Friday, March 19, 2010

.:: Aku dan Pagi2 dah Sentap ::.

Pagi2 lagi dah dgr instructors kat sini bertekak sbb ape ntah, kacau ketenteraman aku ni..aduh! tension...Sembang pasal Anwar Ibrahim and his liwat case, dan Nizar and the politic issues? Adakah appropriate to discuss about it in front of my office with that loud voices? Tension tul..tkde ke satu hari yg rileks dan aman..?

Hari ni Jumaat, tak bgtau pun suma org tau. Tiap2 mggu hari yg aku paling suka ialah hari Jumaat..sbb esoknye tak keje..hehehee..lgipun rehat hari Jumaat panjang sket..Suka tul..Tapi kali ni entry aku bukan sbb tu, entry aku kali ni, adalah permulaan kepada mengaktifkan diri balik berblogging. Dah lama off, rasa nak start balik tu dah malas, jadi hari ni kite akan cuba post something sbgai permulaan.

Ape yg aku rasa...? iye..Rindu..rindu pada Ipoh, walaupun aku bukan org Ipoh dan tidak pun dibesarkan di Ipoh, bile dah beberapa kali menjejakkan kaki di Ipoh, rasa rindu pada suasana di sana. Medan Gopeng, Padang Polo, tak pernah rasa puas lepak dan mengunjung kat situ, Taman Jepun, tgk kuil di dlm gua batu kapur dan sebagainye. This time, planning aku nak ke Ipoh dgn MyBee aku sndiri. Biar dia jugak rasa jalan raya di Ipoh cmne. Mane tau klu2 dpt keje di sana. Tkde la tak biasa sgt kan..hihihihih..

Klu nak cite pasal my life updates, memang tkde yg menarik. Nak2, kisah cinta aku. Gagal segagal yg mungkin. Aku dah hilang cinta aku dan aku sndiri dah mula menapak kluar dari dunia cinta aku tu. Nak explain pnjang kang buhsan lak, tapi tkde la, next entry kite bleh smbang pasal So Called BF aku tu..

Ape nak buat besok dan lusa. boring gile ni..Along dan Kak Long aku nak balik, jadi umah kene ready ntuk terima new comer, iaitu anak sedara aku..Yeah..Adrian is coming back for the first time. Camne la keadaan dia erk, dah biasa dok umah mewah, skali balik umah mama ni biasa2 aje..Hopefully suma end well..

No comments: