Tuesday, July 7, 2009

.:: Kebaikan Berhenti Merokok ::.


I'm back...yuhuuuuu..bile spend seminggu ulang alik ofis-hospital-umah, buat aku sndiri sakit..hahahah..demam..tapi tktau demam sbb virus ke atau demam sbb letih sgt. yg pasti aku dtg keje hari2 dgn muka mcam panda sbb tak cukup tido..hahahaha...ok..Dah nama pun dok ulang alik ke hospital, kali entry come back aku, nak share info yg aku dapat dari rak informasi iaitu mengenai Rokok. Info ni aku dapat dari brochure yg diaorg letak dan susun kat rak informasi tu jerk..Bukan aku create sndiri. Aku rasa info ni memang membantu. Bukan sbb aku dah cuba (hello, i'm not a smoker!), cuma aku rasa info yang ini membantu.

:: FAEDAH BERHENTI MEROKOK ::

Selepas 20 minit = Tekanan darah dan kadar denyutan nadi kembali ke paras biasa

Selepas 8 jam = Paras Karbon Monoksida dan paras Oksigen kembali normal

Selepas 24 jam = Risiko serangan jantung menurun

Selepas 48 jam = Saraf di dalam badan, deria rasa dan hidu mula pulih

Selepas 2 mggu hingga 3 mggu = Peredaran darah dan fungsi paru-paru bertambaik baik 30%

Selepas 1 bulan hingga 9 bulan = Batuk, selsema, keletihan dan sesak nafas mula reda, daya konsentrasi bertambah baik

Selepas 1 tahun = Risiko penyalit koronari berkurangan separuh dari perokok

Selepas 5 tahun = Risiko kanser paru-paru, kanser mulut, tekak, pundi kencing, buah pinggang, dan pankreas menurun. Risiko untuk mendapat strok adalah sama dengan bukan perokok.

:: PENYAKIT AKIBAT ROKOK ::

Kanser paru-paru, kanser mulut, tekak dan saluran penafasan

Serangan Jantung

Strok

Kerosakan Saluran Reproduktif yang mengakibatkan = Keguguran, kelahiran pra matang, kelahiran bayi kurang berat badan, kecacatan bayi dan sindrom kematian bayi secara mengejut

Masing-masing ada akal fikiran, Tuhan bagi pada semua org cukup sifatnya. Jadi terpulang pada korang sndiri, nak percaya atau tak info yg aku bg ni. Tak salah ntuk berkongsi maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia.

P/S: Image gambo yg aku post kat sini, ada kepunyaan seseorg yg aku taktau sapa, tapi aku jmpe dlm Flckr la..Thanks for the nice picture..sorry amik tak inform..

No comments: