Wednesday, January 14, 2009

.:: Memahami Bahasa Cinta Lelaki oleh Zamri Mohamad ::.


Lepas beberapa bulan, tahun baru pun dah masuk, aku masih blum lagi crite pasal sebuah buku yang aku beli di Popular, tengok aje la pics yang aku letak.
Bukan kerana kemaruk mengenai cinta seorang yang bernama lelaki. Cuma ingin mengetahui sejauh mana penulis lelaki mampu menterjemahkan bahasa jiwa kaumnya sendiri. Selama ni aku tengok dan kadang2 baca mengenai cinta wanita yang ditulis oleh pakar cinta lelaki. Kali ni satu kelainan pada aku bile baca buku mengenai lelaki dari tulisan penulis lelaki. Bukan sesuatu yang pelik pada org lain, tapi ntuk pengetahuan diri aku sendiri.
Mula-mula skali aku ada terbaca ulasan mengenai buku ni dalam newspaper mane ntah, terdetik di hati nak beli kalau2 ada jual kat sini. Seminggu dua lepas tu, aku jmpe buku ni, ape lagi beli la. Memandangkan aku punye masalah memahami dunia lelaki ni, aku beli jugak la, nak tgk keberkesanan tulisan dia dan jugak ntuk menambah ilmu la.
Buku ini ditulis oleh Zamri Mohamad, diterbitkan oleh PTS Millennia SDN BHD dan mempunyai 14 bab kesemuanya. Aku baca la jugak smpai habis, walaupun begitu...chewahh...kebanyakkan dari isi kandungan buku ini telah lama menjadi pengetahuan dalam diri aku. Maknanye, takde yang mampu memberi petunjuk pada aku mengenai lelaki. Memang la buku ini dibuat berdasarkan pendapat penulis terhadap topik yang dibincangkan. Namun ia tidak membantu aku yang memang la 'sesat' kalau nak bercakap mengenai lelaki ni.
Tapi, keseluruhannya, aku puas hati la, sebab buku ni, ada gambar, ada madah-madah dan idea-idea cinta, ada 'foot note' dan ada jugak mini kuiz di penghujung bab. pada aku tidak ada yang rugi apabila membeli buku. Satu pencapaian baru pada aku bile aku berjaya mempelbagaikan koleksi buku aku di rumah. Ye lah, slalunye novel, majalah komputer, komik, buku berbentuk fakta dan pengetahuan menjadi simpanan aku. Kali ni dapat buku motivaasi cinta lelaki tu, aku rasa sesuatu yang lain daripada koleksi yang ada.
Aku ni takde la pandai dalam mengulas sesuatu buku, cerita atau perkara. Namun aku suka berkongsi pendapat aku mengenai ape yang aku lihat, dengar, rasa dan jugak ape yang aku faham. Pada penulis, aku bangga mengatakan aku akan menunggu hasil tulisan kamu yang seterusnya. Teruskan menulis. Aku pasti, akan ada buku kamu yang menjadi sumber inspirasi aku. Good Luck.

2 comments:

Zamri Mohamad said...

Salam alaikum

Saya Zamri Mohamad, terima kasih atas komen yang cukup membina untuk buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki.

Buku ini melalui evolusi yang panjang, bermula dengan buku ini yang menjadi basic kepada isu perhubungan dan cinta, kemudian 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, kini Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah menggabungkan idea orang bujang dan berkahwin mengenai konsep cinta.

Terima kasih atas sokongan.

Ia akan kekal di hati, insya Allah.

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

MizShuai said...

like it~