Tuesday, November 25, 2008

.:: Aku dan Soalan itu ::.

Dia: Assalamualaikum Sab!
Aku: Waalaikumsalam, hai!
Dia: Hai Sab, ape khabar?
Aku: Baik-baik aje, u kat sana?
Dia: Ok je, Sab bile nak kawin?
Aku: Huhh?!!?!?

Bentuk perbualan di atas yang bt aku marah semalam. Isnin tu, nak start keje je member aku dah bt aku marah. Ni perbualan di dalam Yahoo Messenger, yang mengikut rekod semalam, tiga org classmates aku di UiTM dulu bertnyakan soalan yang sama. Ada beberapa perkara yang bt aku tidak gemar dengan soalan nih. Tapi takde la sampai aku nak tempelak diaorg plak kan. Aku layankan aje. Geram pun ada, nak marah pun ada.

Bukan ape, setiap kali nak mulakan chatting, aku dah faham sgt dah, soalan ketiga diaorg dlm perbualan tu mesti berbunyi "Bila nak kawin?" Perrrghh..menyiarap darah aku ni, rasa macam panas je hati kan. Bukan kata dlm chatting atau mane2 website aku, tapi jugak dalam SMS, atau panggilan telefon. Itu soalan wajib di tanya. Dan soalan wajib ditanya tu mesti jadi soalan ke tiga atau kedua dalam setiap perbualan. sape tak jemu beb. Setiap kali nak tnye kabo, nak catching up, ni topik yang diaorg nak mulakan. Ape ingt aku ni takde keje sgt sampai nak fikir kawin aje. Pastu bile aku jawab yang lambat lagi, diaorg siap pesan banyak kali "Kalau nak kawin, jangan lupe jemput ye?" Chewahhh..macam nak datang kalau aku jemput. Ye lah, kenduri kengkawan diaorg yang lain pun, diaorg tak pergi, yang pergi ni..ni..aku ni..aku yang pergi sejauh mane yg mampu la. hehehe..

Yang buat aku lagi bengang tu, aku ni takde plak busy body smpai camtu skali. Memang la bagus kalau kawan amik berat, tnya tentang perkembangan terbaru. Abis, kalau dah setiap kali nak tnya kabar, soalan itu yang kuar dulu, ape cerita plak kan? Jemu la aku beb, bukan setahun skali kitaorg tnye kabo, sebulan tu ada la 4 5 kali kitaorg berSMS, berChatting, takkan begitu kerap nak tnye hal kawin aku kan? Rasional la skit.

Lagi bt aku sakit hati ni bile org yang sibuk-sibuk tanya aku bile nak kawin ni pun 2 kali 5 (2x5) ngan aku jugak, anak dara lagi, dok tggu jodoh jugak. Yang diaorg dok sibuk hal aku bt ape, uruskan hal diaorg dulu, baru tanya pasal jodoh aku. Diri sendiri pun tak lepas lagi, tu pun nak sibuk hal aku yang tunggang terbalik nih. Pelik tul manusia nih. Kalau dia dah kawin, dah nak timang anak atau dah pun beranak, takpe la jugak bleh aku consider bile tanye soalan2 camtu. Ni tak, diaorg pun sama bujang mcm aku jugak. Bt aku pening kepala jerk. Ni la agaknye lumrah manusia. Tak nampak kekurangan diri sendiri, tapi sibuk dengan kekurangan org lain.

Aku bukan ape, fikir la logik, kalau aku nak kawin, takkan aku nak diam2 aku. Bukan aku kene tangkap khalwat smpai kene kawin sembunyi, bukan aku kawin lari smpai aku tknak khabarkan kat diaorg. Jodoh aku tak sampai lagi. Mungkin Tuhan dah tetapkan jodoh aku lambat, jadi aku kene terima la. Kalau aku jadi kawin nanti, InsyaAllah aku akan minta sponsor korang suma untuk support aku bt Press Conference biar satu Malaysia, kalau bleh termasuk Indonesia, Brunei, Singapore dan Thailand, biar suma negara di Asia tahu yang aku akan berkawin dengan jodoh aku, pada sekian tarikh, sekian tempat dan aku menjemput suma org. Haaa..ambik..nak tau sangat kan..Aku nak tgk, nak dtg ke tak nnti org-org yang busy body sgt tu. Geram aku.

Hmm..Manusia memang banyak ragamnya. Kawan-kawan aku sendiri, diaorg bukan tak bagus budi bahasanya, suma bagus belaka. Masalahnye, bile nak busy body tu, hilang segala budi bahasa tu. Ermm..Bertindak relevan la skit. Jangan kejam sangat dengan aku nih. Bukan aku anti lelaki, aku jugak bukan taknak kahwin. Cuma jodoh aku blum lagi jatuh depan mata aku, blum lagi dtg ngorat aku, dan jodoh aku tu blum lagi sedar yang aku ni jodoh dia jugak..hahaha..best tak alasan aku? ehehehe..Aku minta maaf pada sesiapa yang terasa hati dengan post aku kali ni, tapi percayalah yang ini cuma rintihan perasaan rimas aku pada soalan yang berbentuk 'Bile nak kawin?". Rimas gile dengan soalan tu. Perasaan aku yang slama ni bersarang bile kerap kali org tnye pasal jodoh aku. Suma ni kerja Tuhan, bukan aku tak usaha cari cinta, aku usaha, malah usaha aku tu temui 3 ke 6 kali kegagalan. Tapi aku tak kisah beb, yang aku kisah skarang, hidup aku happy, takde runsing-runsing.

Guys, i'm happy with my single life right now, so, please be nice to me, ok? No more questions about my future husband, ok? Ajal maut, jodoh pertemuan sumanya di tangan Tuhan. Jadi, Allahualam..

No comments: