Tuesday, March 24, 2015

:: Aku, Kenduri Kahwin dan Ais Kepal ::

Ini cerita 2 minggu yang lepas. Memandangkan weekend tu saudara family mentua ada buat majlis kahwin, kami sekeluarga decide ntuk balik Ipoh pada mggu tersebut. Selain memenuhi jemputan, aku dapat jugak spend masa dgn keluarga mentua. Maklum la jarang balik. Khalisya pun tak lah lupa akan atok, nenek dan sepupu-sepupunya. Sebelum bertolak ke Ipoh, kami singgah di Bertam ntuk memenuhi satu lagi jemputan majlis kahwin, yang ni kawan kepada Ncik Suami yg kahwin. Haa, lepas kenyang perut tu, baru kami bertolak ke Ipoh. Sampai sana, lewat petang jugak la, sebab kebetulan, mama, makchaq dan adik lelaki aku, ikut skali ke Ipoh. Diaorg ada jmputan kenduri jugak. Selepas settlekan tempat diaorg bermalam, aku pun balik ke umah mentua.

Ni rupa Khalisya yg kepenatan. 

Keesokkan harinya, sebelum ke rumah kenduri di Chemor, aku settlekan dulu mama dan adik aku punya kenduri. Kami iring diaorg sampai ke Dewan Risda iaitu tempat kenduri berlangsung. Actually dekat je dengan hotel, tapi memandangkan itu jalan besar, so, kena buat U-turn ntuk masuk ke kawasan Dewan Risda tu. Alhamdullillah, lepas diaorg dah selamat parking, kami terus menuju ke Chemor. Agak jauh jugak la Chemor dgn Ipoh. Yang uniknya di Perak ni, kebanyakkan majlis kahwin akan tamat seawal jam 4 petang. Macam aku sampai dalam jam 2, dah tak ramai orang dah. Yang buat majlis nampak sibuk, ialah pihak catering yang sedang mengemas barang-barang diaorg.

 Macam biasa, Khalisya bergaya dengan headband dia yg besar gambak tu..

 Nampak kebuncitan Ncik Suami di situ ye.. 

Family photo!!!

Kalau ikut rekod, ni adalah kenduri ke 7 bagi Khalisya. Dan dia sangat la behave dalam kesemua majlis yang dihadiri. Alhamdullillah, moga Khalisya akan terus jadi anak yang baik, Aminn.. So kesempatan ni, nak ucap congrats ntuk Andak Munirah dan pasangan, semoga bahagia hingga ke Jannah. Inn Sha Allah.

Lepas slesai je kami makan dan bergambar dengan pasangan yang dirai, kami ke agenda sampingan yg seterusnya iaitu Food Hunting! hahaa.. Sebelum ke Ipoh, aku ada jumpa dengan few articles mengenai Ais Kepal yg popular kat Ipoh tu. Letaknya di Jalan Sultan Yusuff kalau tak silap. Aku memang failed bab2 nak ingt jalan area Ipoh ni, walaupun dah banyak kali pusing bandar ni.. Tapi takleh salahkan aku gak, sbb Ncik Suami pun taktau area mana yg jual ais kepal ni. So, ntuk tidak membuang masa, kami gunalah waze yg bersuara Elvis tu.. Hahaha.. Lepas lebih kurang 20 minit, sampai la kami di sana. Kalau guna waze taip Kong Heng ja, pastu choose mana2 nama yg ada Jalan Sultan Yusuff, terus Elvis tu assist smpai la depan restoran Plan B. Maka, tercapai jugak la hajat nak rasa ais kepal. Seumur hidup aku tak pernah rasa ni, maklum la membesar kat Bandar KL tu, nak cekau mana ais kepal, mcm Ncik Suami, memang org Ipoh, katanya masa kecil, mmg slalu makan air kepal ni. Nah, aku blanja few pics yg sempat aku snap. 


Ok, pic atas sebelah kiri tu, deretan kedai kecil yang turut menjual pelbagai barang kraftangan, barang lama dan lain-lain. Memang seronok dapat melawat tempat ini, walaupun kecil, tapi ada keunikan tersendiri. 


Ni ha kedainya Bits And Bobs. Memang ramai beratur, tapi takde la sampai nak tunggu berjam-jam. Kita boleh rasa keseronokan menunggu ais dikepal.. Hahaha.. Ok, if nak tau pasal Ais Kepal yg legend ni, bleh cari diaorg dalam FB dan Instagram, atau trus ke kedai diaorg ni Jalan Sultan Yusuff, Ipoh Old Town. 


Inilah rupa ais kepal yang dijual satu RM3. Dengan 4 perisa yg berlainan. Si Khalisya tu bukan lentok sebab tido, tapi lentok sbb dok buat cubaan nak rasa Ais Kepal mamanya.. Hahaha..


Ok, sebelum balik, kita snap dulu sekeping pic kat kawasan restoran Plan B. Hehehe.. Khalisya skali lagi photobomb mama dia punya gamba dengan tidak memandang ke arah camera. Haishh.. Notty Khalisya. ! 


Dah puas merasai kesejukan Ais Kepal Bits and Bobs tu, kami pun bergerak balik ke rumah. Khalisya pun nampak penat tapi masih tidak meragam, mungkin dia seronok berjalan kot. Aku pasti akan datang kembali ke sini, ntuk rasa perisa Ais Kepal yg lain. Oh ya, sebelum nak wrap up, nak bagitau, Ais Kepal Bits and Bobs ni ada 4 perisa. Yang aku rasa ialah perisa NingNong iaitu campuran gula melaka dan laici. Perisa yg Ncik Suami makan ialah perisa NishiBomb iaitu campuran Sarsi dan Assam. Memang ada asam boi dua bijik dalam ais tu. Perisa yang lain ialah JineeBee campuran anggur dan laici manakala perisa ke 4 ialah BusyBee campuran sarsi, rosella dan laici. So, untuk kelainan ketika berada di Ipoh, datanglah rasa Ais Kepal ni. Sekali sekala mengimbau kenangan masa kanak-kanak, apa salahnya. 

This post took few days to finish it, fuhhhh! Aku cadang nnt bila saja ada perancangan nak balik Ipoh, aku akan cuba cari makanan, desert atau tmpat2 menarik ntuk aku rasa atau lawat. Baru semangat sket nak balik sana. Hehehe.. Alhamdullillah. 

No comments: