Tuesday, May 15, 2012

.:: Aku dan Hari Ibu ::.

Baru beberapa hari lepas, dunia celebrating Mother's Day. Walaupun tak semeriah Valentine's Day, namun aku nampak jugak la kedai-kedai bunga dan kedai-kedai buku menjual cards dan bunga for Mother's Day celebration. Namun, seperti biasa la, aku buat taktau jugak. Selalunya aku memang akan ucap pada mama, just untuk nak amik hati..tapi takde la sampai belikan kek, hadiah dan bunga...suma tu aku buat masa birthday dia jerk. Hehehehe...itu pun buat savings few months.

Mula-mula rasa hairan kenapa Hari Ibu dan Hari Bapa disambut berasingan. Aku membesar dengan persoalan tersebut. Rasanya kalau aku google pun, mesti takkan dapat jawapan yang aku nak. Sampai la dua minggu lepas, aku one of my FB friends post a quote from Ustaz Azhar Idrus. Quote Ustaz tu sedikit sebanyak membantu aku decide tentang satu perkara iaitu...

Sepatutnya Hari Ibu dan Hari Bapa perlu disambut sekali, di mana, hari tersebut ialah hari di mana kelahiran anak pertama yang automatiknya gelaran tu wujud. Macam Along aku lahir pada 4hb April 1980, jadi hari Ibu dan Bapa jauh pada 4hb April setiap tahun la. Kenapa nak kena tggu bulan May ntuk smbut Hari Ibu, betul tak? Hehehe..jadi, kalau kata ada 15 juta ibu di dunia ni, bayangkan la, rasanya setiap hari ada yang sambut Mother's Day. Time tu bunga dan cards untuk Mother's and Father's Day dijual sepanjang tahun..Hahaha.. ok la tu kan. Meriah sepanjang tahun.

Tapi bila kita fikir mengikut logik dan relevan, tak salah sambut Mother's Day pada hari yang ditetapkan. Kata Ustaz, kalau takut rosak akidah, janganlah sambut. Jadi setakat blanja mak kita makan, belikan bunga sekuntum dua, rasanya takde la sampai rosak akidah. Dapat pahala lagi ada, sebab hiburkan hati seorang mak. Perkara yang sama untuk Hari Bapa jugak kan. Pokok pangkalnya hati kita. Kalau nak rosak akidah, tak semestinya bermula dengan menyambut hari ibu. InsyaAllah, kalau niat kita baik dan ikhlas, Allah akan lorongkan kita ke jalan yang baik-baik. Kalau niat tu terpesong, akidah tu ke longkang la jawabnya..

So di kesempatan ni aku nak buat ucapan ntuk mak aku la..ehem..ehem..testing..testing mic!! hehehe.. "Walaupun mama garang, kadang2 berangin, akak rasa mama paling best. Sbb dalam usia camni pun, mama masih boleh bergurau dgn akak, masih sihat untuk teman akak kluar ke mana saje, dan masih lagi support akak dari segi kewangan dan kebajikan bila2 akak tengah sengkek..hehehe..Mama memang terbaik, paling memahami dalam bab jodoh akak yang lambat ni. ye la, mak mana nak tgk anak dara dia lambat kahwin, kan.. Walaupun suka berleter, itu buatkan akak tak lalai. Yang paling tak boleh akak lupakan, mama tabah hadapi dugaan hidup berkeluarga ni. Akak tau, sbb dugaan tu la, mama jadi garang dan tegas.. I feel very blessed sbb mama sgt2 kuat masa pemergian abah beberapa tahun yang lepas. Sbb mama kuat, tu la akak pun dpt kekuatan yang sama. Siapa akak hari ni, banyak dipengaruhi oleh mama. Harap mama kekal begini sampai bila-bila, walaupun akak tau mama dah tak larat nak buat keje berat2 dah. Tapi mama masih maintain cergas. I'm proud of U, mama..Really proud and blessed. Harap mama dapat kekal dengan akak. U make me stronger. I LOVE U, PN SABARIAH HASHIM!!"