Monday, January 14, 2008

...Awal Muharam 1429 tanpa Abah...

Kini, kehilangan arwah abah, amat memberi kesan yang mendalam pada aku. Aku kini lebih menghargai ape yang arwah tinggalkan pada aku sekeluarga. Arwah tiada harta, cuma sikap, nilai, budi, kasih sayang yang diberi arwah pada aku sekeluarga serta org sekelilingnya adalah harta yang paling tiada nilainye. Bagi aku, itu la yang amat berharga. Kepergian abah meninggalkan seribu satu rasa, emosi dalam setiap hati org yang mengenalinya.

Sesungguhnya, aku begitu bangga menjadi anak kepada arwah abah
Semalam 13hb Disember, genap sebulan arwah pergi menemui Ilahi. Aku sendiri tanpa sedar, cepat benar masa berlalu. Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam kuarga aku. Tiada lagi kedengaran bunyi hon keta Waja arwah. Selama ini, walaupun aku tidak begitu rapat dgn arwah, aku tetap perlukan dia ntuk membuat sebarang keputusan, seperti pendapat dia mengenai handphone yang aku idamkan, mengenai kerja aku, mengenai perancangan aku ntuk mengambil lesen keta. Sumanye aku tnyekan pendapat arwah terlebih dahulu. Sudah lumrah kuarga aku, walau macam mane sibuk pun arwah, mama tetap mendidik kami ntuk hormati arwah dan sentiasa dahulukan arwah dalam setiap perkara yang kitaorg adik bradik lakukan.

Namun, ada satu perkara yang buat aku terkilan sgt2. Dalam setiap perbualan aku dengan arwah abah, ada beberapa perkara yang aku diamkan, sebab tidak mahu bebankan fikiran arwah dengan persoalan yang bermain di minda aku. Seringkali aku diamkan diri bile ada saje soalan yang terbit dalam kepala otak aku ni ketika aku bersama abah. Tanggapan aku tidak mahu membebankan abah dengan soalan remeh aku ni, terpaksa pulak melayan kerenah anak dara dia yang sorang ni. Hmm. Aku sendiri takut ketika itu abah akan marah aku kerana terlalu kerap bertanya, sudah pasti dia penat melayan kerenah staff-staffnya dan kerjanya yang berlambak di ofis. Kerana fikirkan suma itu, skarang aku sndiri merasa terkilan kerana kurang berbual dengan arwah abah.

Sekarang aku sendiri tertanya-tanya, adakah arwah bangga dengan anak dara sulungnya ini. Adakah arwah sayang pada aku? Adakah arwah maafkan segala salah dan silap aku ketika dahulu? Aku faham, aku banyak menyusahkan arwah, aku tau. Dalam beberapa perkara, aku marahkan arwah. Aku tau, arwah tetap tidak marah pada aku, tidak pernah dia tinggi suara pada anak-anak dia. Aku tau, arwah begitu penyabar dengan sikap orang sekeliling dia.

Aku tau, kepergian arwah, meninggalkan 1001 kenangan, emosi kepada semua orang yang mengenalinya. Kehadiran arwah semasa hayatnye, memberi harapan kepada org yang berada sekelilingnya. Dialah seorang ketua di pejabat, pekerja, ketua di rumah, abah dan suami yang baik serta bertanggungjawab.

Sesungguhnya, aku begitu bangga menjadi anak Zaidan bin Zainol. Al-Fatihah...

No comments: