Wednesday, June 26, 2013

:: Aku dan Persiapan yang Tergendala ::


Saat menulis post ni, hati aku dipenuhi dengan seribu satu kegelisahan yang jarang-jarang org lain dapat rasa. Satu perasaan yang pada aku, hanya boleh kita dapati dalam cerita-cerita novel atau drama di TV saja. Ye, Tuhan menduga, kali ni dugaan-Nya pada aku, sangat la berat untuk dipikul. Rasa ni takkan hilang selagi kata putus tidak dicapai. Rasa gemuruh, gelisah ini tak mampu dikongsikan dengan org lain. Cuba dipendam sebaik mungkin, supaya tidak menimbulkan kekecohan di kalangan keluarga aku sndiri. Namun menyimpan rahsia itu amatlah menyakitkan.

Kenapa tetiba rasa camni, mesti ada sebab.. Ye, gelisah ni bersebab. Tatkala menghabiskan masa berkursus di KL minggu lepas, aku dapat berita yg tidak baik. Ncik Tunang menyampaikan berita yang buat aku tidak keruan smpai ke hari ni. Katanya, mak dan ayahnya tidak mahu meneruskan rancangan perkahwinan kami. Masa tu tidak lagi ada rasa gelisah, takut dan sebagainya, mungkin kata Ncik Tunang, mak abahnya cuma ingin menduga. Namun keesokan harinya, rajuk dan marah kedua2 bakal mentua aku tu semakin berpanjangan, sampai Ncik Tunang decide ntuk amik cuti ihsan semata-mata mahu pulang ke Ipoh. Secara tak langsung, hati ni rasa makin tak senang. Ye la, cuti ihsan hanya untuk perkara kecemasan, dan untuk pulang ke Ipoh dari Kuantan dalam keadaan tergesa-gesa adalah satu perkara yang agak membimbangkan.

Kalau dihitung, tambah dan tolak, tinggal kurang 2 bulan saja dari tarikh majlis kami. Kenapa saat-saat semua persiapan dah dibuat, baru datang isu ini. Kat mana lagi yg tak kena. Kami lakukan semua persiapan mengikut kehendak keluarga lelaki. Seperti menyediakan pelamin ntuk acara bersanding yg mana kalau ikutkan aku, aku sndiri tak slesa untuk duduk di atas pelamin dan tidak terlintas pun untuk sediakan pelamin pada majlis aku nanti. Semua tempahan untuk kenduri sudah dibuat. Ye, kami nampak kalut, sbb majlis kami jatuh pada bulan Syawal dan majlis sebelah pihak lelaki berlangsung sebulan selepas itu. Itu pun kerana kakak-kakak Ncik Tunang tidak punya masa pada tarikh lain di bulan Syawal. Kata sepakat telah dibuat, walaupun tiada perbincangan muka ke muka. Namun secara rasminya persetujuan dua buah keluarga telah dimeterai. Kenapa mesti ada pembatalan saat-saat akhir? Kenapa mesti ada keraguan di kala semuanya dah siap. Kad jemputan 800 keping ntuk dua buah majlis pun sudah aku amik beberapa hari sebelum aku ke KL. Namun kenapa masih ada rasa tidak puas hati dan cuba membatalkan segala-galanya.

Aku rasa agak terkilan dengan tuduhan-tuduhan yg pada mereka sendiri tidak berasas, namun dilemparkan juga pada aku. Hmm.... Sepatutnya, kami pihak perempuan yang akan memberi masalah pada keluarga pihak lelaki, tapi kenapa sebaliknya. Aku dah cuba beralah sebanyak yang mungkin, memandangkan kedua ibu bapa Ncik Tunang sudah berumur, tak mungkin dapat mengikut rentak dan trend terkini majlis perkahwinan. Tak mengapa, sebab aku sendiri pun hanya inginkan majlis yang serba sederhana. Tak meminta apa2 pun, semua barang-barang persiapan, aku dan keluarga aku sediakan sendiri. Ncik Tunang sendiri berusaha membuat persiapan, walaupun sibuk dengan kerja shif dan warung burgernya, sempat jugak dia dan dua org kakaknya buat persiapan. Pokok pangkalnya, semuanya berjalan tanpa masalah. 

Yes, betul..aku jugak bersalah, aku jarang bertanyakan khabar kedua bakal mentua ku itu. Bukan bererti aku tak amik berat langsung, Ncik Tunang slalu update tentang cerita mereka di kampung, cuma aku tak pernah call diaorg direct untuk bertanya kabar. Kenapa?? Antara salah satu sebabnya, aku tak sure tentang waktu rehat mereka di rumah, memandangkan diaorg menjaga dua org cucu mereka sendiri, dan waktu tido mereka yang awal dan perkara2 lain. Keduanya, timbul rasa segan untuk kerap berhubung. Bertandang ke rumah? Yes, ada.. hampir setiap kali aku ke KL sama ada balik dari KL atau nak ke KL, aku akan singgah di Ipoh. Makan tengahari bersama, atau cuma singgah untuk bertanya khabar dan sebagainya. Cuma tahun ni, aku tak pegi lagi bertandang. Sebab utama ialah, kerja baru aku yg menuntut aku mengorbankan hampir setiap weekend ntuk bekerja. Ada cuti, tapi lambakan kerja, buat aku tak mampu nak adjust masa ntuk bercuti. Contoh ketara, bulan June ni saja, setiap Sabtu aku bekerja, dan minggu lepas, baru abiskan masa berkursus ni KL. Alasan lagi, kan..Namun itu la hakikatnya. Sibuk dgn adik bongsu aku yang baru mula bersekolah, Aku dan ibunya bekerja dari Isnin hingga Jumaat, namun dia bersekolah dari Ahad hingga Jumaat. Masa yang kami dapat luangkan bersama cuma hari Sabtu. Namun, aku rasa kebanyakkan Sabtu aku abiskan di office.

Ahh..rasanya mcm banyak yg aku terlepas ckp..keresahan ni mungkin reda bila dua buah keluarga bertemu. Aku cadang untuk bawa mama dan ibu ke Ipoh, Jumaat ni untuk slesaikan hal ni. Harap semuanya akan kembali ke rancangan yang asal. Sekiranya masih punya masalah, takde apa yg mampu aku buat, melainkan mengalah pada kehendak keluarga Ncik Tunang aje la. Moga ada harapan ntuk kami berdua. Memang sangat2 rugi slepas bertahun kami mengenali hati budi masing-masing tapi akhirnya tidak bertemu titik jodoh kami. Pasrah aje la..Namun..well said Sabrina.. Kena fikir positif supaya hasilnya pun positif...Allahualam..

No comments: