Thursday, March 17, 2022

Aku kembali.

Bila dapat khabar tentang kematian semalam, hati terus jadi pilu. Khabar kali ini dari kenalan keluarga. Seorang ibu yang sudah beberapa minggu berada di hospital. Pada asalnya kerana apediks pecah sebelum hari pembedahan. Ibu itu terus tidak sedarkan diri beberapa minggu, sedar dan kembali tidak sedar sehingga menghembuskan nafas terakhirnya. Ibu itu lebih kurang aku ja umurnya. Punya anak-anak kecik. 

Terdetik di hati, terfikir akan pemergian itu. Adakah akan terbela nasib anak-anak itu? Adakah mereka tahu yang si ibu bertarung nyawa untuk kembali kepada mereka? Adakah mereka tahu si ibu sangat sayangkan mereka. 

Andai aku pergi satu hari nanti, sedarkah anak-anak aku tentang kasih sayang aku pada mereka? Bersediakah mereka melangkah tanpa aku di sisi? Agak-agak berapa lama mereka akan rasa kehilangan itu sebelum mereka menerima kenyataan? Mampukah mereka berdikari tanpa bimbingan seorang ibu? 

Risau kalau mereka tersalah langkah, aku takda di sisi mereka untuk memberi jalan. Kalau menangis sedih, sakit atau cedera, aku takda untuk menenangkan. Aku takda untuk tengok mereka membesar, berkawan, melanjutkan pelajaran, bekerja atau mungkin berkahwin. Semua iu bermain dalam fikiran aku hari ni.

Aku sememangnya terkesan dengan pemergian ibu itu. Bagaimana kalau itu aku? Aghstafirullahalazim..Ini ketentuan Allah. Redha. Aku akan cuba untuk menjadi ibu yang dikenang hingga ke akhir hayat anak-anak. In Shaa Allah. 

Allahualam.. 

Tuesday, March 24, 2015

:: Aku, Kenduri Kahwin dan Ais Kepal ::

Ini cerita 2 minggu yang lepas. Memandangkan weekend tu saudara family mentua ada buat majlis kahwin, kami sekeluarga decide ntuk balik Ipoh pada mggu tersebut. Selain memenuhi jemputan, aku dapat jugak spend masa dgn keluarga mentua. Maklum la jarang balik. Khalisya pun tak lah lupa akan atok, nenek dan sepupu-sepupunya. Sebelum bertolak ke Ipoh, kami singgah di Bertam ntuk memenuhi satu lagi jemputan majlis kahwin, yang ni kawan kepada Ncik Suami yg kahwin. Haa, lepas kenyang perut tu, baru kami bertolak ke Ipoh. Sampai sana, lewat petang jugak la, sebab kebetulan, mama, makchaq dan adik lelaki aku, ikut skali ke Ipoh. Diaorg ada jmputan kenduri jugak. Selepas settlekan tempat diaorg bermalam, aku pun balik ke umah mentua.

Ni rupa Khalisya yg kepenatan. 

Keesokkan harinya, sebelum ke rumah kenduri di Chemor, aku settlekan dulu mama dan adik aku punya kenduri. Kami iring diaorg sampai ke Dewan Risda iaitu tempat kenduri berlangsung. Actually dekat je dengan hotel, tapi memandangkan itu jalan besar, so, kena buat U-turn ntuk masuk ke kawasan Dewan Risda tu. Alhamdullillah, lepas diaorg dah selamat parking, kami terus menuju ke Chemor. Agak jauh jugak la Chemor dgn Ipoh. Yang uniknya di Perak ni, kebanyakkan majlis kahwin akan tamat seawal jam 4 petang. Macam aku sampai dalam jam 2, dah tak ramai orang dah. Yang buat majlis nampak sibuk, ialah pihak catering yang sedang mengemas barang-barang diaorg.

 Macam biasa, Khalisya bergaya dengan headband dia yg besar gambak tu..

 Nampak kebuncitan Ncik Suami di situ ye.. 

Family photo!!!

Kalau ikut rekod, ni adalah kenduri ke 7 bagi Khalisya. Dan dia sangat la behave dalam kesemua majlis yang dihadiri. Alhamdullillah, moga Khalisya akan terus jadi anak yang baik, Aminn.. So kesempatan ni, nak ucap congrats ntuk Andak Munirah dan pasangan, semoga bahagia hingga ke Jannah. Inn Sha Allah.

Lepas slesai je kami makan dan bergambar dengan pasangan yang dirai, kami ke agenda sampingan yg seterusnya iaitu Food Hunting! hahaa.. Sebelum ke Ipoh, aku ada jumpa dengan few articles mengenai Ais Kepal yg popular kat Ipoh tu. Letaknya di Jalan Sultan Yusuff kalau tak silap. Aku memang failed bab2 nak ingt jalan area Ipoh ni, walaupun dah banyak kali pusing bandar ni.. Tapi takleh salahkan aku gak, sbb Ncik Suami pun taktau area mana yg jual ais kepal ni. So, ntuk tidak membuang masa, kami gunalah waze yg bersuara Elvis tu.. Hahaha.. Lepas lebih kurang 20 minit, sampai la kami di sana. Kalau guna waze taip Kong Heng ja, pastu choose mana2 nama yg ada Jalan Sultan Yusuff, terus Elvis tu assist smpai la depan restoran Plan B. Maka, tercapai jugak la hajat nak rasa ais kepal. Seumur hidup aku tak pernah rasa ni, maklum la membesar kat Bandar KL tu, nak cekau mana ais kepal, mcm Ncik Suami, memang org Ipoh, katanya masa kecil, mmg slalu makan air kepal ni. Nah, aku blanja few pics yg sempat aku snap. 


Ok, pic atas sebelah kiri tu, deretan kedai kecil yang turut menjual pelbagai barang kraftangan, barang lama dan lain-lain. Memang seronok dapat melawat tempat ini, walaupun kecil, tapi ada keunikan tersendiri. 


Ni ha kedainya Bits And Bobs. Memang ramai beratur, tapi takde la sampai nak tunggu berjam-jam. Kita boleh rasa keseronokan menunggu ais dikepal.. Hahaha.. Ok, if nak tau pasal Ais Kepal yg legend ni, bleh cari diaorg dalam FB dan Instagram, atau trus ke kedai diaorg ni Jalan Sultan Yusuff, Ipoh Old Town. 


Inilah rupa ais kepal yang dijual satu RM3. Dengan 4 perisa yg berlainan. Si Khalisya tu bukan lentok sebab tido, tapi lentok sbb dok buat cubaan nak rasa Ais Kepal mamanya.. Hahaha..


Ok, sebelum balik, kita snap dulu sekeping pic kat kawasan restoran Plan B. Hehehe.. Khalisya skali lagi photobomb mama dia punya gamba dengan tidak memandang ke arah camera. Haishh.. Notty Khalisya. ! 


Dah puas merasai kesejukan Ais Kepal Bits and Bobs tu, kami pun bergerak balik ke rumah. Khalisya pun nampak penat tapi masih tidak meragam, mungkin dia seronok berjalan kot. Aku pasti akan datang kembali ke sini, ntuk rasa perisa Ais Kepal yg lain. Oh ya, sebelum nak wrap up, nak bagitau, Ais Kepal Bits and Bobs ni ada 4 perisa. Yang aku rasa ialah perisa NingNong iaitu campuran gula melaka dan laici. Perisa yg Ncik Suami makan ialah perisa NishiBomb iaitu campuran Sarsi dan Assam. Memang ada asam boi dua bijik dalam ais tu. Perisa yang lain ialah JineeBee campuran anggur dan laici manakala perisa ke 4 ialah BusyBee campuran sarsi, rosella dan laici. So, untuk kelainan ketika berada di Ipoh, datanglah rasa Ais Kepal ni. Sekali sekala mengimbau kenangan masa kanak-kanak, apa salahnya. 

This post took few days to finish it, fuhhhh! Aku cadang nnt bila saja ada perancangan nak balik Ipoh, aku akan cuba cari makanan, desert atau tmpat2 menarik ntuk aku rasa atau lawat. Baru semangat sket nak balik sana. Hehehe.. Alhamdullillah. 

Thursday, February 12, 2015

.:: Aku dan Cerita Terkini ::.

Rasanya macam asing sangat bila kembali ber-blogging hari ni. Bukan aku takde idea atau cerita yang nak dibebel, cuma rasa macam masa tu terlalu cepat berlalu. Sampai sedar tak sedar dah setahun aku tinggalkan blogspot aku ni. Bukan aku tak buka untuk cuba update, tapi seringkali nak tekan keyboard ni, ada je dugaan. Salah satu puncanya ialah, aku berkongsi bilik pejabat dengan bos aku sendiri, jadi agak tidak sesuai ntuk blogging tatkala bos berada berdekatan kita. Keduanya aku hamil (Alhamdullillah) mungkin rezeki sangkut ketika aku di Kuantan dulu (bleh rujuk post sebelum ini). Rezeki yang tidak disangka, namun disambut dan dinantikan dengan rasa tak sabar. Hahaha.

Pengalaman hamil kali pertama ni, memang menakutkan. Mulanya macam takleh terima hakikat, tapi dari masa ke semasa, Alhamdullillah..Rasa tak sabar tu mula timbul tak henti-henti. Datang office dengan rasa segan, sebab ini kali pertama, mesti la rakan sekerja semua ngusik, ada juga  yang bagi nasihat dan petua penjagaan kandungan ketika hamil. Lambakan kerja tu takde la teruk sangat, cuma bila berbadan dua ni, orang tua-tua pesan supaya perlahankan pergerakan. Nak kata ada morning sickness sampai tak mampu nak update blog, pun tak jugak..sebab aku tak alami muntah-muntah atau pening kepala semua. Yang ada cuma loya tekak, itu pun di waktu petang sebaiknya balik dari pejabat. Cuma kadang-kadang tu, loya time office, namun masih boleh bekerja. Bila dah nampak baby bump, mula la termengah-mengah naik turun tangga, mengantok dan cepat letih. 9 bulan kot, ulang alik appointment hospital, kerja, kisahkan hal ehwal rumah lagi, makin sarat, makin bnyak kerja dilambakkan. Paling teruk, aku kena standby jaga library office aku, sebab librarian kami dah berhenti kerja. Aku yang paling faham dengan bidang tugas dalam library, kena la menggantikan sementara dapat staff baru. Dugaan sungguh ni, dah la sarat, kena turun naik tangga, jaga library, standby computer labs, buat reports pada bos sesungguhnya memang takda masa la nak update blog.

Due bulan Disember, tapi memandangkan masa turun naik tangga aku berdoa ntuk bersalin awal, Allah dengar agaknya doa aku tu, bersalin la aku pada 22 November 2014. Sehari sebelum bersalin tu, sempat aku tengok wayang cerita Big Heroes 6 dan makan besar dengan suami dan family aku. Haa, lahirlah seorang puteri bernama Nayli Khalisya. Bercuti pantang dua bulan memang sangat tidak sempat membelek internet apatah lagi nak buka blogspot ni. Rasa rindu membuak-buak ni.. Macam-macam nak cerita ni. Tapi takpa, tunggu dulu, sampai la ke hari ni.

Selepas seminggu lebih kembali bekerja, big boss bagi arahan supaya aku dan bos aku berpindah ke bangunan lain. Dah siap kemas barang office ni, sekali dapat arahan yang hanya bos aku saja berpindah. Aku kena stay kat office ni, sebab tugasku menyelia server dan computer labs di mana kedua-duanya jauh dengan office baru tu. Jauh, susah nak ulang alik. So, sekarang dah bebas dari intipan bos aku, hahaha..maka aku pun bebas la berkarya kembali.. Chewahhh... Seronok la sebab rasa macam nak update bebila pun boleh. Cuma aku kena pastikan kerja-kerja office aku dah settle la. Kang dikatakan makan gaji buta plak. Alhamdullillah.

Ok, sempena tahun baru ni, aku harapkan yang terbaik ntuk korang semua. Aku doakan jugak supaya apa yang diazamkan tahun ni, dapat dicapai dengan usaha yang setimpal. In Shaa Allah. Hoping for the best to me, myself and all of you.   

Tuesday, March 4, 2014

:: Aku dan Surirumah Satu Minggu ::

Selepas beberapa bulan berkahwin, dan mengutamakan kerja berbanding hal ehwal Ncik Suami di Kuantan nun, aku decide ntuk amik cuti selama seminggu, pada minggu lepas. Tujuannya, untuk menghabiskan betul-betul seminggu di rumah sewa Ncik Suami sebagai housewife sepenuh masa. Ye la, puas berbincang dgn Ncik Suami, dia pun izinkan ntuk aku menyemak kat umah sewa dia tu. Jadi ntuk pastikan aku dapat merasa tanggungjawab sebenar seorang surirumah, aku minta supaya Ncik Suami tidak memohon cuti pada minggu tersebut dan minta dia bekerja seperti biasa. Ye la, misinya ialah menyediakan makan minum, pakaian kerja Ncik Suami, menghantar (ke pintu) Ncik Suami kluar bekerja dan menunggu dia balik kerja. Pendeknya, nak merasa melakukan kerja2 seorang surirumah yang berjaya. Hahaha, walaupun ntuk seminggu, tapi aku tetap bersemangat nak merasai pengalaman itu. 

Memandangkan Ncik Suami bekerja shif mengikut hari, jadi ada hari kami sarapan bersama, ada hari tak perlu buat begitu. Ye la, bila shif pagi dia kluar selepas subuh, memang tak sempat nak siapkan sarapan. Kalau shif petang plak, akan rasa sunyi sket sbb Ncik Suami akan bekerja sampai ke malam. Ok, pengalaman memasak memang sgt menarik ntuk dikongsi. Bukan apa, ni kali pertama aku memasak secara keseluruhannya. Dari A sampai Z. Tapi aku tak cekap nak menyiang ikan kembong, jadi ntuk memudahkan kerja surirumah cabok seperti aku, Ncik Suami ckp takyah la beli ikan. Cukup sekadar dia beli ayam dan daging, serta ikan kering. Senang katanya, takyah nak siang, bleh cuci dan goreng trus. Beli lauk dan sayur ala kadar sbb kami berdua je nak makan, dan Ncik Suami tak cerewet dalam bab makan, janji masak ntuk dia. Dari Alor Setar, aku usung buku resepi yg mama belikan. Ala, buku 1 Hari 1 Resepi: 365 Resepi Istimewa dari Chef Hanieliza tu.  Dari situ aku cuba masak. Memang sejak dapat buku tu tahun lepas, setiap Sabtu dan Ahad aku akan memasak ntuk mama dan Amin. Kira tukang rasa masakan aku la.  Kira masih proses belajar memasak lagi la. Tapi Alhamdullillah, walaupun tak sehebat mama dan kak ipar aku kat Ipoh nun memasak, tapi dapat la jugak aku pancing selera Ncik Suami tu. Walaupun dia tak puji sedap, tapi tgk dia makan nasi bertambah 2 kali, kira lulus la kot. Hahaha.. 

Bab masak dah lulus, yg selebihnya seperti basuh, sidai dan lipat baju aku tak buat sgt, sbb Ncik Suami rajin bab2 itu. Hahaha.. Dia mungkin dah terbiasa dengan rutin itu, jadi mudah dia menolong. Oh ye, bab menunggu suami balik keja ni yang excited sket, sbb kata Ustaz Kazim Elias tu, bila suami balik kerja, sediakan segelas air. Nanti dua2 org dapat pahala, suami minum air yg isteri sediakan, dan isteri pulak dpt pahala sebab layan suami begitu. Seronok jugak sambut Ncik Suami balik keje. Bukan apa, sebelum bertolak ke sana, aku dah sediakan beberapa kejutan yang aku dapat ideanya dari internet. Haa.. yang excitednya sepanjang 5 hari dia bekerja, setiap hari ada saja surprise yg aku buat. Ye la, mengisi masa lapang sementara tunggu dia balik. Tgk tv sepanjang hari pun boring gak. Kejutan aku tu termasuk la, menghadiahkan sebalang coklat, aku buat banner 'I LOVE U', bg kad dan letakkan dlm peti pos, siap dgn setem lagi ok, dan aku susun paper note jadi bentuk Love. Semua tu aku dapat dari webpage The Dating Divas. Banyak idea dia bagi ntuk suami atau isteri yang nak buat kejutan ntuk pasangan mereka. Aku ikut yang mana sempat dan simple je la.. heee..

Ni antara surprise yg sempat aku buat.. i had fun doing all these. 
Selain mengisi masa menonto DVD kat umah, tgk TV dan spend time sama2, Ncik Suami bawa pusing bandar Kuantan. Macam tau2 aje bini dia ni suka tgk pantai dan laut, dia bawa gi nganga kat Teluk Cempedak, hari lain dia bawa ke Pantai Sepat. Dapat la rasa angin laut yg kuat tu kan, sbb time tu cuaca memang berangin je. Pusing 2 3 jenis pasar malam area Kuantan tu, dapat la merasa kemeriahan pasar malam di sana. Cuma ada satu perkara yg menjadi kemusykilan di hati ni. Tak semua peniaga pasar malam memang asalnya dari Pahang, betul? Ada dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan mungkin dari lain2 tempat. Kata org sana, sesiapa nak meniaga kat area Kuantan tu, mesti la berbahasa seperti penduduk tempatan, kalau tak, nnt akan diboikot oleh peniaga dan pembeli di situ. Aku tak sure pasal perkara ni, tapi memang ada kawan Ncik Suami yg berasal dari Penang, dia meniaga kek di pasar malam, dia bgtau dia takleh ckp utara dgn aku sbb nnt ada org tak suka. Mula2 tak faham, tapi bila Ncik Suami terangkan baru la aku faham. Pelik betui. Kalau kat Alor Setar dan beberapa tempat yg lain, rasanya lagi meriah kot kalau peniaga tu datang dari pelbagai negeri. Tgk contoh paling senang nampak la. Nasi Kerabu; ada sesiapa pernah nampak org Sarawak jual nasi kerabu? mesti tak la kan.. Makanan camtu mesti la sedap dijual atau dimasak oleh anak jati Kelantan, baru kena pada rasa.. Itu contoh paling dekat yg bleh aku bagi la. hehehee.. Apapun, pada pendapat aku, rezeki Allah ni ada di mana-mana. Kadang-kadang kita bleh jadi tidak rasional kalau kita biarkan sikap tamak menguasai hati dan minda, Allahualam la..

Dah panjang lebar ni, gedebak gedebuk dah cukup 5 hari. Aku dan Ncik Suami abiskan cuti kami ni dengan menghadiri jemputan masjlis perkahwinan sepupu aku di Kuala Kubu Baru. Alhamdullillah, sepanjang perjalanan pergi Kuantan dan balik ke Alor Setar semula, kami tidak mengalami masalah langsung. Allah mudahkan perancangan kami. Syukur sgt2. Pengalaman yg jarang skali aku dan suami dapat rasa. Kami hargai setiap masa yg kami luangkan bersama, belajar menjadi pasangan suami isteri yg serba sederhana dan sentiasa bersyukur. Apa pun, kalau diberi pilihan sama ada nak jadi isteri bekerjaya atau surirumah sepenuh masa; buat masa ni, aku pilih ntuk bekerja..Bukan apa duit keta den sapo nak bayorrr? hehehhe... Jumpa lagi.. 

Wednesday, February 5, 2014

:: Aku dan Tilikan Suka-suka ::

Sejak menukar status ni, rasanya mcm lebih gemar membaca dan memahami mengenai tanggungjawab suami dan isteri. Buka je suratkhabar, internet dan tv, ada je rancangan, artikel yg bleh menambah ilmu di dada, chewahh.. Bukan apa, perkahwinan aku dengan Ncik Suami bukan mcm org lain.. Kami bercinta jarak jauh, dan kami sama2 stuju untuk continue dgn perkahwinan jarak jauh pulak sementara menunggu suami posting dalam beberapa tahun lagi. Memandangkan aku bekerja swasta, memang susah la nak cari keje lain skarang ni, ditambah plak masih lagi dok celah ketiak mama. Malah, aku lebih dekat dengan keluarga mentua di Ipoh berbanding Ncik Suami yg berada di Kuantan nun, jauh bebenor la dia... Tu sbb seboleh-bolehnya aku dan Ncik Suami berusaha untuk tidak meletakkan jarak kami tu sebagai satu kekurangan dlm perhubungan kami.

So, baru-baru ni, aku ada melayari satu blog yg artikel terbarunya mengenai ciri-ciri serta beberapa perkara lain yg meletakkan lelaki di dalam beberapa kelompok berdasarkan bulan kelahiran, fizikal badan, bentuk rupa, cara tidur dan sebagainya. Ye la, kata penulis blog itu, artikel tersebut untuk suka-suka sahaja. Bukan blog ni saja, ada berpuluh-puluh website, blog atau artikel yg memperkatakan mengenai perkara ni. Ramai jugak tukang tilik tak bertauliah ni. Baca punya baca, tilik punya tilik, ye la, tilik hal sapa lagi kalau bukan keperibadian Ncik Suami. Sampai nak juling mata ni dok belek monitor kat office ni. Aku dapatlah beberapa kesimpulan. heeee... Pertama-tamanya, semua ciri dan kriteria setiap bulan kelahiran, lebih kurang sama je aku tgk, ciri-ciri fizikal pun begitu, kalau tak pendiam, dia peramah, klu tak peramah, dia suka bersembang.. tak ke sama je? ada satu bulan tu, tulis lelaki yg lahir pada bulan ini sangat cemburu orangnya.. pastu selang dua tiga ayat, tulis mereka jugak seorang yg bertimbang rasa. Aikkk... Apakah?? Tak faham aku. Yang keduanya, kalau kita jadikan perkara2 camni sebagai rujukan mencari jodoh, mampus la, tak kahwin la bujang2 kat luar sana. Kalau nak ikut satu2 ciri dan kriteria tu, jenuh la.. buatnya tak jmpa, atau takda langsung yg tepat, camno? bujang smpai ke tua la jawabnya.

Ok, berbalik pada tujuan asal post ni. Lepas puas tilik dan menimbang tara, aku ngambil keputusan ntuk berhenti jadi taksub dan berfikir sejenak dua. hahaha.. Lalu aku decide ntuk membuat perhitungan dan bertahan dgn pendapat aku sndiri saja. Ncik Suami aku lahir bulan Mei, sama tahun dengan aku, jadi kami sebaya. Dia anak bongsu dari 4 beradik. Bagi org lain, mungkin dia tinggi, tetapi memandangkan aku pun agak tinggi, aku rasa kami sama tinggi je (walaupun Ncik Suami tetap ingt dia lagi tggi..mesti dia tak puas hati klu baca statement nih!), Dia mempunyai sepasang telinga yang kecik, sepasang mata yang tidak sama saiz, sbb kelopak mata sebelah kiri dia jatuh sket, (katanya masa kecik dlu dia kena demam panas), sepasang anak mata berwarna dark chocolate, bibir mulut yg tebal dan hidung yg kecil tp bulat, dahi yang agak luas, tapak tangan yg besar, perut yg buncit sedikit tapi masih maintain tegap, tak bongkok mcm aku. huhuhu. Itu sedikit sebnyak ciri-ciri fizikal yg aku bleh ingt la. Maklum la, Ncik Suami jauh, kadang2 lupa rupa beliau mcm mana.. hahahha.. Bleh camtu..? Selama beberapa tahun ni, aku perhatikan Ncik Suami, mengenali hati budi, jiwa, akal dan minda beliau, aku faham dan aku terima dia seada-adanya. Ada yg kena dengan ciri-ciri dlm artikel tersebut, ada yang tak. Contoh yg paling aku ingt ialah lelaki yg panas baran. Ncik Suami susah sgt nak marah, kalau dia marah, dia akan diam dan muncung.. yg dok panas baran ni, aku ni haa..yg lahir bulan Oktober ni, jadi aku rasa telahan tu salah sama skali. Yang lain tu tak brapa ingt. Cuma aku nak tekankan kat sini, siapa pun lelaki yg lahir bulan May, yg ada ciri2 fizikal yg sama, tak semestinya akan berpewatakan yg sama macam Ncik Suami. Kalau sama, jenuh la rambang mata nak pilih jodoh kan?

Dipendekkan cerita! Alhamdullillah, Allah tetapkan jodoh aku bersama Ncik Suami, walaupun kami hadapi banyak masalah sebelum kahwin, banyak perkara yg memang kami tak serasi pun, kami punya kegemaran yang lain2, punya citarasa yang agak berbeza, namun kami kongsi rasa cinta yang sama. Kami mampu kongsi kesusahan dan kesenangan bersama sejak dari hari pertama kami berkawan, bersahabat baik, bercinta, bertunang dan seterusnya berkahwin. Walaupun aku baca tilikan, telahan, artikel berkaitan kelahiran, ciri fizikal dan mcm2 lagi, aku puas hati, tetap dan akan terus berpuas hati dengan Ncik Suami aku itu. Baik buruk dia, Allah tentukan begitu semata-mata untuk menyaingi dan melengkapi baik buruk aku jugak. Allahualam.

Dapat jugak buat post baru dalam tahun 2014 ni, takleh nak buat opening2 post rasanya sbb nnt jadi malas balik, kalau tgk jumlah post aku sepanjang kewujudan blog ni, rasanya mmg sgt menurun sejak tahun 2009 tu. hahaha.. sibuk mungkin? Tak tau la ye.. InsyaAllah, kali ni akan ku cuba update sekerap yang mungkin. Ok, di kesempatan ni, aku nak memperkenalkan seorang lelaki yg bernama kawan, sahabat baik, musuh, merangkap kaunselor dan kaunter aduan, tak lupa jugak pengurus kewangan aku, kekasih cerah dan gelap, yg paling tepat skali Ncik Suami tercinta; Encik Mohamed Gadafi. Sib baik tak handsome, kalau handsome jenuh la aku tak senang duduk kat Alor Setar ni dok pikirkan dia kat sana nun.. Apa pun, ni lah pengarang jantung hatiku.