Friday, April 25, 2008

...Hari Jumaat penghulu segala hari...

Like everyone know, hari Jumaat ni adalah penghulu segala hari. Kiamat jugak akan berlaku pada hari Jumaat. Mengikut kisah nabi dan sejarah Islam dulu, Nabi Adam jugak dicipta Allah pada hari yang sama, dimasukkan ke dalam syurga dan juga hari yang sama Nabi Adam diturunkan ke bumi serta hari yang sama Allah mengampunkan segala dosa Nabi Adam. Selain itu, Nabi Adam jugak wafat pada hari Jumaat.

Hari Jumaat, paling aku suka. Bukan sebab ape beb, sebab dapat lunch lama. Ikut company aku keje skarang, rehat aku dari kul 12.30 smpai kul 3.15. Lama tuh..hehehe..Bleh bermalas-malasan dalam bilik aku..huhuhuh..Staff2 lelaki serta manusia male skeliling aku suma bergegas ke masjid ntuk solat Jumaat la. Ape lagi.

Ape yang menjadi kegemaran aku sampai skarang ialah mencuci mata dengan memerhatikan sang lelaki berbaju melayu lengkap dengan songkok, kain pelikat. Pergghh..sungguh segak, macam pahlawan Melayu. Sejuk mata dan hati aku bile perhatikan gaya mereka. Bile tgk mereka beruniform, atau pun pakaian biasa, takde la sesegak mereka berbaju Melayu. Bleh gugur jantung aku tgk mereka berbaju Melayu.

Aku bukan la mata keranjang tgk lelaki macam tgk barang nak shopping. Cuma mengkagumi ciptaan Tuhan yang ini. Tadi aku tgk seorang makhluk Allah ni bersiap2 ke masjid, mungkin berjalan ke keretanya, dengan segak berbaju Melayu color merah hati, berkain pelekat..hmm..buat aku jatuh cinta pandang pertama plak kan..hehehehe...skali skala tangkap cintan takpe...tkde hal punye..huhuuhu...

Saje menghabiskan masa rehat Jumaat aku dengan merapu camni, tapi memang betul pun, aku suka sgt melihat lelaki berbaju Melayu. Lebih segak dari biasa..Allahualam...

No comments: