enjoyed.


Oktober - Lepas raya, sumanye ok belaka. My birthday this month. Riez pun sama, tapi dia punye 20hb. Nothing much, cuma bulan ni mood nak buat kek coklat dtg. 23rd skali lagi ke JB ntuk menghadiri majlis perkahwinan Yusri dan Liya, adik angkat aku. Comel betul tgk pasangan ni. Bila la tibe turn aku...hmm..Allahualam

November - Awal bulan disambut dgn ceria. I'd got my car back. Minggo-minggo on the road on 4th. Celebrate birthday amin on the 21st. Lain mcm biasa la.. Raya haji atau lebih dikenali sebagai raya korban on 27th. First time drive sndiri ke umah tokwan. Alhamdullillah sgt.

Disember - Life mcm biasa. Tkde yg best tentang my love story. Still dingin cmtu jugak. Hmm..Along (kwn Amin) kawin awal bulan ni. Contract keje pun extend lagi. Boring..Bulan ni gak nurul ada appointment dgn doktor. Her birthday too, 3rd Birthday.

There goes my 2009. Bnyak perkara dah jadi dan yg aku tak expect nak dpt pun, aku dpt gak. Alhamdullillah, rezki dan takdir yg Allah berikan pada aku sekeluarga. Tahun 2010 tktau lagi cmne...Sama2 la kita doa...

Thursday, December 17, 2009

.:: Aku dan Sehari sebelum Awal Muharram ::.

Esok cuti Awal Muharram, yeah! Minggu depan, Jumaat jugak cuti Krismas. The next week pun cuti New Year. Best, best, best. Tapi yg tak best je, nak ke mane cuti hujung2 tahun nie. Takde idea langsung. Annual leave aku ada 2 hari lagi. Ape nak buat? Public holiday pun bersusun..klu ada plan holiday, best ar gak, kan...

Semalam, ayah kepada salah sorang kawan aku meninggal dunia. 3 hari dari tarikh abah meninggal 2 tahun lepas. Masa time lunch tu smpat aku singgah rumah dia yg kebetulan just around the corner. Berada di sana dalam 30 minit dan minta diri dgn tuan rumah sbb kne masuk office balik.

Hari ni, separuh dari masa office aku, aku kemas office. Maklum la bulan lepas kawasan ni di naiki air, banjir teruk jugak la, jadi barang2 computer suma naik ke atas. Rasanye skarang cuaca dah ok, cuma mendung dan hujan skali skala tu kira takde hal la..Rahmat Allah kan...Kemas punye kemas, smpai la clear..nmpak besar plak bilik aku nie. Dan dah tentu nampak kemas dan tersusun kembali. Walaupun kerap kali aku yg sepahkan bilik ni, tapi takpe la, aku sepah, aku simpan balik, tul tak? hehehehe..

Esok cuti Awal Muharram 1431, tkde plan ape lagi, memandangkan adik aku lari balik dari join camping di Pulau Pangkor. Ahad ni baru dia balik ke UKM semula. Itu aku tknak komen banyak. Budak kepala angin tu memang tkleh nak ditegur, nnti tsunami satu taman nih.

Sejak guna Facebook ni, bnyak masa aku ngadap tu aje, tkde lagi bukak Friendster, Myspace dan Tagged lagi. Tggal Facebook dan Blogspot aku ni aje.

Bulan yg terakhir ntuk tahun 2009, kalau di pandang ke belakang, bnyak perkara yg terjadi, peristiwa yg tak mungkin aku lupakan dan jugak kejadian yg cuba aku lupakan. Jauh berjalan, so far tahun ni aku sempat ke KL, Putrajaya, Ipoh, Penang dan Johor Bahru. Tahun depan tktau la kemane aku nak melangkah..Harap2 hujung tahun depan bleh ar aku bercuti kat mane2 pulau. Spend time alone, enjoying the view. Wahhh..mcm best aje..Tapi tkpe, itu tahun depan kite cite. Tahun ni tak abis lagi. Ada hampir 3 mggu lagi ntuk kite melangkah ke tahun 2010.

Hati sakit, otak pun sakit. Hari ni hari sakit aku. Tapi bukan fizikal sakit, tapi mental dan emosi yg sakit..Entah ape yg tak kene ntah..Aku pun tak faham. Sambung lagi next time..

Monday, December 14, 2009

.:: Aku dan 3 Mimpi Pelik ::.

Last week, i had weird dreams 3 nite in a row. Ini bukan sebarang mimpi, tapi ini mimpi yg sebenarnye menjadi kenyataan keesokan harinya. Here is what happen on that 3 nites.

The first nite: Dreamt about one of the person that i knew. That person is on fire. Aku kenal org tu, dan org tu terbakar depan mata aku sndiri. Esoknye, u know what happen? Suratkhabar hari Ahad, Metro Ahad melaporkan kebakaran di pusat hiburan di Rusia yg lebih 100 org mati terbakar. Mula-mula tkde yg pelik pasal mimpi tu, mungkin itu hanya kemungkinan saje..Aku bgtau kat mama aku yg aku mimpi org terbakar dan related mimpi tu dgn berita yg kluar tu. Mama pun ckp mungkin kebetulan jerk. Ok, fine..the day when just nice. Sampai la ke malam tu..tido dan mimpi...

The 2nd nite: Dreamt about my car, Myvi tu terbalik upside down. Mula-mula mimpi adik aku bawa keta tu, pastu ada batu besar, Myvi tu jadi mcm terjongkit smpai dia terbalik..Tayar di atas, dan bumbung dia kat bawah. Mcm kura-kura2 terbalik, sebijik camtu..Tapi tkde ape yg pelik kecuali, that morning, kebetulan aku lambat bangun pegi keje, jadi smpat aku tgk Malaysia Hari Ini. The hosts tgh baca headlines newspaper ntuk hari itu la iaitu Isnin (I don't remember the date). buat for sure itu hari Isnin. One of the headline tu buat aku terduduk kejap. Tau berita ape yg kluar? Kes kereta terbang di KB Mall yg menyebabkan dua pelajar pompuan Masterskills meninggal dlm kemalangan tu. Kreta tu terbalik sebijik mcm Myvi aku terbalik dlm mimpi tu. Ape makna dua mimpi tu sebenarnye? Aku cuba tnye mama pasal perkara ni, mama pelik and she can't figure it out. Pegi keje dgn rasa bengongnye, sbb mimpi2 tu buat aku takut..Cuba tnye 2 org staff kat sini, tapi diaorg just berseloroh mungkin mcm Early Edition. Yeah guys, very funny...Thanks a lot..keje mcm biasa, bengong tetap bengong, balik umah cuba figure out what actually happen at KB Mall. Rupe-rupenye kreta tu rosak dan camne ntah bleh meluncur dan rempuh dinding parking lot trus terbang ke dlm ruang KB Mall tu. Upside Down...Malam tu aku dah gelabah nak tido...takut mimpi lagi..tapi dlm gelabah tu pun terlelap jugak akhirnya dan terus bermimpi...


the 3rd nite: Bangun pagi dah kelam kabut..Terlajak tido. Subuh pun ala Carte je..huhuhuu...Kelam kabut ke tmpat keje tapi still make it on time. hehehehe...Keje mcm biasa, tapi mimpi tetap mimpi..Kali ni mimpi air sungai yg bnyak...Short and simple punye mimpi. Aku ingat dah tkde ape2 dah...hari Selasa dan kene pegi keje, mkn, rehat, keje dan balik umah. Pas rileks dah salin baju, solat suma...aku duduk baca paper, sbb itu memang rutin aku setiap hari bile balik dari umah, paper kene ngadap hari2..Tibe2....terbeliak mata aku... 2 beradik mati lemas ketika mandi di tali air kawasan ladang kelapa sawit kalau tak silap aku. Terdiam sekejap kat situ..walaupun bukan sungai, at least ada related air jugak dan mati lemas.. Aku cite kat mama, mama ckp " ape jadi dgn anak aku nih?" itu jerk yg dia respon. Aku cuma senyum jerk. Menakutkan..


Tetapi dlm pada tu, Alhamdullillah just 3 mlm berturut je, malam seterusnye tetap mimpi tapi tkde kaitkan pun dgn ape yg jadi di sekeliling aku.


Mari kite fikir sama2. Ketiga-tiga mimpi tu, bagi clue pada ape yg jadi keesokkan hari nya. Ketiga-tiga kejadian tu, ada kemalangan jiwa. Ada kematian. Ape maknanye? Ape yg Allah SWT cuba tunjukkan pada aku? Bleh korang explain? Allahualam...