Tuesday, November 20, 2007

Ada Apa Dengan Ina Naim?

Good morning everyone..Mungkin post aku pepagi ni agak extrem kepada seorang artis amatur yang mendapat perhatian yang melampau-lampau di kaca mata aku la..Ina Naim..Siapa sebenarnyer Ina Naim? Suratkhabar semalam, mostly bercerita atau melaporkan tentang majlis persandingan Ina Naim bersama suami dan kandungannya.. Ni bukan satu post ntuk menjatuhkan sesiapa malah bukan ntuk mengaibkan Ina Naim sendiri, aku cuma ingin melafazkan ketidaklogikan keadaan Ina Naim sekarang. Siapa Ina Naim sehingga diberi perhatian sebegini rupe? Berita mengenai kandungannya yang baru berusia 3 bulan diberi liputan muka hadapan, menjangkaui berita-berita tempatan yang lain. Yang mengherankan aku, siapa sebenarnya Ina Naim sehingga diberi penghormatan sebegitu rupe, diberi perhatian yang agak meluas. Rata-rata (sebelum aku menzahirkan post nie), cerita atau berita mengenai Ina Naim, penulis atau pemberita lebih gemar menyebut nama Ina Naim sebagai "Bekas Tunang Mawi". Most of them prefer to dat title than her own name. Kenape begitu? Usi baru setahun jagung di dalam dunia hiburan tanah air, dia seperti diva yang mendapat perhatian. Ini bukan kerana bakatnya, tapi jugak kerana kisah cintanya bersama Mawi yang putus di tengah jalan. Adakah masyarakat hari ini bersimpati dengan keadaan Ina Naim? Atau masyarakat hanya ingin melihat yang terbaik ntuk Mawi?

Siapa sebenar Ina Naim dan suaminye, Suhaimi? Kite kenali Ina Naim dengan rintihan hati yang lara ditinggalkan Mawi, namun Ina Naim kembali dengan berita tentang perkahwinannya bersama seorg ahli kumpulan nasyid negara, Suhaimi..Skarang, siapa yang dulu merintih tentang cinta pertamanye di hadapan siaran langsung RTM 1? dan siapa yang melangsungkan perkahwinannya tak smpai setahun rancangan itu disiarkan? Salah siapakah sekarang? Kite hanye kenali Suhaimi sebagai penyanyi nasyid, sekarang kite kenali Suhaimi sebagai suami kepada Ina Naim..Namun, siapa Ina Naim yang sebenarnyer? Dia hanyalah bekas kekasih Mawi yang mendapat tempat di dunia hiburan kerana rintihan hatinye yang lara. Ramai yang mengambil kesempatan dengan keadaan itu. Seolah-olah ingin melaga-lagakan Mawi dgn Ina Naim.

Aku bukan la seorg peminat Mawi mahupun Ina Naim dan suaminya..Yang pasti aku seorg manusia yang mengikuti perkembangan hiburan tanah air sebagai satu industri yang mempengaruhi bentuk masyarakat masa hadapan. Kalau macam ni la gayanya industri hiburan kite, aku pasti ramai la klon Ina Naim, Mawi, dan artis-artis tempatan dlm masyarakat masa hadapan..

Adakah Suhaimi berbangga dapat memiliki bekas tunang Mawi? Sampai bile-bile pun org akan mengingati Ina Naim sebagai BEKAS TUNANG MAWI, dan bukan ISTERI KEPADA SUHAIMI. Guys, just biarkan Ina Naim dgn keluarganya..Cukup-cukup la liputan yang melampau-lampau diberi kepadanya. Tumpukan perhatian kepada yang lebih memerlukan. Allahualam...

Friday, November 16, 2007

...Come on, be friendly laaa...

It's been a while..hukhukhuk..how u've guys been? Is it ok? or not? Minggu ni aku sibuk install software baru for my 4 computer labs. Bleh tahan betul penatnyer..Maklumla satu PC nak install amik masa setengah jam..Bayangkan ada 104 biji computer keseluruhannya..Memang amik masa..sib baik makmal ada air cond..hehehe..
Today, aku dpt sekotak chocolate Ferrero Rocher from one of the instructor here..Company aku keje ni bagi training service to students..The instructor known as Madam Rebecca..She gave me the chocolate because of the favor i'd gave to her last few weeks. Aku ada tolong betulkan laptop dia yang problem skit tu..Ok, the point is bukan nak ckp aku leh repair computers, but..crite disebalik pertolongan aku tu pada dia..So, today, dia ada dtg bagi aku chocolate tu and menyatakan rasa senang dia pada aku, sbb aku tak kisah menolong dia..this is because, she said dat, there are few peoples of staffs dat she asked for help, and what she get is muka masam n very unpleasant act..Aku mula-mula tak faham ape yang dia cuba smpai kan..Tapi bile aku dengar betul2 penerangan dia, baru aku faham..hehehe..Camni, ada la once or few times, dia minta tolong staff admin company kitaorg ni, buatkan few important documents, but reaction yang dia trime dari staff tu suma agak negatif..Diaorg abaikan keje tu, and lebih suka melayan org yang pandai 'kipas bontot' diaorg...Aku faham kenyataan Mdm Rebecca tu..Actually clearly understand that...She's very upset with dat reaction, seolah-olah kite ni macam mngemis minta tolong..Aku sendiri bukan la seorg yang ramah dengan stranger, but aku lebih suka senyum pada seseorg yang aku jarang jmpe...Macam staffs Admin tu suma...Diaorg agak sombong dengan aku..Seriously, bukan aku cuba burukkan sesiapa..but i've been here for about 4 months rite now, takkan la diaorg still takleh nak sesuaikan diri dgn aku ni..Salah aku ke yang cuba berbaik, atau salah staffs yang pilih bulu tu..Mungkin la Mdm Rebecca kelihatan agak tegas, but pada aku itu bukan satu masalah, itu mungkin cara dia, atau gaya dia sebagai seorg instructor atau lebih tepat seorg lecturer..Aku pun tak faham kenape diaorg suma act like dat..Siapa diaorg ntuk berlagak sedemikian rupe..Come on la, kite keje satu tempat, why not keje dgn hati yang senang, tanpa rasa double standard, tanpa ada rasa tinggi diri..aku sendiri sebagai seorg yang baru, agak kekok dgn situasi sebegini..Bukan ape, aku ni dah la jenis kepala enjoy, bile dtg keje tgk staffs yang nak senyum pun kedekut, dah tentu hilang mood aku nak keje..sib baik la office aku jauh dgn office admin..kalau tak, mau botak kepala aku mengadap diaorg..No offence but guys, tolong ar improve sikap korang tu..Tak selama-lamanya org bleh tahan dgn sikap dingin kite..Everybody have their own limits, u know..Just have fun with ur surrounding, baru gempak...hehehehhhe...

Wednesday, November 7, 2007

...Happy! Happy! Toing! Toing! Toing!...

Dah lama la aku tak menaip dlm blog ni..Sib baik tak kene delete..Rugi je aku register..hehehehe..Hari raya pun dah lepas, Syawal pun dah smpai ke penghujung..Rasa macam cepat je masa berjalan.. Esok pulak Deepavali..Untung betul jadi rakyat Malaysia..Macam-macam perayaan yang boleh kite sambut..heheheh..aku tak cerita lagi, kisah Aidilfitri aku..mungkin di post yang akan datang...

Tuesday, October 9, 2007

...Anuar Zain's Latest Album...






Penghasilan album terbaru Anuar Zain di pasaran tempatan mencetus kontroversi, memandangkan dia telah sepenuhnye menggunakan tenaga-tenaga dari industri music Indonesia. Pada masa yang sama, industri tempatan digoncang oleh kehadiran ramai artis dari negara Republik tersebut yang mendapat tempat di hati pendengar tempatan. Aku sebagai seorang yang gemar mendengar music mengambil kesempatan untuk merasa penangan tenaga-tenaga dari Indonesia yang sama-sama menghasilkan album terbaru Anuar berjudul Anuar Zain (if i'm not mistaken la..) Untuk itu aku telah menggunakan duit gaji aku ntuk membeli CD Album Original Anuar Zain yang berharga RM34.50, Sabtu lepas. Aku habiskan duit aku ntuk menjadi seorang peminat industri tempatan yang adil. Chewahhh..
Setelah mendengar 10 buah lagu yang dihidangkan dalam album ni pada kali pertamanye, seperti tidak percaya..Ini album yang aku cari selama ini. Buah tangan dari Anuar Zain kali ini betul-betul memuaskan halwa telinga aku. Trus trang aku katakan aku bukanlah peminat Anuar namun aku sering mengikuti perkembangan beliau sejak dari awal kemunculannya. Aku pasti, Anuar Zain telah melakukan yang terbaik ntuk album ini. Kalau aku sebagai pendengar yang kurang mengenali ape itu makna sebenarnya music tempatan, tetap mengatakan ini album terbaik pernah aku dengar selama ini, selain CD artis-artis tempatan yang lain.
Lagu track ke 6, Lelaki Ini, telah mendapat tempat di hati pendengar radio-radio tempatan, lets admit it, this is the best from Anuar. Aku pernah terbaca ulasan mengenai album ini yang mengatakan Track ke 10 - Teman Terulung, betul-betul menyentuh hati pengulas tersebut. Kenyataan itu tidak salah, malah pada pendapat aku sndiri, kebanyakkan lagu di dalam album ni, menyentuh hati aku. Susunan music, lirik lagu yang puitis menunjukkan yang Anuar amat teliti dengan pilihan lagu ntuk album ini. Kire berbaloi ar dengan ape yang dia korbankan ntuk album ni.
Pada aku, ini bukan kegagalan Anuar, tapi kebangkitan secara positif Anuar setelah lama mendiamkan diri tanpa album terbaru. Adakah album Anuar kali ini tidak mampu memberikan sambutan hangat di pasaran tempatan? Aku rasa tidak. Bukan ape, aku terpaksa menunggu seminggu ntuk mendapatkan album ini kerana sudah kehabisan stok, pesanan kali kedua ntuk album ini masih belum sampai. Aku mencari di sekitar bandar Alor Star, mane-mane kedai yang menjual CD Original, namun CD itu laris di pasaran. Jadi, aku tak pasti adakah betul album ini tidak mendapat sambutan peminat? Itu memang menjadi tanda tanya.
Memang aku akui, kritikan negatif yang ditrime oleh Anuar Zain mengenai album terbaru ini sedikit sebanyak mempengaruhi aku ntuk mendengar sendiri album ini tanpa mempercayai kata-kata wartawan music tempatan. Aku pasti bukan aku saje yang berpendapat sebegitu. Pasti ada peminat yang berfikiran relevan ntuk mengadili sendiri buah tangan Anuar ini sebelum membuat keputusan tentangnya.
For sure, aku puas hati dengan album ini. Walaupun ia menggunakan tenaga dari Indonesia, aku pasti belum tentu Marcell atau Glenn Fredly sndiri, mampu menyanyikan semua lagu-lagu ini dengan baik, kalaupun mereka mampu, aku juga pasti, diaorg takkan sepenuhnya di terima di sini. Bukan cuba menjatuhkan penyanyi solo Indonesia, malah aku merupakan peminat Glenn dan Marcell, juga beberapa arits berkumpulan Indonesia. Aku bukan prejudis, hanya mengeluarkan pendapat jujur dari hati. Cuma ingin aku tegaskan di sini, tanpa Anuar Zain, lagu-lagu tersebut takkan menjadi sebegitu gah terhidang dalam album ini.
Sentuhan Anuar kali ini begitu membanggakan aku dan juga peminat-peminat setia beliau. Congratulations!

Wednesday, October 3, 2007

...Kedatangan Syawal 1428...

Tahun ni aku menyambut sepenuhnye bulan Ramadhan di Alor Star. 4 tahun sebelum ni aku berpuasa di Shah Alam dan JB. Kali ini bile dah balik keje di sini, lain pulak keadaannyer..Ramadhan kali ini memberi 1001 cerita, bukan saje pada diri aku sendiri, tpi juga pada seluruh rakyat Malaysia. Semua org tau tentang kisah kematian tragis Nurin Jazlin yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia berada dlm kesedihan buat seketika..Kehilangan dan penemuan mayat Nurin merungkai segala persoalan di minda. Tak cukup dgn itu, Ramadhan kali ni, diuji lagi dgn beberapa kes kehilangan kanak-kanak dan remaja. Ape la difikirkan oleh remaja yang lari dari rumah tu? Kesenangan dan kebebasan ape la yg diaorg cari. Aku sendiri tak faham. Bukan saje kes kehilangan kanak-kanak, kite jugak turut dihidangkan dgn kes kematian akibat lemas, kemalangan dan kebakaran di sekitar Malaysia. Peristiwa sebegini mampu membuat kite muhasabah diri, dan memikirkan kelebihan dan kekurangan diri kite sendiri sehingga ditimpe musibah sebegini.
Kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang, aku doakan semoga tabah menghadapi Aidilfitri kali ini tanpa mereka di sisi. Tuhan lebih menyayangi diri mereka. Moga kisah-kisah sedih Ramadhan mampu diubati oleh keberkatan Aidilfitri 9 - 10 hari lagi.
Al-Fatihah pada semua yang terlebih dahulu menemui Allah.