Friday, January 6, 2012

.:: Aku dan Garapan Pertama ::.

Hi! this is my first post in 2012. Happy New Year, everyone!! Feels the excitement but at the same time a bit kucar kacir. Minggu pertama mula keja dah jadi kelam kabut. Tapi ape pun, bila dah masuk hari ke 3 4 dalam minggu ni, dah tenang kembali. Camne dengan keja anda hari ni? Harap berjalan dengan lancar. Esok dan lusa dah weekend! Yeaay! first weekend on 2012..

Macam biasa la, bila dah masuk tahun baru ni, topik yang paling popular ialah azam baru. Wahhh..! sronok bila fikirkan azam, misi dan impian yang ingin dicapai untuk tahun ni. Dalam masa yang sama, boleh jugak kita berbangga dengan pencapaian kita pada tahun 2011. Diri Ein sendiri tak meletakkan ape2 impian, dalam erti kata lain, takde azam. Bukan ape, terlalu mengharap kalau azam tu tak tercapai, nnti kecewa je. Jadi, secara ringkasnya, apa yang ada depan mata, kita hadapi aje. Kalau menda tu menjadi positif, maka itu la pencapaian Ein tahun ni, kan...? Kepada yang lain jangan ikut cara Ein..org kata, cara ni takde masa depan..kehkehkeh...Apa pun anda rancangkan, teruskan dengan hati yang senang, semoga Allah berkati dan permudahkan rancangan anda. Jangan lupa. have fun all the way 2012!

Ini adalah garapan pertama untuk tahun 2012. I'll be back!

Wednesday, August 17, 2011

.:: Aku dan Ceritaku ::.

Tetiba je hati ni melonjak-lonjak nak ber-blogging..Mcm ada bnyak cerita je nak kongsi dengan semua org. Apa kabo semua? hopefully dalam cuaca yg berangin, hujan dan panas yg tidak menentu ni, semuanya sronok dan tabah menjalani ibadah puasa. Tak lama dah, tinggal lebih kurang dua minggu je lagi. Rasa-rasanya ada yg sudah buat persiapan raya dan ada jugak sibuk nak shopping bahan-bahan untuk buat kuih raya. Buat kuih raya sendiri lagi best kot. Tapi if dah sibuk sangat, beli pun dah memadai.

Selepas kelam kabut di bulan Julai, akhirnya kabinet dapur dapat disiapkan sebelum Ramadhan menjengah. Cuma ada beberapa kecacatan sket pada lantai marmar yg pakcik lantai tu pasang, dan tingkap aluminium yang kami tempah pun dah siap, dan sedang dipasang. InsyaAllah sok maybe dah bleh siap sumanye. Alhamdullillah..Tercapai jugak la nak beraya dengan dapur baru. Amiinn...

Kerja mcm biasa, pergolakan antara staff dan pihak pengurusan besar masih lagi berterusan, dan tak nampak tanda-tanda nak settle pun, lantak la..kalau difikirkan nnti satu keja pun tak siap. Aku tetap mcm ni, masih mencari peluang pekerjaan di tempat yang lain.

Lepas raya ni, akan ada satu event yang aku sendiri tak pernah nak bayangkan akan sampai masa itu perkara itu. It's out of my plan..walaupun begitu, aku tetap berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun it's nothing for few person, but still it's a big step for me. Rasanya inilah yg diharapkan oleh arwah abah, mama dan ibu serta adik bradik aku selama ni. Hopefully, everything will went well.

That's all for now. Esok lusa harap ada lagi mood nak ber-blogging. Seronok!

Friday, June 3, 2011

.:: Aku dan Make It Simple ::.

Last update was April the 7th. Pergghh...lama..tiap2 bulan mesti ckp nak update frequently, tapi tgk la ape dah jadi..dua bulan kemudian baru nak masuk Blogger. Camne nak buat untuk kembali aktif bercerita? i think i've lost my wrtiting touch la...Forcing myself to be creative again..
Well, hopefully u guys in the best condition la today. Yang mane kerja pada hari Sabtu tu, sronok la gamaknye, sbb dpt cuti khas sempena Birthday Yang DiPertuan Agung. Alhamdulillah, cuti skolah kali ni, rasanya tak sibuk sangat dengan jemputan kenduri. Maybe bilangan pasangan yang berkahwin dah makin berkurangan kot. Hahaha...tinggal aku je yang belum kawin lagi..Tunggu la yer, smpai suma dah abis kawin, baru aku lak kawin. Baru meriah! hahaaha...

Nak tau ape jadi pada aku, kebelakangan ni? haaa...Bnyak mende jadi, cuma nak cite dengan taknak cite tu sama banyak. Tapi ape pun, aku nak menzahirkan rasa terkilan aku, terhadap pasangan yang telah mencampak bayi lelaki yang baru dilahirkan dari tingkat 5 dua hari yang lalu. Perbuatan mereka boleh dikategorikan sebagai syaitan yang bertopengkan manusia. Sungguh kejam perbuatan itu, dan personally aku rasa takde hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka melainkan ke neraka jahanam saje. Astafirullahalazim...Dunia ni dah nak kiamat agaknye.

Enough with the kekejaman thing..Kita ingatkan diri kita aje la ye. Supaya ape yang terjadi tu, diambil iktibar. Aku stop kat sini dulu, supaya aku bleh summarize activities aku in another post.

Thursday, April 7, 2011

.:: Aku dan Kerja ::.

Aaahhhh..Lama sangat kot tak update entry kat blog aku ni. Dah masuk April, by the way, Happy April everyone! Rasa macam tak punya bnyak masa, tapi sebenarnye malas nak bukak blogspot ni. Banyak cerita yang aku diamkan, banyak pengalaman yang aku pendamkan. Terima kasih kepada readers yang rajin benor baca blog aku yang ntah ape-ape ni.

Last entry pasal, jalan raya. Kali ni kita santai sket. Aku nak update pasal life aku serba sikit. Sambil menaip, sambil dengar lagu korea. Heran, walaupun aku tak faham bahasa diaorg, tapi kenapa aku suka sangat nak dgr lagu2 bahasa asing ni. Pelik tak? Dalam mp3 player aku, rasanye 30% dari himpunan lagu aku itu adalah lagu Korea je. Aku dengar lagu daro IU, G-Na, 2AM, Super Junior, Beast dan ramai lagi la. Camtu jugak dalam mp3 ntuk kreta aku. Sama la, dlm 34 lagu, 2 buah je lagi omputih, yang lain suma lagu korea. Hahahaha..Orang slalu tnye, kau faham ke tak bahasa diaorg ni. Aku ckp aku tak faham, tapi aku tau makna setiap lagu tu. Jadi tkde la kita buta-buta suka lagu tu kan...? hehehee... Internet skarang dah advanced. Taip je lagu yang kita nak, maksud dlm Melayu dan English, dapat la kita faham makna lagu tu..kan?
Seronok!!

Kita dah melepasi suku pertama tahun 2011, maknanye, bulan puasa pun dah semakin dekat, raya pun akan muncul selepas tu, tau-tau dah hujung tahun. Bila dah hujung tahun tu, mula la gelabah. Bukan ape, kontrak keje dah semakin pendek, dengan keadaan company camni, memang la rasa mcm nak bunuh diri. Kene la buat persiapan mencari keje baru lak. Dah la dalam keadaan ekonomi camni, memang susah nak cari keje. Nak memilih tu memang takleh la, ape lagi nak keje yang gaji besar, yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman kita. Kena mula dari skarang la, nak cari keje.

Bukan sbb kontrak nak abis je, keje kat sini skarang pun rasa mcm ape ntah. Dah tak sronok, dah tak bagi semangat. Datang keje pun rasa mcm terpaksa. Bangun pagi pun dah malas, bangun cukup2 time ntuk mandi, bersiap gi keje dan panaskan enjin keta..Sampai ofis, buat ape yang patut, berkurung dalam ofis, ptg tu, balik on time..Bila nak balik tu, muka ni memang ceria gila..Sampai org suma tegur "Sabrina, u always look energetic!" Aku senyum jerk..mane tak bertenaga, nak balik umah la katakan. Bila datang ofis, muka hanya Allah je yang tau..Ketat nak mampus! Tapi bila balik, senyum smpai ke telinga org lain..hhheheheh...Sronok bukan main. Itu la perasaan aku skarang bila datang keje. Teruk kan? Kalau tak pasal kene bayar loan dan duit keta, memang aku brenti keje dah...

Bila dah tak seronok, ape keje yang kita buat pun jadi tak ikhlas, betul? bukan saje tak ikhlas, tapi tak memberi hasil yang memuaskan. Jadi ape yang perlu kita buat? Aku sendiri pun taktau dah, rasa mcm dah putus asa ntuk bekerja kat sini lagi. Sentiasa mengharapkan panggilan keje yang lain. Tapi itu la, kalau nak dapatkan kerja skarang ni, paling kurang pun kene ada org dalam yang bleh suggestkan nama kita. Kebanyakkan interview keje dah camtu la skarang ni. Kalau takde org dalam, memang susah nak dptkan tempat. Kalau ikutkan kelayakan dan pengalaman tak cukup jugak.. tapi kene rezki masing2 la..Janji usaha dan rajin macam semut. Allahualam...